RASIONAL MEMILIKI PERLINDUNGAN KAD PERUBATAN PERIBADI

Assalamualaikum

karangan Sahir Sarifdin Agency Manager

Ramai orang di luar sana beranggapan adalah memadai mempunyai kad perubatan yang ditaja oleh syarikat/company. Perlu diingatkan manfaat ini akan lenyap bila kita sudah tidak bekerja lagi. Lebih malang jika tidak bekerja lagi disebakan syarikat terpaksa memberhentikan kita atas faktor kesihatan. Saya pasti anda semua setuju dengan saya, pada saat itulah kita lebih memerlukan kad perubatan sebaliknya manfaat tersebut telah tidak kita dapat dikecapi.

Sekiranya kita mempunyai kad perubatan peribadi, kita dapat meneruskan manfaat ini. Dan lebih membantu, kita tidak perlu membayar caruman bulanan sekiranya kita ada mengambil rider/manfaat pengecualian caruman.

Selain itu, terdapat juga kes-kes tertentu yang mana kos perubatan yang melebihi had kos perubatan yang ditanggung oleh insuran/takaful syarikat. Kebiasanya insuran/takaful yang ditaja oleh syarikat hanya mempunyai had tahunan yang asas atau rendah seperti RM30K atau RM40K setahun. Dengan had tahunsn yang rendah, sudah tentu untuk kes kritikal kos perubatan melebihi had yang dibenarkan. Bayangkan kos untuk rawatan penyakit kanser atau jantung boleh mencecah RM80K-RM200K setahun. Mana kita hendak gagau lagi RM50K-RM150K dalam masa yang singkat. Keadaan ini, kekadang memaksa kita untuk bergolak bergadai atau mengeluarkan segala simpanan yang ada, walhal tujuan simpanan tadi sebagai simpanan setelah kita pencen nanti. Oleh demikian, dengan adanya perlindungan perubatan peribadi ini dapat menampung lebihan kos ini tanpa membebankan pesakit.

Ada juga dikalangan kita yang mengatakan bila sudah pencen nanti baru hendak mencarum di takaful. Tahukah kita, caruman pada saat ini 4 atau lebih mahal (kebiasaanya lebih) berbanding jika ambil pada saat lebih muda. Itupun jika kita masih layak untuk perlindungan takaful ini. Kerana untuk mencarum atau mengambil perlindungan takaful, keadaan keadaan kesihatan kita masih sihat.

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
019-2699436
Champion Unit 2015

buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Permulaan yang baik untuk 2016

Assalamualaikum,

Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah dan izinnya setiap bulan Jemaah An Nur The Great Agency semakin bertambah. Terima kasih atas kepercayaan yang di berikan dan kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.

agen

Malah bukan itu sahaja, salah seorang daripada jemaah baru kami telah mencipta nama sebagai top rookie pada Januari 2016. Tahniah Puan Ospuriah Mustapha atas pencapaian yang membanggakan agency. Ini membutikan kami melahirkan juara.

top

Semoga bulan Febuariini akan menjadi bulan yang lebih baik untuk kita semua.

salam

Rosazaman Sarifdin

Group Manager

0192699436

Bisness Review 2015 dan Goal Setting 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulullah pada 23&24 Hb Januari 2016 kami telah menjayakan  Bisness review 2015 dan Goal Setting 2016 bagi agency An Nur The Great Agency yang di adakan di Melaka.

12509681_1097336593643981_6894412772456500203_n12631288_1097336716977302_8383837000874293951_nAlhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya. Ini merukapak permulaan yang baik, untuk agensi kami. Semua kos di tanggung sepenuhnya oleh Agensi beserta penginapan (kecuali rakan niaga yang tidak mempunya sebarang sales pada tahun).

Pada malam hari kami semua mengadakan majlis raikan kejayaan agensi di Ikan bakar Parameswara. Memang betul-betul makan masing.

12573085_1097336756977298_573575286962014897_n

Cuma sedikit kesedihan kerana pada malam ini Orang yang banyak membantu agensi kami tidak dapat menghadirkan diri AVP En Ibrahim Abdullah. Nasib baik di gantikan dengan BDE Zuklifli Idris.

Majlis tak berakhir setakat itu sahaja. Esoknya kami beriadah pula..

10441275_1097336580310649_62371497200339099_n

Sangat merujakan sebab masing masih dengan stratergy kumpulan masing-masing. Kamu bekerja dengan enjoy.

Pada tahun inikami akan mengandakan apa yang kami peroleh pada 2015 kepada sekali ganda. In Sya Allahkami mampu melakukannya.

Di kesempatan ini juga kami juga ingin mempelawaanda yang berminat untuk berjaya bersama sama kami dibawah satu agensi menyebarkan Takaful.

Hubungi rakan niaga kami yang berdekatan dengan kawasan anda.

Johor
Sahar Sarif 011-17652722/ Masrinie Salim 012-7499436 / Solehah Jumaat 013-7237626

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 014-5168642/ Nur Hayati 012-6224457

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305 / Nurmayani Abdul Ghani 017-9556796

Melaka
Khairul Mohamed 017-3246025 / Naz Daud 017-2911334 / Saiful Fadzli 019-6611565

Perak
Roslee S Din 017-5737890(wassap)/0165567006

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436
Champion Company Wide 2015

Forum Sepetang Bersama Great Eastern Takaful

Assalamulaikum semua..

Jom kita hadiri Forum Sepetang Bersama Great Eastern Takaful, Speaker daripada Gen Y, terdiri daripada Nurul Hidayatul, Khairul Nizam dan Dr Siti Aisyah (Dr Anja).khairulnizamKami bagi pihak keluarga Annurians berasa bangga kerana salah seorang speaker jemputan dari kumpulan kami, Tahniah Tuan Khairul Nizam Mohamed. Satu perghormatan dan kepercayaan yang telah di berikan oleh syarikat Great Eastern Takaful.

Jom Sertai kumpulan kami, An Nur The Great Agency. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Saridin
Agency Manager
0192699436
Champion UM Company Wide Q2 2015
images

award

Alhamdulillah Champion Untuk April 2015

Assalamualaikum..

Terima kasih Rakan niaga yang hebat An Nur The Great Agency di atas semangat berpasukan yang tinggi yang telah anda berikan.. Alhamdulillah sekali lagi pada bulan ini kumpulan kita berjaya mengekalkan kejuaraan untuk 2 bulan berturut-turut bari daerah selatan

.top

Semua ini tidak akan di peroleh tanpa usaha dan semangat berpasukan yang kuat..

Tahniah juga buat Khairul Nizam kerana berjaya memperoleh kejuaraan untuk ketogori agen baru bagi daerah selatan. In Sha Allah pada bulan ini kami akan memberikan yang terbaik lagi untuk anda di luar sana..

Di kesempatan ini juga saya mempelawa anda yang berminat untuk berjaya bersama-sama kami sebagai perunding kewangan takaful di Great Eastern Takaful.

Untuk Keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

Rahsia membina kerjaya di takaful

Assalamualaikum..
Ramai orang yang masih memandang sebelah mata tentang kerjaya yang mulia ini. Iaitu menjadi perunding takaful. Mungkin barangkali mereka merasakan pekerjaan ini tidak standart. Al maklumla lagi lagi jika mereka ini lepasan univesiti… Apa barang nak jadi agen yer tak.

Sedikit maklumat yang ingin saya kongsikan. Berikut adalah pendapatan salah seorang anak didik dibawah rangkaian saya dalam dalam masa setahun. Dan hanya mengambil masa selama 3 tahun untuk menikmati pendapatan sebegini.

image

Menyertai kerjaya ini pada 18hb 4 2012. Kini dalam masa 3 tahun meraih pendapatan Purata 10,000 sebulan.

Insan ini masih agen jer, tak naik pangkat pun lagi. kalau nai saya rasa lagi berlipat kali ganda.. kau nak tak?

Ingin ketahui rahsianya?

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

Master Builder Award.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah usaha yang konsistant pada tahun lepas untuk setiap quarter,  Menerima anugerah kosistan Master Builder Award.. Ini bukti kami senantiasa melahirkan barisan peminpin pemimpin di  Great Eastern Takaful.

konsis

Tiada rahsianya untuk mengekalkannya, petuanya sungguh mudah. Kita hanya berkongsi apakah yang perlu anda lakukan jika ingin menyertai bidang takaful ini khususnya di Great Eastern Takaful. Contoh yang paling mudah adalah diri saya sendiri.

Masih ramai sebenarnya yang tidak mengetahui keindahan bidang ini. Sehingga mereka berjumpa dengan kami. Kami akan menunjukkan jalannya satu persatu..

Jadi apa tunggu lagi, bertindaklah sekarang. Jangan hanya jadi permerhati sahaja, kelak anda yang akan rugi.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

Hadiah dari Great Eastern Takaful, Ulang tahun ke 4

Assalamualaikum…

Syukur kehadrat ilahi atas nikmatnya.. Hasil usaha keras tahun lepas bersama kumpulan di bawah rangkaian An Nur The Great Agency, kami mampu membina nama di Great Eastern Takaful Berhad.

Ini merupakan hadiah ulang tahun ke empat saya…

wpid-2015-04-05_21.47.42.jpg

paper

Ini membuktikan kumpulan kami mampu untuk memberikan saingan yang terbaik. Tahniah juga buat tuan Sahir Sarifdin walaupun masih baru di dalam industri (kurang 4 bulan, join pada pertengahan september 2014) mempu juga mencipta nama sebagai top 9 bagi ketegori agent.

Sekali lagi terima kasih Great Eastern Takaful

Semoga dengan semangat ini kumpulan kami akan membantu lebih ramai lagi insah di luar sana malah kami juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk bersama-sama kami membina kerjaya di Great Eastern Takaful Berhad amnya dan berada di bawah rangkaian An Nur The Great Agency khususnya.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

Selamat ulang tahun ke 4

Alhamdulillah hari ini genap 4 tahun berada di great eastern takaful berhad. Rasa macam baru semalam saya menyertai industri yang hebat ini. Banyak onak dan ranjau di tempuhi. Kini semakin banyak manisnya.

image

Ramai yang tak tahu saya masih baru dalam indistri ini. Malah kini merupakan tahun terakhir berjuang untuk tahap yang paling di idam idamkan oleh semua pejuang takaful.

image

Semua ini takkan jadi dgn sendiri jika tiada perancangan yang teliti. Jom sertai saya saya akan bongkarkan segala rahsianya… pasti anda akan teruja..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

Penghargaan dari Great Eastern Takaful.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sungguh tidak di sangka sangka. Kini bukan sahaja bersaing di dalam Great Eastern Takaful malah di berikan kepercayaan dari syarikat yang mana dipilih untuk bertanding di tahap yang lebih tinggi lagi, iaitu di dalam industri.

Sesuatu perkara yang sangat sangat saya tunggukan. Ingatkan nak masuk pada tahun ini 2015. Tetapi tidak di sangka sangka telah di calonkan lebih awal.

image

Nama telah di hantar oleh syarikat untuk ketogeri recruiter. Kalah memang tidak penting bagi saya, sekurang kurangnya saya termasuk di dalam bahagian tersebut.

Terima kasih sekali lagi Great Eastern Takaful .

In Sya Allah tahun ini saya dan kumpulan akan berusaha sebaik mungkin lagi bagi apa yang di  impikan tercapai.

Pada yang masih tercari cari agency terbaik untuk di sertai. Saya sangat sangat mengalukan anda untuk menyertai keluarga besar kami. Anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

Jemputan Speaker yang kedua untuk tahun 2015

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur, kini cawangan kuantan pula memanggil untuk memberikan perkongsian dan pengalaman untuk warga sana. Ini merupakan perkongsian saya yang kedua di Kuantan. Cuma tajuk yang diberikan kali ini agak berbeza. nak tahu apa dia kena hadirla..

kuantanLebih teruja lagi apabila digandingkan dengan MDRT life member Puan Jamilah Ismail.

Untuk Warga kuantan pastikan kita berjumpa anda di sana. Rebut peluang ini. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Final Year Group Agency Manager 2015

gambar hasil edit BOSS Great Eastern takaful. En Ibrahim Abdullah

gambar hasil edit BOSS Great Eastern takaful. En Ibrahim Abdullah

Alhamdulillah ontrack to Group Agency Manager. Walaupun baru berusia 3 tahun 8 bulan berada di dalam industri ini. Tiada yang mustahil jika kita fokus dengan apa yang kita lakukan. Tahun ini saya berjuang untuk final year GAM. Tahap yang di impikan oleh semua perunding takaful. Bersyukur walaupun masih baru dapat dan boleh memberikan saingan.

image

Saya mempelawa yang ingin membina kerjaya bersama saya di bawah naungan kumpulan saya An Nur The Great Agency bolehlah menghububgi saya atau rakan rakan seperjuangan saya. Tahun ini in sya Allah 3 orang Agency Manager akan di keluarkan dari kumpulan kami.

image

Semua tidak jadi dengan sengaja melainkan dengan usaha dan kaedah yang betul..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
0192699436

Bertindak sebelum terlambat..

Assalamualaikum…
Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman yang saya temui malam bulan ini yang mana saya rasa harus kita jadikan ikthbar untuk semua.

Dalam bulan ini sahaja saya ada berjumpa dan dihubungi oleh beberapa orang yang telah di timpa musibah dan ingin membuat permohonan takaful.

Kes 1.
Ramli (bukan nama sebenar) menghubungi saya melalui whatapps

image

Beliau telah di sahkah hilang upaya kekal (tangan kanan terpaksa dipotong akibat kecederaan akibat kemalangan). Yang kesiannya dalam keadaan beliau yang macam itu ada agen yang ambil kesempatan. Beliau ada ambil insuran selepas kejadian dengan harapan boleh buat tuntutan, siap buat bayaran tahunan lagi. Malangnya tiada sebarang tuntutan dapat dilalukan. Saya berkata kalau tuan bayar 10 tahun terus pun masih tidak boleh buat tuntutan..

Keluhan beliau: baru tahu dan nampak takaful/insuran ini penting, tak kena memang tak tahu. Menyesal sebab tak ambil

Kes 2.
Yang ini saya berjumpa. Seorang ibu prihatin yang ingin mengambil takaful perubatan untuk anak tunggalnya yang berusia 8 tahun. Malangnya, anak beliau telah di sahkan ada tyriod. Sebelum ini dah ada takaful tetapi sijil dah luput.. adus… lomah betul saya dengar.. beria minta saya tolong. Saya hanya boleh buat permohonan dan saya akan declair itu jawapan saya. Tugas meluluskan bukan dibawah bidang kuasa saya. Cuma ada 3 kemungkinan jika permohonan di buat.

1. Permohonan di terima dan bersyarat
2. Permohonan diterima dengan ada pertambahan harga (loding)
3. Permohonan di tolak

Keluhan beliau: agen tak boleh tolong ker? Kalau tak declair tak boleh ker?

Kes 3.
Kes yang ke 3 ini agak menarik. Pada minggu lepas beliau dah di sahkan doktor pakar ada masalah pada kelenjar (tersumbat). Selepas tahu keputusan itu baru mengigil nak ambil takaful. Di salahkan pula si agen. Kata beliau, pakciknya merupakan seorang agen takaful. Dari anaknya 1 tahun sampai 7 tahun dia tunggu quotation  dari pakciknya tak dapat dapat. Lama no agen ni nak buat quotation..hihihi katanya kalau tak dah ada takaful dah.

Saya tanya beliau. Kalau akak takder masalah ni akak rasa akak nak cari agen tak. Dia terus terdiam.

Keluahan beliau: macam mana ya akak nak buat ni dik? Adik tak boleh tolong ker?..tula kalau  pakcik akak bagi quotation akak dah ada takaful dah..

Nota razmanget: memang kita tak nampak kepetingan takaful ini jika kita tak di timpa musibah.  Kalau tak caya tunggula kena musibah dahulu kemudian baru nak apply. Kalau jumpa saya saya minta maaf saya akan declair. Bagi saya biar kita gaduh awal dari gaduh kemudiah hari akibat tuntutan gagal di lakukan.. mana yang anda mahukan?

Bertindakla awal dan sekarang. Dapatkan quotation anda segera ( jangan minta quotation sahaja tapi tak ambik juga..sama jer peginya)

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

Pencapaian terbaik. No 1 di msia

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas nikmat yang dipinjamkan kepada saya dan kumpulan. Pada bulan lepas kumpulan kami berjaya menjadi top unit manager untuk 1 malaysia..

image

Semoga dengan pencapaian ini kami tidak lupa malah sebaliknya semakin bersemangat untuk berjuang dan terus berjuang memartabatkan ekonomi umat islam melalui sistem takaful.

Pada yang berminat atau sedang mencari-cari agency yang ingin di sertai anda bolehlah menghubungi saa atau ahli kumpulan saya..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436

images

Great Leo Award 2013/2014

Assalamualaikum..
Alhamdilulilah atas nikmatnya buat kali ke 4 berturut turut melayakkan diri ke great leo award ini.

image

Tahniah juga buat rakan niaga di bawah seliaan saya yang turut berjaya melayakkan diri. Anda semua ternyata memang hebat..

image

Pastikan tahun hadapan kita membawa lebih banyak lagi rakan niaga dinbawah kumpulan An Nur The Great Agency.

image

Pada yang berminat untik mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya ini  anda bolehlah menghubungi rakan niaga kami yang berada di kawasan anda.

image

Atau anda boleh menghubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Super earlybird Elite Award Supremacy 2013

Assalamualaikum

Syukur kehadrat ilahi saya telah layak super earlybird supremacy Elite Award trip ke Shanghai & Suzhou pada tahun ini.. Sesungguhnya saya tak menyangka langsung yang saya telah layak untk pergi. Bagi saya trip ini adalah bonus dan hadiah untuk saya setelah penat bekerja.

IMG-20131116-WA0023IMG-20131122-WA0010Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menyokong saya untuk terus berada di dalam industri ini..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Medical Limit RM 1 juta

Assalamualaikum..

Keluhan saya untuk hari ini..

Hari ini saya ingin kongsikan tentang  medical card dengan medical limit RM1 juta.

Ramai yang teruja apabila di approach dengan agen memberikan tawaran medical sehingga RM1 juta. Saya pasti dan yakin sebahagian besarnya tidak betul-betul faham apa yang di maksudkan dengan  medical limit RM1 juta itu. Yang di maksudkan itu adalah had penggunaan untuk seumur hidup sehingga RM 1 juta. Penggunaan had ini bergantung pada had tahunan.

Screenshot_2013-11-13-21-03-56Ni adalah gambar yang saya ambil di fb saya screenshot. Saya hanya padam nama page sahaja, apakah yang anda boleh lihat.

Salah satu cara marketing yang cuba menyembunyikan sesuatu. yang mana jumlah Annual Limit dipadam. Kenapa tidak tunjukkan sahaja jumlah tersebut.

Saya cuma berasa ralat kerana saya berada di dalam industri ini. Tak kisahlah syarikat apa sekalipun. Dengan tindakan sedemikian boleh merosakkan industri. Saya tidak menyalahkan syarikat malah, permasalahan ini sebenarnya berpunca dari sikap agent itu sendiri. Secara tidak lansung ianya memburukkan imej syarikat tersebut.

Di dalam bidang ini kita tidak perlu cerita hanya yang manis sahaja tetapi yang paling penting adalah yang pahit juga harus diceritakan.

Sekian..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

Subsidi di tarik balik ..

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi, Lumrah kehidupan semua nak yang free, yang murah, Kerajaan ada dan  sebagainya..

kos rawatan buah pinggangPada yang mengharapkan subsidi apakah tindakan anda sekarang.. janganlah terlalu berharap dengan orang lain untuk kehidupan anda sebaliknya berusahalah sendiri..

Paling penting jangan sesekali melenting nak salahkan orang lain jika anda sendiri taknak beringat sebelum terkena..

Cegah sebelum parah. Jangan sampai berdarah dan bernanah…

Untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang medical card Great Eastern takaful Anda bolehlah mengubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation

Great Leo Award 2012/2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah, Kelmarin merupakan hari yang paling saya gembira berada di dalam bidang takaful ini. Ini kerana Pada 17-18 sept 2013 merupakan hari penganugerahan Great Leo Award yang berlansung di Genting.

Pada tahun 2010/2011 dan 2011/2012 saya hanya seorang diri sahaja, kini saya datang kembali bersama 3 orang sahabat yang berada di bawah seliaan saya iaitu Masrinie Salim, Ustaz Musyrif Khalil dan Rafidah Abd Ghani.

great leopastinya untuk tahun 2013/2014 saya berazam untuk membawa lebih ramai lagi qualifier di dalam kumpulan saya. Semoga segala usaha ini dapat di permudahkan oleh-Nya. Aminn..

Anda masih berpeluang untuk turut serta jika anda berminat untuk menyertai saya sebagai perunding Takaful Great Eastern

Untuk keretangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images