Assalamualaikum
karangan Sahir Sarifdin Agency Manager
Ramai orang di luar sana beranggapan adalah memadai mempunyai kad perubatan yang ditaja oleh syarikat/company. Perlu diingatkan manfaat ini akan lenyap bila kita sudah tidak bekerja lagi. Lebih malang jika tidak bekerja lagi disebakan syarikat terpaksa memberhentikan kita atas faktor kesihatan. Saya pasti anda semua setuju dengan saya, pada saat itulah kita lebih memerlukan kad perubatan sebaliknya manfaat tersebut telah tidak kita dapat dikecapi.
Sekiranya kita mempunyai kad perubatan peribadi, kita dapat meneruskan manfaat ini. Dan lebih membantu, kita tidak perlu membayar caruman bulanan sekiranya kita ada mengambil rider/manfaat pengecualian caruman.
Selain itu, terdapat juga kes-kes tertentu yang mana kos perubatan yang melebihi had kos perubatan yang ditanggung oleh insuran/takaful syarikat. Kebiasanya insuran/takaful yang ditaja oleh syarikat hanya mempunyai had tahunan yang asas atau rendah seperti RM30K atau RM40K setahun. Dengan had tahunsn yang rendah, sudah tentu untuk kes kritikal kos perubatan melebihi had yang dibenarkan. Bayangkan kos untuk rawatan penyakit kanser atau jantung boleh mencecah RM80K-RM200K setahun. Mana kita hendak gagau lagi RM50K-RM150K dalam masa yang singkat. Keadaan ini, kekadang memaksa kita untuk bergolak bergadai atau mengeluarkan segala simpanan yang ada, walhal tujuan simpanan tadi sebagai simpanan setelah kita pencen nanti. Oleh demikian, dengan adanya perlindungan perubatan peribadi ini dapat menampung lebihan kos ini tanpa membebankan pesakit.
Ada juga dikalangan kita yang mengatakan bila sudah pencen nanti baru hendak mencarum di takaful. Tahukah kita, caruman pada saat ini 4 atau lebih mahal (kebiasaanya lebih) berbanding jika ambil pada saat lebih muda. Itupun jika kita masih layak untuk perlindungan takaful ini. Kerana untuk mencarum atau mengambil perlindungan takaful, keadaan keadaan kesihatan kita masih sihat.
Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
019-2699436
Champion Unit 2015