Master Builder Award.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah usaha yang konsistant pada tahun lepas untuk setiap quarter,  Menerima anugerah kosistan Master Builder Award.. Ini bukti kami senantiasa melahirkan barisan peminpin pemimpin di  Great Eastern Takaful.

konsis

Tiada rahsianya untuk mengekalkannya, petuanya sungguh mudah. Kita hanya berkongsi apakah yang perlu anda lakukan jika ingin menyertai bidang takaful ini khususnya di Great Eastern Takaful. Contoh yang paling mudah adalah diri saya sendiri.

Masih ramai sebenarnya yang tidak mengetahui keindahan bidang ini. Sehingga mereka berjumpa dengan kami. Kami akan menunjukkan jalannya satu persatu..

Jadi apa tunggu lagi, bertindaklah sekarang. Jangan hanya jadi permerhati sahaja, kelak anda yang akan rugi.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

Hadiah dari Great Eastern Takaful, Ulang tahun ke 4

Assalamualaikum…

Syukur kehadrat ilahi atas nikmatnya.. Hasil usaha keras tahun lepas bersama kumpulan di bawah rangkaian An Nur The Great Agency, kami mampu membina nama di Great Eastern Takaful Berhad.

Ini merupakan hadiah ulang tahun ke empat saya…

wpid-2015-04-05_21.47.42.jpg

paper

Ini membuktikan kumpulan kami mampu untuk memberikan saingan yang terbaik. Tahniah juga buat tuan Sahir Sarifdin walaupun masih baru di dalam industri (kurang 4 bulan, join pada pertengahan september 2014) mempu juga mencipta nama sebagai top 9 bagi ketegori agent.

Sekali lagi terima kasih Great Eastern Takaful

Semoga dengan semangat ini kumpulan kami akan membantu lebih ramai lagi insah di luar sana malah kami juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk bersama-sama kami membina kerjaya di Great Eastern Takaful Berhad amnya dan berada di bawah rangkaian An Nur The Great Agency khususnya.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

Selamat ulang tahun ke 4

Alhamdulillah hari ini genap 4 tahun berada di great eastern takaful berhad. Rasa macam baru semalam saya menyertai industri yang hebat ini. Banyak onak dan ranjau di tempuhi. Kini semakin banyak manisnya.

image

Ramai yang tak tahu saya masih baru dalam indistri ini. Malah kini merupakan tahun terakhir berjuang untuk tahap yang paling di idam idamkan oleh semua pejuang takaful.

image

Semua ini takkan jadi dgn sendiri jika tiada perancangan yang teliti. Jom sertai saya saya akan bongkarkan segala rahsianya… pasti anda akan teruja..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

pilihan di tangan ANDA.

Apakah button yang anda tekan jika anda ingin masuk ke hospital swasta?

11088336_357777764413743_9184452308289024602_n

A. Sendiri tanggung??
Berapakah jumlah simpanan yang ada?adakah ia mencukupi?mengapa perlu guna simpanan sdri andai ada pihak lain yang boleh bayarkan bil anda?

B. Syarikat tanggung?
Berapakah limit yang syarikat anda berikan? Adakah ianya mencukupi?

C. Takaful tanggung??
Walaupun menggunakan takaful Pastikan kredit limit anda cukup ya..jangan pula anda terpaksa keluar hospital kerana medical card anda sudah tidak mempunyai baki.. jadi had tahunan medical card sangat penting. Cek semula kredit limit kad perubatan anda!

medical card terbaik

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Perunding Takaful Anda

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager
0192699436
Whatsapp/sms/pm/call

Great Eastern Takaful Berhad

Penghargaan dari pada syarikat Great Eastern Takaful lagi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T Kerana limpah dan kurnianya diberikan nikmat sedemikian rupa. Sekali Lagi Diberikan kepercayaan oleh Great Eastern Takaful untuk berkongsi di central region 1.

Apa yang bezanya kali ini, saya perlu bengkongsi dengan barisan pemimpin pemimpin yang hebat di Great Eastern Takaful dan bakal bakal pemimpin. Walaupun agak gemuruh, saya akan cuba memberikan yang terbaik.

leader meetingPastikan kita berjumpa pada 23/3/2015 ini. saya akan bongkar teknik dah rahsia yang saya gunakan..

Temui saya Di Great Eastern Takaful HQ ya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

permohonan takaful SEGERA?

Assalamualaikum semua..

Pernahkah anda terlihat status FB rakan anda sebegini?

bisolApakah yang bermain di fikiran anda? pada ketika ini tiada sebagai seorang agen takaful tiada sedikit pun rasa teruja dengan statment ini. Lebih lebih lagi insa ni saya pernah approach. Jika di lihat pada komen bersepah-sepah rakan-rakan tagkan nama agen masing2. Jadi saya sekadar like sahaja.

Apa yang terjadi selepas itu?

orang kebalRupanya dia nak mohon segera sebab esoknya nk guna buat operation bisol daaa…

Untungla hanya kena bisol, dan beruntungla kerana ada wang. bagaimana jika kos rawatan memerlukan jumlah yang besar? Adakah Anda bersedia dengan kos itu.?

Hubungi saya untuk pendaftaran takaful anda, Jangan tunggu hingga esok.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Tahniah top partner di Melaka.

Assalamulaikum..
Alhamdulillah berkat kurnianya An Nur The Great Agency telah menguatkan tapaknya di bandar bersejarah Melaka apabila wakil dari kumpulan kami telah berjaya menjadi Champion untuk agen baru.. Tahniah tuan Sahir Dan Cikgu Saiful. Terima kasih Great Eastern Takaful Berhad.

image

image

image

image

Tahniah atas kejayaan anda..semoga pencapaian ini menjadi sumber ispirasi kepada kita semua untuk berjaya di Great Eastern Takaful. Majlis penyampaian hadiah telah di adakan di Holiday Inn Melaka pada 9hb 2 2015.

Pada yang berminat untuk menyertai keluarga besar kami bolehlah terus menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Income replacement/profit protection plan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah malam tadi dapat berkongsi dengan rakan niaga tentang salah satu manfaat yang ada di takaful. Iaitu pegantian pendapatan/pelindungan keuntungan..

Alhamdulillah jika hari ini kita diberikan nikmat kesihatan. Kita boleh bekerja atau boleh berniaga untuk mendapatkan pendapatan ataupun keuntungan.

image

Malangnya bagaimana jika kita terpaksa pencen awal? Faham maksud saya?. Bukan kita malas untuk kerja tetapi kita terpaksa berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan. Persoalannya? Adakan pendapatan kita atau keuntungan dari perniagaan kita masih berterusan? Pastinya tidak bukan…

Tetapi bagaimana jika  dalam waktu anda terpaksa pencen awal tadi anda masih menikmati pendapatan ataupun keuntungan anda… persoalannya sampai bila pendapatan atau keuntungan ini dapat di perolehi?

Jawapannya sampai bila bila selagi anda mahu…

Nak tahu lebih lanjut? Sila hubungi saya segera..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Jemputan Speaker yang kedua untuk tahun 2015

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur, kini cawangan kuantan pula memanggil untuk memberikan perkongsian dan pengalaman untuk warga sana. Ini merupakan perkongsian saya yang kedua di Kuantan. Cuma tajuk yang diberikan kali ini agak berbeza. nak tahu apa dia kena hadirla..

kuantanLebih teruja lagi apabila digandingkan dengan MDRT life member Puan Jamilah Ismail.

Untuk Warga kuantan pastikan kita berjumpa anda di sana. Rebut peluang ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

2015 Permulaan yang baik..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi, pada awal bulan 2015 diberikan kepercayaan oleh syarikat Great Eastern Takaful Berhad lagi untuk menjadi Speaker bagi 2 branch Melaka dan yang lagi satu saya akan update postenya..

tbossJusteru itu saya mempelawa warga Melaka untuk hadir ke sesi perkongsian saya pada 24/1/2015 ini. Untuk pengetahuan warga Melaka An Nur The Great Agency telah mula bercambah di Melaka. kami juga telah melahirkan beberapa insan hebat di sana. rebutlah peluang ini dan Jom sertai kami sebagai perunding takaful Great Eastern.

Orang yang bijak tidak hanya melihat peluang tetapi harus bijak merebut peluang..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

sedihya aku rasa..

Assalamualaikum..

Hari ini saya rasa sangat sedih dengan segelintir sikap sesetengah perunding takaful. Mungkin bukan rezeki saya, pelanggan yang telah membuat sumbangan selama 2 tahun telah di sailang. Lebih sedih lagi kalau maklumat yang di berikan itu betul saya tak kisahla juga. Masalahnya jauh meleset sama sekali.

1. Menurut perunding takaful tersebut di Malaysia ini hanya ada 3 sahaja pengendali takaful iaitu TM, TI dan ET. Yang lain-lain bukan takaful.. yang ni saya rasa tak boleh blah. Ni maklumat dari bank Negara Malaysia list pengendali takaful di Malaysia.

Takaful Operators
No.  Name  Ownership
1 AIA PUBLIC Takaful Bhd F
2 AmMetLife Takaful Berhad L
3 Etiqa Takaful Berhad L
4 Great Eastern Takaful Berhad F
5 HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad L
6 Hong Leong MSIG Takaful Berhad L
7 MAA Takaful Berhad L
8 Prudential BSN Takaful Berhad L
9 Sun Life Malaysia Takaful Berhad L
10 Syarikat Takaful Malaysia Berhad L
11 Takaful Ikhlas Berhad L

sumber http://www.bnm.gov.my/

Last Updated Date : 22 August 2014

2. Plan perlindungan takaful beliau lagi murah dengan RM 70 Setahun beliau mendapat perlindungan sehingga RM 100,000. Setelah melihat kepada web pengendali takaful tersebut ini maklumat yang saya perolehi. Plan takaful yang di maksudkan adalah PA (personal accident) dan bukan life polisi.(takaful hayat)

Personal Accident

RM 70 setahun jumlah perlindungan yang saya lihat hanya RM 50,000 bukan RM 100,000 seperti yang di perkatakan.. Tak kisahla cuma apa yang ingin saya kongsikan pampasan ini (kematian/lumpuh) hanya di bayar jika terlibat dengan kemalangan. selain daripada itu tiada sebarang pampasan akan di buat. Sila rujuk kisah saya sebelum ini

https://razmanget.com/2013/03/03/fahami-apakah-plan-insuran-atau-takaful-yang-anda-ambil/

3. Plan Takaful yang ditawar adalah plan haji beserta dengan kad perubatan. jumlah carumah keseluruhan RM (2160+472+70) Tujuan masukkan PA kerana jumlah perlindungan pada plan haji cuma RM 13,500. jadi dengan adanya PA jumlah pampasan menjadi RM 113,500.

Berikit adalah manfaat yang saya berikan kepada beliau.

coverage

Jumlah Sumbangan tahuanan RM2,400. Kalau nak tahu detail manfaat panjang pulak nanti entry saya. Lebih ralat lagi pelanggan ini sudah mencarum dengan saya selama 2 tahun.

Apa apa pun saya berharap yang terbaik untuk beliau dan jangan menyesal di kemudian hari.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

 

Seloka takaful

Berakit2 kehulu…
Berenang2 ketepian…
Nak tunggu sakit dahulu….
Baru nak mohon takaful, so lupakan…

Pulau pandan jauh ke tengah..
Gunung daik bercabang tiga..
Takaful membantu ketika susah..
Juga simpanan di hari tua..

Sorong papan tarik papan..
Buah keranji dalam perahu..
Suruh makan dia makan…
Suruh ambil takaful dia buat tak tahu….

Dua tiga kucing belari…
Manakan sama si kucing belang..
Jumpa agen takperlula lari…
Sebab kami nak bantu orang…

Ikan kekek mak iloi2..
Ikan gelama mak ilai2..
Ambil dengan GETB memang berbaloi..
Memberi pulangan yang cukup bernilai…

hasil karya razmanGEt

Apala nasib…

Assalamualikum.

Kisah yang berlaku kepada jiran terdekatku… Mengalami kesukaran untuk bernafas. Pergi ke 2 ke hospital kerajaan tidak dapat kesan dimanakah puncanya. Disebabkan kesakitan yang dialami dan tidak puas hati dengan keputusan yang diterima membuatkan beliau bertindak mendapatkan maklumat lanjut ke pakar KPJ.

Di KPJ skop di masukkan mendapati masalah ini

hernia   Kos yang diminta oleh KPJ untuk pembedahan sekitar RM25,000.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini bukan berkenaan dengan kos rawatan yang tinggi tetapi lebih berkenaan dengan kenapa masalah ini tak dapat di kesan di hospital kerajaan. Di mana silapnya? sedih pun yer juga.

Nak salah kan siapa gitu, Cer Citer cer citer.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Usah Berfikir Terlalu Lama..

Assalamualaikum..

Berkenaan dengan tajuk hari ini saya ianya sangat penting untuk di kongsikan.. Memang bagus jika ingin membuat perbandingan sebelum memilih mana-mana plan takaful yang ingin kita miliki. Tetapi janganla sampai kita terpaksa mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan. Ramai orang kita kata sahaja nak survey tapi sampai kesudah nya tak ambil pun, bila kena musibah baru gelabah telefon agen tanya plan yang diberikan tu boleh ambil ker tak… dah biasa sangat dengan situas ini.

Ada beberapa perkara yang mungkin anda perlu tahu.

1. Co Takaful.

Memang ada sesetengah operator mengenakan co takaful (takaful bersama) ada yang minimum 10% daripada keseluruhan bil, ada yang minimum 10% dan buat maksimum kaping, ada pula yang tetapkan berapa minimum bayaran dan sebagainya serta ada juga yang tiada co takaful, malah ada juga syarikat yang untuk berapa jumlah  amaun sahaja yang tiada co takaful tetapi selepas itu dikenakan co takaful, jadi anda kena betul-betul faham perkara ini.

2. had tahunan/keseluruhan

Sesetengah agen lebih gemar menceritakan had keseluruhan berbanding had tahunan, ini kerana jumlahnya lebih besar. Oleh itu lebih mudah untuk nak tarik perhatian prospek. Dengan jumlah yang kebiasaannya 10 kali ganda dari jumlah tahunan atau 20 kali ganda ini atau infiniti membuatkan propek lebih teruja berbanding dari nak cerita jumlah tahunan. Bagi saya yang penting adalah had tahunan itu.

3. Bilik rawatan sehari

Berkenaan dengan bilik ini agak penting, Ada sesetengah takaful operator yang menawarkan harga bilik yang tinggi, motif lebih mudah untuk mendapatkan katil. sebenarnya harga bilik ini akan termasuk dengan jumlah had tahunan. anda boleh kita katakan bilik yang di tawarkan RM300 sehari,  syarat kelayakan masuk setahun katakan maksimum 200 hari setahun, jadi anda boleh kira (RM300 x 200hari = RM60,000). so anda tolak had tahunan yang di tawarkan. adakah baki itu cukup untuk rawatan anda? anda boleh kira sendiri.

syarat kelayakan masuk setahun katakan maksimum 200 hari setahun, jadi anda boleh kira (RM300 x 200 hari = RM60,000). so anda tolak had tahunan yang di tawarkan.

4. Had rawatan kanser

Ada sesetengah kad perubatan yang memberikan had tahunan yang tinggi, tetapi ada syarat pula jika untuk melakukan rawatan kanser, katakan had tahunan kad perubatan anda anda RM 100,000 , tetapi setahun had yang yang dibenarkan untuk rawatan kanser dia ada letak syarat berapa maksimum. Pun saya rasa tak guna juga jika had tahunan tinggi jika ada pengecualian ini.

Nak lagi ker? ni baru sedikit maklumat yang saya berikan. Kita sebagai agen bukan bertindak sebagai jurujual tetapi kita sebagai pemberi maklumat dan nasihat.

Dah dapat maklumat ni semua cepat-cepatla buat keputusan, ada perkara kita boleh ambil masa untuk buat keputusan tetapi bukan dengan takaful.

Untuk dapatkan perkhidmatan saya anda bolehlah menghubungi saya/whatapps

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

takper ada hospital kerajaan…

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri khususnya yang selalu apa bila agen takaful datang jawapan yang di berikan.

Takper kan ada hospital kerajaan.

Bagi saya, orang yang sering memberikan jawapan sebegini adalah disebabkan beliau..

  1. Tak pernah sakit dan masuk di hospital kerajaan.
  2. Tak pernah melawat pesakit di hospital kerajaan.
  3. Tak pernah melawat pesakit di hospital swasta

Rasanya tak perlulah saya nak masukkan gambar bagaimana suasana di sana. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja akan faham.

fraktur trochanter

kebiasaan yang terjadi seperti ini. tulang kaki yang patah.

Saya pernah terlantar hampir 2 bulan di HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 1/3/2003 di Serdang. Kemalangan itu mengakibatkan tulang pelvis (tulang punggung) patah dan mangkuknya pecah. Akibat kecederaan itu saya terpaksa dimasukkan besi kekal.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini, saya merasakan seperti menjadi tikus makmal. Apabila banyak sangat doktor praktikal. Katanya kes saya agak pelik sebab tulang kaki saya tidak patah tetapi tulang pelvis teruk. Apa operasi yang di lakukan kepada saya?. saya kemalangan pada jal 11 pagi, dalam jam 1130 saya di hantar ke pusat kesihatan UPM (sebab saya pelajar sana masa itu) dalam jam 1 saya sampai ke HUKM.

Masa dalam ambulan boleh juga berangan, best juga kalau dapat lepak kat wad sehari dua ni. al maklumla dah biasa jatuh motor, ingatkan disloket /terseliuh jer. sekali berkampung daaa..

Saya terpaksa menunggu lama di bahagian kecemasan, hasil x-ray juru x-ra tu kata patah teruk ni dik.. masa tu mengalir air mata jantan aku ni. hiiihi. Selepas doktor pula, doktor suspek ada pendarahan dalam perut, hasil ujian dari air kencing. Kemudian saya terus di bawa ke wad kecemasan lebih kurang dalam jam 4 petang. Masa kat sana saya memang cuak sebab pada pukul 5 lebih kurang pesakit sebelah saya meninggal dunia. Dalam jam 7 malam pula orang di depan saya nazak, anaknya membacakan yasin dan turut mensekadar hiasaninggal juga dalam jam 8 malam. Dalam hati Teruk sangat ker aku ni?

Dalam jam 830 malam saya di masukkan ke bilik operation, dia nak masukkan besi pada tulang kaki. Macam ni la gayanya, cuma saya di tulang peha. katanya untuk tarik tulang kaki saya yang telah masuk ke mangkuk tulang pelvis yang pecah. Hari pertama boleh tersnyum kerana pemberat yang di letakkan hanya 10% dari berat badan iaitu 6.5kg. Tetapi dalam masa seminggu sebab tulang kaki masih tak terkeluar pemberat di tambah. dari 6.5kg kepada 18kg. masa itu kesakitan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Saya memang tak boleh tidur. Cara terbaik untuk tidur pada ketika itu dengan di suntik dengan ubat penahan sakit. Badan kebah jer cepat2la tidur. Sampai lebam-lebam tangan saya di suntik. Seminggu juga saya pemberatmenahanya sehinggakan saya terpaksa merayu minta di kurangkan beratnya. doktor menurunkan berat kepada 15kg. okla sikit.  Dalam masa 2 minggu selepas itu masih tiada perubahan juga barulah saya di buat operation. Hampeh betul. Saya di operation memasukkan besi kekal setelah berada di HUKM selama 45 hari. Dapatla 268 jahitan dari bawah pusat hingga ke pinggang. Lepas operation dalam 4 hari saya keluar hospital. Punyala lama kena tunggu.

Apa apa pun tobat dah aku taknak masuk lagi.. bila teringat balik seram tu.. hampir 45 hari di wad patah HUKM. macam macam ragam dan karenah orang aku tengok.

Masa tu aku pun tak tahu apa itu takaful… hahah..

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager

Great Eastern Takaful

019-2699436

Kisah Seorang pemuda 26 tahun.

Assalamualaikum..

Mungkin perkara yang saya ingin kongsikan ini untuk bangsa kita kurang memandang ianya sesuatu perkara keutamaan.

Al Kisah…

Seorang Pemuda berusia 26 tahun bertemu dengan orang tua kawan perempuannya dan ingin menyatakan hasrat untuk memperisterikan anaknya. (saya pendekkan ceritanya)

Pemuda 26 tahun: pakcik,makcik saya ingin minta izin untuk memperisterikan anak pakcik dan makcik. Jika pakcik dan makcik izinkan saya ingin meminta kedua ibu bapa saya datang menghantar cincin mengikut adat.

 Pakcik&makcik: Sebelum tu boleh kami tahu, anak ni kerja apa?, Apa yang anak boleh berikan untuk anak perempuan kami?

Pemuda 26 tahun: Saya kerja di syarikat telekomunikasi pakcik sebagai executive sales disana. In sya Allah saya akan menyangi anak pakcik seperti mana pakcik dan makcik menyanginya.

Pakcik&makcik: Anak dah ada ambil mana-mana plan takaful?

Pemuda 26 tahun: Ada pakcik. kereta saya saya ambil dengan Takaful Malaysia.

Pakcik&makcik: Maksud kami, plan takaful kad perubatan, simpanan dan perlindungan.

Pemuda 26 tahun: Yang tu tiada pakcik

Pakcik&makcik: Bagaimana anak boleh kata nak menyayangi anak kami seperti kami, sedangkan diri anak sendiri pun anak tak sayang. Nak Ambil bisness kad ini, Lepas kamu jumpa dia baru jumpa kami balik. Saya akan tanya dengan  dia nanti.

bisnesskad

Pemuda 26 tahun: Terima kasih pakcik.

Nota Razmanget: Ada orang yang tak ambik port tentang takaful ini. Tetapi tak semua oang ya..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

konsep persediaan ada bersama kita sebenarnya..

Assalamualaikum

Hari ini saya nak buka minda kita semua khususnya yang masih tak percaya atau tak mahu ambil takaful ni. simple sahaja contoh yang saya ingin berikan..

Adakah barang barang ini ada di kenderaan anda?

tyre spareDan persoalannya kenapa barang-barang ini sentiasa kita bawa? Kenapa tak tinggalkan sahaja di rumah. Bila nak guna nanti kita ambil la.

Kesemua peralatan ini kita bawa sebagai persediaan jika sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku.

Bayangkan jika anda tak bawa tayar spare, kereta bocor kat haiway. agak-agak anda ada tak orang yang nak tolong bagi pinjam tayar spare dia. kan dah menyusahkan diri tu namanya.

Begitulah juga dengan takaful. Kita tak tahu bila musibah akan berlaku, dan pastinya tiada sesiapa pun yang inginkan musibah berlaku kepadanya. jadi takaful ini in sya Allah Dapat meringankan beban kita nanti. Oleh itu tak perlulah kita nak susahkan orang lain.

Jadi jika anda rasa masih tak perlukan takaful ini begitu jugalah dengan kenderaan anda. Jadi bolehlah anda keluarkan segala peralatan yang saya tunjukkan tadi dari kereta anda..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Kenapa anda harus memiliki takaful?

Assalamualaikum semua.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kenapa anda perlu memiliki takaful.
Rata rata orang yang saya jumpa di luar sana masih kurang paham kepentingan takaful ini. Malah ada satu ketika tu (kisah seorang guru yang patah kaki) yang guling guling nak ambil takaful selepas di timpa musibah. Yang mana beliau sedia maklum kos rawatan yang di perlukan menelan belanja hampir RM20,000 dan terpaksa mengeluarkan duit poket.

Kini beliau dah keluar dan beransur pulih. Bila ditanya adakah mahu ambil takaful setelah musibah itu jawapannya masih sama. Tak mahu ambil.. mungkin ingin tunggu lagi sekali musibah menimpa baru nak ambil kot.. entahlah…

image

Keretan akhbar ini mungkin kita jadikan ia sebagai iktibar kepada kita semua. Bila sudah sakit berkemungkinan kita juga boleh kehilangan pekerjaan. Tetapi apakah persediaan kita? Siapa pula yang ingin kita persalahkan?

Sikap manusia suka menyalahkan orang lain.. sebagai contoh
Katakanla kita terlibat dengan kemalangan. Si A telah melanggar kita dan menyebabkan kita mengalami hilang upaya kekal. Berapakah tuntutan yang kita ingin buat dengan si A atas musibah itu? 10k, 50k, 100k, 500k, 1j?

Tetapi..

Bagaimana pula jika kita sendiri yang cuai mengakibatkan kita terlibat dengan kemalangan dan berlaku hilang upaya kepada kita. Kepada siapa yang ingin buat tuntutan? Cer cita cer cita…

Jadi jangan menyalahkan orang lain jika anda sendiri tidak beringat menyimpan dari sekarang..

Jadi bukalah akaun takaful anda sekarang bersama saya di Great Eastern Takaful Berhad.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg