Had RM20,000 adakah cukup?

Assalamualikum..
Sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan dengan anda..
Beberapa hari lepas saya ada ke salah sebuah sekolah di area Bandar Baru Uda untuk bertemu dengan Guru besarnya (wanita).

Antara soalan soalan yang menarik..
Guru Besar: Cikgu -cikgu ada insuran Cuepacs lagi murah jika nak dibandingkan insuran lain.
Jawapan saya: Betul cikgu tetapi RM20,000 cukup ker untuk kos rawatan sekarang?
Guru Besar: Cukupla tu nak banyak macam mana lagi..
Jawapan saya: Cikgu katakan kos rawatan cikgu RM40,000 cikgu terpaksa keluar duit poket cikgu..
Guru Besar: Tu kata orang insuran
Jawapan Saya: Ni contoh cikgu

Guru Besar: Janganla pikir mcm tu…
Jawapan Saya: macam mana taknya cikgu. Kita kena pikir sebab nisbah orang yang kena kenser 4:1 satu angka yang menakutkan cikgu..

Dipendekkan cerita.. Guru Besar tu tak bagi masuk sekolah dia untuk buat talk.. Dia kata untuk dia mahal kalau nak buat sebab dah berusia 58 tahun. Takaful ni untuk yang muda2 sahaja..

Malang nasib cikgu-cikgu kat sana

Salam..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
  3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
  4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.

Sumber

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/status-pampasan-polisi-insurans-konvensional-selepas-kematian-pembeli-polisi

Sertai kami di An- Nur Group Agency

Assalamualaikum pembaca semua..

saya di sini ingin mempelawa anda untuk bersama-sama kami meberikan sinar dan cahaya kehidupan kepada insan di luar sana melalui perancangan kewangan Islam Takaful.

Sebaik-baik manusia adalah yang menbela nasib balu-balu dan anak-anak yatim..

InsyaAllah niat suci ini diberkati..

Hubungi saya Rosazaman Sarifdin  0192699436  untuk keterangan lanjut.

Inilah sebab pentingnya ada medical card

Perkara-perkara yang kita tidak sangka boleh berlaku. Contoh macam kes ini, seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro (7 Mei 2011).

‘Saya bukan penjenayah’

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

KESAL…Hasim luah rasa tidak puas hati kepada wartawan Harian Metro.

KUANTAN: “Saya bukannya penjenayah. Kenapa mereka (pengurusan hospital) mengarahkan tiga pengawal keselamatan berkawal di pintu bilik saya, malah tidak memberi makanan kepada saya,” kata Hasim Halid, 59, yang mendakwa dilarang keluar dari wad sebuah hospital swasta di sini dengan alasan dia gagal menjelaskan baki bil perubatan.

Dia yang bekerja sebagai kontraktor dan tinggal di Jalan Beserah di sini, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 26 April lalu akibat serangan strok dan pulih selepas menerima rawatan.

“Saya sepatutnya sudah boleh keluar dari wad semalam (kelmarin), tetapi dilarang kerana hospital menuntut baki bil rawatan. Sepanjang ditahan di wad (kelmarin), saya tidak diberi rawatan dan makanan dari jam 9 pagi hingga hampir jam 11 malam.

“Malah, mereka bertindak keterlaluan dengan menghantar tiga pengawal keselamatan berjaga di pintu wad saya. Mereka melayan saya seperti orang salah,” katanya di sini, semalam.

Hasim berkata, dia hanya dibenarkan keluar selepas polis dihubunginya datang ke hospital berkenaan.

Situasi di atas boleh dielakkan daripada terjadi sekiranya kita mengambil langkah bijak dengan memiliki medical card yang boleh menampung bil rawatan di hospital pakar.

plan takaful yang komprehensif

Assalamualaikum pembaca semua..(begantung pada usia)

Memperkenalkan 1 plan takaful yang komprehensif, memenuhi keperluan anda.

1-protect income (pencen ilat) manfaat yang dapat dipelolehi jika berlaku TPD disebabkan kemalangan. kita akan mendapat pampasan sehingga kita berusia 70 tahun. untuk manfaat ini anda boleh cover max 500,000x 10%=RM50,000 setahun

2- khairat kematian RM2000 secara percuma. manfaat ini anda akan dapat secara automatik jika anda mengambil plan takaful GE. ini bukanlah Rider

3- elaun hospital. elaun hospital sehari max yang anda boleh mohon adalah RM500 sehari. tetapi kelulusan bergantung pada pekerjaan anda.. manfaat ini anda boleh nikmati sehingga 500hari (120 hari setahun).. jika client masuk hospital (ICU) manfaat ini akan di gandakan.

4-penyakit peringkat awal (satu2nya syarikat takaful yang ada manfaat ini).. manfaat ini anda boleh nikmati apabila penyakit kritikal anda berada serendah tahap 10%.(tahap 1 dan 2)

5- penyakit peringkat akhir. semua syarikat takaful ada manfaat ini. yang mana manfaat ini dapat dinikmati apabila penyakit berada pada tahap 3-4. keistimewaan manfaat ini di takaful GE ianya di cover sehingga anda berusia 99 tahun.

6- kemalangan (conprenensif) manfaat ini akan meningkat sebangak 5% setahun secara percuma sehingga 10 tahun. bermaksud (daripada contoh) pada tahun ke2 manfaat kemalangan RM21,000 dah tahun ke 10 manfaat ini RM30,000. selain daripada itu anda juka boleh claim untuk pesakit luar RM25/1000 ( dari contoh RM25/20,000)=RM500 selain tu manfaat MC juga anda akan peroleh RM150 (MC seminggu)

7- carumam percuma sehingga anda berusia 99 tahun (semua syarikat ada)

8- simpanan (simpanan bergantung pada kelas pekerjaan dan usia anda) contoh yang saya berikan untuk pekerja kelas 1 umur 20 tahun.

9-Tabarru (sum assured)

perbezaan di sini apa yang saya tahu adalah penyakit peringkat awak dan protect income..

plan yang saya berikan ini tidak termasuk dengan kad perubatan pakar.

manfaat yang ada pada medical card Great Eastern takaful Sdn Bhd.

GETSB
1- had tahunan RM60,000 -200,000
2- had seumur hidup RM480,000- 1.6juta
3- room and bord 180 hari
4 -icu 180 hari
5- PA percuma RM10,000-20,000
6- Car Asst Program (towing percuma 60km)
7-Peningkatan dalam had tahunan 10% setiap 3 tahun (tanpa claim)
8- Co takaful (perkongsian bil) min 10% max RM500
9-Pesakit luar RM2,000-4,000
10- elaun hospital kerajaan RM50 sehari (max 120 hari)

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Plan Takaful yang lengkap cuma RM1980 setahun

Assalamualaikum..

Semua manusia mahukan kesempurnaan, begitu juga dengan saya. Tak kirala dari apa aspek sekalipun. Tahukah anda dengan hanya melakukan sumbangan sebanyak RM1,980 setahun (RM165 sebulan) anda boleh memiliki satu certificated yang lengkap.(unur 30 tahun kebawah)

Syaratnya anda mestilah berusia 30 tahun kebawah. berikut adalah contoh yang dapat saya tunjukkan.

Namum begitu usah bimbang jika usia anda telah melebihi daripada 30 tahun anda juga boleh mendapatkan manfaat ini CUMA bayaran tahunan anda tidaklah serendah RM1,980. mungkin lebih jika disebabkan faktur usia dan kelas pekerjaan..

Langkah terbaik bermulah sekarang.

Antara manfaat yang boleh anda dapat di Great Eastern Takaful ini dan saya pasti tiada di takaful yang lain adalah manfaat pendapatan. Manfaat ini anda boleh perolehi max sehingga RM50,000 setahun. Itu pun bergantung pada pendapatan semasa anda.

Selain daripada itu, manfaat penyakit peringkat awal (satu-satunya syarikat takaful yang ada manfaat ini). Manfaat ini anda akan perolehinya apa bila penyakit kritikal anda berada di tahap serendah 10%..

Untuk keterangan lanjut berkenaan plan ini anda bolehlah berhubung secara terus dengan saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

penyakit kritikal peringkat awal

Assalamualaikum pembaca semua..

Tahniah kepada anda semua yang ada kesedaran tentang pentingnya pelindungan Takaful dan telah memiliki perlindungan Takaful. Tak kiralah daripada syarikat mana pun. Tahniah kepada anda sekali lagi.

Di coretan kali ini saya ingin kongsikan kepada anda betapa pentingnya pelindungan penyakit kritikal. Tidak salah rasanya jika saya katakan penyakit zaman sekarang ini bermula daripada apa yang kita makan, bukannya dari keturunan.

Tahukah anda sayur-sayuran yang kita makan terlalu banyak sangat bahan kimia. Semburan racun yang di sembur pada sayuran akan hilang dalam masa 7 hari, Malangnya pengusaha sayur-sayuran mengambil hasil tuaian tidak sampai 2 hari  bagi mengelakkan mereka kerugian. Akibatnya kita yang tanggung.. Nasihatnya.. belilah sayuran yang di makan ulat kerana sayuran itu tidak beracun.. Yang sempurna, ulat pun taknak makan.. Tu yang biasa kita pilih..

sumber:  Norhashim, Pemilik Firtigasihijau Pewaris Bumi Hijau, Sijangkang, Klang.

Tahniah kepada anda jika ada kesedaran ini dengan mengambil pelindungan penyakit kritikal.. Tak kiralah berapa banyak penyakit kritilal yang di lindungi 20 ker, 36 ker mahupun 40 jenis penyakit kritikal sekalipun.

Tahukah anda??

Pelindungan untuk penyakit kritikal di bayar pada waktu bila (tahap1, 2, 3 atau 4)? Ramai pemegang certificate tidak tahu hal ini.  INI SANGAT-SANGAT penting. Kebiasaannya pemegang certificate akan melenting jika tak dapat di lindungi. Agent selalunya tidak menceritakan perkara ini kepada  anda.

p/s:Tolong tanyakan kepada agent anda…

Tahukah anda??

Malangnya.. selagi penyakit anda belum berada pada tahap 4 anda tidak dilindungi. Bagaimana jika penyakit anda berada di tahap 1, 2 atau 3?? apa akan jadi dengan nasib anda??

Contoh: Jika sebelah buah pinggang anda gagal berfungsi anda perlu tunggu sehingga sebelah lagi gagal berfungsi dan dialisis dilakukan barulah manfaat penyakit kritikal ini anda dapat.. menyakitkan hati bukan..

p/s:Tolong tanyakan kepada agent anda…

Mahukah anda??

Jika anda dapat di lindungi untuk penyakit kritikal pada tahap awal? Dilindungi untuk tahap 1, 2 atau 3..

Penyelesaiannya…

Dapatkan sekarang… Hanya Great Eastern Takaful Sdn Bhd sahaja  yang menawarkannya. Plan yang pertama di Malaysia, Pembayaran Penyakit Kritikal  Peringkat Awal di Malaysia..

Hubungi saya segera

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

i-Great Amal. Pakej Haji Dan Umrah dari Great Eastern Takaful

KONSEP TAKAFUL

Takaful merupakan konsep saling bantu-membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan.

Soalan yang Sering Ditanya (FAQ)

  • S: Berapakah umur kemasukan minima dan maksima?
  • J: Umur kemasukan minima ialah 30 hari (umur semasa) dan umur kemasukan maksima ialah 60 tahun (hari jadi berikutnya).
  • S: Berapakah caruman minima?
  • J: Amaun minima bagi pelan ini ialah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Caruman adalah berdasarkan umur, jantina dan status merokok Orang yand Dilindungi.
  • S: Berapakah jumlah perlindungan minima dan maksima?
  • J: Jumlah Perlindungan minima ialah RM10,000 dan jumlah perlindungan maksima adalah tertakluk kepada keputusan pengunderitan.
  • S: Bagaimanakah saya boleh membuat caruman?
  • J: Anda mempunyai fleksibiliti untuk membuat caruman menggunakan GIRO, Arahan Bank dan kad kredit secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan. Cek dan tunai hanya dibenarkan bagi caruman tahunan sahaja.

Untuk keterangan lanjut

hubungi:

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Great Eastern Takaful Medical Card

Assalamualaikum semua..

Disebabkan terkeluarnya artikel tentang beban hutang akibat kos perubatan saya rasa dan seharusnya anda memiliki Medical Card(kad perubatan pakar)

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memiliki Medical Card. Tolong tanyakan kepada diri anda sendiri.

1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kredit kad, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta.

2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya. Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memilikinya, saya bernasib baik jika saya masih sihat. Itupun, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi.

3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya munkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.

Ramai hutang kad kredit, personal loan untuk jelas kos perubatan swasta tinggi. Renungkan…

Penggunaan kad kredit atau personal loan untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Bertindak sekarang.. Dapatkan plan Medical Card serendah RM3.33 sehari sekarang..

https://takafulge.wordpress.com/2011/03/19/semua-anda-punya/

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

Emas naik lagi!!

Assalamualaikum..

Pada hari ini sibuk orang ramai memperkatakan kenaikan Emas di pasaran. Maka sibukla mereka melaburkan wang yang mereka ada dengan mengharapkan pulangan yang berganda.

Tanpa mereka sedari sebenarnya kos rawatan pada setiap tahun juga turut meningkat.. Jika kenaikan Emas anda mengambil tindakan, apakah pula tindakan anda dengan kenaikan kos rawatan ini.?

Adakah anda sudah bersedia?

Berikut adalah kos rawatan pada masa ini..

RM10,000 – RM30,000

  • Heart Attack
  • Poliomyelitis

RM15,000 – RM60,000

  • Coronary Artery Disease

RM30,000 – RM75,000

  • Stroke
  • Paralysis
  • Multiple Sclerosis
  • Alzheimer’s Disease
  • Blindness
  • Loss of Hearing
  • Loss of Speech

RM75,000 – RM120,000

  • Parkinson’s Disease
  • Coma
  • Benign Brain Tumor
  • Chronic Liver Disease
  • Major Head Trauma
  • Brain Surgery
  • Fulminant Viral Hepatitis
  • Motor Neurone Disease
  • Muscular Dystrophy
  • Bacterial Meningitis
  • Apallic Syndrome
  • AIDS due to Blood Transfusion

RM3,000 – RM150,000

  • Cancer

RM150,000 and above

  • Full Blown AIDS
  • Kidney Failure

Melainkan anda mempunyai simpanan tunai di bank yang banyak, maka tidak perlulah anda risau tentang kos rawatan yang perlu ditanggung sekiranya anda dan ahli keluarga tersayang disahkan mengidap salah satu penyakit kritikal yang disenaraikan di atas.

Tetapi orang yang pandai takkan menggunakan wang simpanannya kerana ada pihak lain yang menangungnya.. Dapatkan sekarang Plan perubatan bermula serendah RM3.33 sehari

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

Insuran Takaful vs Insuran Konvesional

Assalamualaikum pembaca semua.

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda perbezaan di antara Insuran Takaful Dan Insuran konvesional.

AWAS!! Ada sesetengah orang atau agen menganggap ianya sama.

Ingin saya tegaskan di sini sebenarnya Insuran Takaful bukan sahaja tidak sama malah terlalu banyak sangat perbezaannya. Berikut adalah perbezaan yang dapat saya kongsikan dengan anda..


Pengertian

Takaful adalah satu perkataan yang berasal daripada perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling jamin-menjamin.’

Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu-membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Ciri-ciri Takaful

  • Sistem Islam
  • Sumbangan Tabarru’
  • Pelaburan halal
  • Majlis Pengawasan Syariah
  • Tiada unsur riba
  • Tiada unsur Maisir (judi)
  • Tiada unsur Gharar (Tidak jelas)
  • Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)

Kelebihan Insurans Takaful

Secara ringkasnya ingin saya simpulkan, Insuran Takaful adalah yang terbaik. Bebas dari unsur-unsur Gharar, Maisyir, dan Riba.

Bagi mereka yang mungkin telah memiliki Insuran Konvensional saya rasa anda perlu berfikir panjang.

Ini kerana

“Dosa riba itu ada 76 pintu, dan pintu yang paling ringan (dosa) umpama berzina dengan ibu sendiri”

“Allah memerangi orang yang terlibat di dalam Riba”

“Dan 1 bahagian Riba dosanya seperti melakukan 36 kali zina.”

Nauzubillah.. Semoga kita di jauhkan daripada perkara sebegini..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

Great Leo Award 2011

Assalamualikum pembaca semua..

Selamat Hari Raya kepada anda semua.. rasanya dah cukup kot bercuti selama 9 hari untuk hari raya ni.. Kini tiba masanya masa untuk bekerja.. Hari ini apa bila saya buka email ada email dari Great Estern.

Bila saya tengok nak kena pakai pakaian yang gempak2 tu yang ponin tu… Nak bersamping ok tak agaknya ek?..

Apa pun tah niah kepada mereka yang layak juga..nanti jumpa anda di genting..

salam

p/s: team2 KL anda juga boleh melakukannya..

Untuk sertai saya sila hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Mengenali plan medical card Great Eastern Takaful

K O N S E P TA K A F U L

Takaful merupakan konsep saling bantu-membantu
berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan
tanggungjawab. Peserta membuat caruman
berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana
yang akan digunakan untuk membantu satu sama
lain semasa kesusahan.

Bagi mendapatkan perkara terbaik dalam hidup, anda perlu kekal sihat. Penyakit, kemalangan dan halangan perubatan yang lain boleh mengganggu perancangan masa depan melainkan anda bersedia daripada segi kewangan.

i-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.

Melindungi Anda Bagi Perbelanjaan Perubatan Yang Mahal

Nikmati had tahunan dan had seumur hidup yang tinggi. Bergantung kepada pelan yang anda pilih, tuntutan perubatan boleh dibayar balik dalam satu jumlah sekali gus sehingga had tahunan sebanyak RM200,000 dan had seumur hidup sebanyak RM1,600,000.

Peroleh Ganjaran dengan Kesihatan yang Baik

Had tahunan anda akan meningkat sebanyak 10% pada akhir setiap 3 tahun sijil jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh 3 tahun – membantu anda menangani kos perubatan yang meningkat.

Perhatikan ilustrasi di bawah…

Johan merupakan lelaki berumur 30 tahun yang memilih pelan i-M100 dengan had tahunan permulaan sebanyak RM60,000 dan had seumur hidup sebanyak RM480,000. Dalam 3 tahun sijil pertama, dia tidak membuat sebarang tuntutan dan had tahunan meningkat sebanyak RM6,000 kepada RM66,000.

Dalam 3 tahun sijil berikutnya, dia membuat 2 tuntutan dan had tahunan kekal sebanyak RM66,000. Dalam 3 tahun sijil berikutnya, tiada tuntutan dibuat dan had tahunan dinaikkan sebanyak RM6,000 kepada RM72,000.

Nota: Jika tuntutan dibuat selepas Pengendali Takaful telah meningkatkan had tahunan sebanyak 10% disebabkan tiada tuntutan dalam tempoh yang dinyatakan, had tahunan tersebut akan dibatalkan setelah tuntutan dibenarkan.

Melindungi Anda Dengan Manfaat Komprehensif 

Urusan kemasukan hospital yang mudah dan perlindungan terhadap pelbagai keadaan perubatan. Beberapa manfaat utama termasuk Rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar. Ia turut melindungi bayaran pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.

Lindungi Orang Tersayang (PA percuma)

Bergantung kepada pelan pilihan anda, orang tersayang akan menerima sehingga RM20,000 jika berlaku kematian akibat kemalangan.

Membantu Pemulihan Anda   

Anda akan menerima Elaun Tunai Harian sebanyak RM50 sehari sehingga 120 hari bagi setiap tahun sijil jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia.

Melindungi Anda Sehingga Umur 80 Tahun

Sesiapa yang berumur antara 30 hari hingga 60 tahun hari jadi berikutnya layak memohon i-Medik Rider dan dilindungi dari segi perubatan sehingga umur 80 tahun hari jadi berikutnya.

Anda Dilindungi Walaupun Berada di Luar Negara

Nikmati perlindungan yang lebih baik semasa dalam perjalanan dengan Supreme Assist – perkhidmatan bantuan perubatan kecemasan dan perjalanan yang boleh dipercayai, di mana sahaja di seluruh dunia.

Untuk keterangan lanjut berkenaan plan Great Eastern Takaful sila hubungi

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Kerja atau Kerjaya.. Mana pilihan anda?

Assalamualaikum semua pembaca..

Mana satukah pilihan anda.. kerja atau kerjaya? Sertailah bersama-sama saya di Takaful Great Eastern.

Bertindak sekarang..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Jika anda ikhlas Rezeki akan datang kemudian..

Assalamualaikum sahabatku sekalian…

Sahabat..

Jangan takut untuk berIMPIAN.

Bermimpilah tentang apa yang ingin anda impikan, pergilah ke tempat-tempat anda ingin pergi. Jadilah seperti yang anda inginkan, kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin anda lakukan. Jangan takut berimpian asalkan ianya di susuli dengan tindakan yang mengarah kepada impian anda itu. Ini kerana  Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

Anda sudah berada di Syarikat  yang betul untuk merealisasikan impian anda. Hanya mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika anda tidak melakukannya dengan terbaik..

Kecemerlangan anda akan terhasil daripada sikap anda yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Hidup ini sebenarnya memerlukan pengorbanan. pengorbanan juga memerlukan perjuangan. perjuangan  memerlukan ketabahan. ketabahan itu memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sahabat..

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal dalam mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi. Cuma perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Jadi fikirkanlah hal-hal yang paling hebat, dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.

Sahabat..

Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Ingat..

Orang yang berkhianat selalu terhina. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya. Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap anda ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Percayalah…

Jangan takut pada penolakanan, Kerana setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat, dan elakkan diri anda daripada bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Mulakan yang baru..

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Salam

Rosazaman

buatkan saya quotation

apa pun tak boleh…apa pun tak boleh..

Assalamualaikum pembaca semua

Hari ni saya memaparkan video movie John Q yang mana mengisahkan betapa pentingnya perlindungan insuran/takaful dan betapa pentingnya memilih syarikat insurans yang telus dan berpengalaman yang bukan hanya mengejar sales… Jangan sign up borang insurans/takaful serta merta dan yang selagi anda tidak tahu apakah manfaat yang dilindungi. yang PALING PENTING waktu bilakah manfaat tersebut boleh anda peroleh. (ini yang jarang agen perjelaskan).

Kami di Great Eastern Life / Takaful sangat menitik beratkan soal ketelusan maklumat untuk pencarum supaya tidak timbul masalah di kemudian hari…. pertontonkan..semoga anda boleh berfikir… bukan jumlah perlindungan yang kita perlukan, persoalannya.. adakah kita benar-benar dilindungi?..fiki-fikirkan lah

buatkan saya quotation

Apakah persediaan anda?

Assalamualaikum pembaca semua..
Adakah anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan terhadap risiko risiko kehidupan? Ada kad perubatan yang anda  miliki cukup menampung kos perubatan anda?

Pastikan anda bukan hanya ada memiliki kad perubatan sebagai syarat sahaja TETAPI had yang anda miliki cukup untuk menampung kos perubatan anda..

Anda  jangan terkejut perkara yang serupa terjadi kepada anda. Dan anda jangan pula tangisinya jika anda sebenarnya memang tidak bersedia melindunginya (mengambil Pelindungan Takaful)

Siapakah yang harus di persalahkan jika berlaku situasi bergini?? Beringatlah sebelum terlambat.. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..

Keadaan mendesak pastinya anda akan melakukan apa sahaja.. Rumah yang menjadi tempat berteduh untuk keluaga anda pun sanggup anda pertaruhkan… mujurlah kalau ada rumah.. kalau tidak agak-agaknya apakah yang anda akan lalukan??? Mugkin merayu di TV3 kot..

penyakit tidak kenal usia dan datang tanpa di undang… jika penyakit sudah jatuh “cinta” dengan anda, anda guling-guling kata tak nak pun dia tetap mahukan anda…

Dan lagi… mana muka mak n ayah… keadaan mendesak macam-macam yang sanggup kita lakukan

Khasnya wanita Melayu.. sedarlah..

Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan risiko-risiko kehidupan… Saya amat menyarankan anda mengambil plan perlindungan Takaful.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Great Eastern Takaful Medical Card

Assalamualaikum..

Dapatkan plan kad perubatan anda sekarang….

keistimawaan kad kami berbanding dengan TAKAFUL yang lain..

1. Hospital Room & Board (R&B)

  • As charge (max 180 day/year, in aggregate with ICU)

2. Intensive Care Unit (ICU)

  • As charge (max 180 day/year, in aggregate with R&B)

3. Initial Overall Annual Limit

  • RM60k to RM200k

4. Overall Lifetime limit

  • RM480k to RM1.6m

5. Increase to the initial Overall Annual Limit

  • RM6k to 20k (if no claim occur within 3 certificate year interval)

6. Accident Death Benefit

  • RM10k to 20k

7. Car Assistance Program

8. Co Takaful

  • 10% co-takaful, up to max RM500

Dapatkan saya maklumat lanjut

Rosazaman Sarifdin

Takaful GE

0192699436


Orang Melayu dengan ilmu “KEBAL”

Assalamualaikum..

Semalam saya telah attend satu seminar di The Zon Hotel, banyak info yang telah saya perolehi antaranya maklumat yang menarik adalah stastik pemegang polisi..

Mungkin  kita masih kurang sedar @ buat-buat tak sedar. untuk pengetahuan anda…

Jepun 600%

Pemegang polisi di Jepun adalah paling tinggi dengan anggaran setiap orang memiliki 6 polisi..

Singapura 138%

Tidak kurang hebatnya kesedaran di kalangan penduduk Singapura kerana setiap orang memiliki polisi..

Malaysia 46%

Tetapi malangnya penduduk Malaysia kurang daripada separuh yang memiliki polisi. Daripada 46% tersebut sebenarnya hanya 19% yang memiliki polisi lebih daripada satu. Ini ber erti hanya 27% sahaja penduduk Malaysia yang memiliki polisi insuran. Dan seramai-ramai orang Melayu hanya 9% yang memiliki polisi.. satu angka yang amat membimbangkan..

Renungan Bersama..

Adakah orang melayu ada ilmu kebal?? Takkan terusik jika terlibat dengan sebarang kemalangan??

Belum masuk dengan penyakit.. Adakah anda pasti yang anda takkan di kunjungi sebarang penyakit?

Renung-renungkanlah..

Rosazaman Bin Sarifdin

Takaful GE

0192699436

Apa yang harus anda lakukan?…

Setelah bertungkus lumus belajar selama 4 tahun di universiti, kini segulung ijazah telah menjadi milik anda. Apakah seterusnya? Ya, mencari kerja. Itulah kitaran biasa kehidupan.Tidak semua graduan bernasib baik dalam mencari kerja idaman dalam masa singkat. Ada yang cepat mendapat kerja dan ada juga yang terpaksa bersabar berbulan-bulan lamanya sebelum dapat memulakan karier. Apabila telah di terima bekerja, apakah perkara2 yang perlu untuk di ambil kira bagi memulakan satu kehidupan baru yang meyakinkan?

1) Tempat tinggal:

Anda mungkin tinggal menyewa atau masih bersama keluarga. Kalau menyewa semestinya bayaran sewa rumah menjadi satu issue yang harus diambil kira selain dari lokasi. Untuk ini, tips yang saya ingin saya beri ialah, seboleh-bolehnya biarlah lokasinya berdekatan dengan tempat kerja. Walaupun mungkin boleh jadi sewa rumah agak sedikit mahal, tapi amat berbaloi untuk emosi dan masa anda. Anda tidak perlu bangun awal dan terkejar ke tempat kerja yang jauh dari rumah. Tak perlu terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk dan yang penting anda tidak membuang masa anda di atas jalan raya yang membosankan untuk jangka waktu yang lama. Anda tidak akan terasa hakikat ini dalam jangka waktu yang singkat akan dalam jangka waktu yang lama anda pasti merasakannya.Routine harian yang sama amat membosankan!!

2) Kenderaan:

Amat penting untuk ke tempat kerja. Bagi yang baru bekerja saya sarankan jika anda ingin membeli kereta pertama biarlah berpatutan dengan pendapatan anda. Melainkan anda telah membuat saving sejak waktu belajar dahulu, anda mungkin ingin memikirkan untuk membeli kereta terpakai (2nd-hand) yang pada saya tidaklah seburuk yang diperkatakan. Kebanyakkan berpendapat, kereta 2nd hand cepat rosaklah, takut kena service selalulah. Sebenarnya tidak begitu. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk kita mengawal financial kita untuk terus survive di peringkat awal memulakan pekerjaan. Di mana rata2 ramai yang gagal berbuat demikian. Kecuali jika anda memulakan pekerjaan dengan gaji 5k.

3)Insurance/Takaful/medical card:

Pada saya perlindungan ini amat penting dan sangat2 perlu dipertimbangkan.Kita akan terdedah kepada bahaya di jalan raya. Selain itu untuk membantu diri kita disaat berlaku masalah kesihatan atau kemalangan mengejut dan kita tidak perlu bimbang mengenai bil-bil rawatan. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini. Mereka memandang takaful atau insurance ini sebagai ‘rugi’ jika tidak digunakan. Pada saya insurance atau takaful ini ada sesuatu pembelian yang unik di mana kita tidak mengharapkan langung untuk menggunakannya. Bermakna, kita sentiasa sihat. Bukankah itu lebih baik daripada penatkan kepala memikirkan kerugian akibat kita tidak melakukan claim? Sesungguhnya takaful itu harus dibeli sewaktu muda di kala sihat. Kita akan nampak faedahnya apabila kita terlibat dalam kemalangan atau apa penyakit kritikal dan masalah kesihatan. Bayangkan anda terlibat dalam kemalangan, kereta anda yang dilindungi insuran dapat dibaiki di bengkel sedangkan anda yang cedera atau parah tidak dapat rawatan segera ‘kelas pertama’ kerana tidak bole memberi jaminan bayanran bil hospital. Semestinya company tempat anda bekerja ada memberi faedah perubatan kepada pekerjanya, namum hanya pada certain amount. Ada yang besar jumlahnya dan ada yang sedikit. Dengan itu, Jadikan perbelanjaan insuran diri sebagai sebahagian dari perbelanjaan bulanan anda. Sayangi diri anda. Pay yourself. Jadi fikir-fikirkan lah.

4)Financial:

Financial di sini bermaksud; ‘income vs expenses’. Berapa banyak yang patut kita berbelanja sebulan adalah bergantung kepada aliran wang masuk dan bukan untuk memenuhi kehendak. Kesimpulannnya, kehendak semasa adalah mengikut kemampuan semasa.Jangan overspend. Kebiasaannya, di awal alam pekerjaan, sumber pendapatan utama adalah duit gaji bulanan itu sendiri. Rata2 bermula denga RM 2500 secara puratanya. Apakah pecahan untuk nilai tersebut? Mari kita congak2. Berikut adalah perbelanjaan biasa yang perlu dipertimbangkan bagi yang baru memulakan pekerjaan:

1) kenderaan : RM500
2) Sewa rumah : RM200
3) Petrol : RM 200
4) Bayaran pelajaran: RM100
5) Bagi Parent : RM 200
6) Insuran/takaful/medic card: RM 170
7) Telco+internet : RM 100
8) Foods : RM 250
9) Leisure : RM 150
10)Tol : RM 80
11) Saving : RM 250
12) investment : RM 150
13) baki/MISC/emergency : RM 150

kesemua expenses di atas adalah secara minimum dan bergantung kepada individu dan keadaan.Mungkin ada yang kurang lebih untuk setiap items yang di nyatakan.Idea di sini adalah untuk menunjukkan dengan nilai RM2500 per month, perbelanjaan adalah ‘tight’ apa akan jadi sekiranya harga kereta lebih mahal , atau sewa rumah melebihi jumlah yang tertera di atas, mungkin juga perbelanjaan petrol bertambah? Jika keadaan ini berlaku, bermakna terdapat perbelanjaan2 lain yang terpaksa dipotong atau dikurangkan dan selalunya saving dan investment lah yang akan menjadi mangsa.

Apa pula keadaannya jika pendapatan bulanan kurang dari RM2500 seperti yang dibincangkan? Semestinya peratusan perbelanjaan terpaksa dikurangkan. Kesimpulannya, kawallah perbelanjaan anda dari awal, jangan banyak buat hutang diawal memulakan pekerjaan, stabilkan kewangan anda dan rancanglah perbelanjaan anda. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukan mengikut suka hati.

Rosazaman Sarifdin

Takaful GE

0192699436