Takaful vs Konvensional..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman sepanjang beberapa minggu ini. Bagi saya ianya satu perkara yang serius dan perlu di ambil berat.

Pada awal tahun ni, saya di hubungi oleh seorang agent meminta quotation daripada saya (dia takder beri tahula agent, saya cek email dia di google)

Bila dah tahu saya pun tanyala, awat usik saya hehehe… Jawapan yang saya dapat. Memang dia sekarang ni agent, cuma dia kecewa kerana agencynya (melayu) main langgar jer suruh jual konvensional. Katanya lagi, leader dia kata client bukan tahu pun kalau kita bagi konvensional. Matlamatnya sama jer, yang penting kita buat sales. Lebih kurang mcm tula bunyinya.. Lebih kecewa lagi dia baru tersedar polisinya satu keluarga yang di ambil dengan leader tersebut di sangkakan takaful rupa-rupanya konvensional. kesedaran itu setelah dia jadi agent, tahu beza logo. Kalau tak jadi agent sampai ke sudah rasanya dia tak tahu.

Oleh sebab mahukan takaful dia matikan polisi konvensionalnya. Tetapi leadernya marah minta untuk di teruskan. Keputusan yang di ambik terus tutup dan terus taknak menjadi agent di agencynya..

Yang kedua ni baru beberapa hari lepas saya jumpa. Pun perkara yang hampir sama. Sahabat lama saya, Dia telah pun lulus exam takaful, PCE dan CHELI dan bersedia untuk menjadi agent takaful. Tetapi kemuskilan yang berlaku apabila agencynya (melayu) turut menyuruh menjual konvensional. Dia dah konfius, ingat masuk kumpulan melayu perkara tu tak berlaku.. lagi-lagi nama kumpulan ala ala arab sikit.

Yang kelakarnya, masa saya jumpa dia, dia kata “Razman, Agency Manager XX XX datang naik Audi, Merc aku ajak join, Ko Agency Manager gak datang naik moto jer”

Jawapan saya  “Aku datang sebab ko yang nak jumpa aku, dan hari ni adakah dengan aku bawa kereta besar ia boleh menentukan kejayaan ko?, Kalau tu tanggapan ko ko silap, sebab semuanya bermula dari dalam diri ko.”

Renungan bersama.

Jika kita ni agent pastikanlah kita memberian produk takaful. Janganlah mengejar keuntungan semata-mata kerana hidup kita bukanlah di dunia sahaja.

Jika kita ni client, pastikan anda memilih takaful sebelum nak sain borang. Kerana takaful itu lebih baik.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436
This entry was posted in info, Kerjaya and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s