Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin kongsikan satu perkhabaran sedih yang telah berlaku kepada sahabat sepengajian saya di UPM, saudara Aizudin kini seorang cikgu atau nama glamornya di KMR (kolej Mohamad Rashid) Skodeng. Semalam beliau terlibat dengan kemalangan, patah rahang.
Beliau tinggal di Bangi dan mengajar di Klang, (lebih kurang 45 minit kalau naik motor, kalau naik kereta lebih lagi). Saya pun terkejut jauhnya perjalanan. Apa yang saya lihat risiko yang yang boleh berlaku terhadapnya agak tinggi. Walaupun dia kata insyaAllah tiada apa sebab dah hampir 3 tahun dia berulang alik.
Yap saya setuju, Tetapi pepatah melayu ada menyebut “Malang Tidak Berbau” Atas kesedaran itu beliau mengambil satu plan dengan saya. Cuma apa yang saya agak terkilan sekarang ni, sebelum ni cover untuk kemalangannya yang saya berikan agak tinggi, tetapi beliau meminta saya menurunkannya kerana ingin mengurangkan sumbangan. Tak banyak pun RM10 jer. Ralat sungguh saya rasa.
Takkisahlah sekurang-kurangnya ada manfaat tersebut walaupun kecil sedikit, janji ada.
Marilah kita sama-sama mendoakan kesemburan sahabat kita ini. Amin…
