Perbezaan Takaful dengan Konvesional

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda perbezaan di antara  Takaful Dan Insuran konvesional.

AWAS!! Ada sesetengah orang atau agen menganggap ianya sama.

Ingin saya tegaskan di sini sebenarnya  Takaful bukan sahaja tidak sama malah terlalu banyak sangat perbezaannya. Berikut adalah gambaran perbezaan yang dapat saya kongsikan dengan anda..


Pengertian

Takaful adalah satu perkataan yang berasal daripada perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling jamin-menjamin.’

Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu-membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Ciri-ciri Takaful

  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru’
  • Pelaburan halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur Maisir (judi)
  • Tiada unsur Gharar (Tidak jelas)
  • Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)

Kelebihan Insurans Takaful

Secara ringkasnya ingin saya simpulkan, Takaful adalah yang terbaik. Bebas dari unsur-unsur Gharar, Maisyir, dan Riba.

Bagi mereka yang mungkin telah memiliki Insuran Konvensional saya rasa anda perlu berfikir panjang. Dan bukan itu sahaja orang yang memberikan anda insuran konvensional ini juga memperolehi nasib yang sama. Kalau rasa amal dah cukup banyak boleh teruskanlah..

Ini kerana

“Dosa riba itu ada 76 pintu, dan pintu yang paling ringan (dosa) umpama berzina dengan ibu sendiri”

“Allah memerangi orang yang terlibat di dalam Riba”

“Dan 1 bahagian Riba dosanya seperti melakukan 36 kali zina.”

Nauzubillah.. Semoga kita di jauhkan daripada perkara sebegini.

8 Responses to Perbezaan Takaful dengan Konvesional

  1. Suhaimi says:

    saudara.

    penjelasan mengenai perbezaan dengan menggunakan kaedah illustrasi
    yg amat menarik dan mudah difahami
    apapun.
    there is no such ‘insurans takaful’ terminologi tu.
    harap dapat perbetulkan utk elakkan salah faham dengan lebih lanjut

    barakallah

  2. anuar says:

    Assalam,

    Ilustrasi anda membawa maksud takaful pada asalnya sama seperti yang lain-lain (sepanjang paip/hose)..Ianya boleh ditafsirkan dengan mudah seumpama membersihkan sesuatu yg memang pada awalnya adalah najis. Bagaimana jika memang sesuatu itu secara zatnya memang sudah najis (najis berat) bagaimana menyucikannya? Jika hasil daripada judi adakah masih boleh disucikan?

    Saya kurang yakin dengan kesucian yg tuan maksudkan melalui ilustrasi tuan..

    • Razman says:

      Tak sangka pula saya ada yang salah sangka.
      apa yang cuba saya gambarkan adalah tujuan mengambil takaful dan insuran pada dasarnya dan matlamatnya adalah sama. tetapi perlaksanaan nya yng berbeza.

      daripada gambar ilustrasi tersebt sebagai perumpamaan sahaja.
      tujuannya untuk kita mendapat air.ada orang yang memasang penapis dan ada juga yang tidak tapi mereka tetap dapat air. cuma hasil air sahaja yang berbeza. itu sahaja yang saya cuba gambarkan.

      Memang benar bagaimana mahu mencucikan benda yang memang tak suci, contohnya najis berat tadila. memang tak dapat la.

      Sebab tu di awal perlaksanaannya sudah berbeza, tak sama. Contohnya hasil pelaburan tidak boleh dilaburkan ke tempat yang ada unsur2 riba contonya, Banking, haram contohnya Minuman keras dan sebagainya. dan bukan suka2 bank negara minta perlu adanya panel syariah untuk pantau perkara ini..

  3. suffian says:

    great eastern takaful lain ke dari yang fatwa bincang???

    Click to access 5_investment.pdf

    • Razman says:

      salam tuan suffian. contoh yang diberikan great eastern life dan bukan great eastern takaful. pasti ianya berbeza. ini kerana great eastern life sendiri berbeza dengan great eastern takaful

  4. Mohd Adam Hussin says:

    Salam,

    Kalau boleh nak promote sesuatu produk jgn lah membanding2kan/memburuk2kan produk konvensional. Tuan kena paham ade saudara kita pun jual konvensional juga. Setakat bandingkan harga dan produk its okay. Tapi statement tuan seolah2 agen2 konvensional ni jual benda haram pulak. Tuan pasti ke yg konvensional ni mmg ade riba dan haram? dan dari sumber haram?Boleh tunjukkan bukti? adakah bila ada panel syariah yang mengawal bermakna confirm 100% halal??Tuan pasti majlis fatwa dan JAKIM itu sendiri telus dalam penilaian??sedangkan coklat cadburry yang sejak azali HALAL tetibe haram, lepastu HALAL semula. Adakah tuan mengatakan yang tuan xpernah makan riba?bersih dari dosa?amalan dah penuh??Xpernah ambil dividen?xpernah terima dividen EPF??Saya agen jual konvensional dan takaful. Tapi saya xpernah memburukkan2 mana2. Cuma pilihan terletak di tgn client.

    • Razman says:

      Sebagai orang islam ini merupakan jihad kecil yang saya lakukan. Majlis fatwa dah ada keluarkan. Kadang2 saya rasa malu apabila ada agen yang bukan muslim bertanya. Takaful itu halal kena masih ramai agen melayu yang jual konvensional. Setiap orang ada pendirian masing2. Dan menjadi jawapan yang dah biasa sangat bila di ajukan perkara ini orang akan melenting lebih2 lagi agen konvensional. Untuk makluman tuan saya pun ada lesen konvensional. Kalau semasa tiada takaful, insuran konvesional menjadi harus. Tetapi dah ada takaful dan sebagai orang islam wajib mengambil takaful. Dan lebih malang lagi apabila banyak client yang saya jumpa kata dia ambil takaful tetapi bila lihat pada medical card rupanya konvensional. Ternyata client tak tahu apa2. Malah agen lebih cenderong untuk mencadangkan konvensional kerana ianya lebih murah dan pulangan lebih tinggi…

Leave a comment