Kami agent takaful bukan seperti plumber..

Assalamualaikum dan salam MERDEKA untuk semua..

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi pengalaman yang baru sahaja diterima sebentar tadi.

Pagi tadi saya di datangi oleh seorang mamy (Makcik Tokey kedai runcit di Pasir Gudang) yang kisahnya pernah saya tulis sebelum ini. Datang menegur saya. Cerita Mamy

Mamy: Man ko ada cerita insuran tak kat Abang ***** (Tokey kedai makan di Pasir Gudang).

Saya: Ada, macam mamy juga la, Dekat 2 tahun saya follow, ada jumpa beberapa kali, tapi macam alasan dia bagi.. (takperluhlah saya cerita alasan dia kat sini).

Mamy: Ko boleh tolong dia tak, adjustkan insuran.

Saya: Kenapa mamy?

Mamy: Anak dia kemalangan teruk semalam, Patah reok tulang dia. Hospital pakar ***** (kat Pasir Gudang) nak RM20,000 kalau nak ambik kes anak dia.

Saya: Kemalangan dengan apa mamy?

Mamy: Dia naik motor, langgar dengan kereta, Abang ***** baru belikan motor baru untuk dia.

Saya: Kenapa tak guna medical card? Abang ***** kata dah ada ambil insuran untuk satu family.

Mamy: Sebab takderla aku mintak tolong ko ni.

Saya: Maaf mamy saya memang tak dapat nak tolong.. Saya ni bukan macam orang repair paip bocor mamy. Bila dah tersumbat atau bocor baru nak cari saya.

Pengajaran Untuk semua.

1- Kita sayang anak kita sanggup berebih duit belikan macam-macam untuknya. Kenapa kita tak sanggup simpankan lebih sikit untuk Takafulnya..

2- Orang kita ni (melayu) bila dah terkena baru menggelupur nak cari Insuran atau Takaful.. kebiasaannya masa itu dah tak boleh nak buat apa2 dah..

3- Mungkin kita bersedia terhadap sebarang kemungkinan, dan wang bukan masalah. kan bagus jika jika berlaku musibah kewangan kita tetap tidak terganggu.

Jadilah orang yang bijak. Bertindak sekarang.. Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Aku tak mampu nak ambil takaful.. komitment banyak…

Salam Ramadan al mubarak kepada semua..

Malam ni tajuk simple je.. “Aku tak mampu nak ambil takaful.. komitment banyak…”

Seorang Hamba Allah yang saya ketemui jam 1030 malam tadi berkata sedemikian. Katanya komitmentnya banyak, so dia tak boleh nak ambil takaful ni. Ini kerana hanya dia seorang sahaja yang bekerja dan anaknya seramai 5 orang.  Bekerja dengan pukul rata sebulan RM3,000 dan bayaran rumah sebulan RM 850 dan belanja lain dia tak mampu..

Jawapan saya. Anda seharusnya ambil takaful ini sebab sekarang anda boleh kerja, Bagaimana jika dah tak mampu nak kerja (kena penyakit kritikal)? Siapa yang nak menyara anda dan anak bini anda? mungkin orang umah boleh kerja tapi dengan anak 5 orang tu agak2 berapa upah penjaga? dan berapa gaji yang bakal orang umah bawa pulang?.

Bagaimana pula jika terus tak pulang2 balik kerja? (meninggal). Apa akan jadi pada nasib anak bina anda?

Tu hanya sebahagian yang saya kongsikan… ada lagi… hehehe…

Salam..

Harga Emas naik lagi…

Assalamualaikum..

Terhangat di pasaran sekarang orang kita berlumba-lumba bermain emas. Ada untung besar katanya jika kita simpan emas.

Jika kita terlibat dengan urusniaga tersebut pastilah kita mahukan harganya melambung naik bukan.

Tanpa kita sedari sebenarnya pada masa yang sama kos rawatan juga turut meningkat. Bagaimana kita nak bendung perkara ini?  Saya tahu ramai yang sedar perkara ini cuma mungkin belum kena pada batang hidung sendiri. So tak ambik port sahaja.

Berikut adalah  artikal yang di sunting daripada berita harian.

Dah 10 tahun tak semak tu dan jangkaan naik shingga 14%… waw

Bagi mereka yang sudah memiliki kad perubatan pakar (medical card) pastikan jumlah had tahunan anda cukup untuk menampung kos perubatan anda.

Contohlah sekarang anda berumur 35 tahun. mengambil kad perubatan yang cover setahun RM50,000 Mungkin pada masa ini mencukupui bagaimana jika 10 atau 15 tahun akan datang. adakah nilai tersebut masih mencukupi mengikut peredaran masa? Atau pada usia anda 50 tahun anda kena tambah lagi satu kad perubatan pakar (medical card). Persoalannya adakah harganya serendah semasa usia anda 35 tahun? Pastinya jauh lebih mahal bukan.

Alangkah bijaknya jika kita memiliki kad perubatan pakar yang mengikut peredaran zaman yang mana ada kenaikan pada had tahunan sebanyak 10% setiap 3 tahun (jika tiada tuntutan).

Inilah kehebatan kad perubatan (medical card) dari Great Eastern Takaful. yang selari dengan inflasi dan mengikut zaman.

Untuk mendapatkan kad perubatan pakar dari Great Eastern Takaful ini? Anda bolehlah menghubungi saya untuk temujanji. atau email kepada takafulge@gmail.com

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Group presentation di UiTM Lendu Melaka 20/7/2012 Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah semalam saya bersama partner Ustaq Musyrif Khalil dapat membuat sesi taklimat tentang pentingnya takaful di UiTM Lendu. Sesi bermula jam 10:00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12:00 tengah hari.

Segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan khususnya pada pensyarah-pensyarah muda di sana kerana memberi kami peluang dan ruang untuk kami mengembangkan dakwah Takaful ini.

Perkara yang lebih membanggakan saya semasa sesi taklimat ada seorang penyarah (Puan Mastura) mengatakan GET yang terbaik sedangkan dia memilili Takaful dari syarikat lain. Ini kerana dia pernah di kongsikan dengan plan dari Great Eastern ini, pada masa tersebut dia masih tiada perkerjaan.

Bak kata orang langkah kanan, kami di jamu dengan makanan Poklak (betul kot bunyinya). Almaklumlah esoknya dah nak puasa. Terima kasih sekali lagi pada anda semua.

Balik daripada Melaka kami sempat singgah di Branch Seremban untuk membuat e submission.

Jika anda ingin juga memanggil kami untuk memberikan penerangan tentang pentingnya Takaful di tempat anda, anda bolehlah menghubungi saya untuk temujanji.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Masih ada sayang.. Pentingnya takaful

Assalamualaikum semua..

Saya yakin anda semua biasa dengan dengan petikan ini

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua

kaya sebelum miskin

lapang sebelum sempit

dan hidup sebelum mati.

Begitu juga dengan takaful ini… Takaful hanya boleh di ambil apabila anda sihat, malangnya orang kita bumiputra gelabah nak ambik bila dah tahu ada sakit. Masa itu berapa sumbangan yang anda sanggup keluarkan sekalipun sudah tak diterima.. Sedihkan..

Masa muda-muda dan tengah murah sombong taknak dan bila dah separuh abad dan dah mahal baru terhegeh2 nak ambik.

Bila dah meninggal barula sibuk2 kalaulah kalaulah dah tak guna masa tu

Jadi Renung2kanla sahabat sekalian..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Orang bujang banyak hutang. SubhanaAllah..

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Belia berumur antara 30 dan 40 tahun menjadi golongan paling tinggi menyertai Program Pengurusan Hutang (DMP) kendalian Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan jumlah keseluruhan melebihi 40 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, senario itu berkemungkinan didorong kesan bebanan hutang mahupun pinjaman yang diambil sejak awal khususnya ketika masih belum berumah tangga.

Selain itu, katanya, kedegilan golongan berkenaan untuk memanfaatkan kemudahan perlindungan insurans yang disediakan kebanyakan institusi kewangan menyebabkan mereka terbeban dalam masalah membayar bil perubatan.

“Daripada kes yang dikendalikan AKPK, kebanyakan golongan ini mempunyai masalah kewangan yang teruk sebaik mendirikan rumah tangga serta mempunyai anak. Pelbagai hutang termasuk kad kredit ataupun pinjaman peribadi yang dibuat ketika zaman bujang belum habis dibayar sedangkan kos hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Berbanding zaman sebelum berkahwin, mereka hanya menanggung diri sendiri dan tidak perlu menampung perbelanjaan lain seperti keperluan anak dan sebagainya. Dalam rekod AKPK sendiri, dua pertiga daripada pelanggan kami terdiri daripada lelaki,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, katanya, kegagalan mengetahui secara mendalam mengenai pengiraan kadar faedah kad kredit juga menyebabkan ramai antara pengguna sering melambatkan pembayaran hutang berkenaan.

Menurutnya, dengan penggunaan RM3,000, pemegang kad kredit mengambil masa selama empat tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutang berkenaan jika hanya membayar jumlah minimum iaitu RM150.

“Berdasarkan rekod Bank Negara Malaysia (BNM), hanya 60 peratus daripada jumlah pemegang kad kredit di negara ini melangsaikan sepenuhnya jumlah wang yang digunakan sementara bakinya membayar secara ansuran.

“Bayangkan berapa jumlah yang terpaksa kita bayar jika melengahkan pembayaran. Disiplin membayar secara penuh seharusnya dipupuk pada saat kita menerima kad kredit,” katanya.

Koid menyarankan pengguna terutama bagi mereka yang seringkali tersasar daripada perancangan asal perbelanjaan supaya menggunakan kad debit yang jelas lebih selamat serta bebas hutang. Secara keseluruhannya, pengguna di Kuala Lumpur adalah paling ramai merujuk kepada AKPK disebabkan masalah kewangan dan menyertai DMP anjurannya diikuti Johor.

Syarikat Insuran TERBAIK

Assalamualaikum pembaca Semua..

Hari ini saya ingin pertontonkan statistik yang di keluarkan oleh BNM (Bank Negara Malaysia)

Anda boleh lihat sendiri dan nilai sendiri, Manakah yang terbaik..

Dan yang paling menarik.. Great Eastern TIDAK BERGABUNG dengan mana-mana bank. Ini kerana  Great Easten merupakan syarikat yang sangat kukuh dengan memiliki asset berjumlah RM 43,776,824,000.

Satu angka yang sungguh besar meninggalkan pesaingnya hingga RM26,000,000,000.

Selain daripada itu juga pulangan keatas pelaburan yang diberikan kepada pemegang polisi juga mendapat tempat tertinggi..

Oleh sebab itu, tidak salah rasanya jika saya katakan.. Great Eastern Merupakan syarikat insuran/takaful yang terbaik.

Sekian

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Takaful Great Eastern
019-2699436
buatkan saya quotation

Beza medical card stand alone (burn) dengan medical card beserta simpanan (investment link)

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu untuk anda semua, Kalau rasa perkara ini sebagai ilmulah. Kalau tak sekadar baca sekali lalu sahaja.

Ada orang bertanya kepada saya apakah perbezaan diantara perkara berikut,

medical card stand alone tanpa simpanan (burn) dengan medical card beserta simpanan (investment link).

Jawapan saya:

Apa beza rumah sewa dengan rumah yang u beli sendiri..?

Rumah sewa selagi u nak tinggal kat situ u kena bayar kan, Bermaksud selagi kita nak dapatkan perkhidmatan tersebut kita kena terus membayar. Risiko yang terpaksa di tanggung mungkin setiap 5 tahun harga sewa akan naik. Selagi nak tinggal di situ nak atau taknak kena bayarla kalau tu termaktub dalam perjanjian sewa rumah.

Rumah beli sendiri mungkin bayarannya agak mahal berbanding rumah sewa. tetapi puas hati sebab itu rumah anda. Harga bayaran tetap sama sepanjang perjanjian sewa beli anda, dan yang paling menarik rumah tersebut anda boleh jual dan ada keuntungan daripada jualan tersebut. syaratnya nak jual masa ada valuela.

Tukar kepada insuran atau takaful

Medical card Stand alone memang agak murah daripada medical beserta simpanan, tetapi setiap 5 tahun harganya berbeza2 mengikut usia anda. semakin lama semakin mahal yang perlu anda bayar. Yang peritnya tiada sebarang nilai tunai walaupun anda telah mengambil plan ini selama 10 tahun dan tiada jaminan kontrak disambung.

Medical card beserta simpanan agak mahal tetapi harganya akan sama sepanjang tahun. Yang menariknya ada nilai tunai jika anda lama bersama plan ini dan jaminan kontrak disambung.

Untuk keterangan lanjut tentang medical card Great Eastern Takaful

sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation

jujurlah dalam penerangan takaful anda..

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda beberapa perkara yang sangat penting  berkenaan takaful.

Pertama:

Jujurlah dalam penerangan anda, bukan sahaja kekuatan dan kelebihan produk anda sahaja yang di ceritakan malah kelemahannya dan kekurangan  sepatutnya anda ceritakan juga..  Jika kenalan anda (prospek) sanggup menerima kekurangan itu barulah boleh on deal.

Kedua:

Buatlah kerja kerana ibadah dan bukan kerana komisien semata-mata. Iklaskan hati dalam melakukan kerja, Berikan  servis yang terbaik dan produk mengikut keperluan dan kemampuan pelanggan.

Ketiga:

Jadilah agen yang beretika, jangan kerana sales anda sanggup menerima perkara yang tak sepatutnya. Halalkan perkara yang tak halal (nak tahu lanjut kn PM facebook saya)

Kerana sebahagian agent yang tidak beretika ini sedikit sebanyak merosakkan industri takaful yang mulia ini. Saya sungguh sedih. Banyak sangat cerita-cerita negetif daripada prospek berkenaan agent.

Yang Benar

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation

keperihatinan seorang Abang terhadap Ayah, Adik-adik dan keluarga..

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda cerita seorang insan yang baru saya kenali sebentar tadi. Walaupun hanya perjumpaan singkat di area equin park, sedikit sebanyak saya boleh mengenali hati budi insan mulia ini.

Rasanya payah dan sukar ingin berjumpa dengan anak muda seperti ini sekarang. Rasanya insan ini anak sulung daripada keluarganya.  Ini kerana pandangannya jauh kehadapan. Ingin membuat takaful untuk kedua ibu bapanya, dan ingin menyuruh adik-adiknya untuk turut serta mengambil takaful. Ini kerana beliau sedar betapa pentingnya takaful ini.

Antara pertanyaan menarik daripada beliau yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Sahabat: Apakah hukumnya jika membuat keuntungan terhadap Takaful?

Jawapan saya: Takaful bukan tempat untuk kita membuat keuntungan, sebaliknya sekadar menampung kerugian yang munasabah.

Sahabat: Bagai mana jika plan anak saya mengambil elaun hospital sehingga RM400 sehari.

Jawapan saya: Sepatutnya hanya kerugian tuan sahaja yang patut di letakkan sebagai elaun hospital tersebut, Contoh tuan gaji RM3,000 bermakna sehari gaji tuan RM100. Disebabkan anak tuan masuk ke hospital tuan terpaksa cuti kecemasan. Oleh sebab itu gaji tuan dipotong RM100 sehari. Elaun hospital tersebut menggantikan kerugian tuan.

Sahabat: Jadi hukumnya haram la

Jawapan saya: tanyalah Ustaq, itu lebih baik

Razman GET: Rasanya ramai di luar sana cuba untuk membuat keuntungan dengan takaful ini dengan memberikan apa yang tak sepatutnya. Seharusnya kita harus peka dengan perkara seperti ini. Ingatlah hidup ini hanya sementara.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation

Mungkin anda nak tahu berkenaan medical card Great Eastern Takaful..

Assalamualaikum…

Hari ini saya menerima pertanyaan yang berbunyi begini..

Mungkin pertanyaan daripada seorang agen PRU, mungkin juga dah tahu saja sekadar buat2 tak tahu.. Apa2 pun terima kasih mungkin dengan pertanyaan ini secara tidak langsung memudahkan lagi perbicaraan saya pada masa akan datang..

Dan ini jawapan saya

Yap, kena ada co takaful, min 10% dan max RM500.
Dan pesakit nak upgrade bilik co takaful seperti berikut (lihat pada table)
https://takafulge.wordpress.com/2012/02/10/medical-card-takaful/

oleh sebab itu saya ada buat artikel berikut
https://takafulge.wordpress.com/2012/05/05/plan-medical-card-perubatan-yang-sempurna/
Tiada medical card yang sempurna bagi saya.

Contoh 1,

client mahukan medical card yang tiada langsung Co Takaful

Adakah GET bagus dengan co takaful min 10% dan max RM500 mungkin tidak

dan adakah PRU ok? dengan co takaful min RM300 dan max RM1,000 mungkin juga tidak

Mungkin MAA takaful yang  terbaik dan mengikut keperluan pelanggan tersebut kerana tiada Co takaful.

Contoh 2

Client mahukan ada manfaat daripada medical card jika SIHAT (tiada tuntutan).

Mungkin ada sesetengahnya client mahukan PRU kerana ada Unclaim bonus (mengikut bilik min RM100 sehingga RM500) perhatian: sila lihat bilik yang anda ambil untuk tahu jumlah unclaim bonus yang layak anda terima

Mungkin juga ada sesetengah client mahukan GET kerana had tahunan akan naik sebanyak 10% setiap 3 tahun jika tiada tuntutan (mengikut bilik min RM6,000 sehingga RM20,000). Kenaikan ini mungkin selaras dengan inflasi yang naik setiap tahun. katakan anda mengambil bilik yang terendah di GET (rm100 sehari dengan had tahunan RM60,000)RUJUK TABLE dalam masa 15 tahun anda sihat. Had tahunan akan naik secara percuma sebanyak RM30,000. Dengan itu had tahunan anda akan menjadi RM90,000 secara automatik. Mungkin nilai RM90,000 itu sama dengan nilai RM60,000 sekarang.

mungkin disini jika dinilai dari segi kelebihan dan manfaat tersebut client  akan memilih GET keuntungan sebanyak RM30,000 berbanding dengan manfaat tunai dari PRU RM1,500 (RM100 x 15 tahun) perhatian: sila lihat bilik yang anda ambil untuk tahu jumlah unclaim bonus yang layak anda terima

Oleh Itu, sebagai pengguna yang bijak kita senaraikan segala kelebihan dan kekurangan setiap syarikat.. dan pilih mengikut keperluan kita..

Antara perkara-perkara yang anda perlu dapatkan maklumat

  1.  Had kemasukan ke wad biasa (berapa hari setahun)
  2.  Had kemasukan ke wad ICU (berapa hari setahun)
  3.  Had tahunan (mengikut bilik yang anda pilih) (berapa RM setahun)
  4.  Had keseluruhan (mengikut bilik yang anda pilih) (berapa RM seumur hidup)
  5.  Co Takaful (sama ada upgrade atau pun tidak)
  6.  Rawatan pesakit luar akibat kemalangan (berapa RM)
  7.  Elaun hospital kerajaan (berapa RM sehari)
  8.   Manfaat PA (personal xsdent)
  9.  Manfaat jururawat ke rumah
  10.  Rawatan sebelum masuk kehospital (berapa hari)
  11.  Rawatan susulan selepas keluar hospital (berapa hari)
  12.  Manfaat untuk penjaga
  13.  Manfaat medical card cover sampai umur berapa
  14.  Bonus tanpa tuntutan.
  15.  Manfaat tambahan

Saya tolong jawabkan untuk GET agar memudahkan survey anda.

  1. 180 hari setahun beserta wad ICU
  2. 180 hari setahun beserta wad biasa
  3. RM60,000 sehingga RM200,000 setahun
  4. RM480,000 sehingga RM1.6juta
  5. Co takaful min 10% dan max RM500, jika upgrede bilik 20% dan tiada maksimum, jika bilik asal 200 upgrade kepada yang lebih selesa 20% dam max RM3000
  6. RM2,000 sehingga RM8,000
  7. RM50 sehari max tuntutan 120 hari
  8.  PA percuma RM10,000 sehingga RM20,000
  9. Tiada
  10. 60 hari
  11. 90 hari
  12. Tiada
  13. 80 tahun
  14. Kenaikan secara pecuma 10% terhadap had tahunan setiap 3 tahun. RM6,000 sehingga RM20,000.
  15.  Perkhidmatan towing percuma (60km atau RM300)

Razman Get: Co takaful tidak boleh dituntut balik (reimbursement). Ada sesetengan agent yang kata ianya boleh di tuntut balik. Itu tidak benar sama sekali. Kebiasaannya elaun hospital digunakan untuk mengaburi pelanggan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut anda boleh menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Tak perlu ambil Takaful?.. Jika..

Assalamualaikum…

Simple jer entry kali ni…

Anda tak perlu ambik takaful jika

  1. Duit dalam simpanan anda ada banyak sangat dan cukup untuk anak bini anda hidup sekurang-kurangnya 1 tahun dan lebih.
  2. Anda mengamalkan gaya hidup yang sihat (3x seminggu bersenam, Makan makanan tanpa lemak dan minyak, Tak merokok, tak duduk di kalangan orang2 yang merokok,tak minum air manis dan minum air mineral sekurang-kurangnya 2 liter seharil)
  3. Kenderaan yang anda pandu jenis kebal (adik beradik kereta kebal) atau anda pemandu terlatih.
  4. Anda ni orang MLM, yang mana produk dia hebat, (yang tua boleh jadi muda, Yang merokok boleh nuetralkan, yang kendor jadi tegang dan sebagainya)
  5. Anda ada belajar ilmu kebal  n betapa kat mana2 gua.
  6. Anda masih muda dan takkan tua..(sebab duk makan n suntik kalogen)
  7. Company cover seumur hidup anak bini anda. Apa2 jadi pada anda gaji anda masih dibayar pada anak bini anda.
  8. Anda orang kaya, harta mak bapak 7 keturunan tak habis.
  9. Cukupla kata simple… hehehe

So Renung-renungkanlah…

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Plan Medical Card (perubatan) yang sempurna?

Assalamualaikum..

Sejak Akhir-akhir ini saya banyak berjumpa orang sedang mencari plan perubatan yang terbaik (sempurna) untuk mereka ataupun keluarga mereka. Atas dasar itu medium yang terbaik adalah dengan mendapatkan maklumat menggunakan hujung jari. Ada baiknya anda berjumpa sendiri dengan setiap agen tersebut untuk mendapatkan maklumat (ini kerana ada sesetengan agent takkan berkongsi maklumat di alam maya)

Sunggupun begitu bukan semua maklumat ada dimasukkan di alam maya ini. Justeru itu anda perlu bijak untuk menilai sebelum membuat sebarang keputusan.

Bagi saya tiada plan yang 100% sempurna. Oleh itu pilihlah ia bersadar keperluan anda.

Mungkin perumpamaan ini sesuai digunakan.

Bagi  anda yang telah bekeluarga, adakah pasangan anda 100% sempurna? Sebenarnya bukan kesempurnaan yang di cari tetapi keserasian yang kita mahukan.

Oleh itu cadangan saya.. Anda listkan kelebihan2 kad perubatan yang anda survey untuk ambik serta kelemahannya. Tak salah pun.

Dengan itu anda akan dapat yang TERBAIK dan bukan sempurna.

Selamat mencuba.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Kanser Prostat 1.7 juta kes menjelang 2030.

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my

BIASANYA kita sering dipaparkan mengenai kanser yang dikaitkan dengan perempuan, misalnya serviks dan payudara. Begitupun, golongan lelaki jangan terlalu berlapang dada kerana mereka juga berisiko menghidap kanser paling ditakuti iaitu prostat.

Tahukah anda, kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki di seluruh dunia? Pada 2008 saja, 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030.

Perunding Klinikal Onkologi, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Wahid, berkata kanser prostat berlaku apabila sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Ada kala sel berkenaan merebak dan menyebabkan kanser di bahagian lain pula.

“Ramai masih mengambil ringan mengenainya kerana berpendapat, jika sakit baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Tidak kurang juga yang menganggap ia hanya menyerang lelaki berusia.

“Sebenarnya, andaian itu salah kerana kanser prostat menyerang lelaki tanpa mengira usia. Tidak kurang juga ada yang tunggu ‘rasa sakit’ baru berjumpa doktor, sedangkan pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa,” katanya ketika melancarkan Jevtana (cabazitaxel) di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, kanser prostat merebak melalui empat tahap. Ia dikenal pasti di segi saiz tumor, sama ada nod limfa dijangkiti atau tumor berkenaan merebak ke bahagian lain.

“Tahap pertama kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

“Pada tahap kedua pula, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

“Pada tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan kemungkinan besar merebak ke bahagian seminal dan pada tahap keempat, ia merebak ke pelvis (tulang pinggul), nod limfa atau bahagian lain seperti tulang, hati atau paru-paru,” katanya.

Pun begitu, ada rawatan bagi lelaki yang menghidap kanser prostat peringkat metastatik atau barah yang merebak, antaranya terapi hormon, imun terapi, kimoterapi dan radioterapi.

Perunding Klinik Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Marniza Saad, pula berkata meskipun negara Asia mempunyai bilangan lebih rendah berbanding Eropah, tidak bermakna golongan lelaki di negara ini boleh berpeluk tubuh.

“Sesiapa saja boleh menghidap penyakit ini. Paling penting, perlu sentiasa menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,” katanya.

SOALAN LAZIM:

  • Apakah kanser prostat?Kanser prostat adalah ketumbuhan sel tidak normal dalam kelenjar prostat, manakala prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki yang juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.
  • Bagaimanakah kanser prostat terbentuk?Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di kelenjar prostat mengalami perubahan tertentu di luar kawalan. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal dan kemudian ke bahagian badan lain, terutama tulang dan organ tertentu.
  • Apakah yang menyebabkan kanser prostat?Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui hingga kini tetapi sesetengah pengkaji percaya kanser ini disebabkan hormon lelaki, terutama hormon testosteron. Hormon ini mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
  • Apakah simptom kanser ini?> Kerap buang air kecil
    > Aliran kencing lemah
    > Mati pucuk
    > Terdapat darah di dalam air kencing
    > Sakit sewaktu buang air kecil
    > Sukar mengawal rasa buang air kecil
    > Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada
  • Faktor risiko?> Sejarah keluarga
    > Pemakanan
    > Peningkatan usia
    > Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam
  • Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini berbanding Asia
  • Rawatan> Pembedahan dikenali sebagai prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra

    > Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser pada peringkat awal kanser prostat. Kesan daripada rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil, dan saluran uretra menjadi sempit.

Nota Razman Get: Pengalaman daripada salah seorang client saya, bapanya mengidap kanser ini, pada awalnya bapa beliau tidak tahu dia mengidapnya, Bapa beliau kerap membuang air kecil, oleh sebab itu ke hospital kerajaan la jawabnya. Malangnya di hospital kerajaan tak dapat mengesan penyakit tersebut malah  di berikan  ubat tahan kencing. Perkara ini berlarutan hampir 2 tahun. Disebabkan tidak tahan dan mensyaki sesuatu ahli keluarganya membawanya ke hospital pakar dengan kos hampir RM14k. Dalah masa sehari keputusan di perolehi. Malangnya  kanser ini sudah berada di tahap yang serius. Walaupun sempat melakukan pembedahan usia bapa bapa beliau tidak panjang..

Pengajaran yang dia  perolehi, Buatlah persediaan awal, memang sekarang orang akan rasa berat, tapi bila dah sakit walaupun kosnya mahal orang sanggup keluarkan.. adakah anda nak jadi seperti itu?

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Persoalan yang sering di tanya berkenaan plan Takaful..

Assalamualaikum..

Baru baru ini banyak sangat persoalan yang saya dapat daripada orang yang saya jumpai. Kadang-kadang rasa nak tergelak jugak dengan pertanyaan itu.. Ada sebahagiannya memang tak betul langsung… Jika anda seorang agen mungkin anda menggunakan idea ini. Dan jika anda seorang tengah mencari manfaat takaful pernah bertemu dengan jawapan sebegini. Antaranya..

1- Bolehkan kita stop (berhenti membuat sumbangan) takaful kita bila2 masa?

Jawapan agen A: sebenarnya boleh sebab itu hak anda. Cuma apabila certificated anda luput (lapes) sebarang tuntutan tidak untuk di tuntutan. Jawapan agent B:Kita hanya boleh stop setelah melebihi 1 tahun. jika tidak penalti akan di kenakan..

2- Bolehkah kita kecikkan nilai sumbangan.. Contoh dari 300 ke 200 sebulan?

Jawapan agen A: Boleh anda berhak mengecilkan atau membesarkan nilai sumbangan anda. mengikut keperluan anda. Jawapan agen B: Kita hanya boleh mengecilkan nilai sumbangan setelah 2 or 3 tahun..

3- Bilakah kad perubatan ini boleh di gunakan?

Jawapan agen A: Penggunaan kad perubatan mengikut tepoh menunggu yang telah di tetapkan. Contohnya kemalangan dalam masa 24 jam, demam 30 hari dan sebangainya.. Jawapan agen B: Untuk lebih senang selepas setahun baru boleh guna.

Anda renung-renungkan…..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

B The Best OOOo Yes..

Tidak perlu miliki handphone mahal untuk membuat panggilan
Tidak perlu berfalsafah berhujah untuk menyakinkan rakan
Tidak perlu berpura-pura untuk menunjukkan kehebatan
Apa yang penting
Satu panggilan menghasilkan ribuan
Satu perbincangan membuka minda pelanggan
Satu kerjasama memberi kesan yang berpanjangan

Risiko hidupan ada di mana2 sahaja (Hadapi risiko hilang upaya)

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
24/4/2012
KESAL...Mohammad Fauzi menunjukkan tangan dan laporan perubatannya.
KESAL…Mohammad Fauzi menunjukkan tangan dan laporan perubatannya.

PUTRAJAYA: Seorang lelaki mendakwa Hospital Putrajaya tidak memberikan rawatan sepatutnya selepas dia terbabit kemalangan, sekali gus menanggung risiko hilang upaya terhadap kecuaian itu.

Kakitangan swasta, Mohammad Fauzi Abdul Halim, 41, mendakwa kejadian itu berlaku pada 28 Ogos tahun lalu selepas dia mengalami kemalangan disebabkan motosikalnya melanggar besi di kawasan Lebuhraya Maju Expressway Putrajaya-Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak sulungnya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan beberapa urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Saya tak perasan ada besi di jalan dan melanggarnya menyebabkan saya dan anak perempuan jatuh di jalan. Kejadian itu menyebabkan tangan kiri saya luka dan berdarah dan menelefon ambulans untuk menghantar kami ke Hospital Putrajaya.

“Ketika rawatan, doktor meminta saya menjalani X-ray serta diberikan ubat tanpa memberitahu apa-apa masalah yang dihadapi. Saya dibenarkan pulang ke rumah pada hari sama,” katanya yang mengadu perkara itu kepada Harian Metro di sini.

Mohammad Fauzi mendakwa, sebaik pulang ke rumah dia berasa sakit dan pedih pada bahagian luka berkenaan dan disebabkan tidak berpuas hati dia mendapatkan rawatan di dua klinik panel sebulan selepas kejadian.

“Bagaimanapun, saya dinasihatkan merujuk ke hospital untuk mengetahui lebih lanjut masalah dihadapi. Seterusnya, saya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Januari lalu untuk rawatan susulan.

“Selepas menjalani X-ray, doktor mengesahkan saya menghadapi masalah pada tangan kiri. Saya tidak berpuas hati dengan pihak Hospital Putrajaya kerana tidak memaklumkan masalah itu lebih awal ketika menerima rawatan di sana,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Mohd Anis Haron ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima aduan Mohammad Fauzi dan membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Sumbangan Organ? 11,000 pesakit di ambang maut..

Assalamualaikum..

Beginilah nasib jika kita mengharapkan sumbangan..Kalau umur panjang n ada CABLE okla dapat cepat.. kalau tak…

Bak kata pepatah,

untung serabut timbul, kalau batu tenggelam

Mungkin jika anda berwang masalah ini tak kan timbul.. Atas dasar itulah selalunya saya sangat-sangat mencadangkan agar anda mendapatkan manfaat penyakit peringkat awal.. Persoalan nya kenapa?

Tahukah anda?

Orang-orang yang kaya kebiasaannya akan ke China untuk mendapatkan organ, Di sana ada orang yang menjualnya. (bukan barang tiruan made in china yer) ni ori punya… mungkin anda ada terdengar berita gadis china sanggup menjual organnya untuk mendapatkan ipad? ni link dia

Jika anda tiada wang satu perkara yang mustahil untuk anda mendapatkannya..

Sekadar berkongsi pengalaman saya

Pada bulan lepas saya ada berjumpa seorang Manager, mengambil plan simpanan beserta medical card untuk putrinya dengan saya. saya bertanya dengannya, dia memegang medical card dari company mana? dia menjawab Syarikat bagi medical card Dari compny I.. personal dia ambil dengan BSN. Bagus jawapan saya..

Terus saya membuka satu plan yang pastinya tiada di syarikat Takaful lain.. iaitu I-EPCC (penyakit peringkat awal) dengan cover sebanyak 300k. manfaat lain2 saya tak masukan, ini sebagai tambahan manfaat sahaja.

Dia bertanya apakah tujuan saya memberikan manfaat itu?

Simple sahaja jawapan saya, Hari ini penyakit bukan di warisi, tetapi dari apa yang kita makan. Katakan 1 buah pinggang anda gagal berfungsi, Apa yang anda akan lakukan? Dengan manfaat yang saya masukkan ini, 1 buah pinggang anda gagal berfungsi anda akan dapat cash sebanyak 50% daripada apa yang anda cover. Iaitu RM150,000. Dengan wang yang sebanyak itu anda dapat untuk membeli sebiji buah pinggang di China dengan harga RM100,000. (lebih kurang mcm tulah ayat saya)

Paham kan apa yang saya maksudkan?

Tak paham takper… untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Great Eastern Takaful pemain utama dalam industri

Oleh ANI AWANG
bisnes.utusan@gmail.com

Mohammad Salihuddin Ahmad (kanan sekali) meninjau Stesen Sinergi Agensi Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GASS) Butterworth yang berkonsepkan ceria dan kontemporari bagi kemudahan pelanggan yang berurusan di Butterworth, semalam.

BUTTERWORTH 10 April – Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB) berhasrat menjadi pemain utama dalam insurans takaful dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan perlindungan kepada rakyat di negara ini.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GETSB, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, ini kerana kesedaran masyarakat terutama masyarakat Islam terhadap tahap pengambilan insurans takaful di negara ini masih rendah iaitu 11 peratus berbanding 43 peratus bagi insurans konvensional.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan membuka tiga lagi pejabat Stesen Sinergi Agensi Great Eastern Sdn. Bhd., (GASS) tahun ini dalam memperkenalkan produk yang ditawarkan oleh GETSB.

Antara pejabat tersebut ialah di Wangsa Maju (Kuala Lumpur) yang akan dibuka Mei depan, Jitra (Kedah) dan Kota Kinabalu di Sabah.

“Pejabat GASS yang dibuka di sini akan membolehkan pihaknya meneroka pasaran baru di negeri sebelah utara dan sekali gus menjadi pengendali insurans takaful yang terbaik di antara 12 takaful yang beroperasi di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran GASS di Taman Selat di sini hari ini.

Setakat ini, cawangan GASS yang baru beroperasi ialah di Kota Bharu pada 13 Mac lalu.

Mohamad Salihuddin berkata, pihaknya akan melantik 8,000 ejen GASS di seluruh negara bagi membolehkan masyarakat sedar terhadap kepentingan insurans takaful yang berkonsepkan syariah Islam yang mudah.

Beliau berkata, antara produk takaful yang ditawarkan oleh GETSB ialah i-Great Amal, i-Great Iqra, i-Great Abadi dan I-Great Damai.

TakafulGE: Untuk mendapatkan sebarang penjelasan lebih detail anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Tanda barah prostat?

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2011/02/27

Lelaki botak usia 20-an dikatakan petunjuk awal risiko kanser


MASALAH rambut gugur sememangnya merunsingkan. Lebih mencemaskan lagi apabila masalah yang dianggap alah bisa tegal biasa dalam kalangan lelaki ini sebaliknya turut dikaitkan dengan penyakit lebih serius iaitu kanser prostat.

Inilah hasil kajian terbaru sekumpulan penyelidik Perancis diketuai Dr Philippe Giraud, penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris. Kajian sejak 2004 dengan proses analisisnya memakan masa dua tahun, mendakwa lelaki yang mengidap kanser prostat, adalah dua kali ganda berkemungkinan menunjukkan tanda-tanda keguguran rambut atau botak seawal usia 20-an berbanding mereka yang tidak mengidap masalah itu.

“Kajian mendapati, lelaki yang mula gugur rambutnya pada usia 30-an atau 40-an, tidak berdepan risiko kanser prostat sebaliknya mereka yang mula keguguran rambut pada usia 20-an mengalami risiko lebih tinggi mengidap kanser pada awal usia atau mengalami tumor yang lebih agresif.

“Rambut gugur yang dikaitkan dengan masalah androgen juga ada kena mengena dengan kanser prostat,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik Persatuan Perubatan Onkologi Eropah, baru-baru ini.

Dr Giraud berkata, biarpun sehingga kini tiada bukti kukuh menunjukkan manfaat proses saringan terhadap orang awam bagi mengesan kanser prostat, penyelidik perlukan cara berkesan bagi mengenal pasti lelaki yang berisiko tinggi menghidap penyakit barah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau dan rakan penyelidik akan membuat lebih banyak kajian lanjut bagi melihat sama ada campur tangan kaedah rawatan mungkin bersesuaian bagi lelaki yang mengalami botak pada usia muda.
“Pakar perubatan perlu tahu siapa sasaran saringan dan dipertimbangkan untuk pencegahan kemoterapi.

“Botak pada usia 20-an mungkin boleh jadi faktor risiko paling mudah untuk mengesan masalah ini, begitupun banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini,” katanya yang juga Profesor bidang radiasi onkologi Universiti Descartes Paris.

Menerusi kajian itu, kumpulan penyelidik itu menyedari corak botak lelaki (androgenic alopecia) sangat biasa berlaku dan dialami separuh dari keseluruhan lelaki pada satu peringkat dalam kehidupan mereka. Sebelum ini, pencetus penyakit ini dikaitkan dengan perubahan testosterone kepada hormon androgenic.

Bagi memeriksa dengan teliti kemungkinan hubungan antara corak rambut botak dengan kanser prostat, pasukan penyelidik Perancis mengambil masa dua tahun menganalisa perkembangan penyakit dan corak keguguran rambut terhadap 388 lelaki yang mengalami kanser prostat berusia antara 46 hingga 84 tahun.

Bermula pada 2004, penyelidik meminta mereka menunjukkan sama ada pernah mengalami masalah botak sebelum ini, bila masalah rambut gugur bermula dan secara khusus jenis rambut gugur yang berlaku ketika berusia 20, 30 dan 40 tahun.

Kajian mendapati 37 pesakit kanser prostat (dan 14 lelaki sihat) mengalami beberapa bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun, seperti penyusutan rambut di dahi kepada botak bertompok di atas kepala atau kombinasi kedua-duanya. Dalam kajian itu sebarang bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun dikaitkan dengan bergandanya risiko kanser prostat, yang mana tanpa corak khusus keguguran rambut menjadikannya risiko yang lebih mudah dijangka berbanding risiko lain.

Biarpun pasukan penyelidik enggan membuat kesimpulan bahawa masalah botak dan kanser prostat saling berkaitan, seorang lagi pakar Amerika Syarikat iaitu Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City bersetuju bahawa hasil kajian berkenaan boleh dipertimbangkan.

“Kita juga sedar wujudnya faktor genetik yang menjadikan kanser prostat lebih tersebar luas. Sebagai contoh, lelaki yang ada kaitan persaudaraan seperti bapa saudara, bapa atau abang yang disahkan kanser prostat adalah 2.5 hingga tiga kali lebih berisiko alami barah prostat berbanding lelaki tanpa sejarah keturunan. Genetik juga memainkan peranan kepada lelaki yang mengalami rambut gugur pada usia muda,” katanya.

INFO: Barah prostat

  • Turut digelar penyakit orang tua kerana lambat merebak
  • Kira-kira 90 peratus dari sel barah ini merebak ke tulang selain kawasan lain termasuk pundi kencing.
  • Isi padu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
  • Penduduk di California, Amerika Syarikat adalah 100 kali lebih ramai dijangkiti barah ini berbanding penduduk Cina di Shanghai.
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation