Assalamualaikum..
Keluhan saya untuk hari ini..
Hari ini saya ingin kongsikan tentang medical card dengan medical limit RM1 juta.
Ramai yang teruja apabila di approach dengan agen memberikan tawaran medical sehingga RM1 juta. Saya pasti dan yakin sebahagian besarnya tidak betul-betul faham apa yang di maksudkan dengan medical limit RM1 juta itu. Yang di maksudkan itu adalah had penggunaan untuk seumur hidup sehingga RM 1 juta. Penggunaan had ini bergantung pada had tahunan.
Ni adalah gambar yang saya ambil di fb saya screenshot. Saya hanya padam nama page sahaja, apakah yang anda boleh lihat.
Salah satu cara marketing yang cuba menyembunyikan sesuatu. yang mana jumlah Annual Limit dipadam. Kenapa tidak tunjukkan sahaja jumlah tersebut.
Saya cuma berasa ralat kerana saya berada di dalam industri ini. Tak kisahlah syarikat apa sekalipun. Dengan tindakan sedemikian boleh merosakkan industri. Saya tidak menyalahkan syarikat malah, permasalahan ini sebenarnya berpunca dari sikap agent itu sendiri. Secara tidak lansung ianya memburukkan imej syarikat tersebut.
Di dalam bidang ini kita tidak perlu cerita hanya yang manis sahaja tetapi yang paling penting adalah yang pahit juga harus diceritakan.
Sekian..
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 0192699436