Lagi Keperihatinan isteri terhadap takaful

Assamualaikum semua…

Semalam email diterima lagi meminta quatation.. Datangnya juga dari seorang wanita , meminta quatation untuk suami dan anaknya..

Maka benarlah sesetengah lelaki kurang peka terhadap pentingnya takaful ini.

Renung-renungkan

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation

Hadiah dari suami tercinta untuk isteri dan anak-anak kesayangan.

Assalamualaikum…

Apa khabar anda semua khususnya si suami2 di luar sana. Hari ni saya nak kongsikan satu kisah benar yang boleh dijadikan contoh dan teladan untuk kita semua.. (untuk tidak menyinggung perasaan sesiapa, segala watak telah di tukar namanya)

Ramli, Seorang agent Takaful yang sangat-sangat mencintai pekerjaannya. Matlamat hidupnya sangat murni iaitu ingin memastikan setia orang bumiputra di Malaysia memiliki sekurang kurangnya satu certificated takaful.

Beliau cukup berbangga dengan insan yang ada kesedaran tentang pentingnya takaful ini. Bagi beliau masih ramai lagi rakyat di Malaysia ini kurang pendedahan dan kesedaran terhadap pentingnya takaful. Tugasnya bukan mudah kerana tugas ini kebiasaanya menerima bantahan…

Di pendekkan cerita

Satu hari beliau telah berjumpa dengan satu keluarga yang agak selesa dengan apa yang mereka miliki. Dr Shahrull Azim, Seorang doktor pakar Saraf. Bekerja di hospital swasta ternama dan anggaran pendapatan bersih beliau setiap bulan diantara RM 20K – RM30K.

Setelah menerangkan apa yang sepatutnya kepada keluarga tersebut isterinya Puan Faridah mencelah,

Takperla bang kita ada duit, takyah ambik pun takper. Lagipun abangkan kerja kat hospital. Semua cover, Apa yang kita ada ni pun dah cukup sangat. Masuk takaful ni kalau tak claim rugi jer.

Dr Shahrull Azim tak berkata apa, tetapi Ramli paham sangat apa yang berada di fikiran doktor tersebut. Setelah selesai tugas Ramli dia pun bergegas kerana ada temujanji yang lain.

Keesokkan harinya Ramli dapat panggilan Daripada Dr Shahrull Azim
menyuruh beliau ke ofisnya. Memang betul apa yang Ramli sangkakan Dr Shahrull Azim mengambil plan yang di cadangkan oleh beliau. Agar tidak mengecilkan hati isterinya Dr Shahrull Azim terpaksa mengambil takaful tanpa pengetahuan isterinya. Mungkin itu lebih baik baginya.

Ternyata apa yang diterangkan oleh Ramli memberikan kesan kepada hati Dr Shahrull Azim. Pastinya Dr tahu apa yang lebih baik untuk keluarganya.

Malang tak berbau.. disangkakan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari.

Dr Shahrull Azim terlibat dengan kemalangan maut di MRR2 berhampiran Hotel Flaminggo. Kereta BMW x3 yang dinaikinya dirempuh lori pasir. Dr meninggal di tempat kejadian.

Kehidupan Puan Faridah dan 4 orang anaknya mula berubah sedikit demi sedikit. Nasib baik rumah Banglownya di Kemensah Melawati yang di beli oleh Arwah Dr memiliki MRTA. Kalau tak pasti akan tergadai.

Puan Faridah cuba mempertahan apa yang termampu. Termasuklah kereta Toyota vellfire dan kereta  kesayangan Arwah BMW 6 siries. Sedikit demi sedikit asetnya terpaksa dilepaskan..

Puan Faridah menjadi malu dengan jiran2 sekeliling. Tak sampai setengah tahun pemergian suaminya kehidupan keluarganya telah berubah 360%.

Berita kematian Dr baru di ketahui  oleh Ramli. Itupun setelah dia ke Hospital Pakar tersebut melawat clientnya yang warded. Kebetulan di hospital yang sama Ramli berhajat ingin berjumpa dengan Dr Shahrull Azim. Alangkah terkejutnya beliau bila mendapat tahu yang Dr Shahrull Azim telah meninggal dunia akibat kemalangan.

Tugas Ramli baru bermula.. Ramli Terus ke rumah Puan Faridah uutuk membuat kunjungan serta meminta dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan.

Malu  Puan Faridah bila melihat Ramli, Dia baru sedar dan paham apa yang dimaksudkan oleh Ramli sebelum ini. Tetapi baginya sudah terlambat. Ramli membawa perkhabaran gembira, Meminta segala dokumen yang diperlukan untuk beliau membuat tuntutan. Arwah Dr Ada meninggalkan asset untuk isteri dan anak-anaknya sebanyak RM2,500,000.00.

Puan Faridah sebak takyah cakapla… Tak sangka apa yang telah di buat oleh suaminya….

Nota Razman Get: Sangat penting takaful ni dan Penting juga kita memberitahu orang terdekat yang kita memiliki takaful. Ini akan dapat membantu agen menjalankan tugasnya dengan lebih cepat.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation

Keperihatinan wanita terhadap Takaful/medical card lebih tinggi.

Assalamualaikum semua pengikut setia blog saya..

Alhadulillah kerana kita masih bernafas.. Tajuk post saya kali ini tentang keperihatinan wanita terhadap takaful.

Saya tidak pasti sama ada anda bersetuju dengan saya atau tidak, bagi saya, jawapannya adalah YA.

Ini kerana rata-rata yang menghantar email kepada saya untuk mendapatkan Quotation kepada saya adalah Wanita, dan 70% daripadanya meminta untuk saya buat untuk suaminya dan anak-anaknya.

Bagi saya perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi. Si suami harus lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai suami dan bapa. Alhamdulillah jika anda bukan tergolong didalam golongan ini.

Mungkin… ni mungkin la si suami boleh cari duit jika sebarang musibah berlaku pada anak-anak dan isterinya. Tapi bagaimana jika musibah itu terkena kepadanya yang merupakan tunggak keluarga?

Jadi renung-renungkanlah..

Kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk melakukan perangcangan.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation

Harapan seorang isteri terhadap suami tercinta..

Assalamualaikum…

Satu kisah kehidupan yang mungkin boleh dijadikan contoh dan teladan untuk kita semua.. (semua nama watak telah diubah).

Khairul Azam, seorang jurutera muda merupakan seorang suami dan bapa yang sangat-sangat penyayang terhadap isterinya Zaliah dan sepasang  anaknya Amirul Aiman dan Dania Tanisha.

Disebabkan pendapatan yang diperolehinya mencukupi Khairul Azam sahaja yang bekerja manakala isterinya menumpukan perhatian sepenuhnya pada anak-anak dan kerja-kerja di rumah.

Khairul Azam seorang suami yang romantik dan sering memberikan kejutan kepada isterinya, Isteri mana yang tidak suka dan gembira apabila ada saja kejutan yang dilakukan olehnya.. Senang cerita bahagia lah..

Selain dari itu juga Khairul Azam seorang suami yang bertangunggjawab terhadap isteri dan anak-anaknya, Sebagai seorang suami dan bapa segala kewajipannya ditunaikan dengan baik.

Dipendekkan cerita..

Satu hari seorang suami harapan keluarga yang biasanya pulang kerumah di malam hari tidak pulang seperti biasa. Membuatkan si isteri kegelisahan. Puas menunggu hingga ke pagi hari suaminya masih tidak juga pulang.

Jam 845 pagi, kedengaran suara orang orang memberi salam, Isterinya segera membuka pintu, Alhamdulillah suaminya dalam muka keletihan.. Rupa-rupanya kereta suaminya rosak dan hanphone boleh pulak kena bar masa tu.. so takeh nak bagi tahu.. huhu..

Malang biasanya tidak berbau, selang 2 hari kes yang sama berulang lagi, Suaminya lambat pulang kerumah. Lebih kurang jam 8 pagi dua orang pegawai polis datang kerumahnya untuk memberitahu suaminya terlibat dengan kemalangan maut.

Seorang suami yang dijadikan tempat berteduh dan berlindung telah pergi untuk selamanya. Allah lebih menyayanginya..

Jenazah suaminya dimandikan di hospital Serdang dan di kebumikan di tanah perkuburan Bangi. Semasa di hospital isterinya menerima segala barang-barang milik arwah suaminya, termasuklah dompetya.

Si isteri menelita dompet arwah suaminya dengan sebak dan terjumpa satu bisness card seorang agent Takful. Mengalir air mata si isteri bila terjumpa bisness card tersebut, mungkin ini salah satu kejutan untuknya…

Dipendekkan cerita..

Dengan sejuta harapan, si isteri membuat panggilan pada bisnesscard yang dijumpainya itu.. Jawapan yang diterima olehnya sangat menyakitkan.. Suaminya memang ada berjumpa dengan agent tersebut dan telah pun mengisi borang, malangnya tiada sebarang sumbangan dibuat menyebabkan ianya tidak dapat di proses…

Nota Razman Get: Dengan hanya bercadang belum cukup, sebaliknya sertakanlah dengan tindakan..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation

Good news.. Great Eastern Takaful

Assalamualaikum…

BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) AUTODEBIT FACILITY
As part of our continuous effort to enhance our services, we are pleased to inform that we have another bank as option for Autodebit payment method. With immediate effect, customers now have the option of choosing Bank Simpanan Nasional (BSN) Autodebit facility as payment method for monthly contribution. In order to subscribe to the facility, customer needs to fill in the Bank Simpanan Nasional (BSN) Autodebit form. The forms are available at all GELM branches and BSN branches. Please kindly refer the sample of the form attached. The requirements for BSN Autodebit are as stated below:-

i. Two months advance contributions.
ii. BSN Autodebit forms need to be signed and stamped at any BSN branch.
iii. To submit the original form that has been approved by BSN to GELM Head Office or GELM branches.

We hope that the facility provided from the largest community bank in Malaysia will enable you to expand your business and reach out to more potential customers all over Malaysia. We wish you all the best and should you need further details, please kindly call us at 1-300-13-8338 or email us at i-greatcare@i-great.com.my

Thank you.

Nikmati Kerjamu..

Assalamualaikum…

Sedikit motivasi untuk pagi ini,

Sekiranya kau tidak menyukai kerjamu, kau pasti memerlukan tenaga tiga kali ganda lagi bagi memaksa dirimu bekerja bagi melawan rasa itu, dan akhirnya bekerja.

Sekiranya kau mencintai kerjamu, keinginan menjalankan tugas sama seperti angin yang menolak kapalmu walau bahan bakarnya jauh lebih sedikit.

Sekiranya kau menyukai kerjamu, sebenarnya kau tidak bekerja lagi kerana kerja itu apabila di gemari bukan lagi kerja melainkan nikmat.

Sekiranya kau menikmati kerjamu, kau akan bekerja, dan bekerja tanpa menghitung waktu, kau akan menuai dan menikmati hasilnya nanti…

Setiap orang mempuai rasa minat dan optimis dalam bekerja selama 30 minit sahaja, ada pula hingga tiga jam, malah ada yang sampai 30 hari sahaja. Namun, mereka yang bertahan dengan semangat bekerja selama 30 tahun, tetap terus menuai makna hidup melalui hasil yang mereka nikmati. Semangat dan sifat optimis ini yang kemudian menular mengalahkan virus H1N1.

 Oleh itu cintailah kerjamu…

Rosazaman Sarifdin

i love my job

Hidup ini indah, Inilah tugasku..

“Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama 1 jam, tidurlah sebantar.
Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama sehari, perilah memancing.
Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama sebulan, berkhawinlah.
Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama setahun, warisilah kekayaan.
Dan sekiranya kita inginkan kenahagian SEUMUR HIDUP, maka bantulah orang”

memberikan perkhidmatan takaful adalah salah satu daripadanya..

Gambar di sunting daripada USM Zarina, Great Eastern

Hubungi saya untuk mendapatkan quotation percuma.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Motivasi hari ini

Rahsia kejayaan kita ditentukan oleh jadual kita, sekiranya kita membuat beberapa keputusan penting dan kemudian mengaturkannya dengan baik dalam agenda harian kita (jadual) maka kita akan berjaya..

Pengetahuan diberoleh daripada belajar, Kemahiran daripada latihan..

Tak ada kesenangan sekiranya mengerjakan sesuatu kerja yang sesiapa pun dapat melakukannya. Namun, ada kepuasan yang sangat manis dapat di nikmati sekiranya kita mencapai tujuan yang kita fikirkan dan tak pernah kita capai..

Tidak menyederari apa yang kita inginkan adalah masalah PENGETAHUAN
Tidak mengejar apa yang kita ingin adalah masalah MOTIVASI
Tidak mencapai apa yang kita inginkan adalah masalah KECEKALAN

Kita harus renungkan perkara-perkara yang besar semasa kita melakukan perkara-perkara yang kecil, sehinggakan semua perkara kecil itu menuju kearah yang tepat..

Tak perlu ambil Takaful?.. Jika..

Assalamualaikum…

Simple jer entry kali ni…

Anda tak perlu ambik takaful jika

  1. Duit dalam simpanan anda ada banyak sangat dan cukup untuk anak bini anda hidup sekurang-kurangnya 1 tahun dan lebih.
  2. Anda mengamalkan gaya hidup yang sihat (3x seminggu bersenam, Makan makanan tanpa lemak dan minyak, Tak merokok, tak duduk di kalangan orang2 yang merokok,tak minum air manis dan minum air mineral sekurang-kurangnya 2 liter seharil)
  3. Kenderaan yang anda pandu jenis kebal (adik beradik kereta kebal) atau anda pemandu terlatih.
  4. Anda ni orang MLM, yang mana produk dia hebat, (yang tua boleh jadi muda, Yang merokok boleh nuetralkan, yang kendor jadi tegang dan sebagainya)
  5. Anda ada belajar ilmu kebal  n betapa kat mana2 gua.
  6. Anda masih muda dan takkan tua..(sebab duk makan n suntik kalogen)
  7. Company cover seumur hidup anak bini anda. Apa2 jadi pada anda gaji anda masih dibayar pada anak bini anda.
  8. Anda orang kaya, harta mak bapak 7 keturunan tak habis.
  9. Cukupla kata simple… hehehe

So Renung-renungkanlah…

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Plan Medical Card (perubatan) yang sempurna?

Assalamualaikum..

Sejak Akhir-akhir ini saya banyak berjumpa orang sedang mencari plan perubatan yang terbaik (sempurna) untuk mereka ataupun keluarga mereka. Atas dasar itu medium yang terbaik adalah dengan mendapatkan maklumat menggunakan hujung jari. Ada baiknya anda berjumpa sendiri dengan setiap agen tersebut untuk mendapatkan maklumat (ini kerana ada sesetengan agent takkan berkongsi maklumat di alam maya)

Sunggupun begitu bukan semua maklumat ada dimasukkan di alam maya ini. Justeru itu anda perlu bijak untuk menilai sebelum membuat sebarang keputusan.

Bagi saya tiada plan yang 100% sempurna. Oleh itu pilihlah ia bersadar keperluan anda.

Mungkin perumpamaan ini sesuai digunakan.

Bagi  anda yang telah bekeluarga, adakah pasangan anda 100% sempurna? Sebenarnya bukan kesempurnaan yang di cari tetapi keserasian yang kita mahukan.

Oleh itu cadangan saya.. Anda listkan kelebihan2 kad perubatan yang anda survey untuk ambik serta kelemahannya. Tak salah pun.

Dengan itu anda akan dapat yang TERBAIK dan bukan sempurna.

Selamat mencuba.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Kanser Prostat 1.7 juta kes menjelang 2030.

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
hidayatulakmal@hmetro.com.my

BIASANYA kita sering dipaparkan mengenai kanser yang dikaitkan dengan perempuan, misalnya serviks dan payudara. Begitupun, golongan lelaki jangan terlalu berlapang dada kerana mereka juga berisiko menghidap kanser paling ditakuti iaitu prostat.

Tahukah anda, kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki di seluruh dunia? Pada 2008 saja, 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030.

Perunding Klinikal Onkologi, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Wahid, berkata kanser prostat berlaku apabila sel tumbuh dan berpecah tanpa kawalan. Ada kala sel berkenaan merebak dan menyebabkan kanser di bahagian lain pula.

“Ramai masih mengambil ringan mengenainya kerana berpendapat, jika sakit baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Tidak kurang juga yang menganggap ia hanya menyerang lelaki berusia.

“Sebenarnya, andaian itu salah kerana kanser prostat menyerang lelaki tanpa mengira usia. Tidak kurang juga ada yang tunggu ‘rasa sakit’ baru berjumpa doktor, sedangkan pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa,” katanya ketika melancarkan Jevtana (cabazitaxel) di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurutnya, kanser prostat merebak melalui empat tahap. Ia dikenal pasti di segi saiz tumor, sama ada nod limfa dijangkiti atau tumor berkenaan merebak ke bahagian lain.

“Tahap pertama kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

“Pada tahap kedua pula, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

“Pada tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan kemungkinan besar merebak ke bahagian seminal dan pada tahap keempat, ia merebak ke pelvis (tulang pinggul), nod limfa atau bahagian lain seperti tulang, hati atau paru-paru,” katanya.

Pun begitu, ada rawatan bagi lelaki yang menghidap kanser prostat peringkat metastatik atau barah yang merebak, antaranya terapi hormon, imun terapi, kimoterapi dan radioterapi.

Perunding Klinik Onkologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Marniza Saad, pula berkata meskipun negara Asia mempunyai bilangan lebih rendah berbanding Eropah, tidak bermakna golongan lelaki di negara ini boleh berpeluk tubuh.

“Sesiapa saja boleh menghidap penyakit ini. Paling penting, perlu sentiasa menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,” katanya.

SOALAN LAZIM:

  • Apakah kanser prostat?Kanser prostat adalah ketumbuhan sel tidak normal dalam kelenjar prostat, manakala prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki yang juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.
  • Bagaimanakah kanser prostat terbentuk?Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di kelenjar prostat mengalami perubahan tertentu di luar kawalan. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal dan kemudian ke bahagian badan lain, terutama tulang dan organ tertentu.
  • Apakah yang menyebabkan kanser prostat?Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui hingga kini tetapi sesetengah pengkaji percaya kanser ini disebabkan hormon lelaki, terutama hormon testosteron. Hormon ini mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
  • Apakah simptom kanser ini?> Kerap buang air kecil
    > Aliran kencing lemah
    > Mati pucuk
    > Terdapat darah di dalam air kencing
    > Sakit sewaktu buang air kecil
    > Sukar mengawal rasa buang air kecil
    > Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada
  • Faktor risiko?> Sejarah keluarga
    > Pemakanan
    > Peningkatan usia
    > Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam
  • Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini berbanding Asia
  • Rawatan> Pembedahan dikenali sebagai prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra

    > Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser pada peringkat awal kanser prostat. Kesan daripada rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil, dan saluran uretra menjadi sempit.

Nota Razman Get: Pengalaman daripada salah seorang client saya, bapanya mengidap kanser ini, pada awalnya bapa beliau tidak tahu dia mengidapnya, Bapa beliau kerap membuang air kecil, oleh sebab itu ke hospital kerajaan la jawabnya. Malangnya di hospital kerajaan tak dapat mengesan penyakit tersebut malah  di berikan  ubat tahan kencing. Perkara ini berlarutan hampir 2 tahun. Disebabkan tidak tahan dan mensyaki sesuatu ahli keluarganya membawanya ke hospital pakar dengan kos hampir RM14k. Dalah masa sehari keputusan di perolehi. Malangnya  kanser ini sudah berada di tahap yang serius. Walaupun sempat melakukan pembedahan usia bapa bapa beliau tidak panjang..

Pengajaran yang dia  perolehi, Buatlah persediaan awal, memang sekarang orang akan rasa berat, tapi bila dah sakit walaupun kosnya mahal orang sanggup keluarkan.. adakah anda nak jadi seperti itu?

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Plan termurah Di Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua…

Anda ada kesedaran bagus… tapi tiada kemampuan?.. tu persoalan yang biasa saya terima…

Usah bimbang ada plan yang sesuai untuk anda serendah rm60 sebulan sahaja..

menarik bukan…

nak tahu lebih lanjut kenalah hubungi saya

Boleh masuk untuk cover penyakit lagi…

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Bajet Bijak: Rancang luar duga

Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2012/04/28

Kenali apa itu insurans, kaji kepentingannya

APABILA anda membuat komitmen kewangan seperti membeli rumah melalui pinjaman bank, anda mengunci sebahagian daripada pendapatan masa depan anda bagi pembayaran balik pinjaman berkenaan.

Jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian, kehilangan upaya atau bencana ekonomi (pemberhentian kerja), keupayaan anda untuk memenuhi komitmen kewangan akan terganggu dan kemungkinan besar anda kehilangan aset sedia ada!

Ada satu instrumen kewangan yang boleh didapati untuk melindungi anda daripada kemungkinan berkenaan – ia adalah insurans.

Insurans adalah suatu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Tujuan mendapatkan insurans

Selain menawarkan perlindungan, insurans juga memberikan anda ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi insurans membolehkan anda:

  • Membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian barangan yang dicuri (sekiranya barangan tersebut diinsuranskan).
  • Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga menerima rawatan di hospital.
  • Menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan oleh penyakit kritikal atau kemalangan.
  • Menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya ditakdirkan anda kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia terutamanya jika anda pencari nafkah utama.

    Bagaimana insurans berfungsi?

    Apabila bayaran (lebih dikenali sebagai premium) dibuat kepada syarikat insurans berlesen, syarikat terbabit bertanggungjawab membayar pampasan kepada anda sekiranya anda mengalami kerugian atau kerosakan barangan disebabkan oleh kebakaran, kemalangan atau kecurian.

    Bagaimanapun, insiden ini mesti berlaku dalam tempoh insurans itu berkuat kuasa dan pampasan yang dibayar terhad kepada jumlah yang diinsuranskan.

    Syarikat insurans menjual polisi kepada ribuan orang dan premium yang terkumpul menjadi sebahagian daripada dana bersama. Tidak semua yang menyumbang akan menghadapi nasib malang.

    Jika ada sekali pun, biasanya bukanlah pada masa yang sama, maka dana terbabit akan digunakan untuk membantu mereka yang menyumbang untuk sama-sama berkongsi risiko.

    Industri insurans di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk membantu orang awam mengetahui lebih lanjut mengenai insurans, BNM mengeluarkan beberapa siri buku kecil yang boleh didapati di cawangan syarikat insurans.

    INFO Insurans

  • Jumlah insurans hayat yang perlu dibeli bergantung kepada jumlah wang yang diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup anda serta membayar perbelanjaan apabila anda sakit tenat atau kehilangan upaya disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.
  • Seseorang perunding insurans atau broker mestilah dilesenkan oleh BNM dan adalah ahli anggota Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association.
  • Ejen insurans hayat mestilah dilantik oleh syarikat insurans hayat yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
  • Ejen insurans am pula mestilah dilantik oleh syarikat insurans am yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
  • Apabila membuat tuntutan, pastikan anda mempunyai dokumen lengkap yang diperlukan oleh syarikat insurans supaya proses tuntutan dapat diselesaikan dengan segera.

    ANDA menghadapi masalah kewangan dan ingin mendapatkan nasihat AKPK melalui kolum Bajet Bijak? Sila hantar kemusykilan anda melalui e-mel ke alamat bminggu@bharian.com.my untuk diteliti dan dianalisa kaunselor AKPK. Ulasan AKPK serta soalan anda akan disiarkan di kolum Bajet Bijak