Assalamualaikum…
Satu kisah kehidupan yang mungkin boleh dijadikan contoh dan teladan untuk kita semua.. (semua nama watak telah diubah).
Khairul Azam, seorang jurutera muda merupakan seorang suami dan bapa yang sangat-sangat penyayang terhadap isterinya Zaliah dan sepasang anaknya Amirul Aiman dan Dania Tanisha.
Disebabkan pendapatan yang diperolehinya mencukupi Khairul Azam sahaja yang bekerja manakala isterinya menumpukan perhatian sepenuhnya pada anak-anak dan kerja-kerja di rumah.
Khairul Azam seorang suami yang romantik dan sering memberikan kejutan kepada isterinya, Isteri mana yang tidak suka dan gembira apabila ada saja kejutan yang dilakukan olehnya.. Senang cerita bahagia lah..
Selain dari itu juga Khairul Azam seorang suami yang bertangunggjawab terhadap isteri dan anak-anaknya, Sebagai seorang suami dan bapa segala kewajipannya ditunaikan dengan baik.
Dipendekkan cerita..
Satu hari seorang suami harapan keluarga yang biasanya pulang kerumah di malam hari tidak pulang seperti biasa. Membuatkan si isteri kegelisahan. Puas menunggu hingga ke pagi hari suaminya masih tidak juga pulang.
Jam 845 pagi, kedengaran suara orang orang memberi salam, Isterinya segera membuka pintu, Alhamdulillah suaminya dalam muka keletihan.. Rupa-rupanya kereta suaminya rosak dan hanphone boleh pulak kena bar masa tu.. so takeh nak bagi tahu.. huhu..
Malang biasanya tidak berbau, selang 2 hari kes yang sama berulang lagi, Suaminya lambat pulang kerumah. Lebih kurang jam 8 pagi dua orang pegawai polis datang kerumahnya untuk memberitahu suaminya terlibat dengan kemalangan maut.
Seorang suami yang dijadikan tempat berteduh dan berlindung telah pergi untuk selamanya. Allah lebih menyayanginya..
Jenazah suaminya dimandikan di hospital Serdang dan di kebumikan di tanah perkuburan Bangi. Semasa di hospital isterinya menerima segala barang-barang milik arwah suaminya, termasuklah dompetya.
Si isteri menelita dompet arwah suaminya dengan sebak dan terjumpa satu bisness card seorang agent Takful. Mengalir air mata si isteri bila terjumpa bisness card tersebut, mungkin ini salah satu kejutan untuknya…
Dipendekkan cerita..
Dengan sejuta harapan, si isteri membuat panggilan pada bisnesscard yang dijumpainya itu.. Jawapan yang diterima olehnya sangat menyakitkan.. Suaminya memang ada berjumpa dengan agent tersebut dan telah pun mengisi borang, malangnya tiada sebarang sumbangan dibuat menyebabkan ianya tidak dapat di proses…
Nota Razman Get: Dengan hanya bercadang belum cukup, sebaliknya sertakanlah dengan tindakan..
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436