Tak Perlu Takaful aku ada ALLAH..

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsikan satu kisah benar. Pengalaman saya sendiri. Tapi sebelum tu saya minta kepada sesiapa yang ingin share cerita ni “copy n paste” ada baiknya mintalah izin.. tak susahkan..

Saya percaya  jika anda merupakan seorang agent takaful, anda pernah menerima jawapan daripada prospek atau kenalan anda, menjawab seperti tajuk hari ini. “Tak Perlu Takaful aku ada ALLAH”.

Mulala sesi berdebat.. (maksud yang nak di sampaikan lebih kurang mcm ni lah)

Kewajiban kita mengenai takdir Allah ini adalah berusaha, berdo’a untuk mencapai yang kita inginkan, lalu bertawakkal, sabar dan redha atas segala hal yang telah Allah tetapkan bagi diri kita.

وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

“…Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mukmin bertawakkal.”
(Qs. Ibrahim: 11)

وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

“…Dan bertawakkallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Qs. Al-Ma’idah: 23)

Banyak orang yang salah anggap memahami hakikat tawakkal. Mereka menganggap bahawa pasrah begitu saja dan (menerima segala sesuatu yang telah ditetapkan) tanpa adanya usaha adalah wujud tawakkal yang benar. Sikap yang demikian keliru. Tawakkal sama sekali tidak menafikan adanya usaha hamba. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada kita untuk berusaha dahulu baru kemudian bertawakkal.

حَدَّثَنَا المُغِيرَةُ بْنُ أَبِي قُرَّةَ السَّدُوسِيُّ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، يَقُولُ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَعْقِلُهَا وَأَتَوَكَّلُ، أَوْ أُطْلِقُهَا وَأَتَوَكَّلُ؟ قَالَ: «اعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ»

Al-Mughirah ibn Abi Qurrah As-Sadusi mengabarkan kepada kami, “Saya mendengar Anas ibn Malik radhiyallahu ‘anhu berkata, “Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah saya ikat (tambatkan) unta itu lalu saya bertawakkal atau saya lepaskan unta itu lalu saya bertawakkal?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berkata, “Ikatlah unta tersebut, lalu bertawakallah.” (HR.Tirmidzi, dan dihasankan oleh Syaikh Albani dalam kitab Takhrij Ahadits Musykilah Al-Faqr wa Kaifa ‘Alajaha Al-Islam )

Bukan apa, al-maklumlah kawan saya ni join kumpulan ngaji, lebih kurang macam tabliq lah. Pendekatan begini saya gunakan, tapi dia tetap dengan pendirian dia. So saya malas nak berkata apa-apa lagi.. NEXT ajer.

Di pendekkan cerita.

Minggu lepas si dia ni minta tolong saya untuk ambil beliau di satu kawasan bengkel, Kereta Exora beliau xcident, boleh tahan gak teruknya. Kos untuk repair mencecah RM6,000.

Hahaha soalan jahat dari saya kepadanya..

Saya: Kenapa ko nak repair biar jerla?

Dia: Giler ko teruk tu.

Saya: Tapi masih boleh jalan kan?

Dia: Memangla,cermin pecah tu, pintu pun tak boleh bukak.

Saya: Banyak duit ko beb. RM6,000 tu?

Dia: Bukan duit aku aku claim insuran la sia2 aku bayar.

Saya: Kalau tak ada insuran , ko ada tak RM6,000 tu?

Dia: Banyak tu.. mana aku nak cekau..

Saya: So ko nampak tak kepentingan insuran/takaful ni?. Kereta ko rosak kelang kabut ko nak elokkan balik. Bagaimana pulak jika diri ko?

Dia: Tu lain man Aku ada Allah…

P/s: buang masa cakap ngan budak ni. hahahah Next untuk kali ke 2.

buatkan saya quotation

Haji muassasah RM9,980. 2012

Assalamualikum..

Satu persoalan untuk anda. jika haji muassasah tahun ini RM9,980, bagaimana dengan 36 tahun akan datang? (jika anda daftar haji muasssasah guna KWSP  or tunai sekarang la, jangkaan pergi tahun 2048).

Adakah subsidi kerjaan mampu untuk menanpung dan tidak meningkatkan harga tersebut?  Bagaimana pula dengan kos penginapan yang meningkat? 36 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Jadi apakah persediaan kita?

Dapat plan simpanan haji umrah dan qurban  i-great Amal  daripada Great Eastern Takaful. Simpanan serendah RM50 sebulan insyaAllah impian anda akan tercapai.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

 

 

 

Awas jerat Hutang, apa persediaan anda?

Assalamualaikum

Suntingan daripada Mohd Hassan Adli Yahaya (hmetro)

DALAM kehidupan dunia yang semakin canggih pada hari ini, segala urusan nampak seperti dipermudahkan. Segalanya berada di depan mata, apa saja yang dihajatkan boleh direalisasikan asalkan berkemampuan.

Namun yang menjadi masalah segelintir anggota masyarakat kita pada hari ini apabila dibebani hutang. Terlalu banyak ‘fasiliti’ disediakan oleh pihak tertentu untuk ‘memudahkan’ kita berhutang.

Tidak kira kereta, rumah, perabot hatta bajet untuk melangsungkan perkahwinan, tentu ada pihak yang ‘sedia’ memberikan perkhidmatan meminjamkan wang. Kerana hutang juga, realiti yang berlaku hari ini apabila kadar kemuflisan semakin meningkat setiap tahun.

Lebih menyedihkan apabila melihat ramai kalangan mereka diisytiharkan muflis adalah golongan muda-mudi. Jika tidak percaya, pergilah ke mahkamah tinggi dan lihat, setiap hari ada kes bankrap didaftarkan.

Jika diukur pada tahap umur, mereka sepatutnya sedang membina asas tapak yang kukuh untuk kehidupan masa hadapan tetapi malangnya, hutang ini memusnahkan sebahagian perancangan masa depan mereka.

Namun, siapa harus dipersalahkan kalau bukan diri sendiri. Ini kerana, faktor yang membawa kepada gejala ‘berhutang’ atas kehendak serta pilihan sendiri.

Paling utama, ia kerana desakan hawa nafsu serta keinginan untuk memiliki sesuatu di luar kemampuan diri. Pantang melihat orang lain ada, hati juga berkobar- kobar untuk turut memiliki benda yang sama.

Orang ada kereta baru, dia juga tidak mahu kalah untuk memiliki kereta baru. Jiran rumah membeli gelang emas baru, dia juga membeli barang kemas hingga ke siku.

Keduanya, pengaruh daripada sahabat atau jiran tetangga sering memberi galakan untuk berhutang. Lebih sukar lagi jika jiran atau sahabat handai itu sendiri adalah ejen kepada sesebuah produk dan setiap hari mempengaruhi kita untuk memiliki sesuatu yang sebenarnya kita tidak perlukan.

Ketiganya, rasa tidak puas dan bersyukur dengan apa yang ada. Kononnya mahu memperbaiki kehidupan dari semasa ke semasa, tetapi terlupa kesan dan akibat daripada berhutang tersebut.

Antara faktor lain yang dilihat turut menyumbang kepada masalah hutang ini ialah keinginan memiliki sesuatu benda dengan cepat walaupun pada hakikatnya, ia di luar kemampuan individu tersebut.

Kerana itu, sebelum merancang untuk memiliki sesuatu yang berada di luar kemampuan, fikirkan dulu adakah barang itu satu keperluan atau kehendak. Jika ia satu keperluan (dharuriyat), maka Islam mengharuskan untuk berhutang.

Sepertimana dinyatakan dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah; berkata seseorang: “Ya Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik? Baginda bersabda, Memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”

Maka berhati-hatilah dan sentiasa berfikir secara bijak sebelum mengambil keputusan untuk ‘berhutang’, terutamanya apabila berhutang dengan pihak yang kini mengamalkan sistem hutang ‘ala Islam’ sedangkan mengamalkan konsep riba.

Menggunakan pelbagai istilah dan konsep Islam hanya untuk mengabui mata masyarakat, padahal hakikatnya, ia tidak lebih daripada sekadar ‘helah’ untuk menarik masyarakat supaya terjebak dalam hutang.

Selain daripada kemungkinan berhadapan dengan tindakan muflis, antara kesan kegagalan untuk melunaskan hutang adalah merasa tidak tenteram. Sentiasa dikunjungi rasa tidak aman, takut dan terancam.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang meminjam dengan ‘along’ atau ‘ceti haram’ kerana bukan mereka saja yang diperhatikan, malah ahli keluarga lain serta harta benda turut menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan mereka.

Antara kesan negatif akibat hutang adalah punca ke arah gejala hidup tidak sihat seperti mencuri, menipu dan sebagainya.

Tentunya orang yang tersepit akan melakukan apa saja untuk melepaskan diri tanpa memikirkan halal dan haram. Apa yang lebih ditakuti adalah fakta ada sesetengah orang sanggup menjual diri, isteri atau anak gadis kepada pemberi pinjaman sebagai langkah penyelesaian kepada hutang yang tidak tertanggung.

Saya juga pernah terdengar tazkirah disampaikan seorang ustaz di dalam radio yang memetik sebuah hadis daripada Rasulullah bermaksud:

“Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hinggalah dia menjelaskan hutangnya.”

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Semua orang yang mati syahid diampuni dosanya kecuali hutangnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasa’I dan Ibn Majjah)

Dalam sebuah kisah, pernah dinyatakan bahawa Rasulullah sendiri tidak akan menyolatkan jenazah orang yang masih dibelenggu hutang. Hadis diriwayatkan Saidina Ali RA bahawasanya apabila didatangkan kepada baginda satu jenazah, baginda tidak bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak.

Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah meminta sahabatnya agar menyembahyangkan jenazah itu atau baginda sendiri yang akan menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang jenazah akan diserahkan atau ditanggung oleh Baitulmal.

Begitu berat tanggungjawab apabila berhutang dengan manusia. Apabila tidak dilunaskan, ia akan menjadi dosa yang tidak terampun sehinggalah si pemberi hutang itu meredakannya. Tidak seperti dosa yang dilakukan kepada Allah terhapus sekiranya seorang hamba itu bertaubat atas dosa dilakukan kepada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seorang hamba itu menghadap Allah nanti selepas dosa-dosa besar yang lain ialah, seorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang masih belum diselesaikan.”

Maka beringat-ingatlah sebelum menurut desakan hawa nafsu yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang telah kita ada

Razman Get: Berhutang pandai maka anda harus juga pandai menguruskan hutang-hutang anda. Ingin tahu caranya anda bolehlah menghubungi saya..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Kerjaya yang Indah di takaful.. Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat kesihatan kepada saya, dengan itu saya dapat menjalankan segala usaha saya ini dengan lancar.

Pada tahun lepas diberikan penganugerahan di genting sebagai Smart Leo F1 dan kelmarin 18/9/2012 diberikan penganugerahan  buat kali kedua oleh Great Eastern sebagai F1 Pro-Crown Leo dan F1 Pro-Smart Leo.

Terima Kasih Allah, dan kepada anda semua yang menyokong saya di dalam industri ini.

Pastinya pencapaian ini bukanlah noktah bahkan ianya merupakan titik permulaan untuk saya melangkh lebih jauh lagi InsyaAllah..

Semua ini tidak akan datang melayang dan bergolek dengan sendirinya jika tidak kena dengan caranya.

Matlamat saya untuk tahun hadapan untuk membawa seberapa ramai yang mungkin qualifier di bawah seliaan saya untuk turut serta mencapai award Great Leo ini.

Oleh itu saya mempelawa anda di luar sana untuk turut serta bersama-sama saya di bawah An-Nur Group sebagai perunding kewangan takaful  mewakili Great Eastern Takaful.

Segala tunjuk ajar dan bimbingan akan saya sediakan

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Takaful / Insuran VS MLM..

Assalamualaikum..

Sebelum saya ingin berkongsi pengalaman hari ini, saya minta kepada yang suka copy and paste pengalaman saya ini, saya mohon agar anda minta izin terlebih dahulu. Tak salahkan..

Kisah hari ini saya rasa kita boleh jadikan teladan. Ambik yang baik buang jauh-jauh yang buruk.

Takaful/Insuran VS MLM (Multi Level Marketing)

Petang tadi dalam jam 6:30 petang saya mendapat penggilan daripada x-client bertanyakan certificate takafulnya yang sudah luput. Bagaimana untuk dihidupkan kembali.. Alhamdulillah.. Mungkin sudah ada kesedaran kembali agaknya.. Rupa – rupanya ada udang di sebalik batu… (baca seterusnya)

x-client saya ini pada mulanya memang tiada masalah melakukan sumbangan takafulnya, setiap bulan akan dipotong melalui autodebit Maybank. Tapi apabila dia menyertai salah satu MLM, pendapatnya mula berubah sedikit demi sedikit. Sehinggakan saya pun hendak di sekolahkannya.. Saya masih teringat apa yang di perkatakan.

x-client: Razman saya nak stop takaful sayalah, saya dah tak boleh nak teruskan,

saya: Boleh, Tapi boleh saya tahu kenapa?

x-client: Saya ambik takaful ni saya rasa mcm mintak saya sakit pulak, mana taknya kalau sakit jer baru boleh guna. Kalau boleh kita taknak sakit, baik kita kawal pemakanan kita. Tingkatkan imiunisasi dalam badan kita. Itu  lebih baik. Penyakit ni bermula dari perut. Bla Bla Bla Bla…..

(keluar jer perkataan imiunisasi saya dah dapat agak benda apa)

saya: Betul tu. Tapi takaful bukan sahaja untuk penyakit, musibah yang kita tak jangka seperti kemalangan pula bagai mana?

x-client: Tu tak per kereta saya ada insuran, boleh claim.

saya: Okaylah kalau mcm tu..

(saya malas dah nak counter.. taknak teruskan takper..)

Berbalik kepada cerita di atas kenapa dia nak hidupkan takafulnya kembali. x-client saya ini masuk hospital semalam rupa-rupanya. Kena batu karang. Patutla beria-ria nak hidupkan balik takafulnya. Sayang sungguh certificate dah luput kalau hidupkan balik sekalipun ianya seperti certificate baru. Nak tanya apa cerita dengan produk yang dia makan pun saya tak sampai hati.. Kawan2 janganla jadi macam ni..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Sayangi Orang terhampir anda…

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsikan pengalaman seorang partner saya Siti Nor Kamalia. Mungkin perkongsian ini boleh kita jadikan ikhbar..

Malang atau musibah sesungguhnya tak boleh diduga dan di jangka.. Apa yang boleh kita buat adalah berusaha minta kepada yang Esa agar ianya di jauhkan dari kita.

Tanpa kita sedari sebenarnya musibah itu penghapus dosa-dosa kecil. Oleh itu janganlah kita mengeluh terhadap segala dugaan tersebut.

Setahu saya orang pertama yang diminta oleh Siti Nor Kamalia untuk saya kongsikan manfaat takaful ini adalah adiknya. Masa itu di Solaris, Mont Kiara. Dua hari sebelum itu adiknya disamun oleh tiga orang india dengan meletakkan parang di leher. Saya kata nasib baik letak jer kat leher.. kalau tarik mcm mana? sambil gelak2. Tu petanda awal jer kata saya.. Pendek cerita adiknya pahamlah.. So setujulah nak ambik.. (baru jer setuju belum on pun lagi polisi).

Selang jer beberapa hari Adik dia boleh pulak xcdent kat jb. Dapatla berkampung kat hospital. Koma 2 hari, Nak marah servis lambat pun tak guna paham2 jerla…

Sian kan…

Bersambung… ada kerja nak kena buat jap

Kami agent takaful bukan seperti plumber..

Assalamualaikum dan salam MERDEKA untuk semua..

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi pengalaman yang baru sahaja diterima sebentar tadi.

Pagi tadi saya di datangi oleh seorang mamy (Makcik Tokey kedai runcit di Pasir Gudang) yang kisahnya pernah saya tulis sebelum ini. Datang menegur saya. Cerita Mamy

Mamy: Man ko ada cerita insuran tak kat Abang ***** (Tokey kedai makan di Pasir Gudang).

Saya: Ada, macam mamy juga la, Dekat 2 tahun saya follow, ada jumpa beberapa kali, tapi macam alasan dia bagi.. (takperluhlah saya cerita alasan dia kat sini).

Mamy: Ko boleh tolong dia tak, adjustkan insuran.

Saya: Kenapa mamy?

Mamy: Anak dia kemalangan teruk semalam, Patah reok tulang dia. Hospital pakar ***** (kat Pasir Gudang) nak RM20,000 kalau nak ambik kes anak dia.

Saya: Kemalangan dengan apa mamy?

Mamy: Dia naik motor, langgar dengan kereta, Abang ***** baru belikan motor baru untuk dia.

Saya: Kenapa tak guna medical card? Abang ***** kata dah ada ambil insuran untuk satu family.

Mamy: Sebab takderla aku mintak tolong ko ni.

Saya: Maaf mamy saya memang tak dapat nak tolong.. Saya ni bukan macam orang repair paip bocor mamy. Bila dah tersumbat atau bocor baru nak cari saya.

Pengajaran Untuk semua.

1- Kita sayang anak kita sanggup berebih duit belikan macam-macam untuknya. Kenapa kita tak sanggup simpankan lebih sikit untuk Takafulnya..

2- Orang kita ni (melayu) bila dah terkena baru menggelupur nak cari Insuran atau Takaful.. kebiasaannya masa itu dah tak boleh nak buat apa2 dah..

3- Mungkin kita bersedia terhadap sebarang kemungkinan, dan wang bukan masalah. kan bagus jika jika berlaku musibah kewangan kita tetap tidak terganggu.

Jadilah orang yang bijak. Bertindak sekarang.. Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation