Kelemahan Great Eastern Takaful

Assalamualaikum

Satu kisah yang ingin dikongsikan.. Tapi macam biasa nak share cerita ni minta izinla yer

Semalam saya di hubungi oleh seorang sahabat dari kelantan dan dari Syarikat Takaful lain (PRU13, bukan nama sebenar). Begini lebih kurang perbualan saya.

Sahabat:

Man kat tempat aku sekarang ramai betul orang bertukar dan ambil Great Eastern Takaful (GET)

Saya:

Bagusla kalau mcm tu

Sahabat:

Aku nak tanya apakah kelemahan medical card GET ni, Sebab ada seorang cikgu dah ambik dengan GET, dia minta aku bagitahu apakah kelemahan GET dan kenapa dia perlu ambil PRU13.

Saya:

1- Kelemahannya adalah Had tahunan untuk masuk ICU dan ward biasa cuma 180 hari sahaja setahun.
2- Had tahunan dan tahunan dia untuk bilik paling rendah 100 sehari cuma RM60,000 dan RM600,000 setahun
3- Rawatan sebelum kemasukan hospital 60 hari sahaja dan rawatan selepas kemasukan hospital cuma 90 hari sahaja.
4- Tiada cash bonus kalau sihat tetapi dia naikkan had tahunan 10% setiap 3 tahun kalau sihat. Tu pun 5 kali kenaikan sahaja.
5- Co Takaful minimum kena bayar 10% dan maksimum RM500
6- Saipa ambik medical card ni dapat PA percuma(Personal Accident) tapi tak banyakla RM10,000-RM15,000 jer tengok bilik.

cukup tak beb ke nak lagi?

Sahabat:

Gilerlah. NI bukan kelemahan beb, Patutla ramai orang ambik dengan GET. Tak jadila aku nak pancung cikgu tu macam ni. Buat malukan aku jer nanti.

Saya:

Takper sekurangnya ku ada maklumat sebelum nak berjumpa. jangan main tibai jer.

table medical cardkesimpulannya…

Kelemahan itu kadang-kadang menjadi kekuatan. Cara terbaik toksahla nak pancung memancung ni… Amalan yang tak bagus tu.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Medical card Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Kematian Yang tak di Duga..

بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم

Assalamualaikum

Bebaru ni ada perasan member kampung (Group FB Keratong) ada masukkan gambar kemalangan berhampiran keratong. Teruk juga aku tengok. Tetapi tak sahu siapa yang terlibat di dalam kemalangan tersebut..

kemalangan maut di berhampiran perantau damai (keratong 8,9,10)Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian Bila buka FB hari ni rupanya orang yang terlibat adalah orang belakang rumah ayahku di Felda Keratong 1. Innalillah.. Dan Al fatihah buat arwah.

keratan akhbarArwah seorang yang pemurah dengan senyuman. Rasanya baru sahaja berjumpa dengan awrah masa balik kampung sebelum ini. Mudah-mudahan awrah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Malang  memang tak berbau..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation

1st Quater Award 2013, Southern Region

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berlalu sudah Quater pertama, kini masuk  Quater ke dua. Hari ini di Johor Bharu telah mengadakan hari penganugerahan untuk kawasan selatan. Buat kali ini saya di berikan kepercayaan oleh pihak syarikan untuk mempengurusikan majlis tersebut.

Apa yang saya ingin kongsikan bukanlah tentang psaya menjadi pengerusi maljis tetapi adalah  Penganugerahan yang telah diberikan oleh pihak syarikat.

Alhamdulillah walaupun baru sahaja di naikkan sebagai Agency Manager pada tahun ini, nama saya telah berjaya mendapat tempat ke 4th Runner up bagi kawasan selatan. Cabaran untuk memdapatkan tempat pertama agak sukar bagi saya kerana saya terpaksa bersaing dengan orang-orang yang lebih senior daripada saya. Sungguhpun begitu, ianya bukanlah alasan untuk saya tidak berusaha ke arah tersebut.

top 10 usm Q1 2013

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rangkaian saya yang telah bersama-sama saya bekerja keras sehingga saya boleh berada ke tahap ini.. Pantinga kejayaan ini milik kita semua.

Di kesempatan ini juga saya mempelawa anda di luar saya untuk bersama-sama dengan saya berjuang di dalam industri ini. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Orang Melayu Tak perlu Medical Card

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda satu sebab mengapa orang melayu tak perlukan medical card?..

Ini adalah antara jawapan yang saya terima…

Buat apa saya nak buang duit bebanyak bayar tiap-tiap bulan sedangkan saya boleh mendapat rawatan cuma RM1 sahaja. Kerajaan telah memberikan yang terbaik untuk kita.

2013-04-25 13.17.39Mungkin sebab ini yang di maksudkan dengan RM1 tu. wah bagusla kalau macam tu… Jimat sesangat.

644577_10151571542685865_1068825275_nOleh itu, jika anda rasa tak pelukan medical card anda perlu fikir-fikirkan kembali… Adakah ianya benar atau sekadar kita nak sedapkan hati kita sahaja.

Keputusan di tangan anda. Anda adalah apa yang anda fikirkan.. Bertindaklah sebelum terlambat.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya…

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Kerjaya sebagai perunding Takaful.

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan satu cerita yang bagi saya agak kecewa untuk di kongsikan. bagi saya ianya tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana secara tidak lansung ianya bukan sahaja memburukkan prestasi sendiri malah lebih teruk lagi ianya merosakkan industri ini.

Cerita hari ini adalah kesinambungan daripada coretan saya sebelum ini lihat link (cerita kedua) rupa-rupanya bukan sahaja suruh jual konvensional malah walaupun dah hantar hampir 10 kes (orang yang ambil plan) dia masih tak di kontrakkan sebagai agent takaful lagi. Bila ditanya tentang kontrak macam-macam alasan yang di terima. Bukan itu sahaja sepanjang hampir 5 bulan sebarang komisen tidak di terima. Saya tak sangka ada pulak leader yang macam ni.

Bebaru ini saya di minta rakan ini untuk berjumpa dengan orang atasnya (yang mengajaknya) rupa-rupanya dia juga mengalami nasib yang sama tidak di kontrakkan walau sudah hantar hampir 15 kes. Dengarlah keluhannya, ya Allah sakitnya hati saya bila dengar macam tu.

Saya percaya ramai yang mengalami nasib seperti ini. Bagi saya, mungkin ni salah satu stratergi kumpulan tersebut. Apapun ianya menginaya orang.

Jika anda alah orang yang mengalami nasib seperti itu atau mengetahui orang yang mengalami nasib seperti itu. Anda bolehlah menghubungi saya.

Sekian Terima Kasih

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern takaful
019-2699436
images

New Produk dari Great Eastern Takaful i-Great Idaman

Assalamualaikum semua..

new produkPada 3hb April 2013 nanti Great Eastern Takaful akan mengeluakan produk baru yang di beri nama i Great Idaman.

Produk ini adalah produk yang lebih menfokuskan kepada simpanan. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki produk simpanan ini. Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi saya nanti. Bonus akan di bayar setiap 2 bulan. Sangat2 menarik plan ini.

buatkan saya quotation

 Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Tahukan anda apa yang ada dengan MRTA anda?

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya terpanggil untuk kongsikan dengan anda isi ini.. MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance).

rumah di lelongAdakah anda sanggup jika masalah ini berlaku kepada anda?

Hubungi saya untuk mendapatkan penjelasannya.

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Pentingnya takaful.. simpan sikit sikit

Assalamualaikum..

hari ini saya ingin konsikan betapa pentingnya menyimpan di takaful.. Ada orang berkata dengan saya bahawa takaful ini hanya untuk orang kaya.. Betul ker?

Apa yang ingin saya jelaskan di sini, Takaful adalah untuk orang susah. Yang mana dia mendidik kita untuk belajar menyimpan sikit  sikit. Kenapa saya berkata sedemikian?.

Ini kerana Orang yang ada takaful ini tidak bersedia untuk menyediakan sejumlah wang besar jika berlaku sebarang musibah.

along Melainkan mereka mempunya sumber kewangan yang kukuh , maka mereka berpendapat takaful tak penting untuk mereka..

Jika masih ada yang berkata tidak mampu juga saya ada ada caranya. Jumpa saya, saya akan ajarkan kepada anda bagaimana anda boleh menjadikan takaful anda percuma.

Untuk keterangan lanjut tentang itu sila hubungi saya untuk temujanji.

Sekian

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-2699436

Penghantaran Hadiah Misteri..

Assalamualaikum semua..

Terima kasih dan tahniah kepada mereka yang merebut hadiah misteri daripada saya.

Pendaftaran pada hujung bulan januari 2013. Sila lihat link bawah

https://razmanget.com/category/hadiah-misteri/

Pada awal bulan Mac ini saya telah menguruskan untuk membuat penghantaran kepada mereka-mereka yang layak. Walaupun ianya takderla segah mana. yang penting Janji Di Tepati.

rehal

cermin

Berikut adalah beberapa gambar yang dapat saya ambil..

penghantaranPada mereka mereka yang inginkan peluang sebegini. Pastikan anda daftar sebagai follower blog ini. Jadi setiap info terbaru daripada saya anda akan dapat memalui email.

Peluang untuk hadiah misteri ini saya akan buka lagi. Cuma waktu sahaja yang menjadi rahsia…

buatkan saya quotation
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
013-2699436

bersama orang hebat dalam industri Insuran Dr Rizal Naidu.

Assalamualaikum..

Jika anda berada di dalam industri Insuran pastinya nama Dr Rizal Naidu tidak asing lagi. Dia di gelar mahaguru di dalam insuran. Buku beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Oleh itu tidak mustahil jika buka itu diterjemahkan di dalam 13 bahasa. Bukan sahaja dikenali di Malaysia malah turut di luar Malaysia.

buku power closingIdea beliau sangat menarik dah bersesuaian dengan bangsa kita. Mudah difahami dan ringkas dan padat dengan maknya yang mendalam.

Pada 2/3/2013 saya berkesempatan minum petang bersama insan hebat ini (39 tahun berada di dalam industri). Lebih 3 jam kami berborak, banyak tips yang diturunkan.

Dr Rizal NaiduHehehe bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Untuk dapatkan ilmu tersebut saya boleh kongsikan. In Shaa Allah..

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

Fahami apakah Plan Insuran atau Takaful yang anda ambil

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya Rosazaman dari Great Eastern Takaful ingin kongsikan sesuatu yang saya rasa sangat penting. Ianya berkenaan Plan perlindungan yang kita ambil.

Kebanyakan orang tak ambil kisah perkara ini, asalkan bagi mereka cukup sekadar ada polisi atau certificate  Insuran atau Takaful itu dah kira bagus. Masalah yang berlaku adalah apabila hendak melakukan tuntutan. Pada waktu itu kita gagal mendapatkan sebarang pampasan. Mulalah si waris mengamuk angin satu badan. Ini di sebabkan oleh salah faham berkenaan dengan plan yang si mati ambil.

Berikut adalah contoh tuntutan yang tidak dapat dilakukan sama sekali. Cuba anda teliti gambar ini.

cover besar tu 300,000

Jika di lihat pada pampasan kematian (akibat kemalangan ) sehingga RM300,000. Ramai yang berpendapat adanya plan seperti ini jika berlaku kematian waris akan dapat RM300,000.

Jawapannya YA akan dapat jika kematian disebabkan dengan kemalangan. Tetapi jika selain daripada itu sebarang pampasan tidak akan di perolehi. Sila lihat sijil kematian  di bawah ini.

sijil kematian menyatakan punca kematian akibat penyakit Oleh itu anda kena fahami apakah sebenarnya manfaat yang anda ambil. Jangan terpengaruh semata-mata dengan bayaran yang murah dengan perlindungan yang besar.

Saya berharap perkongsian ini dapat membuka mata anda. Terima kasih.

Untuk keterangan berkenaan plan yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, Anda boleh menghubungi saya di

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-2699436
 

Top Qualifier Quarter 2 2012.

Assalamualaikum dan selamat penghulu segala hari.

Alhamdulillah hari ini semasa morning meeting saya terkejut apabila melihat kepada buku GREAT EASTERN Agent Newsletter jul-sept 2012 Velocity yang di keluarkan pada hujung Feb 2013 ada muka saya..

top qualifierSungguh tidak di sangka-sangka saya merupakan Top Qualifier Recuiter untuk Quater 2 pada tahun 2012. TQ Allah. dan lebih bersyukur semua agent tersebut merupakan QIA (Quality Intriducer Agent)  yang membuat minimum kutipan sumbangan takaful RM12,000).

dapat RM2,000 dari syarikat tu Pastinya tiada yang mustahil jika betul-betul mahu..

Untuk keterangan lanjut mengenai Great Eastern Takaful samaada produk ataupun kerjaya? anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-2699436

Hati-hati dengan medical card yang dah lapes (luput)

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya ingin kongsikan satu kisah yang boleh kita jadikan teladan, Rasanya sekarang ini masih ramai tidak sedar risiko yang bakal mereka terima jika melakukan perkara ini.

Apakah risiko yang saya maksudkan itu?

Mungkin ada di antara kita yag sebelum ini pernah mengambil medical card, tak kisahlah mana-mana syarikat takaful sekalipun.  TETAPI sayangnya medical tersebut sudah tidak boleh digunakan., (sebab dah lapes atauun dah luput sebab kita tidak meneruskan sumbangan takaful). DAN medical card tersebut anda masih simpan di dalam beg duit anda. Mungkin senang kot kalau agent takaful lain datang jer terus tunjuk kad tersebut. Kononnya dah adala… hahhahaha.

Ini berlaku kepada seorang wanita, yang pengsan ketika berjoging di tasik jalan ampang hilir. Orang yang berada di tempat kejadian cuba untuk menghulurkan bantuan. Setelah melihat pada beg duit ada medical card so orang hantar ke hospital yang terdekat. Gleneagles Intan Medical Center.

mdcl card

Pendek cerita, rupa-rupanya medical card yang ada dalam beg duit tu dah lapes 2 tahun lepas. Ambik ko kena bayar bil hampir RM3,000 Warded hanya 2 hari sahaja. Itulah padahnya jika masih simpan medical card yang dah lapes/luput.

Nasihat saya pada yang masih ada simpan medical card yang dah lapes/luput dalam beg duit. Keluarkan jerla.. Toksah nak poyo-poyo.. Buat malukan diri jer nanti..

Renung-renungkan

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436
 

buatkan saya quotation

Sumbangan Takaful lebih besar dari bayar kereta?

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman saya bersama dengan client saya. Saya rasa ianya sangat menarik untuk di kongsikan. Oleh itu saya muatkan dalam blog saya ini untuk perkongsian bersama.

Kisah bermula pada minggu lepas apabila saya melawat client saya yang merupakan seorang cikgu yang demam.

Sebelum itu, cikgu ini telah mengambil plan medical untuk satu keluarga (3 beranak) tetapi hanya mengambil yang basic sahaja (ILP, investment link plan) dengan harga yang paling minimum. RM360 sebulan untuk satu keluarga. Dan dalam masa kurang dari 2 tahun cikgu ini dan anaknya telah menggunakan manfaat ini dengan kos sebanyak hampir RM8,000 (cikgu RM4,000 dan anak RM3,800 (2 kali claim demam))

Disebabkan  beliau dah  menggunakkan manfaat ini baru beliau rasa pentingnya melakukan penambah baikkan. Ini kerana elaun hospital beliau tidak mahu dimasukkan pada masa tersebut dan beliau ingin upgrade kepada bilik yang lebih selesa.

Berikut adalah petikan daripada perbualan saya dengan cikgu tersebut.

Cikgu: Man, kalau nak upgrade plan apa yang ko cadangkan?

Saya: Saya cadangkan upgrade bilik dan masukkan elaun hospital.

Cikgu: Berapa budjet yer.

Saya: Kalau nak cantik dalam RM150 sebulan

Cikgu: Mak ai macam saya punya.

Saya: Tu kalau nak cantikla, sebab banyak manfaat. Kalau cikgu buat masa 2 tahun lepas RM130 dah cukup baik dah.

Cikgu: Man, nak tanya sikit, untuk anak anak man ambik yang mana? (kebetulan saya datang melawat bersama dengan wife dan anak-saya)

Saya: Anak yang kecik ni RM 150 yang dua lagi ni RM130 je.

Cikgu: Man punya berapa? satu keluarga berapa?

Saya: Saya punya RM400, satu keluarga dalam RM 1,200.

Cikgu: Mak ai, Man punya jer dah macam saya punya satu keluarga. Satu keluarga punya dah macam saya bayar civic saya.

Saya: …..Senyum jer….  Mungkin boleh saya beli civic seperti cikgu, Cuma jika apa apa berlaku pada saya dan keluarga tiada apa yang saya boleh buat…

civic

Bagi saya apa yang cikgu buat tu dah cukup okey. Sebab medical yang penting. Tetapi jika ada lebihan blehlah tambah manfaat lain. Contonya, Badal haji, penyakit, jaminan pendapatan, kemalangan dan sebagainya.

Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda untuk merancang.

Salam

buatkan saya quotation

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

malang tak di duga, datang tak kenal usia..

Assalamualaikum,

Hari ini saya dengan wife melawat rakan sekelasnya yang yang baru pulang membawa balik anaknyapulang dari hospital Sultan Ismail Johor. Anaknya yang berusia 5 tahun disahkan mengidap lukemia tahap 4, saya sungguh berasa sedih apabila menurut kata ibunya anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia mengidap penyakit tersebut, malah lebih mengejutkan lagi penyakit tersebut berada di tahap kritikal.

Malah di siang harinya sebelum kejadian anaknya sempat main air di depan rumah dengan rakan-rakannya. Pada malam tersebut anaknya dimasukkan ke ICU. Jiran jiran tertangga turut terkejut dengan kejadian itu.

Kini anaknya yang sebelum ini agak agresif dan aktif menjadi sangat pasif. Malah buat masa ini tidak mampu untuk berjalan. Salur paip di hidung(untuk makanan dah ubat ) terpaksa digunakan.

Anaknya sekarang dalam proses kimo. Dan air tulang belakang sudah diambik sebanyak 3 kali, menurut ibunya perlu ambil dalam 14 kali. Bayangkan penderitaan anak kecil ini. Emaknya terpaksa cuti tanpa gaji. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Marilah kita bersama sama mendoakan kesihatan adik ini, adam namanya. Semoga dia lekas sembuh seperti sediakala. Aminn

p:s/ Ibu saya menginggal dunia kerana penyakit ini semasa saya berusia 5 tahun.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

Pentingnya Takaful.. Kenali risiko anda..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan satu perkhabaran sedih yang telah berlaku kepada sahabat sepengajian saya di UPM, saudara Aizudin kini seorang cikgu atau nama glamornya di KMR (kolej Mohamad Rashid) Skodeng. Semalam beliau terlibat dengan kemalangan, patah rahang.

Beliau tinggal di Bangi dan mengajar di Klang, (lebih kurang 45 minit kalau naik motor, kalau naik kereta lebih lagi). Saya pun terkejut jauhnya perjalanan. Apa yang saya lihat risiko yang yang boleh berlaku terhadapnya agak tinggi. Walaupun dia kata insyaAllah tiada apa sebab dah hampir 3 tahun dia berulang alik.

Yap saya setuju, Tetapi pepatah melayu ada menyebut “Malang Tidak Berbau” Atas kesedaran itu beliau mengambil satu plan dengan saya. Cuma apa yang saya agak terkilan sekarang ni, sebelum ni cover untuk kemalangannya yang saya berikan agak tinggi, tetapi beliau meminta saya menurunkannya kerana ingin mengurangkan sumbangan. Tak banyak pun RM10 jer. Ralat sungguh saya rasa.

Takkisahlah sekurang-kurangnya ada manfaat tersebut walaupun kecil sedikit, janji ada.

din

Marilah kita sama-sama mendoakan kesemburan sahabat kita ini. Amin…

 

 
buatkan saya quotation
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Head Start JB. 2/2/2013 GSM Roslina Abd Majid

Assalamualaikum..

Hari ni Head Start Untuk  Southern Region. Diberikan kepercayaan oleh pihak syarikat untuk mempengurusikan majlis tersebut, Speaker jemputan GSM Roslina Abd Majid, Banyak perkongsian menarik yang diberikan.

Antara tentatif yang menarik pada hari ini adalah Takaful Performance Recognition untuk 2012. Tahniah kepada Ahli An Nur Group yang layak. Yang lebih penting lagi 2 daripada saya punya unit mendapat Champion

rafiDan 1st Runner Up

MasrinieDan yang lebih menarik lagi. Hari ini berlakunya perjanjian dengan TBDU, En Ibrahin agar saya mencapai MDU (Million Dollar Unit).

tanda dealYa Allah Semoga segala yang di rancangkan akan terlaksana..

Aminn

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Agency Manager 100% takaful..

Assalamualikum..

Alhamdulillah… Pada 22/1 baru2 ni saya di Menara Great Eastern minum petang bersama En Ibrahim (orang syarikat) dan GAM En Annuar di level 3 Great Eastern Mall. Tidak ku sangka, kata2 yang keluar dari mulut En Ibrahim,

Kau satu2nya Agency Manager yang naik menggunakan 100% takaful, kalau tak ada 2 orang. Tahniah Kekalkan pencapaian tu.

Tahun ni pastikan buat MDU (million dollar unit). Tahun ni aku akan bawak ko p talk merata. Pandai2la ko bagi masa.

(apa yang di maksudkan 100% takaful adalah saya dah kumpulan saya hanya menggunakan 100% production takaful untuk naik, Tidak menggunakan konvensional atau tambahan production konvensional)

Kata-kata ni membuatkan aku lebih bersemangat. Semoga Allah memberikanku nikmat kesihatan agarku dapat meneruskan perjuangan dalam bidang takaful ini.

talk

Pada malam tersebuat saya membuat perkongsian untuk group meeting di Menara Great Eastern, bagaimana mencapai Agency manager dalam masa 2 tahun, Tips dan Langkah yang perlu diambil.

Untuk anda di luar sana yang ingin menyertai saya di Great Eastern Takaful bolehlah munghubungi saya.

Ketahui dan kenali serta keluarkan potensi diri anda.

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
0192699436

Takaful vs Konvensional..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman sepanjang beberapa minggu ini. Bagi saya ianya satu perkara yang serius dan perlu di ambil berat.

Pada awal tahun ni, saya di hubungi oleh seorang agent meminta quotation daripada saya (dia takder beri tahula agent, saya cek email dia di google)

Bila dah tahu saya pun tanyala, awat usik saya hehehe… Jawapan yang saya dapat. Memang dia sekarang ni agent, cuma dia kecewa kerana agencynya (melayu) main langgar jer suruh jual konvensional. Katanya lagi, leader dia kata client bukan tahu pun kalau kita bagi konvensional. Matlamatnya sama jer, yang penting kita buat sales. Lebih kurang mcm tula bunyinya.. Lebih kecewa lagi dia baru tersedar polisinya satu keluarga yang di ambil dengan leader tersebut di sangkakan takaful rupa-rupanya konvensional. kesedaran itu setelah dia jadi agent, tahu beza logo. Kalau tak jadi agent sampai ke sudah rasanya dia tak tahu.

Oleh sebab mahukan takaful dia matikan polisi konvensionalnya. Tetapi leadernya marah minta untuk di teruskan. Keputusan yang di ambik terus tutup dan terus taknak menjadi agent di agencynya..

Yang kedua ni baru beberapa hari lepas saya jumpa. Pun perkara yang hampir sama. Sahabat lama saya, Dia telah pun lulus exam takaful, PCE dan CHELI dan bersedia untuk menjadi agent takaful. Tetapi kemuskilan yang berlaku apabila agencynya (melayu) turut menyuruh menjual konvensional. Dia dah konfius, ingat masuk kumpulan melayu perkara tu tak berlaku.. lagi-lagi nama kumpulan ala ala arab sikit.

Yang kelakarnya, masa saya jumpa dia, dia kata “Razman, Agency Manager XX XX datang naik Audi, Merc aku ajak join, Ko Agency Manager gak datang naik moto jer”

Jawapan saya  “Aku datang sebab ko yang nak jumpa aku, dan hari ni adakah dengan aku bawa kereta besar ia boleh menentukan kejayaan ko?, Kalau tu tanggapan ko ko silap, sebab semuanya bermula dari dalam diri ko.”

Renungan bersama.

Jika kita ni agent pastikanlah kita memberian produk takaful. Janganlah mengejar keuntungan semata-mata kerana hidup kita bukanlah di dunia sahaja.

Jika kita ni client, pastikan anda memilih takaful sebelum nak sain borang. Kerana takaful itu lebih baik.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436