Tips Mengambil Pelindungan Takaful Pendidikan Untuk Anak

Assalamualaikum

1) Mengambil takaful pendidikan seawal mungkin. Ini penting bagi memastikan, kita mempunyai nilai simpanan yang mencukupi setelah mereka berumur 18 tahun dan ke atas dan yang lebih utama kita tidak tahu bila musibah menimpa kita. ie. mengambil perlindungan takaful setelah anak berusia sebulan.

tabung
2) Mengambil tempoh perlindungan semaksimum mungkin. Kebiasanya sehingga anak berusia 25 tahun. Ini bagi memastikan kita mendapat peelindungan semaksimum mungkin. Sekiranya kita memerlukan wang pada ketika umur anak 20 tahun, kita masih boleh mengeluarkan sebahagian besar wang simpanan tadi.
3) Mempunyai perlindungan pembayar. Manfaat ini paling UTAMA yang perlu ada. Ini bagi memastikan simpanan masih dapat dibuat walaupun pembayar tidak mampu lagi untuk membuat simpanan.Contohnya pembayar disahkan kena penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia.
4) Perlindungan Asas ke atas anak ambil serendah mungkin. Sebab ini bukan tujuan bagi perlindungan takaful pendidikan.
5) Elakkan mengambil manfaat tambahan seperti medical card, penyakit kritikal atau elaun hospital. Ini bagi memastikan nilai simpanan kita lebih besar. Tambahan pula risiko untuk anak kena penyakit kritikal adalah amat rendah.

Credit kepada Sahir Sarifdin

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Alhamdulillah Champion Untuk April 2015

Assalamualaikum..

Terima kasih Rakan niaga yang hebat An Nur The Great Agency di atas semangat berpasukan yang tinggi yang telah anda berikan.. Alhamdulillah sekali lagi pada bulan ini kumpulan kita berjaya mengekalkan kejuaraan untuk 2 bulan berturut-turut bari daerah selatan

.top

Semua ini tidak akan di peroleh tanpa usaha dan semangat berpasukan yang kuat..

Tahniah juga buat Khairul Nizam kerana berjaya memperoleh kejuaraan untuk ketogori agen baru bagi daerah selatan. In Sha Allah pada bulan ini kami akan memberikan yang terbaik lagi untuk anda di luar sana..

Di kesempatan ini juga saya mempelawa anda yang berminat untuk berjaya bersama-sama kami sebagai perunding kewangan takaful di Great Eastern Takaful.

Untuk Keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

Hadiah dari Great Eastern Takaful, Ulang tahun ke 4

Assalamualaikum…

Syukur kehadrat ilahi atas nikmatnya.. Hasil usaha keras tahun lepas bersama kumpulan di bawah rangkaian An Nur The Great Agency, kami mampu membina nama di Great Eastern Takaful Berhad.

Ini merupakan hadiah ulang tahun ke empat saya…

wpid-2015-04-05_21.47.42.jpg

paper

Ini membuktikan kumpulan kami mampu untuk memberikan saingan yang terbaik. Tahniah juga buat tuan Sahir Sarifdin walaupun masih baru di dalam industri (kurang 4 bulan, join pada pertengahan september 2014) mempu juga mencipta nama sebagai top 9 bagi ketegori agent.

Sekali lagi terima kasih Great Eastern Takaful

Semoga dengan semangat ini kumpulan kami akan membantu lebih ramai lagi insah di luar sana malah kami juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk bersama-sama kami membina kerjaya di Great Eastern Takaful Berhad amnya dan berada di bawah rangkaian An Nur The Great Agency khususnya.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

pilihan di tangan ANDA.

Apakah button yang anda tekan jika anda ingin masuk ke hospital swasta?

11088336_357777764413743_9184452308289024602_n

A. Sendiri tanggung??
Berapakah jumlah simpanan yang ada?adakah ia mencukupi?mengapa perlu guna simpanan sdri andai ada pihak lain yang boleh bayarkan bil anda?

B. Syarikat tanggung?
Berapakah limit yang syarikat anda berikan? Adakah ianya mencukupi?

C. Takaful tanggung??
Walaupun menggunakan takaful Pastikan kredit limit anda cukup ya..jangan pula anda terpaksa keluar hospital kerana medical card anda sudah tidak mempunyai baki.. jadi had tahunan medical card sangat penting. Cek semula kredit limit kad perubatan anda!

medical card terbaik

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Perunding Takaful Anda

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager
0192699436
Whatsapp/sms/pm/call

Great Eastern Takaful Berhad

permohonan takaful SEGERA?

Assalamualaikum semua..

Pernahkah anda terlihat status FB rakan anda sebegini?

bisolApakah yang bermain di fikiran anda? pada ketika ini tiada sebagai seorang agen takaful tiada sedikit pun rasa teruja dengan statment ini. Lebih lebih lagi insa ni saya pernah approach. Jika di lihat pada komen bersepah-sepah rakan-rakan tagkan nama agen masing2. Jadi saya sekadar like sahaja.

Apa yang terjadi selepas itu?

orang kebalRupanya dia nak mohon segera sebab esoknya nk guna buat operation bisol daaa…

Untungla hanya kena bisol, dan beruntungla kerana ada wang. bagaimana jika kos rawatan memerlukan jumlah yang besar? Adakah Anda bersedia dengan kos itu.?

Hubungi saya untuk pendaftaran takaful anda, Jangan tunggu hingga esok.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Selamat datang 2015

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kerana hari ini saya masih diberikan nikmat kehidupan, nikmat kesihatan tubuh badan. Terima kasih Allah atas nikmat dan anugerah-MU ini. 2014 telah menutup tirainya kini bermula lembaran baru, bermakna bermulah perjuangan baru dengan azam dan iktikat yang lebih baik pada tahun ini. in sya Allah.

2015_2

Pelbagai kejayaan 2014 telah diraih saya berdoa agak segala pencapaian dan kekuatan ini dapat di tingkatkan lagi ketahap yang lebih baik. Saya bersyukur kerana di anugerahkan dengan rakan rakan niaga yang begitu komited dan bersatu hati untuk kami membesarkan empayar An Nur The Great Agency ini. Terima kasih kepada semua.

Segala stratergy telah di rancang dengan rapi untuk tahun ini, Saya berharap segala urusan dipermudahkan olehnya. Insya Allah pada tahun ini An Nur The Great Agency akan melahirkan lebih ramai lagi pemimpin yang bergelar Agency Manager.

Di kesempatan ini juga saya ingin mempelawa kepada anda yang berada di luar sana yang ingin turut berjaya bersama-sama kami sebagai perunding takaful Great Eastern anda bolehlah menghubungi insan insan dibawah ini.

  • Tuan Sahir Sarifdin (Shah Alam/Klang) 012-22770302/010-2200134
  • Puan Siti Norkamalia Khalil (Kuala Lumpur/Terengganu) 014-5168642/019-2332305
  • Puan Masrinie Salim (Johor) 012-7499436
  • Encik Rahmat Kaderi (Johor/Kuala Lumpur) 011-15007080/019-2902102
  • Cik Nur Hayati Shahar (Kuala Lumpur) 017-3130317/012-6224457
  • Cikgu Saiful Fadzli Mohamad (Melaka) 019-6611565

Usah Berfikir Terlalu Lama..

Assalamualaikum..

Berkenaan dengan tajuk hari ini saya ianya sangat penting untuk di kongsikan.. Memang bagus jika ingin membuat perbandingan sebelum memilih mana-mana plan takaful yang ingin kita miliki. Tetapi janganla sampai kita terpaksa mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan. Ramai orang kita kata sahaja nak survey tapi sampai kesudah nya tak ambil pun, bila kena musibah baru gelabah telefon agen tanya plan yang diberikan tu boleh ambil ker tak… dah biasa sangat dengan situas ini.

Ada beberapa perkara yang mungkin anda perlu tahu.

1. Co Takaful.

Memang ada sesetengah operator mengenakan co takaful (takaful bersama) ada yang minimum 10% daripada keseluruhan bil, ada yang minimum 10% dan buat maksimum kaping, ada pula yang tetapkan berapa minimum bayaran dan sebagainya serta ada juga yang tiada co takaful, malah ada juga syarikat yang untuk berapa jumlah  amaun sahaja yang tiada co takaful tetapi selepas itu dikenakan co takaful, jadi anda kena betul-betul faham perkara ini.

2. had tahunan/keseluruhan

Sesetengah agen lebih gemar menceritakan had keseluruhan berbanding had tahunan, ini kerana jumlahnya lebih besar. Oleh itu lebih mudah untuk nak tarik perhatian prospek. Dengan jumlah yang kebiasaannya 10 kali ganda dari jumlah tahunan atau 20 kali ganda ini atau infiniti membuatkan propek lebih teruja berbanding dari nak cerita jumlah tahunan. Bagi saya yang penting adalah had tahunan itu.

3. Bilik rawatan sehari

Berkenaan dengan bilik ini agak penting, Ada sesetengah takaful operator yang menawarkan harga bilik yang tinggi, motif lebih mudah untuk mendapatkan katil. sebenarnya harga bilik ini akan termasuk dengan jumlah had tahunan. anda boleh kita katakan bilik yang di tawarkan RM300 sehari,  syarat kelayakan masuk setahun katakan maksimum 200 hari setahun, jadi anda boleh kira (RM300 x 200hari = RM60,000). so anda tolak had tahunan yang di tawarkan. adakah baki itu cukup untuk rawatan anda? anda boleh kira sendiri.

syarat kelayakan masuk setahun katakan maksimum 200 hari setahun, jadi anda boleh kira (RM300 x 200 hari = RM60,000). so anda tolak had tahunan yang di tawarkan.

4. Had rawatan kanser

Ada sesetengah kad perubatan yang memberikan had tahunan yang tinggi, tetapi ada syarat pula jika untuk melakukan rawatan kanser, katakan had tahunan kad perubatan anda anda RM 100,000 , tetapi setahun had yang yang dibenarkan untuk rawatan kanser dia ada letak syarat berapa maksimum. Pun saya rasa tak guna juga jika had tahunan tinggi jika ada pengecualian ini.

Nak lagi ker? ni baru sedikit maklumat yang saya berikan. Kita sebagai agen bukan bertindak sebagai jurujual tetapi kita sebagai pemberi maklumat dan nasihat.

Dah dapat maklumat ni semua cepat-cepatla buat keputusan, ada perkara kita boleh ambil masa untuk buat keputusan tetapi bukan dengan takaful.

Untuk dapatkan perkhidmatan saya anda bolehlah menghubungi saya/whatapps

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Trip Supremacy Elite 2013 – Shanghai

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak menulis.. Gatal pulak tangan ni.. Alhamdulillah saya dah rakan-rakan telah selamat sampai ke Malaysia.. mana tak nya Sebelum bertolak ke Shanghai Malaysia dikejutkan dengan kehilangan MH370 ke China pulak tu.. Mau tak takut..

man sanghaiSebelum ini tidah pernah terfikir nk join trip percuma Great Eastern ini. Sebelum ini pernah juga layak Trip ke Puket, Pataya dan Jakarta. tapi kali ini saya terpanggil untuk turut serta..

Ternyata memang best apabila berjalan dengan producer-producer ni ( orang-orang hebat Great Eastern). Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat di kongsikan..

man sanghai 2Seronok-kelakar semuanya ada.. Ni balik sampai demam.. huhuhu mungkin sebab perubahan cuaca kot.

Sekali sekala pergi tempat orang ada juga benda baru yang kita dapat pelajari, antaranya budaya dan cara hidup orang di sana..

Tahun ni berazan untuk turut serta lagi trip yang akan datang. In Shaa Allah akan ke Tokyo pulak..

shanghai manGambar di atas ni di ambil selepas solat jumaat di Xioa Tao Yuan Masjid, masa ini tengah makan satey kambing..  lain rasanya jika nak bandingkan dengan di Malaysia..

Paling best ni trip muslim. So tak perlu risau pasal makanan di sana kerana kami di sajikan dengan makanan yang halal.

malay tripTerima kasih Allah kerana menemukan saya dengan kerjaya ini..

Perasaan Gembira ini hanya Allah sahaja yang tahu..

Nak berkongsi atau nak rasai pengalaman yang hebat ini anda boleh hubungi saya.. Jom berjihat bersama Great Eastern Takaful Berhad

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images
 
award

Takaful Business Opportunity Seminar 25 Feb 2014

Assalamualaikum semua..

In Shaa Allah ini merupakan jemputan ke 3 saya pada tahun ini. Kali ini saya akan berada di Alor Star untuk memberikan tips dan kaedah untuk berjaya di Great Eastern Takaful.

talk alor starPastikan kita berjumpa di sana.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya ini anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images
award

kenapa perlu menjadi agent sepenuh masa..

Assalamualaikum semua..

Beberapa hari ini saya sering  terlihat tentang artikal ini di FB. Yang mana peluang pendapatan di dalam bidang insuran ini memberikan pendapatan yang tinggi..

gaji tinggiSaya masih teringan dan terngiang-ngiang lagi di telinga saya. Banyak kata-kata yang saya terima kenapa tak makan gaji sahaja, senang ada pendapatan yang tetap  dan terjamin. Tak kisahla kerja apa pun. Kenapa perlu jadi agent insuran/takaful. Kalau nak buat pun buatla sambilan sahaja kan boleh…

Sehinggakan mak saya pun  mempunyai persepsi yang sama. Marah sangat dengan saya sebab memilih takaful sebagai kerjaya. Pernah jugala dia membebel, Yang paling kelakar siap marah sebab saya suruh adik saya ambil takaful. (kantoi sebab surat sampai rumah) hahahaha

Sebab  cakap dengan saya tak makan, mak guna alternatif lain untuk bercakap dengan saya. Apa lagi wife sayala saluran terbaiknya..

Mak: Kenapa man taknak kerja, kat Johor kan banyak kilang. Dia memilih kerja eh.

Wife: Tersenyum sahaja,

tapi baru-baru ini (semasa raya puasa)

Mak: Anak hantar macam mana kat taska (sebab anak bongsu tak leh jauh dari ibunya, sebab susu badan).

Wife: Rinie dah lama tak kerja, dari bulan 3 lagi tak kerja. Man jer kerja seorang.

Mak: (Muka suka).. man dah kerja ker?

Wife: Kerja takaful dia la….

Saya akui selama ini saya tak pernah cerita pun dengan mak saya apa pencapaian yang saya perolehi di takaful ini sehinggakan saya naik pangkat pun saya tak pernah cerita. Biarlah saya sahaja yang tahu sendiri.

Kini Alhamdulillah dengan kerja ini wife saya dapat menumpukan 100% perhatian kepada 3 orang anak kami. Memang itu yang saya cita-citakan..

Nasihat saya: Ada orang yang sanggup mendapat pendapatan yang tetap dan kecil, TETAPI saya memilih kerjaya ini, walaupun tidak menjaminkan pendapatan yang tetap TETAPI ianya besar.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan keratan akhbar ini kerana saya sendiri sudah merasakannya.. Anda bagaimana?

Untuk keterangan lanjut tentang kerjaya ini

Hubungi

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Tiada yang mustahil, Yes or No sahaja..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana meminjamkan nikmat kesihatan kepada saya dan rakan seperjuangan saya..

Siang tadi saya menerima panggilan daripada salah seorang rakan seperjuangan berkata.

” bang tadi Great Eastern ada call, dia minta gambar saya, katanya gambar saya akan masuk newspaper. Saya  antara top agen baru yang layak. Contest Olympic. contest apa tu abang? abang takder cerita pun”  saya tergelak besor, itulah hasilnya jika buat apa yang di suruh.. pernghargaan datang kemudian…

Tahniah Ustaq Musyrif  nama berada di dalam Top 3 Takaful Rookie (agen baru) bagi kategori GE Olympic Great Achievers Advertisment

Malah bukan itu sahaja turut menempatkan nama di Velocity Magazine Recogntion. Top 10 Takaful agen..

Tahniah juga buat Masrinie Salim, Turut menempatkan nama juga di Top 10 takaful Rookie agen.. Tak sia-sia saya menurunkan ilmu…

Tiada perkara yang mustahil jika kita berkehendakan…

Jika anda ingin bersama sama saya membina kerjaya yang indah di Great Eastern Takaful anda bolehlah menhubungi saya..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Agent Fulltime vs Agent Partime Takaful..

cerita di petik daripada luahan bakal pelanggan yang di temui di jalan reko kajang.

Assalamualaikum semua… Salam ramadhan dari saya.

Tajuk yang ingin saya kongsikan hari ini, Agent Fulltime vs Agent Partime Takaful.. yang mana satukah pilihan anda?

Boleh dikatakan semua orang mahukan agent fulltime, ini kerana faktor servis yang dapat mereka berikan dengan waktu yang flexsible. Atas dasar tersebutlah ada dikalangan agent yang kurang beretika terpaksa menyamar sebagai agent Fulltime untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan agar pelanggan tersebut mengambil takaful dengannya.

Ada juga sesetengah orang berpendapat mengambil takaful dengan agent parttime  di ibaratkan seperti tikus makmal yang dijadikan bahan ujikaji dan mereka juga ibarat meletakkan telor di hujung tanduk, sebelum mereka melangkah lebih jauh samaada menjadikan takaful ini sebagai kerjaya ataupun tidak. Kesan dan akibatnya terpaksalah di tanggung oleh pelanggan kerana sebahagian besar agen parttime ini hanya melakukan takaful ini hanya suku jalan.

Oleh sebab itu, banyak orang yang saya jumpa kata Agentnya MIA lah (missing in action), call tak dapat lah, call tak angkatlah, nombor tiada dalam perkhidmatanlah dan sebagainya. Mungkin anda, atau rakan-rakan anda pernah mengalami situasi sebegini.. sedih bukan..

Sungguhpun begitu bukan semua agent parttime tak bagus. Ada juga agent parttime yang memberikan perkhidmatan yang outstanding. Bertanggungjawab dengan apa yang dijanjikan. Janji ditepati hehehe…

Dan mungkin sebab itu jugalah ramai orang yang saja jumpa antara soalan yang terlalu farmiliar ditanya, Adakah anda fulltime?.

Rosazaman Sarifdin

Fulltime Agent Great Eastern Takaful

019-2699436

Beza Simpan di Takaful berbanding Simpan di Bank

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk di jadikan rujukan untuk semua. Saya tahu, anda pastinya tahu apakah perbezaan jika kita simpan di takaful berbanding di bank. Sudah tentulah dari segi protection kan? itu merupakan salah satu faktor. Apakah selain daripada itu?

Simpan di bank kita menyimpan  dan baru boleh mencipta matlamat manakala menyimpan di takaful, matlamat dicipta dahulu baru kita menyimpan.

Contoh 1.. Kita ingin membuat tabungan RM50,000 untuk pendidikan anak dalam masa 20 tahun. Jika kita simpan di bank, 200 x 12(setahun) x 20 tahun baru kita dapat kumpul dalam RM50,000. dengan andaian kita kekal sihat. Tetapi di takaful kita terus cipta RM50,000(Tabarru) kemudian baru kita mula menyimpan. Kalau kita kekal sihat pun kita dapat, tak sihat pun tetap dapat.

Dan perkara penting yang ingin saya kongsikan di sini adalah menyimpan di takaful ada cover kepada contributior (penyimpan) atau pemilik, konsep yang hampir sama dengan loan rumah.

Contoh 2.. Jika kita menyimpan di bank, katakan sesuatu musibah berlaku dan menyebabkan kita tidak dapat meneruskan simpanan. Maka matlamat kita akan terhenti setakat itu sahaja. Berbeza dengan takaful simpanan tetap diteruskan selama mana yang kita cover.

Ini adalah salah satu Rider (manfaat) yang terdapat di Great Eastern Takaful. Manfaat ini melindungi Lumpuh dan penyakit kritikal, untuk pembayar turut cover kematian.

Apakah kepentingan  Rider (manfaat) ini?. Baca betul2 yer..

Baru – baru ni saya banyak terjumpa dengan certificated (polisi) yang hanya cover manfaat ini hanya untuk tempoh yang singkat. 15-20 tahun sahaja.

Bayangkan jika anda berusia 35 tahun anda  ambil plan simpanan, medical card n lain-lain manfaat, agent anda hanya cover untuk 20 tahun sahaja untuk manfaat caruman percuma ni. Bermakna pada usia anda 55 tahun manfaat ini anda sudah tidak dapat. Sedangkan selepas usia tersebut anda lebih terdedah kepada penyakit. katakanlah pada usia 56 penyakit kritikal bercinta dengan anda, dan anda pulak dah pencen masa tu. Untuk mendapatkan manfaat yang anda ambik sebelum ni nak tak nak anda tetap kena teruskan pembayaran lah  macam biasa. Memang kesan tu kita tak nampak sekarang.  15 ke 20 tahun bukan satu jangkamasa yang lama. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang anda ambil. Kalau nak menyesal or marah pada waktu tu dah tak guna, Jadi Fahamkan sebaik-baiknya. Jangan percaya bulat bulat, cuba dapatkan maklumat dari sumbar lain juga..

Selamat membaca…

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Kerjaya di Great Eastern Takaful

Assalamualaikum..

Hari ini saya ungin mempelawa anda semua yang berminat untuk bersama-sama saya di Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

Mari bersama- sama membina kekayayaan bukan sahaja di dunia malah lebih penting kekayaan di akhirat.. InsyaAllah..

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi saya

Kenapa anda perlu sertai saya?

Ini sebabnya KLIK

Saya akan bongkarkan rahsia disebalik keindahan industri takaful ini.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436