Rider kemalangan Great Eastern Takaful (i-CABX)

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin kongsikan tentang Rider yang ada di plan Great Eastern Takaful. Iaitu i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Rider (i-CABX). Manfaat ini berbeza daripada syarikat-syarikat takaful. Saya selalunya menyarankan pelangan saya untuk mendapatkan manfaat ini. Ini kerana terdapat 10 manfaat di dalam plan ini. Pada hari ini saya akan rungkaikan satu persatu.

Sebelum itu kenapa saya tergerak untuk kongsikan dengan anda tentang plan ini kerana sejak akhir-akhir ini kita sering di kejutkan dengan kemalangan melibatkan kenderaan awan terutamanya Bas.

Berikut adalah carian yang saya buat di google

kemalanganApa yang saya boleh simpulkan risiko kehidupan ada di mana-mana sahaja.

Berbalik kepada i-CABX tadi. Kenapa plan ini istemewa kerana plan ini adalah plan yang lengkap. Sesetengah pengendali takaful jika hendak menpapatkan plan yang lengkap ini manfaatnya diberikan secara asing-asing. oleh sebab itu harganya akan menjadi lebih mahal. Plan yang istimewa i-CABX ini adalah 10 dalam 1 plan.

Contoh pelindungan yang di ambil RM100,000

1. Pampasan Kematian akibat kemalangan, 90 hari dari tarikh kemalangan – RM100,000

2. Pampasan berganda Jika kematian melibatkan kenderaan awam, 90 hari dari tarikh kemalangan (selain daripada kereta kabel, teksi, kereta sewa atau sebarang jenis pengangkutan yang disewa bagi perjalanan peribadi) – RM200,000

3. Pampasan Hilang Upaya Penuh kekal (HUPK) akibat kemalangan sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut dari tarikh hilang upaya – RM100,000

4. Hilang upaya kekal dalam tempoh 90 hari dari kecederaan kemalangan – mengikut peratusan daripada Jumlah Perlindungan

5. Kenaikan had pampasan sebanyak 5% setiap tahun secara percuma sehingga 10 tahun – RM5,000 sehingga RM50,000

6. Pampasan lumpuh sementara (MC minimum 7 hari) – RM750 seminggu

7. Pampasan lumpuh separa (kerja ringan minimum 7 hari) – RM RM175

8. Pampasan elaun ehsan kematian akibat kemalangan (5% daripada had pelindungan) – RM5,000

9. Rawatan pesakit luar akibat kemalangan – RM2,500 bagi setiap kemalangan

10. Elaum Hospital kerajaan akibat kemalangan (Minimum 7 hari) – RM300

Untuk keterangan lanjut tentang manfaat plan ini anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
This entry was posted in berita, info, Malang tak berbau, pentingnya Takaful and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

1 Response to Rider kemalangan Great Eastern Takaful (i-CABX)

  1. Pingback: Manfaat Rider i-CABX | HAZLY AGENSI

Leave a comment