Perancangan Haji, Umrah dan Qurban

Assalamualaikum,

Bertanya kepada semua orang Islam pastinya ada mempunyai impian untuk menunaikan haji/umrah. Tetapi apakah persediaan kita.?

Dalil Wajib Haji dan Umrah

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh”  – Al haj 27

Sudahkah saudara memulakan simpanan untuk menunaikan haji?

Sekiranya belum, eloklah mulakan sekarang. 🙂

Bak kata pepatah Cina, masa yang terbaik untuk menanam pokok adalah 10 tahun yang lalu, dan masa kedua terbaik adalah sekarang.

Mungkin ada yang bertanya, apakah instrumen terbaik untuk simpanan haji?

Untuk soalan ini, jawapannya sudah diberikan di dalam soalannya.

Jawapannya ialah SIMPANAN.

Untuk memulakan simpanan haji, gunakanlah instrumen simpanan yang sewajarnya untuk membuat simpanan. Instrumen simpanan terbaik bagi simpanan haji di Malaysia ialah Tabung Haji. Sebagaimana namanya, Tabung Haji adalah sebuah instrumen untuk membantu masyarakat Islam membuat simpanan bagi tujuan menunaikan ibadah haji.

Kos menunaikan haji meningkat dari masa ke masa. Justeru masa terbaik untuk memulakan simpanan haji adalah sekarang, bukan untuk menunggu sehingga usia pencen baru berkira-kira hendak menunaikan haji.

Merancang simpanan haji 

Untuk merancang simpanan haji, ada beberapa langkah yang saya syorkan;

Pertama – Letakkan sasaran tempoh masa.

Kedua – Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.

Ketiga – Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah kedua, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.

Sebagai contoh, saudara berusia 30 tahun dan bercadang untuk memulakan simpanan haji.

Pertama

  • Letakkan sasaran tempoh masa.

Katakanlah saudara mensasarkan usia 40 tahun untuk menunaikan ibadah haji, maka saudara mempunyai tempoh 10 tahun lagi untuk membuat simpanan.

Kedua

  • Letakkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan.

Dalam masa 10 tahun akan datang, saudara menganggarkan jumlah perbelanjaan haji adalah RM 20,000. Maka RM 20,000 menjadi sasaran simpanan yang perlu dilakukan.

Ketiga

  • Jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah kedua, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.

Akhir sekali, jumlah RM 20,000 tadi dibahagikan dengan temph 10 tahun, maka

RM 20,000 / 10 tahun = RM 2000 setahun,

RM 2,000 setahun / 12 bulan = 166.66 atau RM 170 (selepas dibundarkan) sebulan.

Maka, jumlah simpanan bulanan yang diperlukan adalah RM 170 atau

Jumlah RM 170 ini akan menjadi lebih tinggi sekiranya sasaran tersebut lebih pendek masanya atau simpanan yang diperlukan lebih tinggi. Contoh yang saya berikan ini tanpa mengambil kira sebarang keuntungan.

Jadi, apa seterusnya?

Seterusnya, apa yang saudara perlu lakukan ada DISIPLIN.

Ya, berdisiplin dalam membuat simpanan setiap bulan selama 10 tahun.

Sekarang, saudara sudah mengetahui kaedah dan cara membuat simpanan haji. Namun, adakah saudara yakin dalam tempoh 10 tahun akan datang saudara masih mampu menunaikan niat suci saudara?

Tiada siapa mampu memberikan jawapan ini melainkan Allah. Takdir akan menentukan sama ada nyawa kita masih panjang untuk mengecapi usia 40. Jika usia kita masih panjang, dan kita masih sihat wal-afiat, kita berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Jika sebaliknya, insya-Allah niat dan usaha kita untuk menunaikan haji tetap akan diberi pahala oleh Allah.

Justeru, di sinilah peranan takaful datang untuk membantu niat tersebut tetap tercapai sekalipun berlaku perkara yang tidak diingini terhadap diri saudara.

Kombinasi SIMPANAN, PERLINDUNGAN dan PELABURAN untuk menyediakan wang perbelanjaan menunaikan haji. Gambar daripada Modul Pengurusan Kewangan.

i-Great Amal

Great Eastern Takaful memperkenalkan sebuah produk terbaru i-Great Amal, pada kadar serendah RM 50 sebulan membolehkah simpanan haji berkenaan diberi jaminan kewangan sekiranya berlaku musibah terhadap peserta sebelum sempat menunaikan haji.

Dengan kadar semurah ini, berdasarkan pengiraan yang dilakukan sebentar tadi, saudara boleh peruntukkan sebahagian jumlah simpanan saudara ke dalam i-Great Amal sebagai akaun kedua selepas Tabung Haji.

Manfaat Berganda Ketika anda Mengerjakan Haji atau Umrah

Di GETSB, kami menghargai kepentingan Haji dan Umrah. Dengan itu, kami menawarkan perlindungan berganda sekiranya anda ditimpa musibah kematian semasa mengerjakan Ibadah Haji atau Umrah.

Manfaat Ihsan

Sekiranya anda meninggal dunia, keluarga anda akan menerima RM2,000 dalam jumlah sekali gus sebagai Manfaat Ihsan daripada Dana Tabarru’.

Tunai untuk Mengerjakan Haji atau Umrah

Sekiranya anda bercadang untuk mengerjakan Haji atau Umrah, anda tidak perlu risau soal perbelanjaan kerana kami akan memberikan RM800 (sekali sahaja sepanjang tempoh sijil) secara tunai. Pihak kami akan turut memberikan wang RM800 ini sebagai hibah

Badal Haji (Haji yang Dilakukan oleh Wakil)

Menunaikan haji merupakan rukun Islam yang ke-5. Bagi memenuhi tuntutan Haji ini, sekiranya ditakdirkan anda meninggal dunia atau menderita akibat TPD, kami akan melantik mana-mana badan dan organisasi yang berkaitan bagi menunaikan Badal Haji untuk anda. Segala yuran yang dikenakan akan ditolak daripada manfaat yang akan dibayar kepada penama. Manfaat ini adalah tertakluk kepada Orang yang Dilindungi berumur 16 tahun (hari jadi berikutnya) dan keatas sahaja semasa tuntutan dibuat.

Manfaat Adha

Bagi membantu anda mengerjakan Ibadah ini, kami berasa bertuah untuk memberikan anda RM500 untuk anda mengerjakan Ibadah Qurban ke atas satu bahagian haiwan yang akan dikorbankan. Anda mempunyai pilihan untuk mengerjakannya sendiri atau melantik kami sebagai ejen bagi mengerjakan Ibadah Qurban untuk anda.

Kini, dengan kadar serendah RM 50 sebulan, semua orang mampu untuk menunaikan haji!

Bercadang ingin mendapatkan manfaat ini?

Hubungi Saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

0132626876

Advertisements

4 Responses to Perancangan Haji, Umrah dan Qurban

  1. sangat bermanfaat..terima kasih

  2. rusliza says:

    mohon share.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s