Assalamualaikum..
Hari ni saya nak kongsikan dengan anda cerita seorang insan yang baru saya kenali sebentar tadi. Walaupun hanya perjumpaan singkat di area equin park, sedikit sebanyak saya boleh mengenali hati budi insan mulia ini.
Rasanya payah dan sukar ingin berjumpa dengan anak muda seperti ini sekarang. Rasanya insan ini anak sulung daripada keluarganya. Ini kerana pandangannya jauh kehadapan. Ingin membuat takaful untuk kedua ibu bapanya, dan ingin menyuruh adik-adiknya untuk turut serta mengambil takaful. Ini kerana beliau sedar betapa pentingnya takaful ini.
Antara pertanyaan menarik daripada beliau yang ingin saya kongsikan dengan anda.
Sahabat: Apakah hukumnya jika membuat keuntungan terhadap Takaful?
Jawapan saya: Takaful bukan tempat untuk kita membuat keuntungan, sebaliknya sekadar menampung kerugian yang munasabah.
Sahabat: Bagai mana jika plan anak saya mengambil elaun hospital sehingga RM400 sehari.
Jawapan saya: Sepatutnya hanya kerugian tuan sahaja yang patut di letakkan sebagai elaun hospital tersebut, Contoh tuan gaji RM3,000 bermakna sehari gaji tuan RM100. Disebabkan anak tuan masuk ke hospital tuan terpaksa cuti kecemasan. Oleh sebab itu gaji tuan dipotong RM100 sehari. Elaun hospital tersebut menggantikan kerugian tuan.
Sahabat: Jadi hukumnya haram la
Jawapan saya: tanyalah Ustaq, itu lebih baik
Razman GET: Rasanya ramai di luar sana cuba untuk membuat keuntungan dengan takaful ini dengan memberikan apa yang tak sepatutnya. Seharusnya kita harus peka dengan perkara seperti ini. Ingatlah hidup ini hanya sementara.
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436