Usah Berfikir Terlalu Lama..

Assalamualaikum..

Berkenaan dengan tajuk hari ini saya ianya sangat penting untuk di kongsikan.. Memang bagus jika ingin membuat perbandingan sebelum memilih mana-mana plan takaful yang ingin kita miliki. Tetapi janganla sampai kita terpaksa mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan. Ramai orang kita kata sahaja nak survey tapi sampai kesudah nya tak ambil pun, bila kena musibah baru gelabah telefon agen tanya plan yang diberikan tu boleh ambil ker tak… dah biasa sangat dengan situas ini.

Ada beberapa perkara yang mungkin anda perlu tahu.

1. Co Takaful.

Memang ada sesetengah operator mengenakan co takaful (takaful bersama) ada yang minimum 10% daripada keseluruhan bil, ada yang minimum 10% dan buat maksimum kaping, ada pula yang tetapkan berapa minimum bayaran dan sebagainya serta ada juga yang tiada co takaful, malah ada juga syarikat yang untuk berapa jumlah  amaun sahaja yang tiada co takaful tetapi selepas itu dikenakan co takaful, jadi anda kena betul-betul faham perkara ini.

2. had tahunan/keseluruhan

Sesetengah agen lebih gemar menceritakan had keseluruhan berbanding had tahunan, ini kerana jumlahnya lebih besar. Oleh itu lebih mudah untuk nak tarik perhatian prospek. Dengan jumlah yang kebiasaannya 10 kali ganda dari jumlah tahunan atau 20 kali ganda ini atau infiniti membuatkan propek lebih teruja berbanding dari nak cerita jumlah tahunan. Bagi saya yang penting adalah had tahunan itu.

3. Bilik rawatan sehari

Berkenaan dengan bilik ini agak penting, Ada sesetengah takaful operator yang menawarkan harga bilik yang tinggi, motif lebih mudah untuk mendapatkan katil. sebenarnya harga bilik ini akan termasuk dengan jumlah had tahunan. anda boleh kita katakan bilik yang di tawarkan RM300 sehari,  syarat kelayakan masuk setahun katakan maksimum 200 hari setahun, jadi anda boleh kira (RM300 x 200hari = RM60,000). so anda tolak had tahunan yang di tawarkan. adakah baki itu cukup untuk rawatan anda? anda boleh kira sendiri.

syarat kelayakan masuk setahun katakan maksimum 200 hari setahun, jadi anda boleh kira (RM300 x 200 hari = RM60,000). so anda tolak had tahunan yang di tawarkan.

4. Had rawatan kanser

Ada sesetengah kad perubatan yang memberikan had tahunan yang tinggi, tetapi ada syarat pula jika untuk melakukan rawatan kanser, katakan had tahunan kad perubatan anda anda RM 100,000 , tetapi setahun had yang yang dibenarkan untuk rawatan kanser dia ada letak syarat berapa maksimum. Pun saya rasa tak guna juga jika had tahunan tinggi jika ada pengecualian ini.

Nak lagi ker? ni baru sedikit maklumat yang saya berikan. Kita sebagai agen bukan bertindak sebagai jurujual tetapi kita sebagai pemberi maklumat dan nasihat.

Dah dapat maklumat ni semua cepat-cepatla buat keputusan, ada perkara kita boleh ambil masa untuk buat keputusan tetapi bukan dengan takaful.

Untuk dapatkan perkhidmatan saya anda bolehlah menghubungi saya/whatapps

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Leave a comment