KONSEP TAKAFUL
Takaful merupakan konsep saling bantu-membantu berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan tanggungjawab. Peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain semasa kesusahan.
Soalan yang Sering Ditanya (FAQ)
- S: Berapakah umur kemasukan minima dan maksima?
- J: Umur kemasukan minima ialah 30 hari (umur semasa) dan umur kemasukan maksima ialah 60 tahun (hari jadi berikutnya).
- S: Berapakah caruman minima?
- J: Amaun minima bagi pelan ini ialah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Caruman adalah berdasarkan umur, jantina dan status merokok Orang yand Dilindungi.
- S: Berapakah jumlah perlindungan minima dan maksima?
- J: Jumlah Perlindungan minima ialah RM10,000 dan jumlah perlindungan maksima adalah tertakluk kepada keputusan pengunderitan.
- S: Bagaimanakah saya boleh membuat caruman?
- J: Anda mempunyai fleksibiliti untuk membuat caruman menggunakan GIRO, Arahan Bank dan kad kredit secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan. Cek dan tunai hanya dibenarkan bagi caruman tahunan sahaja.
Untuk keterangan lanjut
hubungi:
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436