Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman saya bersama dengan client saya. Saya rasa ianya sangat menarik untuk di kongsikan. Oleh itu saya muatkan dalam blog saya ini untuk perkongsian bersama.
Kisah bermula pada minggu lepas apabila saya melawat client saya yang merupakan seorang cikgu yang demam.
Sebelum itu, cikgu ini telah mengambil plan medical untuk satu keluarga (3 beranak) tetapi hanya mengambil yang basic sahaja (ILP, investment link plan) dengan harga yang paling minimum. RM360 sebulan untuk satu keluarga. Dan dalam masa kurang dari 2 tahun cikgu ini dan anaknya telah menggunakan manfaat ini dengan kos sebanyak hampir RM8,000 (cikgu RM4,000 dan anak RM3,800 (2 kali claim demam))
Disebabkan beliau dah menggunakkan manfaat ini baru beliau rasa pentingnya melakukan penambah baikkan. Ini kerana elaun hospital beliau tidak mahu dimasukkan pada masa tersebut dan beliau ingin upgrade kepada bilik yang lebih selesa.
Berikut adalah petikan daripada perbualan saya dengan cikgu tersebut.
Cikgu: Man, kalau nak upgrade plan apa yang ko cadangkan?
Saya: Saya cadangkan upgrade bilik dan masukkan elaun hospital.
Cikgu: Berapa budjet yer.
Saya: Kalau nak cantik dalam RM150 sebulan
Cikgu: Mak ai macam saya punya.
Saya: Tu kalau nak cantikla, sebab banyak manfaat. Kalau cikgu buat masa 2 tahun lepas RM130 dah cukup baik dah.
Cikgu: Man, nak tanya sikit, untuk anak anak man ambik yang mana? (kebetulan saya datang melawat bersama dengan wife dan anak-saya)
Saya: Anak yang kecik ni RM 150 yang dua lagi ni RM130 je.
Cikgu: Man punya berapa? satu keluarga berapa?
Saya: Saya punya RM400, satu keluarga dalam RM 1,200.
Cikgu: Mak ai, Man punya jer dah macam saya punya satu keluarga. Satu keluarga punya dah macam saya bayar civic saya.
Saya: …..Senyum jer…. Mungkin boleh saya beli civic seperti cikgu, Cuma jika apa apa berlaku pada saya dan keluarga tiada apa yang saya boleh buat…
Bagi saya apa yang cikgu buat tu dah cukup okey. Sebab medical yang penting. Tetapi jika ada lebihan blehlah tambah manfaat lain. Contonya, Badal haji, penyakit, jaminan pendapatan, kemalangan dan sebagainya.
Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda untuk merancang.
Salam
Rosazaman Bin Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436