CHAPTER 1

CHAPTER 1

Assalamualaikum..

Sebenarnya sudah lama inginku menulis kisah perjalananku ke dunia takaful ini. Semoga ianya menjadi aspirasi kepada anda semua.

Pada penghujung 2010 saya,isteri dan anak2 mengambil keputusan untuk berhijrah ke Johor (Pasir Gudang) menetap di rumah pusaka belah isteri. Pada penghujung Okt 2010 saya yang turun lebih awal bagi mengemas dan membaiki rumah pusaka yang setelah hampir 10 tahun di sewakan. Tanggal 26 Dis 2010 kami secara rasminya berhijrah ke Johor. Kami berhijrah ke Johor bukan disebabkan menerima tawaran kerja yang bagus, malah tujuan utama berhijrah adalah kerana ingin memastikan anak sulung kami membesar dan belajar dengan susana yang lebih baik. Justeru itu kami nekad dan yakin untuk berhjirah.

Di awal tahun 2011 bermulah episod mencari kerja untuk isteriku. Alhamdulillah dengan sekali interview beliau berjaya mendapat pekerjaan, manakala saya pula yang tidak suka bekerja makan gaji berniaga dengan membuka stall makanan yang dibuka sejak saya datang ke johor. Pada masa yang sama Fauzi Ibrahim(agen insuran adik saya Sahar Sarif) mempekernalkan saya dengan Bos beliau (GAM Annuar Rohaini) dan menawarkan saya bekerja dengan beliau sebagai Marketing Recruiter Officer bedasarkan pengalaman networking yang saya ada. Selain daripada basic salary beliau menawarkan saya komisen daripada jualan agen yang saya bawa. Terus terang saya katakan saya tidak teruja lansung dengan gaji dan komisen yang di tawarkan. saya sedar dan yakin jika saya buat untuk diri sendiri jumlah hasil yang saya dapat lebih berganda. Disebabkan nak jaga hati saya minta tempoh seminggu untuk berfikir (sebenarnya saya menolak tawaran beliau). Tak sampai seminggu saya bagi keputusan untuk menolak dan mengatakan hasrat nak jadi agen.(sebenarnya cakap sahaja tak nak buat pun dan saya sibuk berniaga).

Di dalam kesibukan berniaga saya try try test power, ajak kawan jadi agen. eh tak sangka ada pulak yang nak jadi agen Hamzah July(kat fb dikenali sebagai Dewa Pemusnah) pada bulan jan 2011 saya ambik exam sama-sama dengan kawan tersebut (PCE dan CELLI – betul kot ejaannya). Masa itu Great Eastern dah ada lesen takaful Tetapi group GAM Annuar Rohaini masih membuat Great Eastern Life. Bila dah lulus saya yang sememangnya takder hati tak bergerak pun tetapi kawan yang saya bawa dia dah mula gerak dan berjaya close 5 kes pada bulan pertama. Paling saya tak boleh tahan tu dia masuk-masuk jer jadi top Rookie Bumiputra- Southern Region. Perghhhh sakit jer hati…. Mau tak panasss…Apa lagi rasa macam tertampar dan Baru jer nak panaskan enjin wife pulak boleh halang apabila terbaca perbezaan takaful dan insuran.. Nak tak nak terpaksa tunggu lagi hampir 2 bulan sebab nk ambik exm TBE next date hampir sebulan dan nak keluar keputusan hampir 3 minggu (sebab dulu manual tak macam sekarang online.

Masa penantian hampir 2 bulan itu tidak saya sia-siakan, saya dah mula gerak memberi kesedaran takaful kepada sahabat-sahabat. BOS ada kata jumpa 10 orang seorang akan ambik. Saya dah jumpa 10 orang seorang pun tak ambik. Kecewa sungguh. BOS kata sebab tak bawa dia.. sebab segan saya tak nakla bawa dia nanti saya yang tak boleh cerita. Hihihi… Nasib baik pada satu hari tu bini BOS ada appoiment saya ikut. Saya bernasib baik sebab prospek yang bini BOS jumpa ni banyak pulak soal disitu saya banyak belajar dan Alhamdulillah selepas itu kes demi kes saya close. Pada tup tup tanggal 5 April 2011 saya baru sah sebagai agen GETB terus dengan menghantar 9 permohonan takaful dan pada bulan April saya berjaya menghantar 19 permohonan..

Bersambung….

Advertisements