Speaker jemputan 25/4/2014 @ Kuantan

Assalamualaikum semua…

Sibuk sungguh sejak akhir-akhir ini. bulan ini sahaja 2 tempat  saya menjadi speaker jemputan Great Eastern Takaful di Melaka dan di Ipoh. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Kini branch Kuantan pula menghubungi saya meminta untuk menjadi speaker di sana untuk bulan april ini.

1966693_10202603733152432_591688620_nIndah sungguh kerjaya apabila dapat membantu bangsa sendiri membina kerjaya dan berjaya di Takaful ini.

Walaupun adakalanya terasa letih dan penat tetapi disebabkan minat dan seronok  saya bahagia dengan kerjaya ini..

Pastikan kita berjumpa di Kuantan nanti.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Sedih Aku Pedih..

Assalamualaikum
Hari ini timbul rasa sedih dan pedih apabila coretan saya yang tak seberapa ini di ciplak oleh orang yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi sendiri.

Lebih pedih lagi apabila pengalaman sendiri telah ditukar menjadi pengalamannya.

Sedih aku pedih

Bukanlah tak bagi nak berkongsi pengalaman saya. Tetapi berbudi bahasala sedikit. Sekurang kurangnya bagilah kredit kepada saya.

Case nya lebih kurang berlaku zaman saya study dulu, puas kami mencari buku, Akhirnya saya ingin membuat salinan photostat kerana tidak berjumpa di pasaran. Tapi pensyarah saya melarang, kerana katanya, ianya tetap mencuri. Mencuri hakcipta, ilmu tidak ada keberkatan..

Apakah perasaan anda jika anda berada di tempat saya?

Carilah keberkatan dalam menimba ilmu dan rezeki .

Sekian

Buangkan Sikap Suka Bertangguh Anda..

Assalamualaikum semua..

Seperti biasa anda boleh share pengalaman ini, mudah mudahan ianya menjadi pengajaran untuk semua.. tapi ada baiknya beritahu saya dahulu.. Lebih-lebih lagi jika anda copy n paste letak di blog anda..

Harini saya baru dapat perkhabaran sedih daripada bakal Client saya. Kenapa saya kata bakal client adalah di sebabkan saya telah berjumpa dengan beliau pada 5 januari 2014 lepas. Saya telah memberikan penerangan tentang Plan daripada Great Eastern Takaful kepada beliau. Alhamdulillah beliau bersetuju dengan plan tersebut dan telah melengkapkan borang permohonan. Cuma dokumen yang masih belum lengkap adalah salinan kad pengenalan. (ini kerana syarat 2014 semua permohonan takaful mesti disertakan dengan salinan kad pengenalan)

Oleh disebabkan tiada kedai fotostat yang berdekatan beliau ingin membuat penghantaran melalui email saya. Jadi saya pun oklah. Tunggu punya tunggu dan follow up (standart saya 3 kali jer) masih tiada email diterima.  Jadi saya beranggapan beliau tidak berminat untuk meneruskan plan tersebut.

Tup tup  hari ni  dia kata dah email. Saya pun oklah. Bakal Client ni rasa menyesal sebab tak setelkan awal. Mana taknya beliau terlibat dengan kemalangan langar lari dan mengakibatkan kakinya patah. Bila dah tahu macam itu saya tangguhkan dahulu gambar contoh sumber googlepermohonan beliau sehingga beliau pulih.

Bagi saya pekara sebegini sudah biasa untuk bangsa saya. kadang-kadang tu rasa sedih juga. Bila kita kata nanti kata kita ni nak duit mereka.. Itulah nasib agent takaful..

Nota RazmanGet: Buangkanlah sikap suka bertangguh kerana musibah datang tak kira waktu.. Menyesal kemudiah hari tiada berguna.. keluar air mata darah dah tak guna..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Great Eastern Takaful Best Takaful Operater Asia 2013

Assalamualaikum..

Hari ini usia Great Eastern Takaful telah melepasi 3 tahun. saya berbangga menjadi salah seorang agentnya.. Dengan usia yang semuda itu Great Eastern Takaful memperolehi perbagai anugerah demi anugerah yang bertaraf antarabangsa..

best

Pada 2013 Great Eastern Takaful telah mendapat pengiktirafan sebagai Best Takaful Operator Asia. Great Eastern Takaful telah menewaskan pemegang anugerah ini pada tahun lepas iaitu Prudential BSN Takaful.

prubsn-excekkebace-through-inovation-1024x313Kini membuktikan jenama Great Eastern Takaful sememangnya dipercayai ramai. Saya Yakin dengan plan plan terbaik yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful prestasi ini boleh di kekalkan..

Sungguhpun begitu saya percaya dan yakin masih ramai lagi orang di luar sana yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Malah masih tidak mengetahui yang kini Great Eastern memiliki takaful.

Bukan itu sahaja, peluang dan ruang yang ada ini juga boleh digunakan sebaik mungkin untuk mereka yang berminat untuk membina kerjaya bersama Great Eastern Takaful Berhad..

Untuk keterangan  lanjut berkenaan plan ataupun kerjaya di Great Eastern Takaful ini anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotationimages

Plan Simpanan Haji Great Eastern Takaful

Assalamualaikum..

Sebelum anda baca artikal ini saya ingin bertanyakn kepada anda, Adakah anda telah mendaftar haji? Jika sudah Alhamdulillah. Jika tidak baik anda bertindak sekarang mendaftarkan diri.

Kenapa anda harus segera mendaftar haji adalah disebabkan ini.

hajiSuka atau tidak inilah hakikat yang anda terpaksa tempuhi. Tunggu 50 tahun lagi untuk sampai giliran anda.. Satu soalan lagi, berapa umur anda sekarang? 20an, 30an, 40an atau 50an.. jika dicamput dengan tempuh menunggu ini adakah umur kita masih panjang?

Sebenarnya tanpa kita sedari kita boleh memendekkan waktu ini.. Tetapi kos haji tersebut bukanlah seperti haji muasasah iaitu dalam RM10,000haji muasasahKos untuk pergi haji segera ini memakan belanja sekitar RM20,000 sehingga RM120,000. Dengan kata nama lain nak kena ada duitla. Nak tunggu duit banyak macam tu tak tahu bila kan so apa kata anda ambillah satu plan haji di great eastern takaful yang diberi nama i gerat amal.

Plan simpanan ini serendah RM50 sahaja sebulan. Banyak manfaat yang anda boleh perolehi dari plan ini. Antaranya Badal haji jika lumpuh atau kematian, khairat kematian, saguhati umrah/haji, manfaat qurban, pampasan kematian/lumpuh dan juga pampasan berganda jika  kematian/lumpuh di tanah suci.

Untuk keterangan lanjut tentang plan ini anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Subsidi di tarik balik ..

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi, Lumrah kehidupan semua nak yang free, yang murah, Kerajaan ada dan  sebagainya..

kos rawatan buah pinggangPada yang mengharapkan subsidi apakah tindakan anda sekarang.. janganlah terlalu berharap dengan orang lain untuk kehidupan anda sebaliknya berusahalah sendiri..

Paling penting jangan sesekali melenting nak salahkan orang lain jika anda sendiri taknak beringat sebelum terkena..

Cegah sebelum parah. Jangan sampai berdarah dan bernanah…

Untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang medical card Great Eastern takaful Anda bolehlah mengubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation

Rider kemalangan Great Eastern Takaful (i-CABX)

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin kongsikan tentang Rider yang ada di plan Great Eastern Takaful. Iaitu i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Rider (i-CABX). Manfaat ini berbeza daripada syarikat-syarikat takaful. Saya selalunya menyarankan pelangan saya untuk mendapatkan manfaat ini. Ini kerana terdapat 10 manfaat di dalam plan ini. Pada hari ini saya akan rungkaikan satu persatu.

Sebelum itu kenapa saya tergerak untuk kongsikan dengan anda tentang plan ini kerana sejak akhir-akhir ini kita sering di kejutkan dengan kemalangan melibatkan kenderaan awan terutamanya Bas.

Berikut adalah carian yang saya buat di google

kemalanganApa yang saya boleh simpulkan risiko kehidupan ada di mana-mana sahaja.

Berbalik kepada i-CABX tadi. Kenapa plan ini istemewa kerana plan ini adalah plan yang lengkap. Sesetengah pengendali takaful jika hendak menpapatkan plan yang lengkap ini manfaatnya diberikan secara asing-asing. oleh sebab itu harganya akan menjadi lebih mahal. Plan yang istimewa i-CABX ini adalah 10 dalam 1 plan.

Contoh pelindungan yang di ambil RM100,000

1. Pampasan Kematian akibat kemalangan, 90 hari dari tarikh kemalangan – RM100,000

2. Pampasan berganda Jika kematian melibatkan kenderaan awam, 90 hari dari tarikh kemalangan (selain daripada kereta kabel, teksi, kereta sewa atau sebarang jenis pengangkutan yang disewa bagi perjalanan peribadi) – RM200,000

3. Pampasan Hilang Upaya Penuh kekal (HUPK) akibat kemalangan sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut dari tarikh hilang upaya – RM100,000

4. Hilang upaya kekal dalam tempoh 90 hari dari kecederaan kemalangan – mengikut peratusan daripada Jumlah Perlindungan

5. Kenaikan had pampasan sebanyak 5% setiap tahun secara percuma sehingga 10 tahun – RM5,000 sehingga RM50,000

6. Pampasan lumpuh sementara (MC minimum 7 hari) – RM750 seminggu

7. Pampasan lumpuh separa (kerja ringan minimum 7 hari) – RM RM175

8. Pampasan elaun ehsan kematian akibat kemalangan (5% daripada had pelindungan) – RM5,000

9. Rawatan pesakit luar akibat kemalangan – RM2,500 bagi setiap kemalangan

10. Elaum Hospital kerajaan akibat kemalangan (Minimum 7 hari) – RM300

Untuk keterangan lanjut tentang manfaat plan ini anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Gambar masuk majalah GE lagi..

Assalamualaikum dan selamat hari raya semua..

Bagaimana dengan raya anda? hehehe.

Alhamdulillah Gambar saya masuk lagi di majalah Ge

Walaupun sekadar 1st runner up sahaja. Bersyukur tetap ada gambar.. Untuk quater ke3 ini saya berazam untuk mendapatkan champion..

mannn

Ada orang bertanya kepada saya bagaimana saya boleh mencapai pencapaian sebegini, jawapan saya mudah sahaja. Ini kerana saya nampak DENGAN jelas perjalan di dalan industri ini. Oleh itu saya tidak boleh tersasar daripada apa yang telah saya aturkan.

Jika anda betul-betul paham apa yang anda lakukan segalanya akan mudah untuk anda lakukannya In Sha Allah..

Untuk sertai saya, sila hubungi

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Pentingnya meletakkan Penama/penerima hibah pada Takaful Anda

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda satu maklumat yang sangat penting berkenaan dengan takaful anda. Adakah anda sudah meletakkan penama/penerima hibah kepada sijil takaful anda? Ini kerana kegagalan anda berbuat perkara tersebut akan melambatkan proses pengeluaran pampasan tersebut kerana ianya terpaksa memalui faraid.

Untuk makluman, pampasan yang di terima oleh penama/penerima hibah hanyalah jumlah Tabarru sahaja, manakala nilai tunai yang ada tetap melalui faraid..

Jadi apa tunggu lagi, jika anda masih belum melakukannya buat sekarang hubungi agent takaful anda segera..

Di bawah ini saya sertakan  print skrin borang. Bukan apa ada yang kata ngan saya sebelum ini Great Eastern Takaful tak guna sistem hibah. Jadi tak selamat untu penyimpan…

hibahSo saya sertakan buktinya… Macam mana .. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Lumrah, Dah sakit baru nak ambil takaful..

Assalamualaikum..

rejected-insurance-claim-form

Hari ini saya ingin kongsikan satu pengalaman saya yang mana saya rasa bagus di jadikan pengajaran untuk kita semua.. Pada pendapat saya inilah lumrah yang berlaku kepada bangsa kita.

Kisahnya begini.

Pada minggu lepas saya di hubungi oleh seorang anak muda di selangor meminta saya berjumpa dengannya untuk mengetahui lebih lanjut tentang plan medical daripada Great Eastern Takaful. Seperti biasa, saya aturkan temujanji dan berjumpa dengannya.

heart bypass surgery

Antara soalan-soalan yang di tanya oleh pemuda itu.

Bolehkah mohon medical card jika sudah berusia 62 tahun, Tempoh boleh menggunakan menggunakan medical  card, dan lain-lain

Jawapan saya, Boleh ini kerana had umur untuk permohonan medical card di Great Eastern Takaful sehingga usia 70 tahun dan dengan syarat mesti sihat, Tempoh penggunaan seperti biasa… bla bla bla…

Dipendekkan cerita.

Sebenarnya dia nak ambil untuk ayahnya. Kini ayahnya ada masalah jantung dan kena buat pintasan. Kos rawatan menelan belanja hampir RM50,000. Sebab tu dia beria-ria nak dapatkan medical card.

Malangnya saya tak dapat nak bantu apa-apa. Di sebabkan itu dia beria-ria minta tolong. Yang tak boleh tahan tu siap kata nak bagi RM5,000 kalau boleh guna medical card. Saya kata jangankan RM5,000, RM20,000 dia nak bagi pun memang saya tetap tak boleh nak tolong. Takaful harus dimiliki semasa sihat dan bukan semasa sakit.

Kesimpulannya

1- Takaful harus dimiliki semasa anda sihat

2- Nilai wang anda sudah tidak bermakna untuk takaful jika masa nak mohon anda sudah sakit (kecuali agent yang tak beretika ambil juga demi keuntungan peribadi)

3- Agent takaful ni bukan seperti plumber yang mana dah bocor bau nak cari.

4-Takaful ni adalah wang anda di saat kecemasan..

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Medical card Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

sebab sang suami tidak mahukan takaful…

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang mungkin menjadi faktor sebab si suami tidak mahu mengambil takaful.. mungkin..

keratan akhbarAgaknya dia takut duit pampasan yang dia dapat si isteri gunakan untuk berfoya-foya..

KER

Ni sebab si suami yang tiada takaful yer.. boleh jadi juga… sebab isteri cuba mencari sumber di luar sebab suami dah tak mampu nak tanggung.. dah la lumpuh duit takder pulak tu… kesian..

Apapun alasanya tepuk dada tanya diri sendiri..

Untuk mengetahui tentang plan dari Great Eastern Takaful?

sila hubungi saya

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Pentingnya anda membina benteng kewangan.. Takaful..

Assalamualaikum…

Kisah yang saya tuliskan ini mungkin kita boleh jadikan ia sebagai idea atau panduan untuk anda..

Hari ni saya berjumpa dengan sahabat lama di Presint 6, Putrajaya. Perwatakannya jauh berbeza sekarang berbanding saya kenalinya dahulu, maklumlah kini sudah bergelar seorang usahawan dan sudah memiliki 2 buah cybercafe.

Bermulah bicara tentang perjalanan bisnessnya. Agak menarik apa yang saya ketahuinya modal permulaannya untuk mula berniaga cuma RM2,000 sahaja. Kini perniagaannya yang telah diusahakan dalam masa hampir 3 tahun sudah bernilai hampir RM100,000.. Usaha gigihnya membuahkan hasil.

Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaannya sahabat saya kini bercadang ingin menambah lagi sebuah kedai..

Seperti biasa saya masukla serba sedikit bab-bab takaful takaful…. antara perkara tang saya kongsikan adalah seperti gambar rajah di bawah..

razmangetHari ni kita sibuk membuat simpanan, pelaburan dan juga membina aset sedangkan perkara yang penting dan asas kita terlepas pandang.. Apa jadi jika risiko kehidupan yang tidak diminta dan di undang datang melawati kita? Pastinya simpanan yang kita simpan selama ini kita akan gunakan. Malangnya jika simpanan yang ada tidak dapat menampung kita terpaksa menggunakan segala pelaburan yang kita ada. Dan lebih malang lagi jika masih tidak cukup juga kita terpaksa melepaskan segala aset yang kita miliki. Semua ini berlaku disebabkan kita lupa untuk membuat perkara yang sepatunya di dahulukan..

razmanget2Dengan ada takaful yang mana sebulan dalam RM100 ke 300 dapatlah membantu kita menyelamatkan segala usaha dan penat lelah kita mengumpul simpanan, pelaburan malahan aset kita daripada lesap begitu sahaja.

Pastinya kita membuat simpanan, pelaburan dan aset tersebut bukan untuk menampung kos rawatan kita malah untuk digunakan atau di manfaatkan di masa tua nanti..

Sekian…

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Hati-hati dengan medical card yang dah lapes (luput)

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya ingin kongsikan satu kisah yang boleh kita jadikan teladan, Rasanya sekarang ini masih ramai tidak sedar risiko yang bakal mereka terima jika melakukan perkara ini.

Apakah risiko yang saya maksudkan itu?

Mungkin ada di antara kita yag sebelum ini pernah mengambil medical card, tak kisahlah mana-mana syarikat takaful sekalipun.  TETAPI sayangnya medical tersebut sudah tidak boleh digunakan., (sebab dah lapes atauun dah luput sebab kita tidak meneruskan sumbangan takaful). DAN medical card tersebut anda masih simpan di dalam beg duit anda. Mungkin senang kot kalau agent takaful lain datang jer terus tunjuk kad tersebut. Kononnya dah adala… hahhahaha.

Ini berlaku kepada seorang wanita, yang pengsan ketika berjoging di tasik jalan ampang hilir. Orang yang berada di tempat kejadian cuba untuk menghulurkan bantuan. Setelah melihat pada beg duit ada medical card so orang hantar ke hospital yang terdekat. Gleneagles Intan Medical Center.

mdcl card

Pendek cerita, rupa-rupanya medical card yang ada dalam beg duit tu dah lapes 2 tahun lepas. Ambik ko kena bayar bil hampir RM3,000 Warded hanya 2 hari sahaja. Itulah padahnya jika masih simpan medical card yang dah lapes/luput.

Nasihat saya pada yang masih ada simpan medical card yang dah lapes/luput dalam beg duit. Keluarkan jerla.. Toksah nak poyo-poyo.. Buat malukan diri jer nanti..

Renung-renungkan

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436
 

buatkan saya quotation

Peti Besi Suami.. Kau Ada??

 peti besi

Assalamualaikum semua..Penulisan saya kali ini khas saya tujukan kepada kaum ibu/isteri di luar sana. Hari ini di rumah anda ada tak peti besi suami anda. Yang mana diut dimasukkan oleh suami tetapi kunci anda yang memegangnya?

Hahahah Kenapa jadi macam tu?..

Kalau si suami sayang anda adakah dia telah melakukan ini?

SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan : “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Jika tidak. Apakah salahnya jika suami anda ambil satu plan takaful. Cover sekurang- kurangnya setahun punya pendapatan untuk bekalan untuk isteri dan anak.. Kan bijak tu namanya..

Di Great Eastern Takaful ada plan serendah RM25 sebulan.. Takkan tu pun tak mampu (sedangkan rokok RM10 sehari mampu).

Untuk keterangan lanjut tentang plan bolehlah menghubungi saya.

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

 

Sumbangan Takaful lebih besar dari bayar kereta?

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman saya bersama dengan client saya. Saya rasa ianya sangat menarik untuk di kongsikan. Oleh itu saya muatkan dalam blog saya ini untuk perkongsian bersama.

Kisah bermula pada minggu lepas apabila saya melawat client saya yang merupakan seorang cikgu yang demam.

Sebelum itu, cikgu ini telah mengambil plan medical untuk satu keluarga (3 beranak) tetapi hanya mengambil yang basic sahaja (ILP, investment link plan) dengan harga yang paling minimum. RM360 sebulan untuk satu keluarga. Dan dalam masa kurang dari 2 tahun cikgu ini dan anaknya telah menggunakan manfaat ini dengan kos sebanyak hampir RM8,000 (cikgu RM4,000 dan anak RM3,800 (2 kali claim demam))

Disebabkan  beliau dah  menggunakkan manfaat ini baru beliau rasa pentingnya melakukan penambah baikkan. Ini kerana elaun hospital beliau tidak mahu dimasukkan pada masa tersebut dan beliau ingin upgrade kepada bilik yang lebih selesa.

Berikut adalah petikan daripada perbualan saya dengan cikgu tersebut.

Cikgu: Man, kalau nak upgrade plan apa yang ko cadangkan?

Saya: Saya cadangkan upgrade bilik dan masukkan elaun hospital.

Cikgu: Berapa budjet yer.

Saya: Kalau nak cantik dalam RM150 sebulan

Cikgu: Mak ai macam saya punya.

Saya: Tu kalau nak cantikla, sebab banyak manfaat. Kalau cikgu buat masa 2 tahun lepas RM130 dah cukup baik dah.

Cikgu: Man, nak tanya sikit, untuk anak anak man ambik yang mana? (kebetulan saya datang melawat bersama dengan wife dan anak-saya)

Saya: Anak yang kecik ni RM 150 yang dua lagi ni RM130 je.

Cikgu: Man punya berapa? satu keluarga berapa?

Saya: Saya punya RM400, satu keluarga dalam RM 1,200.

Cikgu: Mak ai, Man punya jer dah macam saya punya satu keluarga. Satu keluarga punya dah macam saya bayar civic saya.

Saya: …..Senyum jer….  Mungkin boleh saya beli civic seperti cikgu, Cuma jika apa apa berlaku pada saya dan keluarga tiada apa yang saya boleh buat…

civic

Bagi saya apa yang cikgu buat tu dah cukup okey. Sebab medical yang penting. Tetapi jika ada lebihan blehlah tambah manfaat lain. Contonya, Badal haji, penyakit, jaminan pendapatan, kemalangan dan sebagainya.

Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda untuk merancang.

Salam

buatkan saya quotation

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Pentingnya Takaful.. Kenali risiko anda..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan satu perkhabaran sedih yang telah berlaku kepada sahabat sepengajian saya di UPM, saudara Aizudin kini seorang cikgu atau nama glamornya di KMR (kolej Mohamad Rashid) Skodeng. Semalam beliau terlibat dengan kemalangan, patah rahang.

Beliau tinggal di Bangi dan mengajar di Klang, (lebih kurang 45 minit kalau naik motor, kalau naik kereta lebih lagi). Saya pun terkejut jauhnya perjalanan. Apa yang saya lihat risiko yang yang boleh berlaku terhadapnya agak tinggi. Walaupun dia kata insyaAllah tiada apa sebab dah hampir 3 tahun dia berulang alik.

Yap saya setuju, Tetapi pepatah melayu ada menyebut “Malang Tidak Berbau” Atas kesedaran itu beliau mengambil satu plan dengan saya. Cuma apa yang saya agak terkilan sekarang ni, sebelum ni cover untuk kemalangannya yang saya berikan agak tinggi, tetapi beliau meminta saya menurunkannya kerana ingin mengurangkan sumbangan. Tak banyak pun RM10 jer. Ralat sungguh saya rasa.

Takkisahlah sekurang-kurangnya ada manfaat tersebut walaupun kecil sedikit, janji ada.

din

Marilah kita sama-sama mendoakan kesemburan sahabat kita ini. Amin…

 

 
buatkan saya quotation
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

kos pembedahan jantung HANYA RM30,000 sahaja..

Assalamualaikum..

Hanya RM30,000? bunyi macam hanya RM30 atau RM300 sahaja.. Yang banyak duit okeyla bagaimana ada mereka yang tiada sumber kewangan yang kuat?

kos bedah jantogAda seorang hamba Allah berkata kepada saya, Takaful ini hanya untuk orang yang kaya dan berkemampuan. tahu apa jawapan saya?

Tidak, takaful ini sebenarnya untuk orang yang kurang berkemampuan, ini disebabkan dia (orang yang ambik takaful tu) Tak mampu nak sediakan wang yang besar jika sesuatu musibah berlaku. Oleh sebab itu dia mula mengumpul secara bulanan di takaful. kerana itu sahaja kemampuannya.

Dan sebenarnya orang yang taknak ambik takaful ni sebenarnya dia berkemampuan dan bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Mungkin dia ada sumber kewangan yang kukuh.

Setuju tak?

Oleh itu. Jika anda rasa anda di ketogori insan yang tak mampu nak sediakan wang yang besar , Takaful adalah pilihan.

buatkan saya quotation

Reality atau Fantasi?? Belia@Diabetes

kencing manisAssalamualaikum..

Orang kata ngan saya insuran/takaful ni untuk orang muda sahaja, sebab murah. Tapi kalau muda-muda dah kena diabetes mintak maafla yer memang tak dapat nak aply..

Jadi bertindaklah awal sebelum terkena…

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin 019-2699436

buatkan saya quotation

Aku dan Takaful..

Assalamualaikum semua..

Untuk artikal kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri, AKU DAN TAKAFUL..

Sebenarnya saya terlibat di dalam industri ini secara tidak sengaja. Kalau nak cerita bagaimana permulaannya, agak segan sebenarnya. Senang kata bukan senang orang MLM nak join bidang takaful ni.. Jika anda seorang agent takaful yang ingin mengajak rakan MLM menyertai takaful sebagai perunding mesti ada pengalaman ini. Orang MLM otak dia dah kena basuh kaw – kaw. Oleh sebab itu kebiasaannya dia orang akan tutup telinga bila nak agak menjadi agent ni. Buat pekak jer.. lagi sakit hati, nampak macam ok bila follow up call tak angkat.. hehehe (itu adalah saya dulu hahahaha)

Almaklumlah saya agak lama dalam industri MLM hampir 7 tahun. Jadi perasaan ego tu ada.  Bila berpeluang berjumpa dengan GAM Annuar Rohaini (Group Agency Manager) saya bertanyalah perjalanan industri ini macam mana, lebih-lebih lagi step-step (beserta % dan overiding) yang perlu saya tempuh untuk mencapai tahap tertinggi. Ternyata apa yang saya fikirkan sebelum ini jauh sangat berbeza (rupanya saya kena tipu dengan leader MLM saya dulu). Hampeh..

Sebenarnya bidang dan kerjaya ini sangat hebat. Saya bersyukur kepada Allah kerana menemukan kerjaya ini. Kini saya gembira dengan apa yang lakukan. yang pastinya bukan kekayaan dunia sahaja yang kita perolehi malah lebih penting lagi adalah kekayaan yang hakiki di alam terakhir kita nanti.

Di dalam industri ini kita adalah mujahid,  kerana kita membela nasib balu-balu dan anak-anak yatim.

Disamping pendapatan yang berterusan yang kita perolehi, perkara yang lebih besar lagi adalam kita dapat memberikan sinar kepada orang lain. Indahnya industri ini sukar untuk saya gambarkan. Patutlah dahulu semasa saya menyertai MLM susah benar ingin mengajak orang insuran/takaful untuk menyertai saya. Rupa-rupanya industri 100 kali ganda lebih baik dari MLM.  Banyak faktor yang menyebabkan saya berkata begitu.

Disini saya ingin menengaskan bukannya MLM tak bagus, kerana masih ada yang berjaya disana. Dan kebanyakan orang MLM tidak mahu menyertai menjadi agent takaful kerana mereka tak sabar dan mahukan hasil yang cepat seperti MLM.

Contoh yang sesuai saya ingin berikan ialah seperti kita ingin ketingkat 10 ke sesuatu banggunan, mereka lebih suka menggunakan lif, agar segera sampai tak ramai yang mahu menggunakan tangga. kerana menggunakan tangga penat dan lambat. Mereka tak sedar menggunakan lif berisiko, kerana kalau rosak akan terus jatuh ke tingkat bawah. Berbeza jika mereka menggunakan tangga. Walaupun lambat ianya selamat, katakan dia dah berada di tinggkat 10 kalau terjatuh pun ke tingkat 9 1/2. kalau jatuh lagi pun ke tingkat 9.  sebab tangga ziz zek. hahhaha.

Kenapa saya bagi contoh lif.? MLM sekarang akan suruh orang keluar modal besar terus untuk beli pangkat, tu senario MLM sekarang. memang bulan tu letup. lepas tu habis. Base client takder.. so macam mana nak kekal… Betul tak?..

Kepada yang terasa saya minta maaf.. tapi Renung-renungkanlah..

Tak Perlu Takaful aku ada ALLAH..

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsikan satu kisah benar. Pengalaman saya sendiri. Tapi sebelum tu saya minta kepada sesiapa yang ingin share cerita ni “copy n paste” ada baiknya mintalah izin.. tak susahkan..

Saya percaya  jika anda merupakan seorang agent takaful, anda pernah menerima jawapan daripada prospek atau kenalan anda, menjawab seperti tajuk hari ini. “Tak Perlu Takaful aku ada ALLAH”.

Mulala sesi berdebat.. (maksud yang nak di sampaikan lebih kurang mcm ni lah)

Kewajiban kita mengenai takdir Allah ini adalah berusaha, berdo’a untuk mencapai yang kita inginkan, lalu bertawakkal, sabar dan redha atas segala hal yang telah Allah tetapkan bagi diri kita.

وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

“…Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakkal.”
(Qs. Ibrahim: 11)

وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

“…Dan bertawakkallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Qs. Al-Ma’idah: 23)

Banyak orang yang salah anggap memahami hakikat tawakkal. Mereka menganggap bahawa pasrah begitu saja dan (menerima segala sesuatu yang telah ditetapkan) tanpa adanya usaha adalah wujud tawakkal yang benar. Sikap yang demikian keliru. Tawakkal sama sekali tidak menafikan adanya usaha hamba. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada kita untuk berusaha dahulu baru kemudian bertawakkal.

حَدَّثَنَا المُغِيرَةُ بْنُ أَبِي قُرَّةَ السَّدُوسِيُّ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، يَقُولُ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ، أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ؟ قَالَ: «اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ»

Al-Mughirah ibn Abi Qurrah As-Sadusi mengabarkan kepada kami, “Saya mendengar Anas ibn Malik radhiyallahu ‘anhu berkata, “Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah saya ikat (tambatkan) unta itu lalu saya bertawakkal atau saya lepaskan unta itu lalu saya bertawakkal?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berkata, “Ikatlah unta tersebut, lalu bertawakallah.” (HR.Tirmidzi, dan dihasankan oleh Syaikh Albani dalam kitab Takhrij Ahadits Musykilah Al-Faqr wa Kaifa ‘Alajaha Al-Islam )

Bukan apa, al-maklumlah kawan saya ni join kumpulan ngaji, lebih kurang macam tabliq lah. Pendekatan begini saya gunakan, tapi dia tetap dengan pendirian dia. So saya malas nak berkata apa-apa lagi.. NEXT ajer.

Di pendekkan cerita.

Minggu lepas si dia ni minta tolong saya untuk ambil beliau di satu kawasan bengkel, Kereta Exora beliau xcident, boleh tahan gak teruknya. Kos untuk repair mencecah RM6,000.

Hahaha soalan jahat dari saya kepadanya..

Saya: Kenapa ko nak repair biar jerla?

Dia: Giler ko teruk tu.

Saya: Tapi masih boleh jalan kan?

Dia: Memangla,cermin pecah tu, pintu pun tak boleh bukak.

Saya: Banyak duit ko beb. RM6,000 tu?

Dia: Bukan duit aku aku claim insuran la sia2 aku bayar.

Saya: Kalau tak ada insuran , ko ada tak RM6,000 tu?

Dia: Banyak tu.. mana aku nak cekau..

Saya: So ko nampak tak kepentingan insuran/takaful ni?. Kereta ko rosak kelang kabut ko nak elokkan balik. Bagaimana pulak jika diri ko?

Dia: Tu lain man Aku ada Allah…

P/s: buang masa cakap ngan budak ni. hahahah Next untuk kali ke 2.

buatkan saya quotation