Assalamualaikum semua.
Berakhir sudah syawal meninggalkan kita tapi masih banyak lagi jemputan open house.. Hahaha hanya di Malaysia..
Hari ini saya ingin kongsikan suatu kejadian yang saya rasa patut di jadikan pengajaran untuk kita semua. Ianya sangat penting bagi saya untuk di kongsikan dengan semua..
Beginilah apabila mempunyai ramai pelanggan maka secara automatiknya berbagailah pengalaman yang bakal kita terima.
Kisah ini berlaku kepada pelangan saya. Saya namakan beliau B, dan suaminya C.
B merupakan pelanggan saya yang datangnya daripada referal pelanggan sedia ada. Semasa berjumpa dengan saya B datang bersama suaminya C, dipendekkan cerita B dan C mengambil sijil Great Eastern Takaful dengan saya. ( 24/7/2011). Pada (7/4/2012) B dan C mengambil pula sijil untuk anak pertama beliau D.
Pada (Ogos – 2012) B di masukkan ke hospital kerana doktor mendapati ada ketumbuhan pada rahimnya. Alhamdulillah.. Kos rawatan sebanyak hampir RM6,000 di tanggung oleh Great Eastern Takaful.
Pada (Dis – 2012) B memberitahu saya bahawa beliau ingin mematikan sijil takaful B, C dan D. Saya kata ok cuma saya meminta agar kalau boleh sijil B di teruskan kerana bimbang masalah yang sama berulang kembali. Beliau bertekat hendak mematikannya.
So saya uruskanlah penutupan sijil tersebut pada (Jan- 2013). jauh di sudut hati saya merasakan B, C dan D berhijrah ke sijil takaful lain. Namun apa boleh saya buat mungkin dah di takdirkan rezeki saya hanya sampai di situ sahaja.
Rupa-rupanya apa yang saya bimbangkan dan apa yang saya jangkakan menjadi kenyataan. B sekali lagi di masukkan ke hospital pada (April 2013) komplikasi pada rahimnya. B bukan sahaja tak boleh claim pada Great Eastern Takaful malah B juga tak dapat claim pada sijil takaful barunya. Kos hampir RM5,000 terpaksa di tanggung sendiri.
Nasib baiklah kos cuma RM5,000. Bagaimanakah agaknya jika kos tersebut RM 50,000.
B menyesali tindakan yang kurang bijak telah di lakukannya dan termakan dengan kata-kata new agentnya. Akibatnya dia yang terpaksa tanggung sendiri.
Pada (3/9/2013) B, C dan D ingin bertukar kembali ke Great Eastern Takaful. Jawapan saya, teruskanlah pada polisi yang ada sekarang tak perlu untuk bertukar. Yang penting ianya Takaful..
Salam..
Untuk keterangan lanjut Tentang Great Eastern Takaful
Sila Hubungi saya
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436
salam razman bleh copy & share???
bgus utk makluman semua…
mohon share
silakan minta kerjasama berikan kredit kepada blog saya. tq