Kenali risiko diri anda.

Assalamualaikum

Dah lama rasanya bercuti dari mengarang, ni gara gara kesihatan yang kurang baik akibat saya terlibat di dalam kemalangan jalan raya pada 2/4/2017 jam 6:30 petang di km30 lebuhraya utara selatan. Sebuah kenderaan toyota putih (singapore) secara tiba tiba potong Q memasuki lorong kecemasan. Saya cuba mengelak dan terbabas. Bukan itu sahaja saya turut di langgar oleh superbike yang berada di belakang saya. Akibat dari kejadian itu saya telah patah tangan kiri dan dislocated.


Saya telah dibawa oleh ambulan ke hospital Kulai untuk rawatan lanjut. Sampai di saya setelah xray dan kompem patah saya minta untuk di tukarkan ke Regency Specialist Hospital. Urusan ini di bantu oleh AM Saharrudin. Tq saha.

Saya di tahan di Regency selama 4 hari dan operation memasukkan besi dilakukan. Ini merupakan besi kedua yang berada di dalam badan saya. (Yang pertama di tulang pelvic kiri kemalangan pada mac 2003). Selain itu satu skru dimasukkan untuk membetulkan dislocated. Kiranya sekarang dah macam robotla. InsyaAllah skru itu akan di buka (second operation) pada 16/5/2017 ini).

Agen takaful juga manusia jadi tak lari dari risiko kehidupan. Alhamdulillah bil selama 4 hari di tanggung oleh Great Eastern Takaful Berhad.
Pertama kalinya saya menggunakan medical card Great Eastern Takaful Berhad. Bil menghampiri RM20,000. Tak sempat saya nak buat medical chekup untuk upgred tempoh hari.


Setelah keluar dari hospital saya di berikan cuti sakit selamat sebulan. Alhamdulillah tuntutan untuk cuti sakit telah lulus dan di kreditkan.


Total tuntutan MC selama 31 hari sebanyak RM10,+++. Alhamdulillah dapatla buat belanja semasa tak dapat kerja. Ada yang tanya berapa jumlah yang saya cover untuk kemalangan. Untuk pengetahuan anda saya mengambil comprehensif kemalangan sebanyak 2 sijil yang yang mana jumlah perlindungan sebanyak RM100,000 dan RM200,000. Ini kerana risiko saya banyak terdedah di jalan raya sebab sering bergerak ke luar dari Johor.

Pada 20/4/2017 semasa membuat chekup Dr menyambung lagi MC saya sebanyak 32 hari. Kena rehat panjang ni gamaknya. Tapi tak di sangka juga Great Eastern Takaful Berhad telah menjemput saya untuk menjadi speaker pada 20/5/2017 ini. Harap dah keluar hospital la masa tu sebab saya akan masuk semula pada 16-18/5/2017.  Doakan kesihatan saya.


Jumpa anda di sana.

Advertisements
This entry was posted in Malang tak berbau, Medical Card, motivasi diri, Pencapaian 2017 and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s