cerita di petik daripada luahan bakal pelanggan yang di temui di jalan reko kajang.
Assalamualaikum semua… Salam ramadhan dari saya.
Tajuk yang ingin saya kongsikan hari ini, Agent Fulltime vs Agent Partime Takaful.. yang mana satukah pilihan anda?
Boleh dikatakan semua orang mahukan agent fulltime, ini kerana faktor servis yang dapat mereka berikan dengan waktu yang flexsible. Atas dasar tersebutlah ada dikalangan agent yang kurang beretika terpaksa menyamar sebagai agent Fulltime untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan agar pelanggan tersebut mengambil takaful dengannya.
Ada juga sesetengah orang berpendapat mengambil takaful dengan agent parttime di ibaratkan seperti tikus makmal yang dijadikan bahan ujikaji dan mereka juga ibarat meletakkan telor di hujung tanduk, sebelum mereka melangkah lebih jauh samaada menjadikan takaful ini sebagai kerjaya ataupun tidak. Kesan dan akibatnya terpaksalah di tanggung oleh pelanggan kerana sebahagian besar agen parttime ini hanya melakukan takaful ini hanya suku jalan.
Oleh sebab itu, banyak orang yang saya jumpa kata Agentnya MIA lah (missing in action), call tak dapat lah, call tak angkatlah, nombor tiada dalam perkhidmatanlah dan sebagainya. Mungkin anda, atau rakan-rakan anda pernah mengalami situasi sebegini.. sedih bukan..
Sungguhpun begitu bukan semua agent parttime tak bagus. Ada juga agent parttime yang memberikan perkhidmatan yang outstanding. Bertanggungjawab dengan apa yang dijanjikan. Janji ditepati hehehe…
Dan mungkin sebab itu jugalah ramai orang yang saja jumpa antara soalan yang terlalu farmiliar ditanya, Adakah anda fulltime?.
Rosazaman Sarifdin
Fulltime Agent Great Eastern Takaful
019-2699436