







Hari ini dapat surat dari GETB pertukaran servising agent dari direct Company ke GM Sahar.
10 sijil takaful untuk diri sendiri
9 sijil takaful untuk isteri
4 sijil takaful untuk setiap anak ( 5 orang ).
Total 39 sijil yang masih aktif.
Awat bnyak sangat untuk diri sendiri. Ini bukanlah terus buat 10, saya tambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Bermula dengan plan medical card (1), kemudian bila banyak appoiment asyik makan je. Berat Badan pun naik masa tu, Jadi risau tmbah plan untuk cover penyakit kritikal (2). Bila banyak beraktiviti di luar pernah hampir terjatuh, tambah plan kmprehensif kemalangan (3).
Kemudian Getb keluarkan plan haji (amal) kita pun tambah (4). Masa naik pangkat, orang lain sibuk dengan kereta mewah. Saya beli motor Yamaha LC untuk ulang alik jb – kl, tambah lagi plan kmprehensif kemalngan (5). Bila rasa risiko semakin besar dan keluarga makin ramai, tambah pula lagi hibah Mega (6).
Bila tahu selalu berada di jalan raya atas urusan kerja, tambah lgi plan komprehensif kemalangn (7). Getb keluarkan plan hibah murah. Ambil peluang tambah hibah murah lagi (8). Getb keluarkan pula plan penyakit kritikal ci 10. Pun kita ambil (9). Last bila getb keluarkan hibah untuk orang yang dah ada sakit (sebab ada warded) kita ambil juga plan tersebut (10).
Bila saya berpindah ke FWD, saya tidak bawa sekali sijil-sijil ini. Saya teruskan sahaja di GETB kerana setiap pelan ada fungsi dan kelebihan tersendiri.
Di FWD pula, saya buka pelan yang saya belum ada di GETB.
Kadang-kadang pelik juga… ada yang jadi ejen takaful, tapi untuk diri sendiri pun tak nak ambil perlindungan yang mencukupi.
Sedangkan kita sendiri paling tahu betapa pentingnya perlindungan bila risiko datang tanpa jemputan.
Ambil bukan sebab kaya, apatah lagi nak waris jadi kaya. Cuma bersedia kerana takut alpa.