Kenapa pentingnya Had Tahunan kad berubatan BESAR..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan kenapa pentingnya memiliki had tahunan yang banyak. Ramai orang yang saya jumpa kata RM100,000 dah cukup besar. Mungkin jumlah itu relevent untuk 15 tahun lepas dan bukan untuk masa kini.

Masih segar di ingatan pada 3 tahun lepas, semasa berjumpa dengan bakal pelanggan (seorang Dr Pakar Mata). Dia meminta untuk kad perubatan keluarganya mempunyai had tahunan yang besar. Menurut beliau sekurang kurangnya RM300,000 ke RM500,000 setahun. Ini kerana, apa yang di risaukan adalah apabila rawatan yang melibatkan kanser. Kos rawatan boleh mengjangkau ke RM400,000 setahun.

Berikut merupakan salah satu contoh kos rawatan yang melibatkan kaser yang telah di bayar oleh Great Eastern pada 29/2/2021 untuk sekali kemasukan sehingga RM208,377.74

Rawatan selama 22 hari menelan belanja melebihi RM200k. Bukan itu sahaja. untuk pengetahuan semua total kos yang telah digunakan dalam masa 8 bulan sudah melebihi RM600,000.00

Jadi nasihat saya, baik kita cek kembali had tahunan kad perubatan kita sebelum apa apa terjadi. INGAT jangan fikir cukuplah sekadar ada sahaja. Nanti menyesal kemudian hari tidak berguna.

Bolehla kongsikan kepada kawan kawan jika anda rasa info ini sangat berguna..

Rosazaman Sarifdin

0192699436

I-Great MediHarapan

Assalamualaikum semua… sekadar perkongsian Plan medical card terbaik dari Great Eastern Takaful Berhad yang terhangat di pasaran..

Nama: PAK JANG
Umur: 55 Tahun

Cadangan

Medical Card:

  1. Room & Board RM200
  2. Medical Card RM200,000 limit tahunan
  3. Had seumur hidup penggunaan medikal kad TIADA
  4. Sijil sehingga umur 100 tahun
  5. Rawatan Pesakit luar bagi kes kemalangan RM5,000 (setiap kemalangan)
  6. Rawatan pesakit luar akibat kanser dan Dialisis buah pinggang RM200,000 limit setiap tahun
  7. Elaun hospital RM100 sehari (Jika masuk hospital kerajaan)
  8. Jaminan sijil diperbaharui
  9. Ambulan percuma
  10. Organ transplant
  11. Intraocular lense RM1000/eye
  12. Rawatan sebelum masuk hospital 60hari
  13. Rawatan susulan selepas keluar hospital 90hari
  14. Supreme Assist (Perkhidmatan penghantaran pulang dr luar negara) RM500,000
  15. Eksekutif second opinion
  16. Deductible RM300

❎Pampasan (HIBAH)
❎Saving
Harga meningkat 5 thn sekali seperti dalam jadual harga di bawah

===================
Caruman bulanan bermula RM171

Apa tunggu lagi.. Hubungi kami untuk keterangan lanjut. Rosazaman Sarifdin 0192699436

Kos rawatan untuk brain tumor

Gamma knife technology for brain tumor.

Member di hospital share pasal satu teknologi baru di Malaysia untuk rawat tumor otak. Mesin ni harga RM60 juta per unit. Katanya hanya terdapat di Sunway Medical Center dan Gleanegles buat masa sekarang.

Kos rawatan antara RM26,000-RM28,000 untuk 4-5 kali sesi rawatan, bergantung kepada doktor.

Teknologi ni menggunakan sinar gamma yang akan bertindak sebagai pisau yang akan memusnahkan sel tumor. Pesakit tak perlu lagi menjalani pembedahan, tak perlu cukur rambut.

Alhamdulillah teknologi perubatan semakin berkembang. Bila tengok pada kos rawatan tu, agak2 cukup tak duit saving yang ada? Kalau kata dah ada medica card alhamdulillah, tapi minta cek juga berapa had tahunan yang ada. Agak agak cukup tak untuk menampung kos ini..

Pastikan had tahunan anda mencukupi. Di GETB kami mempunyai plan yang mana had tahunannya sehingga RM1,000,000. Bertindak sekarang.

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager GETB

Founder An Nur Group

razman

buatkan saya quotation

Pentingnya kad perubatan yang mempunyai had tahunan tinggi

Assalamualaikum,

Pernahkah kita mengkaji kos rawatan masa kini, atau kita sememangnya tidak pernah ambil tahu.

Rawatan buah pinggang – tengok berapa kos nya?

Kanser – tengok berap kos nya?

Jantung – tengok berapa kos nya?

Kerajaan tanggung jugak ke? Ke pakai duit sendiri? Cukup tak duit sendiri? Kalau duit sendiri tak cukup, nak dapatkan rawatan macam mana? – sebab tu kena ada medical card Great Eastern Takaful

Sebab itu penting untuk kita ambil cakna hal ini, jangan dah tekena pada batang hidung sendiri baru kita menggelabah..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Macam mana nak apply medical card Great Eastern Takaful ? Pm saya SEKARANG

razman

buatkan saya quotation

Mana yang lebih utama?

Assalamualaikum,

Apa khabar semua, sejak akhir akhir ni sibuk pula nak mengupdate blog saya ini. Takper hari ni saya cuba curi masa untuk berkongsikan sesuatu untuk kita fikirkan bersama.

Pada anda, manakah yang lebih utama? Perlindungan perubatan atau perlindungan pendapatan?

Anda bekerja sendiri? Manfaat kemalangan penting untuk anda. Kenapa?

Assalmualaikum semua.

Hari ni terlintas untuk berkongsi tentang manfaat kemalangan. Bagi saya ianya penting untuk semua orang, namun ia lebih penting bagi yang bekerja sendiri. Contohnya pekerja yang komisyen base seperti agen penapis air, salesman kereta, agen takaful, agen MLM, dan sebagainya..  kerana apa?

Apabila anda terpaksa cuti kerana kemalangan, pastinya pendapatan anda akan berkurangan atau mungkin tiada langsung berikutan rutin harian anda tidak dapat dilakukan. Dengan erti kata lain anda tidak dapat keluar bekerja seperti hari-hari biasa ketika anda sihat.


Merujuk kepada keratan akhbar metro di atas, dalam masa 2 minggu sahaja sebanyak 18,484 (sehari 1321) kes kemalangan yang direkodkan. Ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan. Sudah pasti bilangannya lebih tinggi bukan?

Semua sedia maklum penunggang motosikal adalah pengguna jalan raya yang berisiko tinggi. Sering menjadi mangsa kemalangan. Namun kerana tiada pilihan ramai di antara kita yang menunggang motosikal untuk keluar bekerja.

Oleh itu saya sangat menyarankan kepada anda untuk memiliki manfaat kemalangan pada sijil takaful anda. Perkara ini sangat penting oleh sebab itu saya juga mengambilnya.


Ini merupakan contoh tuntutan yang saya lakukan akibat tidak dapat bekerja selama 3 bulan (12 minggu).   Saya terlibat dengan kemalangan motosikal dan mengakibatkan kecederaan dan tangan kiri saya patah.

Sekiranya saya bekerja makan gaji pastinya bukan satu masalah besar kerana saya tetap di bayar gaji dalam keadaan MC. Namun bagaimana pula jika bekerja sendiri? Siapa yang akan bayar gaji saya? Kerana itulah mengapa pentingya memiliki manfaat kemalangan ini.

Jadi apa tunggu lagi. Hubungi saya segera.

razman

buatkan saya quotation

Yang manakah plan medical terbaik, ILP atau Standalone?

“Tuan boleh cadangkan medical card untuk anak perempuan saya?”

Kita ada dua jenis plan, Plan yang terbaik adalah MENGIKUT BUDJET tuan, Jika budjet tuan rendah saya cadangkan ambil plan medical card sahaja untuk anak.
Tidak perlu ambil pakej yang sekali dengan takaful hayat (life) untuk anak.

Medical Card untuk Kanak-Kanak
✅Bilik Wad RM200/hari (maksima 180 hari setahun)

✅Had Tahunan RM1,320,000

✅Tiada HAD Seumur Hidup

✅Coverage hingga umur 99 tahun

✅Rawatan pesakit luar bagi kes kemalangan

✅Elaun Wad jika dimasukkan Hospital Kerajaan

✅Manfaat rawatan Intercular lens

✅Rawatan pesakit luar bagi kanser & dialisis

✅Tiada ko-takaful

✅Tiada PWC

✅Renewal Guaranteed

✅Pamasan kematian kemalangan RM15,000

✅Diskaun 5% jika ambil untuk pakej keluarga

✅Lebih 90 panel hospital seluruh negara

✅Dan lain-lain lagi
Caruman bulanan RM114 anak 0-5 tahun

Caruman bulanan RM91 anak 6-10 tahun

Caruman bulanan RM81 anak 10-15 tahun

Caruman bulanan RM83 anak 16-20 tahun

Caruman bulanan RM87 anak 21-25 tahun

Berminat?
wasap

http://www.wasap.my/60192699436/MedilCardMurah
Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager

Great Eastern Takaful Berhad

http://www.razmanget.com

razman

buatkan saya quotation

Pentingnya manfaat Comprehensive Accident

Assalamualaikum,

Hari ini ini kita sering melihat lambakan motosikal berkuasa besar, mungkin anda salah seorang daripada pemiliknya.. Bukan nak kata naik motosikal berkuasa besar ini kurang risikonya. Risiko tetap ada di mana sahaja.. Cuma apa yang saya ingin kongsikan dengan anda hari ini adalah tentang salah satu manfaat yang ada di plan Great Eastern Takaful Berhad iaitu Comprehensive Accident benefit Xtra (CABX). Klik sini untu ketahui Manfaatnya 


Saya sendiri sebagai agen turun mengambil manfaat ini dan jumlah coverage yang saya ambil sebanyak RM300,000. (Dua sijil RM100,000 dan RM200,000) ini kerana memandang kepada risiko yang saya sering memandu/menunggang motosikal. Bukan ambil untukminta kena tapi sebagai langkah persediaan..

img_9171-1

saya telah terlibat dengan kemalangan Motosikal pada 2/4/2017 dan mengakibatkan tangan kiri saya patah. akibat dari kemalangan itu saya telah di berikan rawatan di hospital swasta dengan kos rawatan berjumlah hampir RM30,000. Selain dari itu juga saya di berikan cuti sakit selama 2 bulan 3 mingu (84 hari)


Dalam tidak boleh kerja saya masih memperolehi pendapatan sebagai ganti RM27,000 untuk 84 hari. Jadi saya sangat sangat mensarankan penunggan motosikal berkuasa besar khususnya untuk mengambil plan ini.

Untuk keterangan lanjut anda boleh terus menghubungi saya

Rosazaman bin Sarifdin 0192699436.

razman

buatkan saya quotation

Caj Ambulan

Salah satu kelebihan medical card Great Eastern Takaful adalah turut mempunyai manfaat Ambulan. Yang menariknya dilindungai seperti yang di caj.


Siapa dah ada medical card tu bolehla tanya agent masing masing ya.

Ni abam nak share sikit sahabat kita dia ada medical card tapi ambulan cover cuma RM200 sahaja. Kemalangan di highway di masukkan di hospital kerajaan sebab ada medical card mintak pindah ke hospital Swasta di johor, masa tu caj ambulan dah kena RM1200. Setelah beberapa hari di hospital swasta tu nak tranfer ke kampung pula di utara. Sekali lagi kena daaa kali ni caj ambulan RM3200..

Bil memangla medical card cover ni abam nak cakap pasal ambulan..


Ni bukan nak takut takut kan.. ni kenyataan..

Pada yang nak dapatkan medical card terbaik dari Great Eastern Takaful boleh terus wasap abam. Tak kisahla ada kat mana. Insyaallah ahli kami An Nur The Great Agency boleh membantu

Www.wasap.my/60192699436

razman

buatkan saya quotation

Plan Medical Card Termurah GETB

Assalamualaikum,

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ramai yang tercari cari plan medical card mampu milik untuk satu keluarga. Alhamdulillah Great Eastern Takaful Berhad memahami permasalahan ini. Oleh itu plan Medical Card/kad perubatan ini di keluarkan kepada anda. I Great Medi Max.


Menariknya tentang plan ini

  1. Ianya melindungi anda sehingga anda berusia 99 tahun.
  2. Tanpa co takaful (full coverage)
  3. Tanpa had seumur hidup
  4. Guaranty renewal
  5. Personal accident percuma sehingga RM20,000
  6. Had tahunan medical card sehingga RM1.6 juta
  7. Bilik penginapan sehingga RM300 sehari
  8. Free car assistant
  9. Elaun hospital kerajaan
  10. Rawatan pesakit luar akibat kanser dan dialisis mengikut had tahunan.
  11. Rawatan pesakit luar akibat kemalangan sehingga RM6,000
  12. Boleh di ambil secara perseorangan dan diskaun diberikan jika mengambil untuk berkeluarga

Jadi apa tunggu lagi.. daftar sekarang..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

razman

buatkan saya quotation

Kenali risiko diri anda.

Assalamualaikum

Dah lama rasanya bercuti dari mengarang, ni gara gara kesihatan yang kurang baik akibat saya terlibat di dalam kemalangan jalan raya pada 2/4/2017 jam 6:30 petang di km30 lebuhraya utara selatan. Sebuah kenderaan toyota putih (singapore) secara tiba tiba potong Q memasuki lorong kecemasan. Saya cuba mengelak dan terbabas. Bukan itu sahaja saya turut di langgar oleh superbike yang berada di belakang saya. Akibat dari kejadian itu saya telah patah tangan kiri dan dislocated.


Saya telah dibawa oleh ambulan ke hospital Kulai untuk rawatan lanjut. Sampai di saya setelah xray dan kompem patah saya minta untuk di tukarkan ke Regency Specialist Hospital. Urusan ini di bantu oleh AM Saharrudin. Tq saha.

Saya di tahan di Regency selama 4 hari dan operation memasukkan besi dilakukan. Ini merupakan besi kedua yang berada di dalam badan saya. (Yang pertama di tulang pelvic kiri kemalangan pada mac 2003). Selain itu satu skru dimasukkan untuk membetulkan dislocated. Kiranya sekarang dah macam robotla. InsyaAllah skru itu akan di buka (second operation) pada 16/5/2017 ini).

Agen takaful juga manusia jadi tak lari dari risiko kehidupan. Alhamdulillah bil selama 4 hari di tanggung oleh Great Eastern Takaful Berhad.
Pertama kalinya saya menggunakan medical card Great Eastern Takaful Berhad. Bil menghampiri RM20,000. Tak sempat saya nak buat medical chekup untuk upgred tempoh hari.


Setelah keluar dari hospital saya di berikan cuti sakit selamat sebulan. Alhamdulillah tuntutan untuk cuti sakit telah lulus dan di kreditkan.


Total tuntutan MC selama 31 hari sebanyak RM10,+++. Alhamdulillah dapatla buat belanja semasa tak dapat kerja. Ada yang tanya berapa jumlah yang saya cover untuk kemalangan. Untuk pengetahuan anda saya mengambil comprehensif kemalangan sebanyak 2 sijil yang yang mana jumlah perlindungan sebanyak RM100,000 dan RM200,000. Ini kerana risiko saya banyak terdedah di jalan raya sebab sering bergerak ke luar dari Johor.

Pada 20/4/2017 semasa membuat chekup Dr menyambung lagi MC saya sebanyak 32 hari. Kena rehat panjang ni gamaknya. Tapi tak di sangka juga Great Eastern Takaful Berhad telah menjemput saya untuk menjadi speaker pada 20/5/2017 ini. Harap dah keluar hospital la masa tu sebab saya akan masuk semula pada 16-18/5/2017.  Doakan kesihatan saya.


Jumpa anda di sana.

Blog menemukan kami.. Terima kasih kerana berurusan dengan saya

Assalamualikum..

Bukan suka pelanggan sakit tapi bersyukur dapat membantu meringnkan masalah mereka.

Semalam dah hari ini punya cerita, semu insan ini datangnya dari blog http://www.razmanget.com
1. Semalam pelanggan dari johor seorang executive, admit sebab batu karang

2. Hari ni Claim rawatan susulan pelanggan dari portdickson seorang pensyarah, bil warded sebelum ini hampir RM 20k akibat hidung berdarah – sinus
3. Pelanggan dari klang seorang juruteknik IT, admit akibat acl
Alhamdulillah alam maya menemukan kami.
Pada yang berminat untuk mengetahui tentang plan dari Great Eastern Takaful bolehlah melawati laman blog saya.
#annurthegreatagency

#razmanget

#milliondollarunit

#championunit2015companywide

pilihan di tangan ANDA.

Apakah button yang anda tekan jika anda ingin masuk ke hospital swasta?

11088336_357777764413743_9184452308289024602_n

A. Sendiri tanggung??
Berapakah jumlah simpanan yang ada?adakah ia mencukupi?mengapa perlu guna simpanan sdri andai ada pihak lain yang boleh bayarkan bil anda?

B. Syarikat tanggung?
Berapakah limit yang syarikat anda berikan? Adakah ianya mencukupi?

C. Takaful tanggung??
Walaupun menggunakan takaful Pastikan kredit limit anda cukup ya..jangan pula anda terpaksa keluar hospital kerana medical card anda sudah tidak mempunyai baki.. jadi had tahunan medical card sangat penting. Cek semula kredit limit kad perubatan anda!

medical card terbaik

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Perunding Takaful Anda

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager
0192699436
Whatsapp/sms/pm/call

Great Eastern Takaful Berhad

Mohonlah takaful semasa sihat

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin kongsikan 1 kisah yang saya rasa harus kita semua ambil ikthibar. Semoga ianya memberikan kita manfaat kepada kita semua.

Pada bulan lepas saya di hubungi oleh seorang insan yang membuat permohonan takaful. Seorang executive di salah sebuah bank di ibu negara Kuala Lumpur.

Di pendekkan cerita setelah jumpa. Tak sampai 15 minit insan tadi setuju dengan plan yang saya tawarkan, Dengan sumbangan di sebutkan.

Terus terang saya rasa sangat hairan..

Setelah semua dokument lengkap di isi saya pun terus keyin data secara dalam talian..(sistem pendaftaran great eastern secara online)

Selang beberapa hari keluar query dari GREAT EASTERN TAKAFUL berkenaan pada permohonan tersebut. Setelah saya call insan tersebut bertanyakan lebih detail dia mengaku permohonannya pernah di tolak oleh syarikat takaful lain

Permohonannya pernah di tolak oleh syarikat takaful lain

Setelah segala query yang di minta oleh GREAT EASTERN TAKAFUL di lakukan.
-ujian diabetis
-ujian air kencing
-ujian tekanan darah

Inilah keputusannya…

image

image

image

Kesemua manfaat yang di pohon di tolak..hanya pampasan kematian sahaja yang di terima..

Sedih bukan..?

Jadi jika anda rasa anda masih sihat. Apa tunggu lagi? Jangan tunggu sampai dah sakit baru nak pohon. Pada ketika itu tiada satu syarikat takaful pun yang mahu menerima permohonan anda..

Jika anda sayangkan diri anda atau orang yang berada di sekeliling anda share la artikal ini agar ianya dapat memberikan manfaat.. ilmu yang baik harus di kongsikan..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Nikmat yang ditarik..

Assalamualaikum…
Bila berbicara pasal nikmat. Pasti ianya sesuatu perkara yang bagus.. tetapi bagaimana jika nikmat itu di tarik  satu persatu…. apakah perasaan anda?

Ramai yang tidak menghargai nikmat itu malah adakalanya menyalah gunakan nikmat yang di berikan…

Kini baru saya faham apa yang di maksudkan oleh BDM GETB tuan Ibrahim dengan plan berdarah…

Satu persatu nikmat yang diberi di tarik balik…

image

Alhamdulillah di GETB tiada nikmat yang ditarik balik malahan di tambah lagi…

Nak tahu lebih lanjut tentang kehebatan dari plan GETB hubungi saya segera..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Kenapa anda harus memiliki takaful?

Assalamualaikum semua.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kenapa anda perlu memiliki takaful.
Rata rata orang yang saya jumpa di luar sana masih kurang paham kepentingan takaful ini. Malah ada satu ketika tu (kisah seorang guru yang patah kaki) yang guling guling nak ambil takaful selepas di timpa musibah. Yang mana beliau sedia maklum kos rawatan yang di perlukan menelan belanja hampir RM20,000 dan terpaksa mengeluarkan duit poket.

Kini beliau dah keluar dan beransur pulih. Bila ditanya adakah mahu ambil takaful setelah musibah itu jawapannya masih sama. Tak mahu ambil.. mungkin ingin tunggu lagi sekali musibah menimpa baru nak ambil kot.. entahlah…

image

Keretan akhbar ini mungkin kita jadikan ia sebagai iktibar kepada kita semua. Bila sudah sakit berkemungkinan kita juga boleh kehilangan pekerjaan. Tetapi apakah persediaan kita? Siapa pula yang ingin kita persalahkan?

Sikap manusia suka menyalahkan orang lain.. sebagai contoh
Katakanla kita terlibat dengan kemalangan. Si A telah melanggar kita dan menyebabkan kita mengalami hilang upaya kekal. Berapakah tuntutan yang kita ingin buat dengan si A atas musibah itu? 10k, 50k, 100k, 500k, 1j?

Tetapi..

Bagaimana pula jika kita sendiri yang cuai mengakibatkan kita terlibat dengan kemalangan dan berlaku hilang upaya kepada kita. Kepada siapa yang ingin buat tuntutan? Cer cita cer cita…

Jadi jangan menyalahkan orang lain jika anda sendiri tidak beringat menyimpan dari sekarang..

Jadi bukalah akaun takaful anda sekarang bersama saya di Great Eastern Takaful Berhad.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Bertindak sebelum terlambat..

Assalamualaikum…
Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman yang saya temui malam bulan ini yang mana saya rasa harus kita jadikan ikthbar untuk semua.

Dalam bulan ini sahaja saya ada berjumpa dan dihubungi oleh beberapa orang yang telah di timpa musibah dan ingin membuat permohonan takaful.

Kes 1.
Ramli (bukan nama sebenar) menghubungi saya melalui whatapps

image

Beliau telah di sahkah hilang upaya kekal (tangan kanan terpaksa dipotong akibat kecederaan akibat kemalangan). Yang kesiannya dalam keadaan beliau yang macam itu ada agen yang ambil kesempatan. Beliau ada ambil insuran selepas kejadian dengan harapan boleh buat tuntutan, siap buat bayaran tahunan lagi. Malangnya tiada sebarang tuntutan dapat dilalukan. Saya berkata kalau tuan bayar 10 tahun terus pun masih tidak boleh buat tuntutan..

Keluhan beliau: baru tahu dan nampak takaful/insuran ini penting, tak kena memang tak tahu. Menyesal sebab tak ambil

Kes 2.
Yang ini saya berjumpa. Seorang ibu prihatin yang ingin mengambil takaful perubatan untuk anak tunggalnya yang berusia 8 tahun. Malangnya, anak beliau telah di sahkan ada tyriod. Sebelum ini dah ada takaful tetapi sijil dah luput.. adus… lomah betul saya dengar.. beria minta saya tolong. Saya hanya boleh buat permohonan dan saya akan declair itu jawapan saya. Tugas meluluskan bukan dibawah bidang kuasa saya. Cuma ada 3 kemungkinan jika permohonan di buat.

1. Permohonan di terima dan bersyarat
2. Permohonan diterima dengan ada pertambahan harga (loding)
3. Permohonan di tolak

Keluhan beliau: agen tak boleh tolong ker? Kalau tak declair tak boleh ker?

Kes 3.
Kes yang ke 3 ini agak menarik. Pada minggu lepas beliau dah di sahkan doktor pakar ada masalah pada kelenjar (tersumbat). Selepas tahu keputusan itu baru mengigil nak ambil takaful. Di salahkan pula si agen. Kata beliau, pakciknya merupakan seorang agen takaful. Dari anaknya 1 tahun sampai 7 tahun dia tunggu quotation  dari pakciknya tak dapat dapat. Lama no agen ni nak buat quotation..hihihi katanya kalau tak dah ada takaful dah.

Saya tanya beliau. Kalau akak takder masalah ni akak rasa akak nak cari agen tak. Dia terus terdiam.

Keluahan beliau: macam mana ya akak nak buat ni dik? Adik tak boleh tolong ker?..tula kalau  pakcik akak bagi quotation akak dah ada takaful dah..

Nota razmanget: memang kita tak nampak kepetingan takaful ini jika kita tak di timpa musibah.  Kalau tak caya tunggula kena musibah dahulu kemudian baru nak apply. Kalau jumpa saya saya minta maaf saya akan declair. Bagi saya biar kita gaduh awal dari gaduh kemudiah hari akibat tuntutan gagal di lakukan.. mana yang anda mahukan?

Bertindakla awal dan sekarang. Dapatkan quotation anda segera ( jangan minta quotation sahaja tapi tak ambik juga..sama jer peginya)

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award