Yang Pertama buat kali ke2

πŸŽ‰πŸŽ‰ CONGRATULATION!! πŸŽ‰πŸŽ‰

THE FIRST QUALIFIERS FROM SOUTHERN REGION FOR SUPREMACY EXPERIENCE TAKAFUL 7 (SET7) BY PERSONAL PRODUCTION CATEGORY

MUHAMMAD FARITH BIN ABD AZMAN
S2 JB-C TKF

πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³πŸŽŠπŸŽŠπŸŽŠπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

#SET7
#purposepassionperformance
#SouthernGempur

Ini membuktikan komitment dan kesunguhan beliau di dalam industri takaful ini. Tahun lepas ke Bali, tahun ini ke Bangkok Thailand pula.

Tahniah dari kami warga An Nur Group Adsociates.

9 newly promoted 2024

Segala puji bagi Allah.. alhamdulillah selesai semua syarat kenaikkan pangkat buat rakan niaga di bawah Legasi 1 An Nur Group. GM Rosazaman Sarifdin Untuk tahun 2024.

Tahniah atas kenaikkan pangkat buat

2 Group Manager
Amirul Faizal Ahmad
Norjanah Hamit Marikan

7 Agency Manager
Azwan Alif
Hisham Mohd Morshidi
Ruddy Japar
Zaura C Zainon
Awie Kosnin
Akmal Ahmad
Izzat Fahmi Abdullah Sani

Bila agen naik pangkat ni rasa seperti bawa yang melepaskan anak yang dah berumah tangga untuk mencorak keluarganya.

Tugas saya adalah terus untuk membina dan bina.. sebab itu kami merupakan Builder Agency di GETB. InsyaAllah dengan sistem yang ada lebih ramai lagi manager baru yang bakal kami lahirkan..

Jangan di tanya tentang penat dan lelah dalam membina, niat saya ingin sama sama merasai nikmatnya. Bina dalam suasana bahagia..

Berminat untuk jadi sebahagian daripada keluarga kami? Ada pengalaman dan sudah ada lesen TBE adalah satu bonus. Jom beri peluang kedua kepada di anda. Kita bina sama sama.. mana tahu kerana lain padang, lain belalangnya..

Salam

An Nur Group terus cemerlang.

We Leader Are Made..

Kami berkumpul untuk perancangan 2021. Group Manager An Nur Group.

Semoga apa yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya.

InsyaAllah 2021 akan lahir seorang lagi Group Manager daripada kami, menjadikan kami kumpulan yang melahirkan Group Manager teramai di Great Eastern Takaful Berhad.

10 tahun kami di dalam industri 5 Group Manager. Satu pencapaian yang bagi saya boleh di banggakan.

Ingin sertai kami??

AnNurGroup

spirit637

Tahniah An Nur The Great Agency Champion Ogos

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berakhir sudah bulan kemerdekaan. Salam merdeka untuk semua. 61 tahun kita sudah merdeka. Bercerita tentang kemerdekaan. Adakah kita sudah merdeka dari segi ekonomi rumah tangga kita? Adakah dari dahulu hingga kini masih di takuk yang sama?

Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang ingin sama sama membina kerja dan berjaya bersama kami.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

0192699436l

Iftar bersama CEO

Alhamdulillah lagi majlis iftar, kali ini kami bersama CEO Great Eastern Takaful, tahniah An Nur The Great Agency 20 orang qualifier untuk tahun ini. Satu pencapaian yang boleh di banggakan.Saya berharap untuk contest We Are Family 2018 (hari raya) lebih ramai lagi wakil dari kita yang berjaya mencapainya.

terima kasih Great Eastern Takaful. Oh ya tahniah buat hizawina kerana memperolehi ipad percuma hasil dari pada contest CEO. Saya tolong ambilkan sahaja.

Salam

Kenapa Kita perlukan Takaful?

Assalamualaikum..

Pada Hari in saya ingin kongsikan kepada anda kenapa kita perlukan takaful.. Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah sekadar pendapat saya sahaja.

malang tidak berbau.

Kisah ini mungkin boleh kita hayati bersama satu perkongsian benar. Lihat link ni. Bagi saya, sebenarnya seseorang itu ada kalanya tidak faham apakah itu takaful dan tidak memberikan ruang untuk dirinya memahamkan apakah takaful sebenarnya.

sudah ada dan cukup.

Ini mungkin kerana mereka merasakan sudah dilindungi sepenuhnya. (sekadar ada insuran atau takaful) Padahal mereka tidak tahu apakah plan yang mereka ambil. Contoh ini juga saya pernah kongsikan sebelum ini. Lihat link ini.

rasa selamat.

Kebanyakan insan seperti ini adalah yang mana mereka merasakan majikannya telah melakukan yang terbaik untuknya (mungkin memberikan medical card) ataupun mereka ini adalah kakitangan kerajaan. Malangnya mereka tidak pernah ambil pusing adakah jumlah had yang di berikan mencukupi. Ini yang sepatutnya kita ambil tahu. Lihat link ini.

Sekadar renungan..

Hari ini, boleh saya katakan manusia lebih sayangkan hartanya dari dirinya. Ini kerana benda yang tidak bernyawa kita insuran atau takafulkan malangnya untuk diri sendiri tidak. Mana yang lebih berharga untuk kita? Sepatutnya kerajaan mewajibkan insuran/takaful sepertimana ia mewajibkan untuk kenderaan motor.

Untuk keterangan lanjut mengenai takaful. Sila hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Peti Besi Suami.. Kau Ada??

Β peti besi

Assalamualaikum semua..Penulisan saya kali ini khas saya tujukan kepada kaum ibu/isteri di luar sana. Hari ini di rumah anda ada tak peti besi suami anda. Yang mana diut dimasukkan oleh suami tetapi kunci anda yang memegangnya?

Hahahah Kenapa jadi macam tu?..

Kalau si suami sayang anda adakah dia telah melakukan ini?

SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan : “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Jika tidak. Apakah salahnya jika suami anda ambil satu plan takaful. Cover sekurang- kurangnya setahun punya pendapatan untuk bekalan untuk isteri dan anak.. Kan bijak tu namanya..

Di Great Eastern Takaful ada plan serendah RM25 sebulan.. Takkan tu pun tak mampu (sedangkan rokok RM10 sehari mampu).

Untuk keterangan lanjut tentang plan bolehlah menghubungi saya.

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Β 

Sumbangan Takaful lebih besar dari bayar kereta?

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman saya bersama dengan client saya. Saya rasa ianya sangat menarik untuk di kongsikan. Oleh itu saya muatkan dalam blog saya ini untuk perkongsian bersama.

Kisah bermula pada minggu lepas apabila saya melawat client saya yang merupakan seorang cikgu yang demam.

Sebelum itu, cikgu ini telah mengambil plan medical untuk satu keluarga (3 beranak) tetapi hanya mengambil yang basic sahaja (ILP, investment link plan) dengan harga yang paling minimum. RM360 sebulan untuk satu keluarga. Dan dalam masa kurang dari 2 tahun cikgu ini dan anaknya telah menggunakan manfaat ini dengan kos sebanyak hampir RM8,000 (cikgu RM4,000 dan anak RM3,800 (2 kali claim demam))

DisebabkanΒ  beliau dahΒ  menggunakkan manfaat ini baru beliau rasa pentingnya melakukan penambah baikkan. Ini kerana elaun hospital beliau tidak mahu dimasukkan pada masa tersebut dan beliau ingin upgrade kepada bilik yang lebih selesa.

Berikut adalah petikan daripada perbualan saya dengan cikgu tersebut.

Cikgu: Man, kalau nak upgrade plan apa yang ko cadangkan?

Saya: Saya cadangkan upgrade bilik dan masukkan elaun hospital.

Cikgu: Berapa budjet yer.

Saya: Kalau nak cantik dalam RM150 sebulan

Cikgu: Mak ai macam saya punya.

Saya: Tu kalau nak cantikla, sebab banyak manfaat. Kalau cikgu buat masa 2 tahun lepas RM130 dah cukup baik dah.

Cikgu: Man, nak tanya sikit, untuk anak anak man ambik yang mana? (kebetulan saya datang melawat bersama dengan wife dan anak-saya)

Saya: Anak yang kecik ni RM 150 yang dua lagi ni RM130 je.

Cikgu: Man punya berapa? satu keluarga berapa?

Saya: Saya punya RM400, satu keluarga dalam RM 1,200.

Cikgu: Mak ai, Man punya jer dah macam saya punya satu keluarga. Satu keluarga punya dah macam saya bayar civic saya.

Saya: …..Senyum jer….Β  Mungkin boleh saya beli civic seperti cikgu, Cuma jika apa apa berlaku pada saya dan keluarga tiada apa yang saya boleh buat…

civic

Bagi saya apa yang cikgu buat tu dah cukup okey. Sebab medical yang penting. Tetapi jika ada lebihan blehlah tambah manfaat lain. Contonya, Badal haji, penyakit, jaminan pendapatan, kemalangan dan sebagainya.

Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda untuk merancang.

Salam

buatkan saya quotation

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

malang tak di duga, datang tak kenal usia..

Assalamualaikum,

Hari ini saya dengan wife melawat rakan sekelasnya yang yang baru pulang membawa balik anaknyapulang dari hospital Sultan Ismail Johor. Anaknya yang berusia 5 tahun disahkan mengidap lukemia tahap 4, saya sungguh berasa sedih apabila menurut kata ibunya anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia mengidap penyakit tersebut, malah lebih mengejutkan lagi penyakit tersebut berada di tahap kritikal.

Malah di siang harinya sebelum kejadian anaknya sempat main air di depan rumah dengan rakan-rakannya. Pada malam tersebut anaknya dimasukkan ke ICU. Jiran jiran tertangga turut terkejut dengan kejadian itu.

Kini anaknya yang sebelum ini agak agresif dan aktif menjadi sangat pasif. Malah buat masa ini tidak mampu untuk berjalan. Salur paip di hidung(untuk makanan dah ubat ) terpaksa digunakan.

Anaknya sekarang dalam proses kimo. Dan air tulang belakang sudah diambik sebanyak 3 kali, menurut ibunya perlu ambil dalam 14 kali. Bayangkan penderitaan anak kecil ini. Emaknya terpaksa cuti tanpa gaji. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Marilah kita bersama sama mendoakan kesihatan adik ini, adam namanya. Semoga dia lekas sembuh seperti sediakala. Aminn

p:s/ Ibu saya menginggal dunia kerana penyakit ini semasa saya berusia 5 tahun.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

Kami agent takaful bukan seperti plumber..

Assalamualaikum dan salam MERDEKA untuk semua..

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi pengalaman yang baru sahaja diterima sebentar tadi.

Pagi tadi saya di datangi oleh seorang mamy (Makcik Tokey kedai runcit di Pasir Gudang) yang kisahnya pernah saya tulis sebelum ini. Datang menegur saya. Cerita Mamy

Mamy: Man ko ada cerita insuran tak kat Abang ***** (Tokey kedai makan di Pasir Gudang).

Saya: Ada, macam mamy juga la, Dekat 2 tahun saya follow, ada jumpa beberapa kali, tapi macam alasan dia bagi.. (takperluhlah saya cerita alasan dia kat sini).

Mamy: Ko boleh tolong dia tak, adjustkan insuran.

Saya: Kenapa mamy?

Mamy: Anak dia kemalangan teruk semalam, Patah reok tulang dia. Hospital pakar ***** (kat Pasir Gudang) nak RM20,000 kalau nak ambik kes anak dia.

Saya: Kemalangan dengan apa mamy?

Mamy: Dia naik motor, langgar dengan kereta, Abang ***** baru belikan motor baru untuk dia.

Saya: Kenapa tak guna medical card? Abang ***** kata dah ada ambil insuran untuk satu family.

Mamy: Sebab takderla aku mintak tolong ko ni.

Saya: Maaf mamy saya memang tak dapat nak tolong.. Saya ni bukan macam orang repair paip bocor mamy. Bila dah tersumbat atau bocor baru nak cari saya.

Pengajaran Untuk semua.

1- Kita sayang anak kita sanggup berebih duit belikan macam-macam untuknya. Kenapa kita tak sanggup simpankan lebih sikit untuk Takafulnya..

2- Orang kita ni (melayu) bila dah terkena baru menggelupur nak cari Insuran atau Takaful.. kebiasaannya masa itu dah tak boleh nak buat apa2 dah..

3- Mungkin kita bersedia terhadap sebarang kemungkinan, dan wang bukan masalah. kan bagus jika jika berlaku musibah kewangan kita tetap tidak terganggu.

Jadilah orang yang bijak. Bertindak sekarang.. Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Syarikat Insuran TERBAIK

Assalamualaikum pembaca Semua..

Hari ini saya ingin pertontonkan statistik yang di keluarkan oleh BNM (Bank Negara Malaysia)

Anda boleh lihat sendiri dan nilai sendiri, Manakah yang terbaik..

Dan yang paling menarik.. Great Eastern TIDAK BERGABUNG dengan mana-mana bank. Ini keranaΒ  Great Easten merupakan syarikat yang sangat kukuh dengan memiliki asset berjumlah RM 43,776,824,000.

Satu angka yang sungguh besar meninggalkan pesaingnya hingga RM26,000,000,000.

Selain daripada itu juga pulangan keatas pelaburan yang diberikan kepada pemegang polisi juga mendapat tempat tertinggi..

Oleh sebab itu, tidak salah rasanya jika saya katakan.. Great Eastern Merupakan syarikat insuran/takaful yang terbaik.

Sekian

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Takaful Great Eastern
019-2699436
buatkan saya quotation

Tak perlu ambil Takaful?.. Jika..

Assalamualaikum…

Simple jer entry kali ni…

Anda tak perlu ambik takaful jika

  1. Duit dalam simpanan anda ada banyak sangat dan cukup untuk anak bini anda hidup sekurang-kurangnya 1 tahun dan lebih.
  2. Anda mengamalkan gaya hidup yang sihat (3x seminggu bersenam, Makan makanan tanpa lemak dan minyak, Tak merokok, tak duduk di kalangan orang2 yang merokok,tak minum air manis dan minum air mineral sekurang-kurangnya 2 liter seharil)
  3. Kenderaan yang anda pandu jenis kebal (adik beradik kereta kebal) atau anda pemandu terlatih.
  4. Anda ni orang MLM, yang mana produk dia hebat, (yang tua boleh jadi muda, Yang merokok boleh nuetralkan, yang kendor jadi tegang dan sebagainya)
  5. Anda ada belajar ilmu kebalΒ  n betapa kat mana2 gua.
  6. Anda masih muda dan takkan tua..(sebab duk makan n suntik kalogen)
  7. Company cover seumur hidup anak bini anda. Apa2 jadi pada anda gaji anda masih dibayar pada anak bini anda.
  8. Anda orang kaya, harta mak bapak 7 keturunan tak habis.
  9. Cukupla kata simple… hehehe

So Renung-renungkanlah…

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Plan Medical Card (perubatan) yang sempurna?

Assalamualaikum..

Sejak Akhir-akhir ini saya banyak berjumpa orang sedang mencari plan perubatan yang terbaik (sempurna) untuk mereka ataupun keluarga mereka. Atas dasar itu medium yang terbaik adalah dengan mendapatkan maklumat menggunakan hujung jari. Ada baiknya anda berjumpa sendiri dengan setiap agen tersebut untuk mendapatkan maklumat (ini kerana ada sesetengan agent takkan berkongsi maklumat di alam maya)

Sunggupun begitu bukan semua maklumat ada dimasukkan di alam maya ini. Justeru itu anda perlu bijak untuk menilai sebelum membuat sebarang keputusan.

Bagi saya tiada plan yang 100% sempurna. Oleh itu pilihlah ia bersadar keperluan anda.

Mungkin perumpamaan ini sesuai digunakan.

BagiΒ  anda yang telah bekeluarga, adakah pasangan anda 100% sempurna? Sebenarnya bukan kesempurnaan yang di cari tetapi keserasian yang kita mahukan.

Oleh itu cadangan saya.. Anda listkan kelebihan2 kad perubatan yang anda survey untuk ambik serta kelemahannya. Tak salah pun.

Dengan itu anda akan dapat yang TERBAIK dan bukan sempurna.

Selamat mencuba.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Kanser Prostat 1.7 juta kes menjelang 2030.

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my

BIASANYA kita sering dipaparkan mengenai kanser yang dikaitkan dengan perempuan, misalnya serviks dan payudara. Begitupun, golongan lelaki jangan terlalu berlapang dada kerana mereka juga berisiko menghidap kanser paling ditakuti iaitu prostat.

Tahukah anda, kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki di seluruh dunia? Pada 2008 saja, 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030.

Perunding Klinikal Onkologi, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Wahid, berkata kanser prostat berlaku apabila sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Ada kala sel berkenaan merebak dan menyebabkan kanser di bahagian lain pula.

β€œRamai masih mengambil ringan mengenainya kerana berpendapat, jika sakit baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Tidak kurang juga yang menganggap ia hanya menyerang lelaki berusia.

β€œSebenarnya, andaian itu salah kerana kanser prostat menyerang lelaki tanpa mengira usia. Tidak kurang juga ada yang tunggu β€˜rasa sakit’ baru berjumpa doktor, sedangkan pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa,” katanya ketika melancarkan Jevtana (cabazitaxel) di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, kanser prostat merebak melalui empat tahap. Ia dikenal pasti di segi saiz tumor, sama ada nod limfa dijangkiti atau tumor berkenaan merebak ke bahagian lain.

β€œTahap pertama kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

β€œPada tahap kedua pula, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

β€œPada tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan kemungkinan besar merebak ke bahagian seminal dan pada tahap keempat, ia merebak ke pelvis (tulang pinggul), nod limfa atau bahagian lain seperti tulang, hati atau paru-paru,” katanya.

Pun begitu, ada rawatan bagi lelaki yang menghidap kanser prostat peringkat metastatik atau barah yang merebak, antaranya terapi hormon, imun terapi, kimoterapi dan radioterapi.

Perunding Klinik Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Marniza Saad, pula berkata meskipun negara Asia mempunyai bilangan lebih rendah berbanding Eropah, tidak bermakna golongan lelaki di negara ini boleh berpeluk tubuh.

β€œSesiapa saja boleh menghidap penyakit ini. Paling penting, perlu sentiasa menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,” katanya.

SOALAN LAZIM:

  • Apakah kanser prostat?Kanser prostat adalah ketumbuhan sel tidak normal dalam kelenjar prostat, manakala prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki yang juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.
  • Bagaimanakah kanser prostat terbentuk?Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di kelenjar prostat mengalami perubahan tertentu di luar kawalan. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal dan kemudian ke bahagian badan lain, terutama tulang dan organ tertentu.
  • Apakah yang menyebabkan kanser prostat?Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui hingga kini tetapi sesetengah pengkaji percaya kanser ini disebabkan hormon lelaki, terutama hormon testosteron. Hormon ini mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
  • Apakah simptom kanser ini?> Kerap buang air kecil
    > Aliran kencing lemah
    > Mati pucuk
    > Terdapat darah di dalam air kencing
    > Sakit sewaktu buang air kecil
    > Sukar mengawal rasa buang air kecil
    > Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada
  • Faktor risiko?> Sejarah keluarga
    > Pemakanan
    > Peningkatan usia
    > Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam
  • Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini berbanding Asia
  • Rawatan> Pembedahan dikenali sebagai prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra

    > Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser pada peringkat awal kanser prostat. Kesan daripada rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil, dan saluran uretra menjadi sempit.

Nota Razman Get: Pengalaman daripada salah seorang client saya, bapanya mengidap kanser ini, pada awalnya bapa beliau tidak tahu dia mengidapnya, Bapa beliau kerap membuang air kecil, oleh sebab itu ke hospital kerajaan la jawabnya. Malangnya di hospital kerajaan tak dapat mengesan penyakit tersebut malahΒ  di berikanΒ  ubat tahan kencing. Perkara ini berlarutan hampir 2 tahun. Disebabkan tidak tahan dan mensyaki sesuatu ahli keluarganya membawanya ke hospital pakar dengan kos hampir RM14k. Dalah masa sehari keputusan di perolehi. MalangnyaΒ  kanser ini sudah berada di tahap yang serius. Walaupun sempat melakukan pembedahan usia bapa bapa beliau tidak panjang..

Pengajaran yang diaΒ  perolehi, Buatlah persediaan awal, memang sekarang orang akan rasa berat, tapi bila dah sakit walaupun kosnya mahal orang sanggup keluarkan.. adakah anda nak jadi seperti itu?

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Persoalan yang sering di tanya berkenaan plan Takaful..

Assalamualaikum..

Baru baru ini banyak sangat persoalan yang saya dapat daripada orang yang saya jumpai. Kadang-kadang rasa nak tergelak jugak dengan pertanyaan itu.. Ada sebahagiannya memang tak betul langsung… Jika anda seorang agen mungkin anda menggunakan idea ini. Dan jika anda seorang tengah mencari manfaat takaful pernah bertemu dengan jawapan sebegini. Antaranya..

1- Bolehkan kita stop (berhenti membuat sumbangan) takaful kita bila2 masa?

Jawapan agen A: sebenarnya boleh sebab itu hak anda. Cuma apabila certificated anda luput (lapes) sebarang tuntutan tidak untuk di tuntutan. Jawapan agent B:Kita hanya boleh stop setelah melebihi 1 tahun. jika tidak penalti akan di kenakan..

2- Bolehkah kita kecikkan nilai sumbangan.. Contoh dari 300 ke 200 sebulan?

Jawapan agen A: Boleh anda berhak mengecilkan atau membesarkan nilai sumbangan anda. mengikut keperluan anda. Jawapan agen B: Kita hanya boleh mengecilkan nilai sumbangan setelah 2 or 3 tahun..

3- Bilakah kad perubatan ini boleh di gunakan?

Jawapan agen A: Penggunaan kad perubatan mengikut tepoh menunggu yang telah di tetapkan. Contohnya kemalangan dalam masa 24 jam, demam 30 hari dan sebangainya.. Jawapan agen B: Untuk lebih senang selepas setahun baru boleh guna.

Anda renung-renungkan…..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

B The Best OOOo Yes..

Tidak perlu miliki handphone mahal untuk membuat panggilan
Tidak perlu berfalsafah berhujah untuk menyakinkan rakan
Tidak perlu berpura-pura untuk menunjukkan kehebatan
Apa yang penting
Satu panggilan menghasilkan ribuan
Satu perbincangan membuka minda pelanggan
Satu kerjasama memberi kesan yang berpanjangan

Risiko hidupan ada di mana2 sahaja (Hadapi risiko hilang upaya)

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
24/4/2012
KESAL...Mohammad Fauzi menunjukkan tangan dan laporan perubatannya.
KESAL…Mohammad Fauzi menunjukkan tangan dan laporan perubatannya.

PUTRAJAYA: Seorang lelaki mendakwa Hospital Putrajaya tidak memberikan rawatan sepatutnya selepas dia terbabit kemalangan, sekali gus menanggung risiko hilang upaya terhadap kecuaian itu.

Kakitangan swasta, Mohammad Fauzi Abdul Halim, 41, mendakwa kejadian itu berlaku pada 28 Ogos tahun lalu selepas dia mengalami kemalangan disebabkan motosikalnya melanggar besi di kawasan Lebuhraya Maju Expressway Putrajaya-Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak sulungnya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan beberapa urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

β€œSaya tak perasan ada besi di jalan dan melanggarnya menyebabkan saya dan anak perempuan jatuh di jalan. Kejadian itu menyebabkan tangan kiri saya luka dan berdarah dan menelefon ambulans untuk menghantar kami ke Hospital Putrajaya.

β€œKetika rawatan, doktor meminta saya menjalani X-ray serta diberikan ubat tanpa memberitahu apa-apa masalah yang dihadapi. Saya dibenarkan pulang ke rumah pada hari sama,” katanya yang mengadu perkara itu kepada Harian Metro di sini.

Mohammad Fauzi mendakwa, sebaik pulang ke rumah dia berasa sakit dan pedih pada bahagian luka berkenaan dan disebabkan tidak berpuas hati dia mendapatkan rawatan di dua klinik panel sebulan selepas kejadian.

β€œBagaimanapun, saya dinasihatkan merujuk ke hospital untuk mengetahui lebih lanjut masalah dihadapi. Seterusnya, saya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Januari lalu untuk rawatan susulan.

β€œSelepas menjalani X-ray, doktor mengesahkan saya menghadapi masalah pada tangan kiri. Saya tidak berpuas hati dengan pihak Hospital Putrajaya kerana tidak memaklumkan masalah itu lebih awal ketika menerima rawatan di sana,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Mohd Anis Haron ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima aduan Mohammad Fauzi dan membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Sumbangan Organ? 11,000 pesakit di ambang maut..

Assalamualaikum..

Beginilah nasib jika kita mengharapkan sumbangan..Kalau umur panjang n ada CABLE okla dapat cepat.. kalau tak…

Bak kata pepatah,

untung serabut timbul, kalau batu tenggelam

Mungkin jika anda berwang masalah ini tak kan timbul.. Atas dasar itulah selalunya saya sangat-sangat mencadangkan agar anda mendapatkan manfaat penyakit peringkat awal.. Persoalan nya kenapa?

Tahukah anda?

Orang-orang yang kaya kebiasaannya akan ke China untuk mendapatkan organ, Di sana ada orang yang menjualnya. (bukan barang tiruan made in china yer) ni ori punya… mungkin anda ada terdengar berita gadis china sanggup menjual organnya untuk mendapatkan ipad? ni link dia

Jika anda tiada wang satu perkara yang mustahil untuk anda mendapatkannya..

Sekadar berkongsi pengalaman saya

Pada bulan lepas saya ada berjumpa seorang Manager, mengambil plan simpanan beserta medical card untuk putrinya dengan saya. saya bertanya dengannya, dia memegang medical card dari company mana? dia menjawab Syarikat bagi medical card Dari compny I.. personal dia ambil dengan BSN. Bagus jawapan saya..

Terus saya membuka satu plan yang pastinya tiada di syarikat Takaful lain.. iaitu I-EPCC (penyakit peringkat awal) dengan cover sebanyak 300k. manfaat lain2 saya tak masukan, ini sebagai tambahan manfaat sahaja.

Dia bertanya apakah tujuan saya memberikan manfaat itu?

Simple sahaja jawapan saya, Hari ini penyakit bukan di warisi, tetapi dari apa yang kita makan. Katakan 1 buah pinggang anda gagal berfungsi, Apa yang anda akan lakukan? Dengan manfaat yang saya masukkan ini, 1 buah pinggang anda gagal berfungsi anda akan dapat cash sebanyak 50% daripada apa yang anda cover. Iaitu RM150,000. Dengan wang yang sebanyak itu anda dapat untuk membeli sebiji buah pinggang di China dengan harga RM100,000. (lebih kurang mcm tulah ayat saya)

Paham kan apa yang saya maksudkan?

Tak paham takper… untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Great Eastern Takaful pemain utama dalam industri

Oleh ANI AWANG
bisnes.utusan@gmail.com

Mohammad Salihuddin Ahmad (kanan sekali) meninjau Stesen Sinergi Agensi Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GASS) Butterworth yang berkonsepkan ceria dan kontemporari bagi kemudahan pelanggan yang berurusan di Butterworth, semalam.

BUTTERWORTH 10 April – Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB) berhasrat menjadi pemain utama dalam insurans takaful dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan perlindungan kepada rakyat di negara ini.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GETSB, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, ini kerana kesedaran masyarakat terutama masyarakat Islam terhadap tahap pengambilan insurans takaful di negara ini masih rendah iaitu 11 peratus berbanding 43 peratus bagi insurans konvensional.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan membuka tiga lagi pejabat Stesen Sinergi Agensi Great Eastern Sdn. Bhd., (GASS) tahun ini dalam memperkenalkan produk yang ditawarkan oleh GETSB.

Antara pejabat tersebut ialah di Wangsa Maju (Kuala Lumpur) yang akan dibuka Mei depan, Jitra (Kedah) dan Kota Kinabalu di Sabah.

“Pejabat GASS yang dibuka di sini akan membolehkan pihaknya meneroka pasaran baru di negeri sebelah utara dan sekali gus menjadi pengendali insurans takaful yang terbaik di antara 12 takaful yang beroperasi di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran GASS di Taman Selat di sini hari ini.

Setakat ini, cawangan GASS yang baru beroperasi ialah di Kota Bharu pada 13 Mac lalu.

Mohamad Salihuddin berkata, pihaknya akan melantik 8,000 ejen GASS di seluruh negara bagi membolehkan masyarakat sedar terhadap kepentingan insurans takaful yang berkonsepkan syariah Islam yang mudah.

Beliau berkata, antara produk takaful yang ditawarkan oleh GETSB ialah i-Great Amal, i-Great Iqra, i-Great Abadi dan I-Great Damai.

TakafulGE: Untuk mendapatkan sebarang penjelasan lebih detail anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Tanda barah prostat?

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2011/02/27

Lelaki botak usia 20-an dikatakan petunjuk awal risiko kanser


MASALAH rambut gugur sememangnya merunsingkan. Lebih mencemaskan lagi apabila masalah yang dianggap alah bisa tegal biasa dalam kalangan lelaki ini sebaliknya turut dikaitkan dengan penyakit lebih serius iaitu kanser prostat.

Inilah hasil kajian terbaru sekumpulan penyelidik Perancis diketuai Dr Philippe Giraud, penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris. Kajian sejak 2004 dengan proses analisisnya memakan masa dua tahun, mendakwa lelaki yang mengidap kanser prostat, adalah dua kali ganda berkemungkinan menunjukkan tanda-tanda keguguran rambut atau botak seawal usia 20-an berbanding mereka yang tidak mengidap masalah itu.

β€œKajian mendapati, lelaki yang mula gugur rambutnya pada usia 30-an atau 40-an, tidak berdepan risiko kanser prostat sebaliknya mereka yang mula keguguran rambut pada usia 20-an mengalami risiko lebih tinggi mengidap kanser pada awal usia atau mengalami tumor yang lebih agresif.

β€œRambut gugur yang dikaitkan dengan masalah androgen juga ada kena mengena dengan kanser prostat,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik Persatuan Perubatan Onkologi Eropah, baru-baru ini.

Dr Giraud berkata, biarpun sehingga kini tiada bukti kukuh menunjukkan manfaat proses saringan terhadap orang awam bagi mengesan kanser prostat, penyelidik perlukan cara berkesan bagi mengenal pasti lelaki yang berisiko tinggi menghidap penyakit barah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau dan rakan penyelidik akan membuat lebih banyak kajian lanjut bagi melihat sama ada campur tangan kaedah rawatan mungkin bersesuaian bagi lelaki yang mengalami botak pada usia muda.
β€œPakar perubatan perlu tahu siapa sasaran saringan dan dipertimbangkan untuk pencegahan kemoterapi.

β€œBotak pada usia 20-an mungkin boleh jadi faktor risiko paling mudah untuk mengesan masalah ini, begitupun banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini,” katanya yang juga Profesor bidang radiasi onkologi Universiti Descartes Paris.

Menerusi kajian itu, kumpulan penyelidik itu menyedari corak botak lelaki (androgenic alopecia) sangat biasa berlaku dan dialami separuh dari keseluruhan lelaki pada satu peringkat dalam kehidupan mereka. Sebelum ini, pencetus penyakit ini dikaitkan dengan perubahan testosterone kepada hormon androgenic.

Bagi memeriksa dengan teliti kemungkinan hubungan antara corak rambut botak dengan kanser prostat, pasukan penyelidik Perancis mengambil masa dua tahun menganalisa perkembangan penyakit dan corak keguguran rambut terhadap 388 lelaki yang mengalami kanser prostat berusia antara 46 hingga 84 tahun.

Bermula pada 2004, penyelidik meminta mereka menunjukkan sama ada pernah mengalami masalah botak sebelum ini, bila masalah rambut gugur bermula dan secara khusus jenis rambut gugur yang berlaku ketika berusia 20, 30 dan 40 tahun.

Kajian mendapati 37 pesakit kanser prostat (dan 14 lelaki sihat) mengalami beberapa bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun, seperti penyusutan rambut di dahi kepada botak bertompok di atas kepala atau kombinasi kedua-duanya. Dalam kajian itu sebarang bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun dikaitkan dengan bergandanya risiko kanser prostat, yang mana tanpa corak khusus keguguran rambut menjadikannya risiko yang lebih mudah dijangka berbanding risiko lain.

Biarpun pasukan penyelidik enggan membuat kesimpulan bahawa masalah botak dan kanser prostat saling berkaitan, seorang lagi pakar Amerika Syarikat iaitu Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City bersetuju bahawa hasil kajian berkenaan boleh dipertimbangkan.

β€œKita juga sedar wujudnya faktor genetik yang menjadikan kanser prostat lebih tersebar luas. Sebagai contoh, lelaki yang ada kaitan persaudaraan seperti bapa saudara, bapa atau abang yang disahkan kanser prostat adalah 2.5 hingga tiga kali lebih berisiko alami barah prostat berbanding lelaki tanpa sejarah keturunan. Genetik juga memainkan peranan kepada lelaki yang mengalami rambut gugur pada usia muda,” katanya.

INFO: Barah prostat

  • Turut digelar penyakit orang tua kerana lambat merebak
  • Kira-kira 90 peratus dari sel barah ini merebak ke tulang selain kawasan lain termasuk pundi kencing.
  • Isi padu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
  • Penduduk di California, Amerika Syarikat adalah 100 kali lebih ramai dijangkiti barah ini berbanding penduduk Cina di Shanghai.
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation