Kanser Prostat 1.7 juta kes menjelang 2030.

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my

BIASANYA kita sering dipaparkan mengenai kanser yang dikaitkan dengan perempuan, misalnya serviks dan payudara. Begitupun, golongan lelaki jangan terlalu berlapang dada kerana mereka juga berisiko menghidap kanser paling ditakuti iaitu prostat.

Tahukah anda, kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki di seluruh dunia? Pada 2008 saja, 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030.

Perunding Klinikal Onkologi, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Wahid, berkata kanser prostat berlaku apabila sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Ada kala sel berkenaan merebak dan menyebabkan kanser di bahagian lain pula.

“Ramai masih mengambil ringan mengenainya kerana berpendapat, jika sakit baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Tidak kurang juga yang menganggap ia hanya menyerang lelaki berusia.

“Sebenarnya, andaian itu salah kerana kanser prostat menyerang lelaki tanpa mengira usia. Tidak kurang juga ada yang tunggu ‘rasa sakit’ baru berjumpa doktor, sedangkan pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa,” katanya ketika melancarkan Jevtana (cabazitaxel) di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, kanser prostat merebak melalui empat tahap. Ia dikenal pasti di segi saiz tumor, sama ada nod limfa dijangkiti atau tumor berkenaan merebak ke bahagian lain.

“Tahap pertama kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

“Pada tahap kedua pula, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

“Pada tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan kemungkinan besar merebak ke bahagian seminal dan pada tahap keempat, ia merebak ke pelvis (tulang pinggul), nod limfa atau bahagian lain seperti tulang, hati atau paru-paru,” katanya.

Pun begitu, ada rawatan bagi lelaki yang menghidap kanser prostat peringkat metastatik atau barah yang merebak, antaranya terapi hormon, imun terapi, kimoterapi dan radioterapi.

Perunding Klinik Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Marniza Saad, pula berkata meskipun negara Asia mempunyai bilangan lebih rendah berbanding Eropah, tidak bermakna golongan lelaki di negara ini boleh berpeluk tubuh.

“Sesiapa saja boleh menghidap penyakit ini. Paling penting, perlu sentiasa menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,” katanya.

SOALAN LAZIM:

  • Apakah kanser prostat?Kanser prostat adalah ketumbuhan sel tidak normal dalam kelenjar prostat, manakala prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki yang juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.
  • Bagaimanakah kanser prostat terbentuk?Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di kelenjar prostat mengalami perubahan tertentu di luar kawalan. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal dan kemudian ke bahagian badan lain, terutama tulang dan organ tertentu.
  • Apakah yang menyebabkan kanser prostat?Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui hingga kini tetapi sesetengah pengkaji percaya kanser ini disebabkan hormon lelaki, terutama hormon testosteron. Hormon ini mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
  • Apakah simptom kanser ini?> Kerap buang air kecil
    > Aliran kencing lemah
    > Mati pucuk
    > Terdapat darah di dalam air kencing
    > Sakit sewaktu buang air kecil
    > Sukar mengawal rasa buang air kecil
    > Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada
  • Faktor risiko?> Sejarah keluarga
    > Pemakanan
    > Peningkatan usia
    > Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam
  • Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini berbanding Asia
  • Rawatan> Pembedahan dikenali sebagai prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra

    > Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser pada peringkat awal kanser prostat. Kesan daripada rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil, dan saluran uretra menjadi sempit.

Nota Razman Get: Pengalaman daripada salah seorang client saya, bapanya mengidap kanser ini, pada awalnya bapa beliau tidak tahu dia mengidapnya, Bapa beliau kerap membuang air kecil, oleh sebab itu ke hospital kerajaan la jawabnya. Malangnya di hospital kerajaan tak dapat mengesan penyakit tersebut malah  di berikan  ubat tahan kencing. Perkara ini berlarutan hampir 2 tahun. Disebabkan tidak tahan dan mensyaki sesuatu ahli keluarganya membawanya ke hospital pakar dengan kos hampir RM14k. Dalah masa sehari keputusan di perolehi. Malangnya  kanser ini sudah berada di tahap yang serius. Walaupun sempat melakukan pembedahan usia bapa bapa beliau tidak panjang..

Pengajaran yang dia  perolehi, Buatlah persediaan awal, memang sekarang orang akan rasa berat, tapi bila dah sakit walaupun kosnya mahal orang sanggup keluarkan.. adakah anda nak jadi seperti itu?

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

This entry was posted in berita, info, Malang tak berbau and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s