bersama orang hebat dalam industri Insuran Dr Rizal Naidu.

Assalamualaikum..

Jika anda berada di dalam industri Insuran pastinya nama Dr Rizal Naidu tidak asing lagi. Dia di gelar mahaguru di dalam insuran. Buku beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Oleh itu tidak mustahil jika buka itu diterjemahkan di dalam 13 bahasa. Bukan sahaja dikenali di Malaysia malah turut di luar Malaysia.

buku power closingIdea beliau sangat menarik dah bersesuaian dengan bangsa kita. Mudah difahami dan ringkas dan padat dengan maknya yang mendalam.

Pada 2/3/2013 saya berkesempatan minum petang bersama insan hebat ini (39 tahun berada di dalam industri). Lebih 3 jam kami berborak, banyak tips yang diturunkan.

Dr Rizal NaiduHehehe bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Untuk dapatkan ilmu tersebut saya boleh kongsikan. In Shaa Allah..

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

Fahami apakah Plan Insuran atau Takaful yang anda ambil

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya Rosazaman dari Great Eastern Takaful ingin kongsikan sesuatu yang saya rasa sangat penting. Ianya berkenaan Plan perlindungan yang kita ambil.

Kebanyakan orang tak ambil kisah perkara ini, asalkan bagi mereka cukup sekadar ada polisi atau certificate  Insuran atau Takaful itu dah kira bagus. Masalah yang berlaku adalah apabila hendak melakukan tuntutan. Pada waktu itu kita gagal mendapatkan sebarang pampasan. Mulalah si waris mengamuk angin satu badan. Ini di sebabkan oleh salah faham berkenaan dengan plan yang si mati ambil.

Berikut adalah contoh tuntutan yang tidak dapat dilakukan sama sekali. Cuba anda teliti gambar ini.

cover besar tu 300,000

Jika di lihat pada pampasan kematian (akibat kemalangan ) sehingga RM300,000. Ramai yang berpendapat adanya plan seperti ini jika berlaku kematian waris akan dapat RM300,000.

Jawapannya YA akan dapat jika kematian disebabkan dengan kemalangan. Tetapi jika selain daripada itu sebarang pampasan tidak akan di perolehi. Sila lihat sijil kematian  di bawah ini.

sijil kematian menyatakan punca kematian akibat penyakit Oleh itu anda kena fahami apakah sebenarnya manfaat yang anda ambil. Jangan terpengaruh semata-mata dengan bayaran yang murah dengan perlindungan yang besar.

Saya berharap perkongsian ini dapat membuka mata anda. Terima kasih.

Untuk keterangan berkenaan plan yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, Anda boleh menghubungi saya di

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-2699436
 

Top Qualifier Quarter 2 2012.

Assalamualaikum dan selamat penghulu segala hari.

Alhamdulillah hari ini semasa morning meeting saya terkejut apabila melihat kepada buku GREAT EASTERN Agent Newsletter jul-sept 2012 Velocity yang di keluarkan pada hujung Feb 2013 ada muka saya..

top qualifierSungguh tidak di sangka-sangka saya merupakan Top Qualifier Recuiter untuk Quater 2 pada tahun 2012. TQ Allah. dan lebih bersyukur semua agent tersebut merupakan QIA (Quality Intriducer Agent)  yang membuat minimum kutipan sumbangan takaful RM12,000).

dapat RM2,000 dari syarikat tu Pastinya tiada yang mustahil jika betul-betul mahu..

Untuk keterangan lanjut mengenai Great Eastern Takaful samaada produk ataupun kerjaya? anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-2699436

Hati-hati dengan medical card yang dah lapes (luput)

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya ingin kongsikan satu kisah yang boleh kita jadikan teladan, Rasanya sekarang ini masih ramai tidak sedar risiko yang bakal mereka terima jika melakukan perkara ini.

Apakah risiko yang saya maksudkan itu?

Mungkin ada di antara kita yag sebelum ini pernah mengambil medical card, tak kisahlah mana-mana syarikat takaful sekalipun.  TETAPI sayangnya medical tersebut sudah tidak boleh digunakan., (sebab dah lapes atauun dah luput sebab kita tidak meneruskan sumbangan takaful). DAN medical card tersebut anda masih simpan di dalam beg duit anda. Mungkin senang kot kalau agent takaful lain datang jer terus tunjuk kad tersebut. Kononnya dah adala… hahhahaha.

Ini berlaku kepada seorang wanita, yang pengsan ketika berjoging di tasik jalan ampang hilir. Orang yang berada di tempat kejadian cuba untuk menghulurkan bantuan. Setelah melihat pada beg duit ada medical card so orang hantar ke hospital yang terdekat. Gleneagles Intan Medical Center.

mdcl card

Pendek cerita, rupa-rupanya medical card yang ada dalam beg duit tu dah lapes 2 tahun lepas. Ambik ko kena bayar bil hampir RM3,000 Warded hanya 2 hari sahaja. Itulah padahnya jika masih simpan medical card yang dah lapes/luput.

Nasihat saya pada yang masih ada simpan medical card yang dah lapes/luput dalam beg duit. Keluarkan jerla.. Toksah nak poyo-poyo.. Buat malukan diri jer nanti..

Renung-renungkan

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436
 

buatkan saya quotation

Peti Besi Suami.. Kau Ada??

 peti besi

Assalamualaikum semua..Penulisan saya kali ini khas saya tujukan kepada kaum ibu/isteri di luar sana. Hari ini di rumah anda ada tak peti besi suami anda. Yang mana diut dimasukkan oleh suami tetapi kunci anda yang memegangnya?

Hahahah Kenapa jadi macam tu?..

Kalau si suami sayang anda adakah dia telah melakukan ini?

SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan : “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Jika tidak. Apakah salahnya jika suami anda ambil satu plan takaful. Cover sekurang- kurangnya setahun punya pendapatan untuk bekalan untuk isteri dan anak.. Kan bijak tu namanya..

Di Great Eastern Takaful ada plan serendah RM25 sebulan.. Takkan tu pun tak mampu (sedangkan rokok RM10 sehari mampu).

Untuk keterangan lanjut tentang plan bolehlah menghubungi saya.

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

 

Sumbangan Takaful lebih besar dari bayar kereta?

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman saya bersama dengan client saya. Saya rasa ianya sangat menarik untuk di kongsikan. Oleh itu saya muatkan dalam blog saya ini untuk perkongsian bersama.

Kisah bermula pada minggu lepas apabila saya melawat client saya yang merupakan seorang cikgu yang demam.

Sebelum itu, cikgu ini telah mengambil plan medical untuk satu keluarga (3 beranak) tetapi hanya mengambil yang basic sahaja (ILP, investment link plan) dengan harga yang paling minimum. RM360 sebulan untuk satu keluarga. Dan dalam masa kurang dari 2 tahun cikgu ini dan anaknya telah menggunakan manfaat ini dengan kos sebanyak hampir RM8,000 (cikgu RM4,000 dan anak RM3,800 (2 kali claim demam))

Disebabkan  beliau dah  menggunakkan manfaat ini baru beliau rasa pentingnya melakukan penambah baikkan. Ini kerana elaun hospital beliau tidak mahu dimasukkan pada masa tersebut dan beliau ingin upgrade kepada bilik yang lebih selesa.

Berikut adalah petikan daripada perbualan saya dengan cikgu tersebut.

Cikgu: Man, kalau nak upgrade plan apa yang ko cadangkan?

Saya: Saya cadangkan upgrade bilik dan masukkan elaun hospital.

Cikgu: Berapa budjet yer.

Saya: Kalau nak cantik dalam RM150 sebulan

Cikgu: Mak ai macam saya punya.

Saya: Tu kalau nak cantikla, sebab banyak manfaat. Kalau cikgu buat masa 2 tahun lepas RM130 dah cukup baik dah.

Cikgu: Man, nak tanya sikit, untuk anak anak man ambik yang mana? (kebetulan saya datang melawat bersama dengan wife dan anak-saya)

Saya: Anak yang kecik ni RM 150 yang dua lagi ni RM130 je.

Cikgu: Man punya berapa? satu keluarga berapa?

Saya: Saya punya RM400, satu keluarga dalam RM 1,200.

Cikgu: Mak ai, Man punya jer dah macam saya punya satu keluarga. Satu keluarga punya dah macam saya bayar civic saya.

Saya: …..Senyum jer….  Mungkin boleh saya beli civic seperti cikgu, Cuma jika apa apa berlaku pada saya dan keluarga tiada apa yang saya boleh buat…

civic

Bagi saya apa yang cikgu buat tu dah cukup okey. Sebab medical yang penting. Tetapi jika ada lebihan blehlah tambah manfaat lain. Contonya, Badal haji, penyakit, jaminan pendapatan, kemalangan dan sebagainya.

Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda untuk merancang.

Salam

buatkan saya quotation

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

malang tak di duga, datang tak kenal usia..

Assalamualaikum,

Hari ini saya dengan wife melawat rakan sekelasnya yang yang baru pulang membawa balik anaknyapulang dari hospital Sultan Ismail Johor. Anaknya yang berusia 5 tahun disahkan mengidap lukemia tahap 4, saya sungguh berasa sedih apabila menurut kata ibunya anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia mengidap penyakit tersebut, malah lebih mengejutkan lagi penyakit tersebut berada di tahap kritikal.

Malah di siang harinya sebelum kejadian anaknya sempat main air di depan rumah dengan rakan-rakannya. Pada malam tersebut anaknya dimasukkan ke ICU. Jiran jiran tertangga turut terkejut dengan kejadian itu.

Kini anaknya yang sebelum ini agak agresif dan aktif menjadi sangat pasif. Malah buat masa ini tidak mampu untuk berjalan. Salur paip di hidung(untuk makanan dah ubat ) terpaksa digunakan.

Anaknya sekarang dalam proses kimo. Dan air tulang belakang sudah diambik sebanyak 3 kali, menurut ibunya perlu ambil dalam 14 kali. Bayangkan penderitaan anak kecil ini. Emaknya terpaksa cuti tanpa gaji. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Marilah kita bersama sama mendoakan kesihatan adik ini, adam namanya. Semoga dia lekas sembuh seperti sediakala. Aminn

p:s/ Ibu saya menginggal dunia kerana penyakit ini semasa saya berusia 5 tahun.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

Pentingnya Takaful.. Kenali risiko anda..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan satu perkhabaran sedih yang telah berlaku kepada sahabat sepengajian saya di UPM, saudara Aizudin kini seorang cikgu atau nama glamornya di KMR (kolej Mohamad Rashid) Skodeng. Semalam beliau terlibat dengan kemalangan, patah rahang.

Beliau tinggal di Bangi dan mengajar di Klang, (lebih kurang 45 minit kalau naik motor, kalau naik kereta lebih lagi). Saya pun terkejut jauhnya perjalanan. Apa yang saya lihat risiko yang yang boleh berlaku terhadapnya agak tinggi. Walaupun dia kata insyaAllah tiada apa sebab dah hampir 3 tahun dia berulang alik.

Yap saya setuju, Tetapi pepatah melayu ada menyebut “Malang Tidak Berbau” Atas kesedaran itu beliau mengambil satu plan dengan saya. Cuma apa yang saya agak terkilan sekarang ni, sebelum ni cover untuk kemalangannya yang saya berikan agak tinggi, tetapi beliau meminta saya menurunkannya kerana ingin mengurangkan sumbangan. Tak banyak pun RM10 jer. Ralat sungguh saya rasa.

Takkisahlah sekurang-kurangnya ada manfaat tersebut walaupun kecil sedikit, janji ada.

din

Marilah kita sama-sama mendoakan kesemburan sahabat kita ini. Amin…

 

 
buatkan saya quotation
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Head Start JB. 2/2/2013 GSM Roslina Abd Majid

Assalamualaikum..

Hari ni Head Start Untuk  Southern Region. Diberikan kepercayaan oleh pihak syarikat untuk mempengurusikan majlis tersebut, Speaker jemputan GSM Roslina Abd Majid, Banyak perkongsian menarik yang diberikan.

Antara tentatif yang menarik pada hari ini adalah Takaful Performance Recognition untuk 2012. Tahniah kepada Ahli An Nur Group yang layak. Yang lebih penting lagi 2 daripada saya punya unit mendapat Champion

rafiDan 1st Runner Up

MasrinieDan yang lebih menarik lagi. Hari ini berlakunya perjanjian dengan TBDU, En Ibrahin agar saya mencapai MDU (Million Dollar Unit).

tanda dealYa Allah Semoga segala yang di rancangkan akan terlaksana..

Aminn

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Agency Manager 100% takaful..

Assalamualikum..

Alhamdulillah… Pada 22/1 baru2 ni saya di Menara Great Eastern minum petang bersama En Ibrahim (orang syarikat) dan GAM En Annuar di level 3 Great Eastern Mall. Tidak ku sangka, kata2 yang keluar dari mulut En Ibrahim,

Kau satu2nya Agency Manager yang naik menggunakan 100% takaful, kalau tak ada 2 orang. Tahniah Kekalkan pencapaian tu.

Tahun ni pastikan buat MDU (million dollar unit). Tahun ni aku akan bawak ko p talk merata. Pandai2la ko bagi masa.

(apa yang di maksudkan 100% takaful adalah saya dah kumpulan saya hanya menggunakan 100% production takaful untuk naik, Tidak menggunakan konvensional atau tambahan production konvensional)

Kata-kata ni membuatkan aku lebih bersemangat. Semoga Allah memberikanku nikmat kesihatan agarku dapat meneruskan perjuangan dalam bidang takaful ini.

talk

Pada malam tersebuat saya membuat perkongsian untuk group meeting di Menara Great Eastern, bagaimana mencapai Agency manager dalam masa 2 tahun, Tips dan Langkah yang perlu diambil.

Untuk anda di luar sana yang ingin menyertai saya di Great Eastern Takaful bolehlah munghubungi saya.

Ketahui dan kenali serta keluarkan potensi diri anda.

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
0192699436

Takaful vs Konvensional..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman sepanjang beberapa minggu ini. Bagi saya ianya satu perkara yang serius dan perlu di ambil berat.

Pada awal tahun ni, saya di hubungi oleh seorang agent meminta quotation daripada saya (dia takder beri tahula agent, saya cek email dia di google)

Bila dah tahu saya pun tanyala, awat usik saya hehehe… Jawapan yang saya dapat. Memang dia sekarang ni agent, cuma dia kecewa kerana agencynya (melayu) main langgar jer suruh jual konvensional. Katanya lagi, leader dia kata client bukan tahu pun kalau kita bagi konvensional. Matlamatnya sama jer, yang penting kita buat sales. Lebih kurang mcm tula bunyinya.. Lebih kecewa lagi dia baru tersedar polisinya satu keluarga yang di ambil dengan leader tersebut di sangkakan takaful rupa-rupanya konvensional. kesedaran itu setelah dia jadi agent, tahu beza logo. Kalau tak jadi agent sampai ke sudah rasanya dia tak tahu.

Oleh sebab mahukan takaful dia matikan polisi konvensionalnya. Tetapi leadernya marah minta untuk di teruskan. Keputusan yang di ambik terus tutup dan terus taknak menjadi agent di agencynya..

Yang kedua ni baru beberapa hari lepas saya jumpa. Pun perkara yang hampir sama. Sahabat lama saya, Dia telah pun lulus exam takaful, PCE dan CHELI dan bersedia untuk menjadi agent takaful. Tetapi kemuskilan yang berlaku apabila agencynya (melayu) turut menyuruh menjual konvensional. Dia dah konfius, ingat masuk kumpulan melayu perkara tu tak berlaku.. lagi-lagi nama kumpulan ala ala arab sikit.

Yang kelakarnya, masa saya jumpa dia, dia kata “Razman, Agency Manager XX XX datang naik Audi, Merc aku ajak join, Ko Agency Manager gak datang naik moto jer”

Jawapan saya  “Aku datang sebab ko yang nak jumpa aku, dan hari ni adakah dengan aku bawa kereta besar ia boleh menentukan kejayaan ko?, Kalau tu tanggapan ko ko silap, sebab semuanya bermula dari dalam diri ko.”

Renungan bersama.

Jika kita ni agent pastikanlah kita memberian produk takaful. Janganlah mengejar keuntungan semata-mata kerana hidup kita bukanlah di dunia sahaja.

Jika kita ni client, pastikan anda memilih takaful sebelum nak sain borang. Kerana takaful itu lebih baik.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Talk kerjaya Takaful di Ipoh 5/2/2013

talkAssalamualaikum.

Alhamdulillah Tanpa di sangka-sangka, diberikan kepercayaan oleh Syarikat untuk memberikan Talk di Branch Ipoh pada 5/2/2013 ini.

Pastikan kita berjumpa di sana.

Untuk sertai Hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Hadiah Misteri.. daftar pada 15 – 31 januari 2013.

hadiah-misteri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah  tirai 2012 berakhir dengan baik, Segala perancangan yang di rencanakan berjalan dengan jayanya. Beberapa pencapaian samaada kecil atau besar dapat saya kecapi bersama rakan-rakan seperjuangan. Antara Pencapaian yang terbaik di perolehi adalah:

  1. Sabai-sabai 3 Qualifier (Trip ke Pataya),
  2. Great Leo Award Qualifier (F1 Great Pro  Smart Leo & F1 Great Pro Crown Leo)
  3. Master Sales Gold Award, (Q1, Q2 & Q3)
  4. Melahirkan agent yang layak ke Trip Jakarta

Dan pencapaian paling terbaik adalah saya melangkah setapak lagi dan kini bergelar Agency Manager.

Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan Allah swt ini, ingin saya kongsikan dengan anda. Dengan itu, saya berbesar hati ingin memberikan hadiah istimewa kepada anda jika mendaftarkan diri di Great Eastern Takaful untuk plan:

  1. i-Great Damai (medical card)
  2. i-Great Iqra (pendidikan & medical card)
  3. i-Great Amal (haji, umrah & Qurban)

Tarikh pendaftaran adalah bermula dari 15 Januari hingga 31 januari 2013.

Untuk keterangan lanjut  anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

buatkan saya quotation

Agent Great Eastern Takaful Diperlukan

gerenti

Assalamualaikum

Saya sedang mencari or sesiapa yang berminat untuk menjadi AGENT GREAT EASTERN TAKAFUL..dibawah pimpinan saya di D&A PRYSMA (Gabungan 6 leader) latihan dan bimbingan disediakan.

Kelebihan dan kemahiran yang kumpulan kami miliki:
Tenaga pengaja terdiri daripada:

1- COT Qualifier
2- MDRT Qualifier
3- Supremacy Qualifier
4- Duta Recruiter
5- Top Agency
6- Top Producer
7- MDA (million dollar agency)

8- Banyak lagilah..

Alhamdulillah 2 daripada ahli kumpulan kami telah naik pangkat ke Group Sales Manager dan Agency Manager pada tahun 2013. Mungkin anda adalah orang seterusnya.

Untuk keretangan lanjut

Sila Hubungi Rosazaman Sarifdin 019-2699436
kawasan KL/Selangor/JB

Goal Setting 2013 My Team

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dan syukur kumpulan semakin membesar, untuk tahun ini goal setting akan dilakukan 2 kali . Tidak seperti tahun lepas yang mana goal setting dilakukan di tengah-tengah (Hotel Seri Malaysia, Melaka)

Pada tahun ini, untuk team Johor dibuat pada 30/12/2012 bertempat di The Zone Hotel, Dan untuk team KL saya akan adakan pada 8/1/2012 bertempat di Menara Great Eastern. Sesi pertama telah selesai, Walaupun letih saya rasa puas kerana setiap rakan-rakan seperjuangan kini mempunyai matlamat yang jelas untuk ditujui.

Untuk tahun ini Tag Line untuk Goal Setting “Realistic to Achieve” dan bertajuk ” Bagaimana ingin mencapai Agency Manager dalam masa 2 tahun”. Tajuk berdasarkan pengalaman sebenar.

IMG_1393

InsyaAllah semoga segala rancangan berjalan seperti apa yang di rancangkan..

Pada anda yang ingin serta team saya. Anda bolehlah menghubungi saya untuk sesi temuduga

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager

019-2699436

kos pembedahan jantung HANYA RM30,000 sahaja..

Assalamualaikum..

Hanya RM30,000? bunyi macam hanya RM30 atau RM300 sahaja.. Yang banyak duit okeyla bagaimana ada mereka yang tiada sumber kewangan yang kuat?

kos bedah jantogAda seorang hamba Allah berkata kepada saya, Takaful ini hanya untuk orang yang kaya dan berkemampuan. tahu apa jawapan saya?

Tidak, takaful ini sebenarnya untuk orang yang kurang berkemampuan, ini disebabkan dia (orang yang ambik takaful tu) Tak mampu nak sediakan wang yang besar jika sesuatu musibah berlaku. Oleh sebab itu dia mula mengumpul secara bulanan di takaful. kerana itu sahaja kemampuannya.

Dan sebenarnya orang yang taknak ambik takaful ni sebenarnya dia berkemampuan dan bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Mungkin dia ada sumber kewangan yang kukuh.

Setuju tak?

Oleh itu. Jika anda rasa anda di ketogori insan yang tak mampu nak sediakan wang yang besar , Takaful adalah pilihan.

buatkan saya quotation

Reality atau Fantasi?? Belia@Diabetes

kencing manisAssalamualaikum..

Orang kata ngan saya insuran/takaful ni untuk orang muda sahaja, sebab murah. Tapi kalau muda-muda dah kena diabetes mintak maafla yer memang tak dapat nak aply..

Jadi bertindaklah awal sebelum terkena…

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin 019-2699436

buatkan saya quotation