Bajet Bijak: Rancang luar duga

Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2012/04/28

Kenali apa itu insurans, kaji kepentingannya

APABILA anda membuat komitmen kewangan seperti membeli rumah melalui pinjaman bank, anda mengunci sebahagian daripada pendapatan masa depan anda bagi pembayaran balik pinjaman berkenaan.

Jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian, kehilangan upaya atau bencana ekonomi (pemberhentian kerja), keupayaan anda untuk memenuhi komitmen kewangan akan terganggu dan kemungkinan besar anda kehilangan aset sedia ada!

Ada satu instrumen kewangan yang boleh didapati untuk melindungi anda daripada kemungkinan berkenaan – ia adalah insurans.

Insurans adalah suatu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

Tujuan mendapatkan insurans

Selain menawarkan perlindungan, insurans juga memberikan anda ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi insurans membolehkan anda:

  • Membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian barangan yang dicuri (sekiranya barangan tersebut diinsuranskan).
  • Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga menerima rawatan di hospital.
  • Menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan oleh penyakit kritikal atau kemalangan.
  • Menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya ditakdirkan anda kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia terutamanya jika anda pencari nafkah utama.

    Bagaimana insurans berfungsi?

    Apabila bayaran (lebih dikenali sebagai premium) dibuat kepada syarikat insurans berlesen, syarikat terbabit bertanggungjawab membayar pampasan kepada anda sekiranya anda mengalami kerugian atau kerosakan barangan disebabkan oleh kebakaran, kemalangan atau kecurian.

    Bagaimanapun, insiden ini mesti berlaku dalam tempoh insurans itu berkuat kuasa dan pampasan yang dibayar terhad kepada jumlah yang diinsuranskan.

    Syarikat insurans menjual polisi kepada ribuan orang dan premium yang terkumpul menjadi sebahagian daripada dana bersama. Tidak semua yang menyumbang akan menghadapi nasib malang.

    Jika ada sekali pun, biasanya bukanlah pada masa yang sama, maka dana terbabit akan digunakan untuk membantu mereka yang menyumbang untuk sama-sama berkongsi risiko.

    Industri insurans di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk membantu orang awam mengetahui lebih lanjut mengenai insurans, BNM mengeluarkan beberapa siri buku kecil yang boleh didapati di cawangan syarikat insurans.

    INFO Insurans

  • Jumlah insurans hayat yang perlu dibeli bergantung kepada jumlah wang yang diperlukan untuk mengekalkan gaya hidup anda serta membayar perbelanjaan apabila anda sakit tenat atau kehilangan upaya disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.
  • Seseorang perunding insurans atau broker mestilah dilesenkan oleh BNM dan adalah ahli anggota Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association.
  • Ejen insurans hayat mestilah dilantik oleh syarikat insurans hayat yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).
  • Ejen insurans am pula mestilah dilantik oleh syarikat insurans am yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
  • Apabila membuat tuntutan, pastikan anda mempunyai dokumen lengkap yang diperlukan oleh syarikat insurans supaya proses tuntutan dapat diselesaikan dengan segera.

    ANDA menghadapi masalah kewangan dan ingin mendapatkan nasihat AKPK melalui kolum Bajet Bijak? Sila hantar kemusykilan anda melalui e-mel ke alamat bminggu@bharian.com.my untuk diteliti dan dianalisa kaunselor AKPK. Ulasan AKPK serta soalan anda akan disiarkan di kolum Bajet Bijak

This entry was posted in berita, info. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s