Assalamualaikum..
Berkenaan dengan tajuk di atas. Jika di tanya dengan semua orang pastinya semuanya mahukan sempurna. Cuma kesempurnaan yang saya maksudkan di sini adalah berkenaan dengan kad perubatan takaful.
Bagi saya setiap operator takaful mempunyai kelebihan dan kehebatan masing-masing. Jadi tak perlula kita ingin mempertikaikan permasalahan itu.
Sebagai contoh.. Kad perubatan ini umpama kereta. Kereta pulak ada jenis jenisnya. Ada yang mahal ada yang murah dan sebagainya. Apapun kereta yang kita gunakan insya allah kita akan sampai ke destinasi yang ingin kita tujui.
Mugkin ada di sesetengah orang lebih mementingkan faktor keselamatan jadi kereta yang lebih berkualiti di pilih tak kisahlah walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk faktor itu.
Mungkin juga ada orang yang tak kisah pasal faktor keselamatan itu. Jadi dia pun tak kisah pakai kereta yang berkualiti rendah. Janji dia naik kereta. Tak jalan kaki. (Paham tak maksud tersirat ni)atau lebih mudah janji ada.
Apa perkara yang paling kita bimbangkan jika berlaku kemalangan yang teruk. Apa yang akan terjadi kepada pemandu kereta tersebut.?
Mula kita berkata tak bagusla kereta ni (kereta murah).. atau pun nasib baik aku naik kereta ni (kereta mahal)
Jadi pilihlah mana yang anda rasakan terbaik untuk anda. Yang penting ikut kemampuan.
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436
