bisnes.utusan@gmail.com
BUTTERWORTH 10 April – Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB) berhasrat menjadi pemain utama dalam insurans takaful dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan perlindungan kepada rakyat di negara ini.
Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GETSB, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, ini kerana kesedaran masyarakat terutama masyarakat Islam terhadap tahap pengambilan insurans takaful di negara ini masih rendah iaitu 11 peratus berbanding 43 peratus bagi insurans konvensional.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan membuka tiga lagi pejabat Stesen Sinergi Agensi Great Eastern Sdn. Bhd., (GASS) tahun ini dalam memperkenalkan produk yang ditawarkan oleh GETSB.
Antara pejabat tersebut ialah di Wangsa Maju (Kuala Lumpur) yang akan dibuka Mei depan, Jitra (Kedah) dan Kota Kinabalu di Sabah.
“Pejabat GASS yang dibuka di sini akan membolehkan pihaknya meneroka pasaran baru di negeri sebelah utara dan sekali gus menjadi pengendali insurans takaful yang terbaik di antara 12 takaful yang beroperasi di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran GASS di Taman Selat di sini hari ini.
Setakat ini, cawangan GASS yang baru beroperasi ialah di Kota Bharu pada 13 Mac lalu.
Mohamad Salihuddin berkata, pihaknya akan melantik 8,000 ejen GASS di seluruh negara bagi membolehkan masyarakat sedar terhadap kepentingan insurans takaful yang berkonsepkan syariah Islam yang mudah.
Beliau berkata, antara produk takaful yang ditawarkan oleh GETSB ialah i-Great Amal, i-Great Iqra, i-Great Abadi dan I-Great Damai.
TakafulGE: Untuk mendapatkan sebarang penjelasan lebih detail anda bolehlah menghubungi saya.
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436