Tahniah An Nur The Great Agency Champion Ogos

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berakhir sudah bulan kemerdekaan. Salam merdeka untuk semua. 61 tahun kita sudah merdeka. Bercerita tentang kemerdekaan. Adakah kita sudah merdeka dari segi ekonomi rumah tangga kita? Adakah dari dahulu hingga kini masih di takuk yang sama?

Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang ingin sama sama membina kerja dan berjaya bersama kami.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

0192699436l

Berjaya Bersama Kami, #annurthegreatagency

Alhamdulillah semakin hari kami semakin besar, terima kasih kerana memilih untuk berjaya bersama sama dengan kumpulan kami, #annurthegreatagency

annurthegreatagency

Pada yang berminat untuk menyertai keluarga besar kami, anda bolehlah menghubungi leader kami yang berada di kawasan anda.

Johor
Sahar Sarif 011-17652722/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 014-5168642/ Nur Hayati 012-6224457

Selangor
Sahir Get 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 017-3246025

Alhamdulillah buat kali ke 2 berturut-turut..

Assalamualaikum semua..

Masih berkesempatan rasanya untuk saya mengucapkan selamat hari raya untuk semua.. Maaf Zahir dan Batin.

Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana diberikan sebuah rakan niaga yang berdaya saing, saling bekerjasama di antara satu sama lain di bawan An Nur The Great Agency. Kini dengan izin Nya kumpulan kami berjaya sekali lagi menjadi Champion untuk Company Wide buat kali kedua June 2015,

top 1 malaysia

Di kesempatan ini juga saya ingin mempelawa anda yang berminat membina kerjaya bersama sama kami. Anda bolehlah menghungi rakan niaga An Nur The great Agency Di bawah ini

JoM sertai keluarga besar kami.

Melaka
Khairul Mohamed
Naz Daud
Saypools Empayar
Musyrif Khalil Get
Naz Ain Zul

Johor
Sahar Sarif
Masrinie Salim
Solehah Jumaat
Ereniweti Rohani
Noorsidi Aizuddin M. N
Amin Scha Razak
Yazid Nasir

Kuala Lumpur
Nur Hayati
Siti Norkamalia Binti Khalil
Shuhaib Abd Wahab Kawanboxx
Rahmat Kaderi
Hamsya Sdn Bhd

Selangor
Sahir GE Takaful
Mohd Faizzuddin
Suhaimi Abd Azais

Putrajaya/cyberjaya
Siti Zainab Zahirine
Muhammad Ridzwan


Terengganu
Amirul Faizal Ahmad
Amira Shafiqah
Fahmi Irfan
Red Get

Rosazaman Saridin
Agency Manager
0192699436
Champion UM Company Wide Q2 2015
images

award

Syukur Champion 3 bulan berturut turut

Assalamualaikum.

bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya kumpulan kami berjaya mengekalkan kejuaraan untuk 3 bulan berturut2. Terima kasih Rangkaian yang hebat An Nur The Great Agency yang bekerja keras serta saling bekerjasama bagi mengekalkan kejuaraan ini.

maytopmacTahniah juga buat rangkaian Khairul Nizam erana berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Champion untuk Rookie selama 2 bulan berturut turut.

Semoga dengan kejayaan akan menjadi pemangkin kepada kami semua untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Di sempatan ini juga saya ingin mempelawa insan insan di luar saya yang berminat membina kerjaya bersama kami sebagai perunding takaful bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

APA ITU TAKAFUL PENDIDIKAN?

Assalamualaikum..

Ramai diluar sana masih kurang jelas kepentingan dan tujuan mempunyai takaful pendidikan untuk anak.

pendidikan

Tujuan utama takaful pendidikan adalah bagi memastikan anak kita mempunyai simpanan yang cukup atau mencapai jumlah yang disasarkan dalam tempoh tertentu walaupun pencarum ditimpa musibah seperti penyakit kritikal, lumpuh mahu pun di panggil menghadapu Illahi.

Perbezaan dengan menyimpan di bank, simpanan kebiasaan terhenti sekiranya ditimpa musibah dan pasti tidak dapat meneruskan simpanan sekiranya meninggal dunia.

Tempoh perlindunga takaful pendidikan kebiasanya sehingga umur anak mencecah 18 hingga 25 tahun bergantung kepada pilihan pencarum.

Disamping itu, kita juga boleh menambah rider (manfaat) seperti kad perubatan, penyakit kritikal atau elaun hospital dalam takaful pendidikan yang diambil tadi. Namun, pada pandangan saya, adalah lebih baik mengambil perlindungan PERUBATAN berasingan untuk mendapat perlindungan yang optimum dan sehingga umur anak 80 tahun.

“Jangan Cari Alasan Untuk Tidak Berjaya”

Credit to Sahir Sarifdin

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Tips Mengambil Pelindungan Takaful Pendidikan Untuk Anak

Assalamualaikum

1) Mengambil takaful pendidikan seawal mungkin. Ini penting bagi memastikan, kita mempunyai nilai simpanan yang mencukupi setelah mereka berumur 18 tahun dan ke atas dan yang lebih utama kita tidak tahu bila musibah menimpa kita. ie. mengambil perlindungan takaful setelah anak berusia sebulan.

tabung
2) Mengambil tempoh perlindungan semaksimum mungkin. Kebiasanya sehingga anak berusia 25 tahun. Ini bagi memastikan kita mendapat peelindungan semaksimum mungkin. Sekiranya kita memerlukan wang pada ketika umur anak 20 tahun, kita masih boleh mengeluarkan sebahagian besar wang simpanan tadi.
3) Mempunyai perlindungan pembayar. Manfaat ini paling UTAMA yang perlu ada. Ini bagi memastikan simpanan masih dapat dibuat walaupun pembayar tidak mampu lagi untuk membuat simpanan.Contohnya pembayar disahkan kena penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia.
4) Perlindungan Asas ke atas anak ambil serendah mungkin. Sebab ini bukan tujuan bagi perlindungan takaful pendidikan.
5) Elakkan mengambil manfaat tambahan seperti medical card, penyakit kritikal atau elaun hospital. Ini bagi memastikan nilai simpanan kita lebih besar. Tambahan pula risiko untuk anak kena penyakit kritikal adalah amat rendah.

Credit kepada Sahir Sarifdin

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Alhamdulillah Champion Untuk April 2015

Assalamualaikum..

Terima kasih Rakan niaga yang hebat An Nur The Great Agency di atas semangat berpasukan yang tinggi yang telah anda berikan.. Alhamdulillah sekali lagi pada bulan ini kumpulan kita berjaya mengekalkan kejuaraan untuk 2 bulan berturut-turut bari daerah selatan

.top

Semua ini tidak akan di peroleh tanpa usaha dan semangat berpasukan yang kuat..

Tahniah juga buat Khairul Nizam kerana berjaya memperoleh kejuaraan untuk ketogori agen baru bagi daerah selatan. In Sha Allah pada bulan ini kami akan memberikan yang terbaik lagi untuk anda di luar sana..

Di kesempatan ini juga saya mempelawa anda yang berminat untuk berjaya bersama-sama kami sebagai perunding kewangan takaful di Great Eastern Takaful.

Untuk Keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

Hadiah dari Great Eastern Takaful, Ulang tahun ke 4

Assalamualaikum…

Syukur kehadrat ilahi atas nikmatnya.. Hasil usaha keras tahun lepas bersama kumpulan di bawah rangkaian An Nur The Great Agency, kami mampu membina nama di Great Eastern Takaful Berhad.

Ini merupakan hadiah ulang tahun ke empat saya…

wpid-2015-04-05_21.47.42.jpg

paper

Ini membuktikan kumpulan kami mampu untuk memberikan saingan yang terbaik. Tahniah juga buat tuan Sahir Sarifdin walaupun masih baru di dalam industri (kurang 4 bulan, join pada pertengahan september 2014) mempu juga mencipta nama sebagai top 9 bagi ketegori agent.

Sekali lagi terima kasih Great Eastern Takaful

Semoga dengan semangat ini kumpulan kami akan membantu lebih ramai lagi insah di luar sana malah kami juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk bersama-sama kami membina kerjaya di Great Eastern Takaful Berhad amnya dan berada di bawah rangkaian An Nur The Great Agency khususnya.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

pilihan di tangan ANDA.

Apakah button yang anda tekan jika anda ingin masuk ke hospital swasta?

11088336_357777764413743_9184452308289024602_n

A. Sendiri tanggung??
Berapakah jumlah simpanan yang ada?adakah ia mencukupi?mengapa perlu guna simpanan sdri andai ada pihak lain yang boleh bayarkan bil anda?

B. Syarikat tanggung?
Berapakah limit yang syarikat anda berikan? Adakah ianya mencukupi?

C. Takaful tanggung??
Walaupun menggunakan takaful Pastikan kredit limit anda cukup ya..jangan pula anda terpaksa keluar hospital kerana medical card anda sudah tidak mempunyai baki.. jadi had tahunan medical card sangat penting. Cek semula kredit limit kad perubatan anda!

medical card terbaik

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Perunding Takaful Anda

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager
0192699436
Whatsapp/sms/pm/call

Great Eastern Takaful Berhad

Sedih Aku Pedih..

Assalamualaikum
Hari ini timbul rasa sedih dan pedih apabila coretan saya yang tak seberapa ini di ciplak oleh orang yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi sendiri.

Lebih pedih lagi apabila pengalaman sendiri telah ditukar menjadi pengalamannya.

Sedih aku pedih

Bukanlah tak bagi nak berkongsi pengalaman saya. Tetapi berbudi bahasala sedikit. Sekurang kurangnya bagilah kredit kepada saya.

Case nya lebih kurang berlaku zaman saya study dulu, puas kami mencari buku, Akhirnya saya ingin membuat salinan photostat kerana tidak berjumpa di pasaran. Tapi pensyarah saya melarang, kerana katanya, ianya tetap mencuri. Mencuri hakcipta, ilmu tidak ada keberkatan..

Apakah perasaan anda jika anda berada di tempat saya?

Carilah keberkatan dalam menimba ilmu dan rezeki .

Sekian

Great Leo Award 2012/2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah, Kelmarin merupakan hari yang paling saya gembira berada di dalam bidang takaful ini. Ini kerana Pada 17-18 sept 2013 merupakan hari penganugerahan Great Leo Award yang berlansung di Genting.

Pada tahun 2010/2011 dan 2011/2012 saya hanya seorang diri sahaja, kini saya datang kembali bersama 3 orang sahabat yang berada di bawah seliaan saya iaitu Masrinie Salim, Ustaz Musyrif Khalil dan Rafidah Abd Ghani.

great leopastinya untuk tahun 2013/2014 saya berazam untuk membawa lebih ramai lagi qualifier di dalam kumpulan saya. Semoga segala usaha ini dapat di permudahkan oleh-Nya. Aminn..

Anda masih berpeluang untuk turut serta jika anda berminat untuk menyertai saya sebagai perunding Takaful Great Eastern

Untuk keretangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Peti Besi Suami.. Kau Ada??

 peti besi

Assalamualaikum semua..Penulisan saya kali ini khas saya tujukan kepada kaum ibu/isteri di luar sana. Hari ini di rumah anda ada tak peti besi suami anda. Yang mana diut dimasukkan oleh suami tetapi kunci anda yang memegangnya?

Hahahah Kenapa jadi macam tu?..

Kalau si suami sayang anda adakah dia telah melakukan ini?

SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan : “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Jika tidak. Apakah salahnya jika suami anda ambil satu plan takaful. Cover sekurang- kurangnya setahun punya pendapatan untuk bekalan untuk isteri dan anak.. Kan bijak tu namanya..

Di Great Eastern Takaful ada plan serendah RM25 sebulan.. Takkan tu pun tak mampu (sedangkan rokok RM10 sehari mampu).

Untuk keterangan lanjut tentang plan bolehlah menghubungi saya.

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

 

Sumbangan Takaful lebih besar dari bayar kereta?

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman saya bersama dengan client saya. Saya rasa ianya sangat menarik untuk di kongsikan. Oleh itu saya muatkan dalam blog saya ini untuk perkongsian bersama.

Kisah bermula pada minggu lepas apabila saya melawat client saya yang merupakan seorang cikgu yang demam.

Sebelum itu, cikgu ini telah mengambil plan medical untuk satu keluarga (3 beranak) tetapi hanya mengambil yang basic sahaja (ILP, investment link plan) dengan harga yang paling minimum. RM360 sebulan untuk satu keluarga. Dan dalam masa kurang dari 2 tahun cikgu ini dan anaknya telah menggunakan manfaat ini dengan kos sebanyak hampir RM8,000 (cikgu RM4,000 dan anak RM3,800 (2 kali claim demam))

Disebabkan  beliau dah  menggunakkan manfaat ini baru beliau rasa pentingnya melakukan penambah baikkan. Ini kerana elaun hospital beliau tidak mahu dimasukkan pada masa tersebut dan beliau ingin upgrade kepada bilik yang lebih selesa.

Berikut adalah petikan daripada perbualan saya dengan cikgu tersebut.

Cikgu: Man, kalau nak upgrade plan apa yang ko cadangkan?

Saya: Saya cadangkan upgrade bilik dan masukkan elaun hospital.

Cikgu: Berapa budjet yer.

Saya: Kalau nak cantik dalam RM150 sebulan

Cikgu: Mak ai macam saya punya.

Saya: Tu kalau nak cantikla, sebab banyak manfaat. Kalau cikgu buat masa 2 tahun lepas RM130 dah cukup baik dah.

Cikgu: Man, nak tanya sikit, untuk anak anak man ambik yang mana? (kebetulan saya datang melawat bersama dengan wife dan anak-saya)

Saya: Anak yang kecik ni RM 150 yang dua lagi ni RM130 je.

Cikgu: Man punya berapa? satu keluarga berapa?

Saya: Saya punya RM400, satu keluarga dalam RM 1,200.

Cikgu: Mak ai, Man punya jer dah macam saya punya satu keluarga. Satu keluarga punya dah macam saya bayar civic saya.

Saya: …..Senyum jer….  Mungkin boleh saya beli civic seperti cikgu, Cuma jika apa apa berlaku pada saya dan keluarga tiada apa yang saya boleh buat…

civic

Bagi saya apa yang cikgu buat tu dah cukup okey. Sebab medical yang penting. Tetapi jika ada lebihan blehlah tambah manfaat lain. Contonya, Badal haji, penyakit, jaminan pendapatan, kemalangan dan sebagainya.

Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda untuk merancang.

Salam

buatkan saya quotation

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

malang tak di duga, datang tak kenal usia..

Assalamualaikum,

Hari ini saya dengan wife melawat rakan sekelasnya yang yang baru pulang membawa balik anaknyapulang dari hospital Sultan Ismail Johor. Anaknya yang berusia 5 tahun disahkan mengidap lukemia tahap 4, saya sungguh berasa sedih apabila menurut kata ibunya anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia mengidap penyakit tersebut, malah lebih mengejutkan lagi penyakit tersebut berada di tahap kritikal.

Malah di siang harinya sebelum kejadian anaknya sempat main air di depan rumah dengan rakan-rakannya. Pada malam tersebut anaknya dimasukkan ke ICU. Jiran jiran tertangga turut terkejut dengan kejadian itu.

Kini anaknya yang sebelum ini agak agresif dan aktif menjadi sangat pasif. Malah buat masa ini tidak mampu untuk berjalan. Salur paip di hidung(untuk makanan dah ubat ) terpaksa digunakan.

Anaknya sekarang dalam proses kimo. Dan air tulang belakang sudah diambik sebanyak 3 kali, menurut ibunya perlu ambil dalam 14 kali. Bayangkan penderitaan anak kecil ini. Emaknya terpaksa cuti tanpa gaji. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Marilah kita bersama sama mendoakan kesihatan adik ini, adam namanya. Semoga dia lekas sembuh seperti sediakala. Aminn

p:s/ Ibu saya menginggal dunia kerana penyakit ini semasa saya berusia 5 tahun.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

Takaful vs Konvensional..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman sepanjang beberapa minggu ini. Bagi saya ianya satu perkara yang serius dan perlu di ambil berat.

Pada awal tahun ni, saya di hubungi oleh seorang agent meminta quotation daripada saya (dia takder beri tahula agent, saya cek email dia di google)

Bila dah tahu saya pun tanyala, awat usik saya hehehe… Jawapan yang saya dapat. Memang dia sekarang ni agent, cuma dia kecewa kerana agencynya (melayu) main langgar jer suruh jual konvensional. Katanya lagi, leader dia kata client bukan tahu pun kalau kita bagi konvensional. Matlamatnya sama jer, yang penting kita buat sales. Lebih kurang mcm tula bunyinya.. Lebih kecewa lagi dia baru tersedar polisinya satu keluarga yang di ambil dengan leader tersebut di sangkakan takaful rupa-rupanya konvensional. kesedaran itu setelah dia jadi agent, tahu beza logo. Kalau tak jadi agent sampai ke sudah rasanya dia tak tahu.

Oleh sebab mahukan takaful dia matikan polisi konvensionalnya. Tetapi leadernya marah minta untuk di teruskan. Keputusan yang di ambik terus tutup dan terus taknak menjadi agent di agencynya..

Yang kedua ni baru beberapa hari lepas saya jumpa. Pun perkara yang hampir sama. Sahabat lama saya, Dia telah pun lulus exam takaful, PCE dan CHELI dan bersedia untuk menjadi agent takaful. Tetapi kemuskilan yang berlaku apabila agencynya (melayu) turut menyuruh menjual konvensional. Dia dah konfius, ingat masuk kumpulan melayu perkara tu tak berlaku.. lagi-lagi nama kumpulan ala ala arab sikit.

Yang kelakarnya, masa saya jumpa dia, dia kata “Razman, Agency Manager XX XX datang naik Audi, Merc aku ajak join, Ko Agency Manager gak datang naik moto jer”

Jawapan saya  “Aku datang sebab ko yang nak jumpa aku, dan hari ni adakah dengan aku bawa kereta besar ia boleh menentukan kejayaan ko?, Kalau tu tanggapan ko ko silap, sebab semuanya bermula dari dalam diri ko.”

Renungan bersama.

Jika kita ni agent pastikanlah kita memberian produk takaful. Janganlah mengejar keuntungan semata-mata kerana hidup kita bukanlah di dunia sahaja.

Jika kita ni client, pastikan anda memilih takaful sebelum nak sain borang. Kerana takaful itu lebih baik.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Perancangan Persaraan

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkogsi tentang perancangan persaraan, Daripada pengalaman saya, banyak orang yang saya ketemui masil lagi gagal untuk merancang untuk simpanan persarannya.

Berikut adalah sumber yang dapat saya kongsikan.

simpanan persaraanMalang sungguh daripada 100 orang hanya 5% sahaja yang bernasib baik kerana mempunyai wang untuk persaraan. dan 5% terpaksa terus bekerja. dan lebih malang 63% daripadanya gagal untuk membuat persediaan awal melakukan tabungan untuk persaraannya.

Daripada carta ini jika anda salah seorang daripadanya yang di tanya, anda berada di kelompok yang mana? Renung-renungkanlah sahabat.

Jadi apakan persediaan anda?

Hubungi saya untuk memdapatkan khidmat nasihat untuk plan persaraan anda.

Rosazaman Sarifdin 019-2699436

buatkan saya quotation

Keistimewaan Medical Card Great Eastern Takaful.

Ralat: sebarang penulisan semula, copy hendaklah meminta kebenaran dan  selepas mendapat kebenaran hendaklah memberi kredit kepada blog saya Terima kasih.

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan salah salah satu keistimewaan yang ada pada Medical Card Great Eastern Takaful, Ia bukan sahaja memberi manfaat dan menjaga anda malah juga memberikan manfaat pada kenderaan anda. Hebat bukan?

towing1

Sudah ramai client saya yang sudah menggunakan  manfaat ini. Mudah sahaja sayaratnya anda hanya perlu mengambil plan Medical Card dari Great Eastern Takaful (Investment Link Product) dan daftarkan no kenderaan anda.

Pernah satu hari tu saya berkongsi dengan rakan saya tentang kelebihan ini dia terus call agentnya (syarikat lain) bertanyakan adakah manfaat ini ada di sana. Jawapan agent tersebut tiada, dan buat apa manfaat ini sedangkan insuran kereta dah ada.

Itu betul, disini bukan sahaja jika terlibat dengan kemalangan, ia juga akan dapat membantu anda jika kereta anda rosak, bateri kong dan sebangainya???

Car Assistance Secara tidak langsung manfaat ini dapat memberikan faedah yang berguna kepada anda. Untuk aply, Satu medical card hanya untuk satu pendaftaran kereta. Mudah sahaja.

Apakah perkhidmatan Bantuan Jalan Raya yang di berikan?

  • Penundaan Kecemasan 24 Jam dan Pembaikan Kecil di Tepi Jalan -jika kenderaan yang di daftarkan boleh dibaiki pada masa tersebut mekanik akan di hantar contoh tayar pancit, bateri kong. jika tidak dapat dibaiki di tempat itu perkhidmatan penundaan akan di berikan.
  • Bantuan Penggantian Kereta Jika kenderaan yang di daftarkan  memerlukan kereta ganti akibat dari kerosakan atau kemalangan, Car Assist akan mengaturkan untuk mendapatkan kereta sewa (kos sewa kena tanggung sendiri)
  • Pengaturan Penginapan Hotel – Jika kenderaan yang di daftarkan memerlukan penginapan hotel akibat dari kerosakan atau kemalangan, Car Assist akan aturkan penginapan hotel (kos sewa kena tanggung sendiri)
  • Rujukan kepada Pusat Perkhidmatan – pemandu kenderaan yang di daftarkan boleh meminta Car Assist untuk mengaturkan temu janji rujukan ke pusat pembaikan dan perkhidmatan yang terdekat (Kos pembaikan di tanggung sendiri)

Dan yang menariknya tiada sebarang bayaran dikenakan terhadap anda. Dengan syarat Pembaikan Maksimum / Had Penundaan dengan kos kerja maksimum RM300.00 bagi sesuatu kejadian. Car Assist tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kos yang dikenakan terhadap alat ganti yang di perlukan semasa pembaikan kecil di tepi jalan. contohnya penggantian bateri.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Tahniah my Associate mencipta nama di Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kini langkah saya telah di ikuti oleh  Tahniah kepada Ustaq Musyrif, Walaupun masih baru didalah industri ini bukanlah alasan untuk kita tidak boleh buat dan berjaya.

Yang pasti perjalanan kena tetap diteruskan, Masih banyak bangsa kita yang perlu dibantu. anggallah ini satu jihad kecil daripada kita. Niat yang baik akan memberikan hasil yang baik. InsyaAllah..

Kepada mereka yang di luar sana berminat bersama-sama saya menjadi perunding Takaful di Great Eastern Takaful Sdn Bhd bolehlah menghubungi saya atau menghubungi rakan rakan saya.

Pilihlah mereka yang berada di tempat anda.

Rangkaian An-Nur Group under Razman Agency

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Takaful / Insuran VS MLM..

Assalamualaikum..

Sebelum saya ingin berkongsi pengalaman hari ini, saya minta kepada yang suka copy and paste pengalaman saya ini, saya mohon agar anda minta izin terlebih dahulu. Tak salahkan..

Kisah hari ini saya rasa kita boleh jadikan teladan. Ambik yang baik buang jauh-jauh yang buruk.

Takaful/Insuran VS MLM (Multi Level Marketing)

Petang tadi dalam jam 6:30 petang saya mendapat penggilan daripada x-client bertanyakan certificate takafulnya yang sudah luput. Bagaimana untuk dihidupkan kembali.. Alhamdulillah.. Mungkin sudah ada kesedaran kembali agaknya.. Rupa – rupanya ada udang di sebalik batu… (baca seterusnya)

x-client saya ini pada mulanya memang tiada masalah melakukan sumbangan takafulnya, setiap bulan akan dipotong melalui autodebit Maybank. Tapi apabila dia menyertai salah satu MLM, pendapatnya mula berubah sedikit demi sedikit. Sehinggakan saya pun hendak di sekolahkannya.. Saya masih teringat apa yang di perkatakan.

x-client: Razman saya nak stop takaful sayalah, saya dah tak boleh nak teruskan,

saya: Boleh, Tapi boleh saya tahu kenapa?

x-client: Saya ambik takaful ni saya rasa mcm mintak saya sakit pulak, mana taknya kalau sakit jer baru boleh guna. Kalau boleh kita taknak sakit, baik kita kawal pemakanan kita. Tingkatkan imiunisasi dalam badan kita. Itu  lebih baik. Penyakit ni bermula dari perut. Bla Bla Bla Bla…..

(keluar jer perkataan imiunisasi saya dah dapat agak benda apa)

saya: Betul tu. Tapi takaful bukan sahaja untuk penyakit, musibah yang kita tak jangka seperti kemalangan pula bagai mana?

x-client: Tu tak per kereta saya ada insuran, boleh claim.

saya: Okaylah kalau mcm tu..

(saya malas dah nak counter.. taknak teruskan takper..)

Berbalik kepada cerita di atas kenapa dia nak hidupkan takafulnya kembali. x-client saya ini masuk hospital semalam rupa-rupanya. Kena batu karang. Patutla beria-ria nak hidupkan balik takafulnya. Sayang sungguh certificate dah luput kalau hidupkan balik sekalipun ianya seperti certificate baru. Nak tanya apa cerita dengan produk yang dia makan pun saya tak sampai hati.. Kawan2 janganla jadi macam ni..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436