Berjaya Bersama Kami, #annurthegreatagency

Alhamdulillah semakin hari kami semakin besar, terima kasih kerana memilih untuk berjaya bersama sama dengan kumpulan kami, #annurthegreatagency

annurthegreatagency

Pada yang berminat untuk menyertai keluarga besar kami, anda bolehlah menghubungi leader kami yang berada di kawasan anda.

Johor
Sahar Sarif 011-17652722/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 014-5168642/ Nur Hayati 012-6224457

Selangor
Sahir Get 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 017-3246025

Syukur Champion 3 bulan berturut turut

Assalamualaikum.

bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya kumpulan kami berjaya mengekalkan kejuaraan untuk 3 bulan berturut2. Terima kasih Rangkaian yang hebat An Nur The Great Agency yang bekerja keras serta saling bekerjasama bagi mengekalkan kejuaraan ini.

maytopmacTahniah juga buat rangkaian Khairul Nizam erana berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Champion untuk Rookie selama 2 bulan berturut turut.

Semoga dengan kejayaan akan menjadi pemangkin kepada kami semua untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Di sempatan ini juga saya ingin mempelawa insan insan di luar saya yang berminat membina kerjaya bersama kami sebagai perunding takaful bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

APA ITU TAKAFUL PENDIDIKAN?

Assalamualaikum..

Ramai diluar sana masih kurang jelas kepentingan dan tujuan mempunyai takaful pendidikan untuk anak.

pendidikan

Tujuan utama takaful pendidikan adalah bagi memastikan anak kita mempunyai simpanan yang cukup atau mencapai jumlah yang disasarkan dalam tempoh tertentu walaupun pencarum ditimpa musibah seperti penyakit kritikal, lumpuh mahu pun di panggil menghadapu Illahi.

Perbezaan dengan menyimpan di bank, simpanan kebiasaan terhenti sekiranya ditimpa musibah dan pasti tidak dapat meneruskan simpanan sekiranya meninggal dunia.

Tempoh perlindunga takaful pendidikan kebiasanya sehingga umur anak mencecah 18 hingga 25 tahun bergantung kepada pilihan pencarum.

Disamping itu, kita juga boleh menambah rider (manfaat) seperti kad perubatan, penyakit kritikal atau elaun hospital dalam takaful pendidikan yang diambil tadi. Namun, pada pandangan saya, adalah lebih baik mengambil perlindungan PERUBATAN berasingan untuk mendapat perlindungan yang optimum dan sehingga umur anak 80 tahun.

“Jangan Cari Alasan Untuk Tidak Berjaya”

Credit to Sahir Sarifdin

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Alhamdulillah Champion Untuk April 2015

Assalamualaikum..

Terima kasih Rakan niaga yang hebat An Nur The Great Agency di atas semangat berpasukan yang tinggi yang telah anda berikan.. Alhamdulillah sekali lagi pada bulan ini kumpulan kita berjaya mengekalkan kejuaraan untuk 2 bulan berturut-turut bari daerah selatan

.top

Semua ini tidak akan di peroleh tanpa usaha dan semangat berpasukan yang kuat..

Tahniah juga buat Khairul Nizam kerana berjaya memperoleh kejuaraan untuk ketogori agen baru bagi daerah selatan. In Sha Allah pada bulan ini kami akan memberikan yang terbaik lagi untuk anda di luar sana..

Di kesempatan ini juga saya mempelawa anda yang berminat untuk berjaya bersama-sama kami sebagai perunding kewangan takaful di Great Eastern Takaful.

Untuk Keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

pilihan di tangan ANDA.

Apakah button yang anda tekan jika anda ingin masuk ke hospital swasta?

11088336_357777764413743_9184452308289024602_n

A. Sendiri tanggung??
Berapakah jumlah simpanan yang ada?adakah ia mencukupi?mengapa perlu guna simpanan sdri andai ada pihak lain yang boleh bayarkan bil anda?

B. Syarikat tanggung?
Berapakah limit yang syarikat anda berikan? Adakah ianya mencukupi?

C. Takaful tanggung??
Walaupun menggunakan takaful Pastikan kredit limit anda cukup ya..jangan pula anda terpaksa keluar hospital kerana medical card anda sudah tidak mempunyai baki.. jadi had tahunan medical card sangat penting. Cek semula kredit limit kad perubatan anda!

medical card terbaik

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Perunding Takaful Anda

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager
0192699436
Whatsapp/sms/pm/call

Great Eastern Takaful Berhad

Takaful / Insuran VS MLM..

Assalamualaikum..

Sebelum saya ingin berkongsi pengalaman hari ini, saya minta kepada yang suka copy and paste pengalaman saya ini, saya mohon agar anda minta izin terlebih dahulu. Tak salahkan..

Kisah hari ini saya rasa kita boleh jadikan teladan. Ambik yang baik buang jauh-jauh yang buruk.

Takaful/Insuran VS MLM (Multi Level Marketing)

Petang tadi dalam jam 6:30 petang saya mendapat penggilan daripada x-client bertanyakan certificate takafulnya yang sudah luput. Bagaimana untuk dihidupkan kembali.. Alhamdulillah.. Mungkin sudah ada kesedaran kembali agaknya.. Rupa – rupanya ada udang di sebalik batu… (baca seterusnya)

x-client saya ini pada mulanya memang tiada masalah melakukan sumbangan takafulnya, setiap bulan akan dipotong melalui autodebit Maybank. Tapi apabila dia menyertai salah satu MLM, pendapatnya mula berubah sedikit demi sedikit. Sehinggakan saya pun hendak di sekolahkannya.. Saya masih teringat apa yang di perkatakan.

x-client: Razman saya nak stop takaful sayalah, saya dah tak boleh nak teruskan,

saya: Boleh, Tapi boleh saya tahu kenapa?

x-client: Saya ambik takaful ni saya rasa mcm mintak saya sakit pulak, mana taknya kalau sakit jer baru boleh guna. Kalau boleh kita taknak sakit, baik kita kawal pemakanan kita. Tingkatkan imiunisasi dalam badan kita. Itu  lebih baik. Penyakit ni bermula dari perut. Bla Bla Bla Bla…..

(keluar jer perkataan imiunisasi saya dah dapat agak benda apa)

saya: Betul tu. Tapi takaful bukan sahaja untuk penyakit, musibah yang kita tak jangka seperti kemalangan pula bagai mana?

x-client: Tu tak per kereta saya ada insuran, boleh claim.

saya: Okaylah kalau mcm tu..

(saya malas dah nak counter.. taknak teruskan takper..)

Berbalik kepada cerita di atas kenapa dia nak hidupkan takafulnya kembali. x-client saya ini masuk hospital semalam rupa-rupanya. Kena batu karang. Patutla beria-ria nak hidupkan balik takafulnya. Sayang sungguh certificate dah luput kalau hidupkan balik sekalipun ianya seperti certificate baru. Nak tanya apa cerita dengan produk yang dia makan pun saya tak sampai hati.. Kawan2 janganla jadi macam ni..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Beza Simpan di Takaful berbanding Simpan di Bank

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk di jadikan rujukan untuk semua. Saya tahu, anda pastinya tahu apakah perbezaan jika kita simpan di takaful berbanding di bank. Sudah tentulah dari segi protection kan? itu merupakan salah satu faktor. Apakah selain daripada itu?

Simpan di bank kita menyimpan  dan baru boleh mencipta matlamat manakala menyimpan di takaful, matlamat dicipta dahulu baru kita menyimpan.

Contoh 1.. Kita ingin membuat tabungan RM50,000 untuk pendidikan anak dalam masa 20 tahun. Jika kita simpan di bank, 200 x 12(setahun) x 20 tahun baru kita dapat kumpul dalam RM50,000. dengan andaian kita kekal sihat. Tetapi di takaful kita terus cipta RM50,000(Tabarru) kemudian baru kita mula menyimpan. Kalau kita kekal sihat pun kita dapat, tak sihat pun tetap dapat.

Dan perkara penting yang ingin saya kongsikan di sini adalah menyimpan di takaful ada cover kepada contributior (penyimpan) atau pemilik, konsep yang hampir sama dengan loan rumah.

Contoh 2.. Jika kita menyimpan di bank, katakan sesuatu musibah berlaku dan menyebabkan kita tidak dapat meneruskan simpanan. Maka matlamat kita akan terhenti setakat itu sahaja. Berbeza dengan takaful simpanan tetap diteruskan selama mana yang kita cover.

Ini adalah salah satu Rider (manfaat) yang terdapat di Great Eastern Takaful. Manfaat ini melindungi Lumpuh dan penyakit kritikal, untuk pembayar turut cover kematian.

Apakah kepentingan  Rider (manfaat) ini?. Baca betul2 yer..

Baru – baru ni saya banyak terjumpa dengan certificated (polisi) yang hanya cover manfaat ini hanya untuk tempoh yang singkat. 15-20 tahun sahaja.

Bayangkan jika anda berusia 35 tahun anda  ambil plan simpanan, medical card n lain-lain manfaat, agent anda hanya cover untuk 20 tahun sahaja untuk manfaat caruman percuma ni. Bermakna pada usia anda 55 tahun manfaat ini anda sudah tidak dapat. Sedangkan selepas usia tersebut anda lebih terdedah kepada penyakit. katakanlah pada usia 56 penyakit kritikal bercinta dengan anda, dan anda pulak dah pencen masa tu. Untuk mendapatkan manfaat yang anda ambik sebelum ni nak tak nak anda tetap kena teruskan pembayaran lah  macam biasa. Memang kesan tu kita tak nampak sekarang.  15 ke 20 tahun bukan satu jangkamasa yang lama. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang anda ambil. Kalau nak menyesal or marah pada waktu tu dah tak guna, Jadi Fahamkan sebaik-baiknya. Jangan percaya bulat bulat, cuba dapatkan maklumat dari sumbar lain juga..

Selamat membaca…

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Pencapaian kami An-Nur Group.. Half Year 2012. Great Eastern Takaful.

Salam ramadan untuk semua..

Julung julung kalinya Great Eastern Takaful buat pengiktrafan untuk setiap region. 2012 Half Year Takaful Performance Recognition dan majlis berbuka puasa di The Zone, JB.

Alhamdulillah An-Nur Group banyak membawa pulang hadiah yang boleh dikatakan Champion untuk setiap katogeri. Ini membuktikan team kami begitu komited terhadap apa yang kami lakukan.

Tiada jalan singkat dan mudah untuk capai ketahap ini, kerjasama dan semangat berpasukan sangatlah di utamakan untuk membentuk sebuah pasukan atau group yang kuat.

Dengan kaedah, stratergi dan bimbingan yang betul, pastinya akan memudahkan kerja serta membuahkan hasilnya.

Industri ini begitu indah bagi kami. sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang berada di dalah industri ini sahaja yang tahu keindahannya..

Ingin bersama-sama dengan kami membina kerjaya anda di Great Eastern Takaful dibawah pimpinan An-Nur Group? anda bolehlah menghubungi kami.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Aku tak mampu nak ambil takaful.. komitment banyak…

Salam Ramadan al mubarak kepada semua..

Malam ni tajuk simple je.. “Aku tak mampu nak ambil takaful.. komitment banyak…”

Seorang Hamba Allah yang saya ketemui jam 1030 malam tadi berkata sedemikian. Katanya komitmentnya banyak, so dia tak boleh nak ambil takaful ni. Ini kerana hanya dia seorang sahaja yang bekerja dan anaknya seramai 5 orang.  Bekerja dengan pukul rata sebulan RM3,000 dan bayaran rumah sebulan RM 850 dan belanja lain dia tak mampu..

Jawapan saya. Anda seharusnya ambil takaful ini sebab sekarang anda boleh kerja, Bagaimana jika dah tak mampu nak kerja (kena penyakit kritikal)? Siapa yang nak menyara anda dan anak bini anda? mungkin orang umah boleh kerja tapi dengan anak 5 orang tu agak2 berapa upah penjaga? dan berapa gaji yang bakal orang umah bawa pulang?.

Bagaimana pula jika terus tak pulang2 balik kerja? (meninggal). Apa akan jadi pada nasib anak bina anda?

Tu hanya sebahagian yang saya kongsikan… ada lagi… hehehe…

Salam..

Group presentation di UiTM Lendu Melaka 20/7/2012 Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah semalam saya bersama partner Ustaq Musyrif Khalil dapat membuat sesi taklimat tentang pentingnya takaful di UiTM Lendu. Sesi bermula jam 10:00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12:00 tengah hari.

Segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan khususnya pada pensyarah-pensyarah muda di sana kerana memberi kami peluang dan ruang untuk kami mengembangkan dakwah Takaful ini.

Perkara yang lebih membanggakan saya semasa sesi taklimat ada seorang penyarah (Puan Mastura) mengatakan GET yang terbaik sedangkan dia memilili Takaful dari syarikat lain. Ini kerana dia pernah di kongsikan dengan plan dari Great Eastern ini, pada masa tersebut dia masih tiada perkerjaan.

Bak kata orang langkah kanan, kami di jamu dengan makanan Poklak (betul kot bunyinya). Almaklumlah esoknya dah nak puasa. Terima kasih sekali lagi pada anda semua.

Balik daripada Melaka kami sempat singgah di Branch Seremban untuk membuat e submission.

Jika anda ingin juga memanggil kami untuk memberikan penerangan tentang pentingnya Takaful di tempat anda, anda bolehlah menghubungi saya untuk temujanji.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Kerjaya di Great Eastern Takaful

Assalamualaikum..

Hari ini saya ungin mempelawa anda semua yang berminat untuk bersama-sama saya di Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

Mari bersama- sama membina kekayayaan bukan sahaja di dunia malah lebih penting kekayaan di akhirat.. InsyaAllah..

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi saya

Kenapa anda perlu sertai saya?

Ini sebabnya KLIK

Saya akan bongkarkan rahsia disebalik keindahan industri takaful ini.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436