Great Eastern Takaful catat pertumbuhan yang memberansangkan

Assalamualaikum

Baru-baru ni saya di sapa oleh agent dari Takaful M, kebetulan saya tidak memakai baju yang berlogo Great Eastern Takaful seperti biasa.

Sebabkan saya juga agent so saya paham sangat perasaan bila orang jual mahal, so saya degarkanla apa yang ingin di kongsikan..

Lebih kurang begini perbualan kami.

Agent M: Salam bang, maaf ganggu saya Rizal dari M Takaful nak buat survey hari ni. Boleh saya tahu, abang sekarang sudah memiliki medical card?

Saya: Saya dah ada.

Aget M: Personal atau Syarikat punya bang.

Saya: Personal

Agent M: Bagus bang. Jika abang tak keberatan, boleh saya tahu medical card dari syarikat mana bang.

Saya: Great Eastern

Agent M: Maaf yer bang, kita sebagai orang islam sepatutnya memilih takaful, dan untuk pengetahuan abang Great Eastern tu konvensional. Dia tak sama macam M yang berlandaskan syariah.

Saya: Yer ker ke cik (buat buat blur).

Agent M: Jika kita ambil insuran hukumnya haram kita bagi pampasan tersebut kepada waris kita. Terus dia keluakan keratan akhbar ini

wang-pampasan-insurans-haram-dipusakaiSaya: Saya pernah dengar juga cik. Cik dah lama ker jadi agent M.

Agent M: Saya dah 4 tahun..

Saya: Terima kasih cik. Nanti saya call agent saya.. Terima kasih cik atas maklumat tadi.

Kesimpulan yang saya buat:

1. Kalau betul agent ni dah 4 tahun ternyata agent M ni seperti katak bawah tempurung. Great Eastern dah dapat lesen takaful dan nak masuk 3 tahun.

2. Mungkin agent M ni cuba nak tipu. lepastu salah orang.

3. Mungkin juga agent M ni baru.. so dia punya jer bagus yang lain semua haram… haha

Sekadar perkongsian ni paper hari ni

get 2 GEtBerhujahlah dengan Fakta bukan Auta

Untuk keterangan lanjut tentang Great Eastern Takaful sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Medical Limit RM 1 juta

Assalamualaikum..

Keluhan saya untuk hari ini..

Hari ini saya ingin kongsikan tentang  medical card dengan medical limit RM1 juta.

Ramai yang teruja apabila di approach dengan agen memberikan tawaran medical sehingga RM1 juta. Saya pasti dan yakin sebahagian besarnya tidak betul-betul faham apa yang di maksudkan dengan  medical limit RM1 juta itu. Yang di maksudkan itu adalah had penggunaan untuk seumur hidup sehingga RM 1 juta. Penggunaan had ini bergantung pada had tahunan.

Screenshot_2013-11-13-21-03-56Ni adalah gambar yang saya ambil di fb saya screenshot. Saya hanya padam nama page sahaja, apakah yang anda boleh lihat.

Salah satu cara marketing yang cuba menyembunyikan sesuatu. yang mana jumlah Annual Limit dipadam. Kenapa tidak tunjukkan sahaja jumlah tersebut.

Saya cuma berasa ralat kerana saya berada di dalam industri ini. Tak kisahlah syarikat apa sekalipun. Dengan tindakan sedemikian boleh merosakkan industri. Saya tidak menyalahkan syarikat malah, permasalahan ini sebenarnya berpunca dari sikap agent itu sendiri. Secara tidak lansung ianya memburukkan imej syarikat tersebut.

Di dalam bidang ini kita tidak perlu cerita hanya yang manis sahaja tetapi yang paling penting adalah yang pahit juga harus diceritakan.

Sekian..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

Subsidi di tarik balik ..

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi, Lumrah kehidupan semua nak yang free, yang murah, Kerajaan ada dan  sebagainya..

kos rawatan buah pinggangPada yang mengharapkan subsidi apakah tindakan anda sekarang.. janganlah terlalu berharap dengan orang lain untuk kehidupan anda sebaliknya berusahalah sendiri..

Paling penting jangan sesekali melenting nak salahkan orang lain jika anda sendiri taknak beringat sebelum terkena..

Cegah sebelum parah. Jangan sampai berdarah dan bernanah…

Untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang medical card Great Eastern takaful Anda bolehlah mengubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation

kenapa bukan stand alone medical card

seperti biasa pada sesiapa yang nak copy artikal ni minta izinla dulu yer..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan kenapa anda perlu medical card beserta pelaburan (investment link)

Ini sekadar pendapat saya sahaja. Anda berhak membuat penilaian sendiri mengikut kewarasan akal fikiran.

Ada sesetengah pelanggan mahukan medical card yang bayarannya murah lantas baginya medical card stand alone adalah yang terbaik. Saya tidak kata salah. Mungkan ianya benar jika kita berfikir jika ianya untuk jangka pendek. Persoalannya sekarang, Berapa lamakah anda mahukan manfaat medical card tersebut? Adakah sehingga anda berusia 50 tahun atau 70 tahun atau sehingga 80 tahun?

Saya cuba mencari beberapa table medical card stand alone di google, tetapi saya merasakan table stand alone ini sesuai saya jadikan sebagai contoh. ( ini kerana contoh di Great eastern Takaful yang akan saya tunjukkan bilik 200, had tahunannya hampir sama). Untuk pengetahuan semua plan stand alone adalan plan burn (tiada simpanan)

saya ambil contoh orang lelaki berusia 30 tahun, pekerjaan Excutive dan tidak merokok.

Jika dia mengambil plan ini dalam masa 30 tahun tanpa dia sedar jumlah sumbangan takaful yang telah di lakukannya adalah berjumlah RM 49,162. ( tak kiralah dia claim atau pun tidak). Dan yang paling sedih dalam tempoh begitu lama dia membuat sumbangan tiada sebarang nilai tunai pada plan ini, atau dengan istilah lainnya RM 49,162 itu burn begitu sahaja.

standalone

Ini pula contoh plan Investment link daripada Great eastern Takaful.

investment link

Bezanya sumbangan takafulnya tetap RM1,800 setahun, jika di lihat pada kotak biru dalam masa 20 tahun jumlah sumbangan yang telah dilakukan sebanyak RM36,000 (RM1,800 x 20 tahun) dan anggaran nilai pelaburan sebanyak RM35,828 (seolah-olah macam plan ini jadi free) jika di lihat pada kotak biru jumlah sumbangan yang telah di buat RM54,000 (RM1,800 x 30 tahun) dan anggaran nilai pelaburan sebanyak RM 57,535.

Malah bukan itu sahaja plan ini juga ada manfaat i-PP (i-Provider Plus Rider) yang mana jika terkena penyakit kritikan atau lumpuh secara automatik plan ini menjadi percuma. Pastinya manfaat ini tiada di plan Stand alone..

Jadi keputusan di tangan anda..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Akibat tukar sijil takaful

Assalamualaikum semua.

Berakhir sudah syawal meninggalkan kita tapi masih banyak lagi jemputan open house.. Hahaha hanya di Malaysia..

Hari ini saya ingin kongsikan suatu kejadian yang saya rasa patut di jadikan pengajaran untuk kita semua. Ianya sangat penting bagi saya untuk di kongsikan dengan semua..

Beginilah apabila mempunyai ramai pelanggan maka secara automatiknya berbagailah pengalaman yang bakal kita terima.

Kisah ini berlaku kepada pelangan saya. Saya namakan beliau B, dan suaminya C.

B merupakan pelanggan saya yang datangnya daripada referal pelanggan sedia ada. Semasa berjumpa dengan saya B datang bersama suaminya C,  dipendekkan cerita B dan C mengambil sijil Great Eastern Takaful dengan saya. ( 24/7/2011). Pada (7/4/2012) B dan C mengambil pula sijil untuk anak pertama beliau D.

Pada (Ogos – 2012) B di masukkan ke hospital kerana doktor mendapati ada ketumbuhan pada rahimnya. Alhamdulillah.. Kos rawatan sebanyak hampir RM6,000 di tanggung oleh Great Eastern Takaful.

Pada (Dis – 2012) B memberitahu saya bahawa beliau ingin mematikan sijil takaful B, C dan D. Saya kata ok cuma saya meminta agar kalau boleh sijil B di teruskan kerana bimbang masalah yang sama berulang kembali. Beliau bertekat hendak mematikannya.

So saya uruskanlah penutupan sijil tersebut pada (Jan- 2013). jauh di sudut hati saya merasakan B, C  dan D berhijrah ke sijil takaful lain. Namun apa boleh saya buat mungkin dah di takdirkan rezeki saya hanya sampai di situ sahaja.

Rupa-rupanya apa yang saya bimbangkan dan apa yang saya jangkakan menjadi kenyataan. B sekali lagi di masukkan ke hospital pada (April 2013) komplikasi pada rahimnya. B bukan sahaja tak boleh claim pada Great Eastern Takaful malah B juga tak dapat claim pada sijil takaful barunya. Kos hampir RM5,000 terpaksa di tanggung sendiri.

Nasib baiklah kos cuma RM5,000. Bagaimanakah agaknya jika kos tersebut RM 50,000.

B menyesali tindakan yang kurang bijak telah di lakukannya dan termakan dengan kata-kata new agentnya. Akibatnya dia yang terpaksa tanggung sendiri.

Pada (3/9/2013) B, C dan D ingin bertukar kembali ke Great Eastern Takaful. Jawapan saya, teruskanlah pada polisi yang ada sekarang tak perlu untuk bertukar. Yang penting ianya Takaful..

Salam..

Untuk keterangan lanjut Tentang Great Eastern Takaful

Sila Hubungi saya

 
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Lumrah, Dah sakit baru nak ambil takaful..

Assalamualaikum..

rejected-insurance-claim-form

Hari ini saya ingin kongsikan satu pengalaman saya yang mana saya rasa bagus di jadikan pengajaran untuk kita semua.. Pada pendapat saya inilah lumrah yang berlaku kepada bangsa kita.

Kisahnya begini.

Pada minggu lepas saya di hubungi oleh seorang anak muda di selangor meminta saya berjumpa dengannya untuk mengetahui lebih lanjut tentang plan medical daripada Great Eastern Takaful. Seperti biasa, saya aturkan temujanji dan berjumpa dengannya.

heart bypass surgery

Antara soalan-soalan yang di tanya oleh pemuda itu.

Bolehkah mohon medical card jika sudah berusia 62 tahun, Tempoh boleh menggunakan menggunakan medical  card, dan lain-lain

Jawapan saya, Boleh ini kerana had umur untuk permohonan medical card di Great Eastern Takaful sehingga usia 70 tahun dan dengan syarat mesti sihat, Tempoh penggunaan seperti biasa… bla bla bla…

Dipendekkan cerita.

Sebenarnya dia nak ambil untuk ayahnya. Kini ayahnya ada masalah jantung dan kena buat pintasan. Kos rawatan menelan belanja hampir RM50,000. Sebab tu dia beria-ria nak dapatkan medical card.

Malangnya saya tak dapat nak bantu apa-apa. Di sebabkan itu dia beria-ria minta tolong. Yang tak boleh tahan tu siap kata nak bagi RM5,000 kalau boleh guna medical card. Saya kata jangankan RM5,000, RM20,000 dia nak bagi pun memang saya tetap tak boleh nak tolong. Takaful harus dimiliki semasa sihat dan bukan semasa sakit.

Kesimpulannya

1- Takaful harus dimiliki semasa anda sihat

2- Nilai wang anda sudah tidak bermakna untuk takaful jika masa nak mohon anda sudah sakit (kecuali agent yang tak beretika ambil juga demi keuntungan peribadi)

3- Agent takaful ni bukan seperti plumber yang mana dah bocor bau nak cari.

4-Takaful ni adalah wang anda di saat kecemasan..

Untuk keterangan lanjut berkenaan dengan Medical card Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Agent Jangan pentingkan Komisien….

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan kisah yang sepatutnya  saya rasakan tidak sepatutnya berlaku.. Kesiah kat pelanggan. Tolonglah jangan hanya mengejar komisen kita mengabaikan perkara yang sepatutnya kita ambil berat..

Kisahnya begini..

Pagi tadi seperti biasa saya membuat Cold Call untuk set apoiment, berkongsikan tentang kepentingan takaful. List nama yang di perolehi daripada pelanggan sedia ada. Alhamdulillah diantara panggilan yang saya buat adalah beberapa apoiment yang dapat saya aturkan.

Salah satu daripada apoiment yang dapat meminta saya berjumpa dengannya pada petang ini juga. Lebih suspend beliau meminta saya berjumpa dengannya di salah sebuah hospital pakar di Pasir Gudang. Setelah di selidik serba sedikit beliau ada mengalami masalah berkenaan dengan tuntutan takaful suaminya..

Semasa sampai di sana saya terus ke bilik ICU, Suami orang yang saya call tadi mengalami serangan jantung. Kini sudah 3 hari berada di ICU. Antara keluhan yang di dengar kenapa tidak boleh di tuntut sedangkan beliau ada medical card.

Oleh disebabkan orang tersebut daripada syarikat takaful lain saya  tidak boleh nak komen lebih-lebih.. cuma apa yang saya rasakan tempoh menunggunya sama dengan takaful lain.

Cuma apa yang saya ralat.

1- Pelanggan ini sebelum ini sudah memiliki medical card daripada syarikat takaful lain (dah hampir 3 tahun), Si agent minta suruhnya bertukar kepada syarikat takafulnya.

2- Kenapa tidak dapatkan GL (guaranty letter) terlebih dahulu sebelum minta pelanggan masuk ke wad.

3- Boleh pulak si agent kata pelanggan masuk wad hari sabtu so customer service tutup hari sabtu dan ahad. sebab tu GL lambat (sedangkan di belakang medical card kata 24jam). bila hari isnin baru tahu GL decline. pada waktu itu bil dah mencecah RM10,000.

4- Kata agent medical card ni untuk penyakit lain-lain boleh tetapi untuk jantung hanya boleh dituntut selepas polisi 3 tahun.. (yang ni saya suruh pelanggan refer buku polisi). yang ni saya rasa, serius lawak…

ini antara yang saya ingat..

saya sebagai agent rasa tidak puas hati dengan apa yang di sampaikan.. Cuma apa yang dapat saya bantu pada waktu itu, saya terus call customer services bertanyakan masalah pelanggan ini. Kes ini akan di siasat dam pelanggan harus membuat pembayaran terlebih dahulu.. Claim kemudian. Untuk khidmat claim itu saya overkan diri jika memerlukan khidmat saya, saya sudi menghulurkan bantuan..

Moral dari perkongsian ini jika anda agent terangkan betul-betul berkenaan tempoh penggunaan manakala jika anda pelanggan cuba untuk fahami betul-betul apa manfaat yang anda ambil. Cara terbaik jangan percaya bulat-bulat apa  yang agent kata tetapi bacalah buku takaful anda kerana maklumatnya lebih tepat..

Sekian

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Kenapa Kita perlukan Takaful?

Assalamualaikum..

Pada Hari in saya ingin kongsikan kepada anda kenapa kita perlukan takaful.. Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah sekadar pendapat saya sahaja.

malang tidak berbau.

Kisah ini mungkin boleh kita hayati bersama satu perkongsian benar. Lihat link ni. Bagi saya, sebenarnya seseorang itu ada kalanya tidak faham apakah itu takaful dan tidak memberikan ruang untuk dirinya memahamkan apakah takaful sebenarnya.

sudah ada dan cukup.

Ini mungkin kerana mereka merasakan sudah dilindungi sepenuhnya. (sekadar ada insuran atau takaful) Padahal mereka tidak tahu apakah plan yang mereka ambil. Contoh ini juga saya pernah kongsikan sebelum ini. Lihat link ini.

rasa selamat.

Kebanyakan insan seperti ini adalah yang mana mereka merasakan majikannya telah melakukan yang terbaik untuknya (mungkin memberikan medical card) ataupun mereka ini adalah kakitangan kerajaan. Malangnya mereka tidak pernah ambil pusing adakah jumlah had yang di berikan mencukupi. Ini yang sepatutnya kita ambil tahu. Lihat link ini.

Sekadar renungan..

Hari ini, boleh saya katakan manusia lebih sayangkan hartanya dari dirinya. Ini kerana benda yang tidak bernyawa kita insuran atau takafulkan malangnya untuk diri sendiri tidak. Mana yang lebih berharga untuk kita? Sepatutnya kerajaan mewajibkan insuran/takaful sepertimana ia mewajibkan untuk kenderaan motor.

Untuk keterangan lanjut mengenai takaful. Sila hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Kelemahan Great Eastern Takaful

Assalamualaikum

Satu kisah yang ingin dikongsikan.. Tapi macam biasa nak share cerita ni minta izinla yer

Semalam saya di hubungi oleh seorang sahabat dari kelantan dan dari Syarikat Takaful lain (PRU13, bukan nama sebenar). Begini lebih kurang perbualan saya.

Sahabat:

Man kat tempat aku sekarang ramai betul orang bertukar dan ambil Great Eastern Takaful (GET)

Saya:

Bagusla kalau mcm tu

Sahabat:

Aku nak tanya apakah kelemahan medical card GET ni, Sebab ada seorang cikgu dah ambik dengan GET, dia minta aku bagitahu apakah kelemahan GET dan kenapa dia perlu ambil PRU13.

Saya:

1- Kelemahannya adalah Had tahunan untuk masuk ICU dan ward biasa cuma 180 hari sahaja setahun.
2- Had tahunan dan tahunan dia untuk bilik paling rendah 100 sehari cuma RM60,000 dan RM600,000 setahun
3- Rawatan sebelum kemasukan hospital 60 hari sahaja dan rawatan selepas kemasukan hospital cuma 90 hari sahaja.
4- Tiada cash bonus kalau sihat tetapi dia naikkan had tahunan 10% setiap 3 tahun kalau sihat. Tu pun 5 kali kenaikan sahaja.
5- Co Takaful minimum kena bayar 10% dan maksimum RM500
6- Saipa ambik medical card ni dapat PA percuma(Personal Accident) tapi tak banyakla RM10,000-RM15,000 jer tengok bilik.

cukup tak beb ke nak lagi?

Sahabat:

Gilerlah. NI bukan kelemahan beb, Patutla ramai orang ambik dengan GET. Tak jadila aku nak pancung cikgu tu macam ni. Buat malukan aku jer nanti.

Saya:

Takper sekurangnya ku ada maklumat sebelum nak berjumpa. jangan main tibai jer.

table medical cardkesimpulannya…

Kelemahan itu kadang-kadang menjadi kekuatan. Cara terbaik toksahla nak pancung memancung ni… Amalan yang tak bagus tu.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Medical card Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation