takper ada hospital kerajaan…

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri khususnya yang selalu apa bila agen takaful datang jawapan yang di berikan.

Takper kan ada hospital kerajaan.

Bagi saya, orang yang sering memberikan jawapan sebegini adalah disebabkan beliau..

  1. Tak pernah sakit dan masuk di hospital kerajaan.
  2. Tak pernah melawat pesakit di hospital kerajaan.
  3. Tak pernah melawat pesakit di hospital swasta

Rasanya tak perlulah saya nak masukkan gambar bagaimana suasana di sana. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja akan faham.

fraktur trochanter

kebiasaan yang terjadi seperti ini. tulang kaki yang patah.

Saya pernah terlantar hampir 2 bulan di HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 1/3/2003 di Serdang. Kemalangan itu mengakibatkan tulang pelvis (tulang punggung) patah dan mangkuknya pecah. Akibat kecederaan itu saya terpaksa dimasukkan besi kekal.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini, saya merasakan seperti menjadi tikus makmal. Apabila banyak sangat doktor praktikal. Katanya kes saya agak pelik sebab tulang kaki saya tidak patah tetapi tulang pelvis teruk. Apa operasi yang di lakukan kepada saya?. saya kemalangan pada jal 11 pagi, dalam jam 1130 saya di hantar ke pusat kesihatan UPM (sebab saya pelajar sana masa itu) dalam jam 1 saya sampai ke HUKM.

Masa dalam ambulan boleh juga berangan, best juga kalau dapat lepak kat wad sehari dua ni. al maklumla dah biasa jatuh motor, ingatkan disloket /terseliuh jer. sekali berkampung daaa..

Saya terpaksa menunggu lama di bahagian kecemasan, hasil x-ray juru x-ra tu kata patah teruk ni dik.. masa tu mengalir air mata jantan aku ni. hiiihi. Selepas doktor pula, doktor suspek ada pendarahan dalam perut, hasil ujian dari air kencing. Kemudian saya terus di bawa ke wad kecemasan lebih kurang dalam jam 4 petang. Masa kat sana saya memang cuak sebab pada pukul 5 lebih kurang pesakit sebelah saya meninggal dunia. Dalam jam 7 malam pula orang di depan saya nazak, anaknya membacakan yasin dan turut mensekadar hiasaninggal juga dalam jam 8 malam. Dalam hati Teruk sangat ker aku ni?

Dalam jam 830 malam saya di masukkan ke bilik operation, dia nak masukkan besi pada tulang kaki. Macam ni la gayanya, cuma saya di tulang peha. katanya untuk tarik tulang kaki saya yang telah masuk ke mangkuk tulang pelvis yang pecah. Hari pertama boleh tersnyum kerana pemberat yang di letakkan hanya 10% dari berat badan iaitu 6.5kg. Tetapi dalam masa seminggu sebab tulang kaki masih tak terkeluar pemberat di tambah. dari 6.5kg kepada 18kg. masa itu kesakitan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Saya memang tak boleh tidur. Cara terbaik untuk tidur pada ketika itu dengan di suntik dengan ubat penahan sakit. Badan kebah jer cepat2la tidur. Sampai lebam-lebam tangan saya di suntik. Seminggu juga saya pemberatmenahanya sehinggakan saya terpaksa merayu minta di kurangkan beratnya. doktor menurunkan berat kepada 15kg. okla sikit.  Dalam masa 2 minggu selepas itu masih tiada perubahan juga barulah saya di buat operation. Hampeh betul. Saya di operation memasukkan besi kekal setelah berada di HUKM selama 35 hari. Dapatla 26 jahitan dari bawah pusat hingga ke pinggang. Lepas operation dalam 4 hari saya keluar hospital. Punyala lama kena tunggu.

Apa apa pun tobat dah aku taknak masuk lagi.. bila teringat balik seram tu.. hampir 40 hari di wad patah HUKM. macam macam ragam dan karenah orang aku tengok.

Masa tu aku pun tak tahu apa itu takaful… hahah..

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager

Great Eastern Takaful

019-2699436

Advertisements
This entry was posted in apa itu takaful, berita, info. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s