Assalamualaikum pembaca semua.
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda perbezaan di antara Insuran Takaful Dan Insuran konvesional.
AWAS!! Ada sesetengah orang atau agen menganggap ianya sama.
Ingin saya tegaskan di sini sebenarnya Insuran Takaful bukan sahaja tidak sama malah terlalu banyak sangat perbezaannya. Berikut adalah perbezaan yang dapat saya kongsikan dengan anda..
Pengertian
Takaful adalah satu perkataan yang berasal daripada perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling jamin-menjamin.’
Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu-membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.
Ciri-ciri Takaful
- Sistem Islam
- Sumbangan Tabarru’
- Pelaburan halal
- Majlis Pengawasan Syariah
- Tiada unsur riba
- Tiada unsur Maisir (judi)
- Tiada unsur Gharar (Tidak jelas)
- Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)
Kelebihan Insurans Takaful
Secara ringkasnya ingin saya simpulkan, Insuran Takaful adalah yang terbaik. Bebas dari unsur-unsur Gharar, Maisyir, dan Riba.
Bagi mereka yang mungkin telah memiliki Insuran Konvensional saya rasa anda perlu berfikir panjang.
Ini kerana
“Dosa riba itu ada 76 pintu, dan pintu yang paling ringan (dosa) umpama berzina dengan ibu sendiri”
“Allah memerangi orang yang terlibat di dalam Riba”
“Dan 1 bahagian Riba dosanya seperti melakukan 36 kali zina.”
Nauzubillah.. Semoga kita di jauhkan daripada perkara sebegini..
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436
bagus….perbezaan yang jelas antara insurans conventional ngan takaful.