3 MDA pada 29/3/2024

Assalamualaikum, sekali lagi kami melakar sejarah untuk 2024 di Great Eastern Takaful Berhad apabila berjaya mencapai RM3,000,000 permohonan baru yang pertama bagi tahun 2024. Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa usaha dan kerjasama seluruh kenaga kerja An Nur Group Associates Legasi 1.

Secara tidak langsung juga kita telah mengekalkan permohonan baru RM1,000,000 setiap bulan. Saya yakin dengan usaha yang berterusan ini, sasaran untuk mencapai RM20,000,000 untuk tahun 2024 bukanlah suatu perkara yng mustahil. Kita mampu melakukannya.

Terima kasih juga barisan pengurusan Great Eastern Takaful Berhad yang banyak membantu dan memberikan dorongan kepada kami, dan terima kasih juga buat para pelanggan yang sentiasa menyokong kami. Tanpa anda siapalah kami.

Di kesempatan ini juga saya ingin mempelawa kepada anda yang berminat untuk menjana pendapatan dan berjaya bersama sama kami, menjadi sebahagian daripada keluarga kami di An Nur Group.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut, pastinya banyak insentif menarik menanti anda

1 Million Dollar Agency Terpantas di GETB 2024

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya Agensi kami telah mencapai 1MDA terpantas di Great Eastern Takaful Berhad bagi tahun 2024.

Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa usaha kuat seluruh warga An Nur Group Associates Legasi 1. Anda semua memang hebat. Bukan itu sahaja salah seorang daripada kami juga merupakan 1st qualifier untuk company wide bagi trip ke Bali Indonesia.

Tahniah buat Muhammad Farith Bin Azman atas pencapaian yang sangat membanggakan kami. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.

Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan anda semua. Tanpa anda siapalah kami. Doakan kami An Nur Group Associates agar dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Aminn

Rosazaman

INDAHNYA REZEKI ALLAH

Nampak happy je ya ko buat takaful ni laki bini..

MasyaAllah mahu tak happynya.. banyak perkara yang dapat saya selesaikan dengan industri ini.. lebih lebih lagi tahun ini 2023.

Masih terngiang ngiang lagi di telinga.. kata seorang ust.

Setiap tahun pergi melancong, tukar dan tambah kenderan, tambah rumah, tambah kedai dan macam macam lagi nikmat Allah bagi. Tapi kenapa tak dahulukan apa yang wajib sebagai hamba Allah.

Ini bukan soal MAMPU, tetapi tak benar benar MAHU.

Banyak lagi teguran teguran yang menusuk kalbu. Kalau nak tulis panjang. Satu satu terasa kena pada batang hidung.

MasyaAllah terus tersentuh dan rasa malu dengan diri sendiri. Apa yang telah aku lakukan ini ya Allah. Maafkan aku.

Tahun 2023 berazam dan nekad untuk pergi menunaikan haji menggunakan pakej under Tabung Haji. (Kalau ikut muasasah 2039). Alhamdulillah segalanya dipermudahkan urusan.

Benarlah kata ustaz itu menunaikan haji itu “perniagaan yang tidak akan rugi”. Untuk perniagaan kita sanggup melabur dengan kereta mewah (orang buat sales nak kena ada benda ni konon), rumah ofice cantik. Sekali lagi saya terkena..

Allah boleh bagi, allah juga boleh ambil bila bila masa.

Tak sangka sejak azam untuk pergi haji 2023 sehingga balik rezeki Allah gantikan melimpah ruah dan tidak terjangka. MasyaAllah..

Ni bila jumpa ust tu, dia cakap haji man. Sekarang nak beli kapal terbang pun takper takder siapa nak marah sebab yang wajib dah buat. Tak tahu la tu, nak perli ke apa tu..

P/s Banyak banyak pergi melancong. Saya tetap memilih ke mekah dan madinah adalah yang terbaik. Rindu itu selalu datang.

Alhamdulillah 2 Juta Permohonan baru Lulus pada 2020

Alhamdulillah bersyukur.. walau 2020 penuh dengan dugaan dan cubaan Legasi 1 An Nur Group masih mampu melakukan sesuatu yang luar biasa. Tiada apa yang mustahil sebenarnya jika mempunyai keyakinan dan keazaman InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

Alhamdulillah juga kerana Tahun ini merupakan tahun ke 6 tahun berturut turut saya selaku founder An Nur Group mengekalkan Million Dollar Agency sejak 2015. Pastinya pencapaian ini saya akan dikekalkan lagi pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua para pelanggan yang senantiasa menyokong kami di An Nur Group Khususnya dan di Legasi 1 AMnya, tanpa anda siapalah kami ini.

Terima kasih juga kepada barisan management GETB yang banyak membantu kami terutama Reginal Manager Sothern Region , BDE dan yang lain lain…

Jom Berjaya Bersama Kami

Dalam usia 9 tahun 9 bulan saya di Great Eastern Takaful, Alhamdulillah saya telah berjaya melahirkan 3 orang Direct Group Manager.

Saya sangat sangat percaya dan yakin bahawa kejayaan kita hari ini bukan di nilai daripada apa yang kita dapat miliki, tetapi ianya di nilai daripada apa yang dapat dan mampu kita beri kepada rangkaian kita.Saya ingin mencari dan membimbing lagi

kepada mereka yang sangat sangat berminat untuk membina kerjaya dan berjaya di Great Eastern Takaful Berhad ini. Mungkin anda, Ya ANDA Group Manager saya yang seterusnya..Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin

0192699436An Nur Group

Final Sprint & Q1,Q2 Award Presentation 2020

Tahniah semua 10 pemenang yang datangnya dari Legasi 1 An Nur Group. Anda memang hebat.

Final Sprint dan Q1,2 Award Presentation 2020.

Yang dapat hadir.

Masrinie Salim – Recruiter Q1&2, DG Q1&2

Mohamad Ridzuan Baharuddin – Producer Q2, Agen Q2, Introducer Q2

Mónsieur Nazif – Producer Q2, Agen Q2

Rosazaman Sarifdin – Recruiter Q1&2, DG Q1&2

Tahniah juga Pemenang tetapi tidak dapat hadirkan diri

Muhammad Shafiq Masran – rookie Q1

Muhammad Farhan Awang – introducer Q1

Saidatul Shahridin – introducer Q2

Solehah Jumaat – Introducer Q1&2

Mohd Zulfadhli Ab Rashid – Recruiter Q1

Izyan Syamim Abu Bakar – Rookie Q1

Semoga lebih banyak pemenang dari Legasi1 untuk Q3&4 ini…

#kitaterbaik

#legasi1

#legasi1annurgroup

#annurgroup

AM Sahir Sarifdin

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

sahir

Nama: Sahir Bin Sarifdin

Sertai GETB: 15/09/2014

Insan yang banyak membantu An Nur The Great Agency dengan penambahbaikkan kepada sistem tracking dan sistem quotation. Sistem baru yang dicipta oleh beliau ini banyak membantu dan memudahkan lagi ahli kami untuk menjalankan perniagaan ini.

Insan ini merupakan abang sulong kepada GM Rosazaman Sarifdin, iaitu abang saya. Semasa beliau mula menyatakan hasrat untuk menyertai takaful bersama saya, terus terang saya katakan banyak perkara yang saya fikirkan, antaranya bolehkah dia buat sebab sepanjang saya mengenalinya, beliau seorang yang susah nak bercakap dengan orang. Selain itu yang paling utama, kenapa dia nak buat sedangkan kehidupannya dicemburui oleh adik beradik (senang kata dengan kerjayanya dan apa yang dia miliki). Saya hanya memberikan link exam TBE sahaja kepadanya untuk pendaftaran exam dah daftar baru hubungi saya kembali. Apabila dah daftar beliau menghubungi saya malangnya beliau mendaftar untuk part A dan B. hahahah. bermula dari situlah saya melihat kesungguhannya…

Dipendekkan cerita, berbaki dalam masa 3 bulan setengah saya menyuruhnya melepaskan diri ke tahap pertama (kutipan RM75k individu @ RM50k individu dan RM25 dari kumpulan). Memang bisingla beliau, katanya masa singkat sangat. Alhmdulillah dalam masa yang ada itu beliau berjaya membuat kutipan sebanyak (RM85k individu dan RM15k dari kumpulan) dan pada tahun berikutnya dengan total tahun 1  3 setengah bulan bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2016. Pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM) dan beliau telah berjaya melahirkan serang pemimpin baru di bawah seliaan beliau. Ini membuktikan sistem duplikasi yang kami bawa berkesan dan terbukti. Tahun ini 2018, merupakan tahun terakhir beliau sebelum bergelar GROUP MANAGER iaitu tahap yang  tinggi  yang di impikan oleh semua perunding takaful.

Ingin Jadi seperti kami?

Rosazaman Bin Sarifdin

AM Saharrudin Sarifdin

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

Nama: Saharrudin Bin Sarifdin

Sertai GETB: 8/10/2014

Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 3 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2017 dan pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM). Satu tahap yang di impikan oleh semua perunding takaful.

Dengan sistem yang ada pada agensi, kami yakin akan melahirkan lebih ramai lagi pengurus di bawah An Nur The Great Agency. Mungkin anda pengurus seterusnya yang kami cari.

Rosazaman Bin Sarifdin

Final Sprint 2017 GE Champion

Assalamualaikum, alhamdulillah semalam Selesai tugas berkongsi untuk team GE Champion, terima ksih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Rasanya ini merupakan kali kedua berkongsi untuk kumpulan India.


Saya gembira melihat insan insan yang dahagakan kejayaan, Begitu juga saya yang sentiasa belajar dan terus belajar untuk terus maju kehadapan. Semoga segala tips dan idea yang saya berikan kepada anda dapat memberi manfaat dan dapat membantu anda mencapai misi anda pada tahun ini..

Salam

Dalam Takaful Hubungan kami bertambah kuat.

Assalamualaikum

Dalam sesuatu bidang yang kita lakukan terutama perniagaan, mengajak adik beradiklah adalah yang paling sukar.


Tapi Alhamdulilah..kami telah buktikan..melalui perniagaan Takaful ini kami lebih rapat dan bersama-sama mencipta kejayaan disini.

Dalam usia tidak sampai 6 Tahun (saya menyertai pada 5/4/2011) di Takaful satu pencapaian yang agak membanggakan yang kami telah cipta.

Rosazaman Bin Saifdin – GAM (4 thn 9bln)

Sahir Bin Sarifdin – AM (1 thn 3bln)

Saharrudin Bin Saridin – AM (2 thn 2bln)

Roselanyus Bin Sarifdin – Masih berusaha 1st year AM tahun ini.

Ada lagi 4 beradik yang belum menyertai kami. Ini kerana tiada paksaan malah kami menunjukkan potensi industri ini dengan pencapaian kami. Konsep kami mudah yang akan di bawah sekali. Hihihi

Kami yakin dengan sistem yang kami ada kami mampu untuk membina kejayaan bersama. Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang keindahan industri ini.

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager
#berjayabersama

#getb

#takaful

1 st Qualifier Southern Bandung contest

Assalamualaikum,

Alhamdulilah dan tahniah Nurul Ain Zulkafli kerana menjadi 1st qualifier southern bagi bandung contest. Tidak lupa juga tahniah kepada Agency Manager beliau Siti Norkamalia Khalil kerana berjaya melahirkan insan hebat.


Semoga lebih ramai lagi yang akan menyusul jejak langkah anda.

Terus fokus untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Jom sertai keluarga besar kami

An Nur The Great Agency

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager

Berjaya Bersama Kami, #annurthegreatagency

Alhamdulillah semakin hari kami semakin besar, terima kasih kerana memilih untuk berjaya bersama sama dengan kumpulan kami, #annurthegreatagency

annurthegreatagency

Pada yang berminat untuk menyertai keluarga besar kami, anda bolehlah menghubungi leader kami yang berada di kawasan anda.

Johor
Sahar Sarif 011-17652722/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 014-5168642/ Nur Hayati 012-6224457

Selangor
Sahir Get 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 017-3246025

Alhamdulillah Champion Untuk April 2015

Assalamualaikum..

Terima kasih Rakan niaga yang hebat An Nur The Great Agency di atas semangat berpasukan yang tinggi yang telah anda berikan.. Alhamdulillah sekali lagi pada bulan ini kumpulan kita berjaya mengekalkan kejuaraan untuk 2 bulan berturut-turut bari daerah selatan

.top

Semua ini tidak akan di peroleh tanpa usaha dan semangat berpasukan yang kuat..

Tahniah juga buat Khairul Nizam kerana berjaya memperoleh kejuaraan untuk ketogori agen baru bagi daerah selatan. In Sha Allah pada bulan ini kami akan memberikan yang terbaik lagi untuk anda di luar sana..

Di kesempatan ini juga saya mempelawa anda yang berminat untuk berjaya bersama-sama kami sebagai perunding kewangan takaful di Great Eastern Takaful.

Untuk Keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

Speaker jemputan cawangan Kuantan

Assalamualaikum.. Syukur atas kurniaan illahi. Sekali lagi di berikan kepercayaan  oleh Great Eastern Takaful Berhad. Kali ini saya perlu berkongsi pengalaman dan teknik teknik yang saya gunakan dalam mempromosikan Great Eastern Takaful Berhad image In Sya Allah segala ilmu yang ada ini akan di kongsikan untuk warga Kuantan dan sekitarnya. Semoga ilmu yang di berikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Semoga Kita semua lebih berjaya lagi di dalam industri ini amnya dan di Great Eastern Takaful Berhad khususnya.. Untuk keterangan lanjut. Anda bolehlah berhubung secara terus dengan saya di talian

Rosazaman Sarifdin
Founder
An NUr The Great Agency
0192699436
images

award

Penghargaan dari pada syarikat Great Eastern Takaful lagi..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T Kerana limpah dan kurnianya diberikan nikmat sedemikian rupa. Sekali Lagi Diberikan kepercayaan oleh Great Eastern Takaful untuk berkongsi di central region 1.

Apa yang bezanya kali ini, saya perlu bengkongsi dengan barisan pemimpin pemimpin yang hebat di Great Eastern Takaful dan bakal bakal pemimpin. Walaupun agak gemuruh, saya akan cuba memberikan yang terbaik.

leader meetingPastikan kita berjumpa pada 23/3/2015 ini. saya akan bongkar teknik dah rahsia yang saya gunakan..

Temui saya Di Great Eastern Takaful HQ ya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

Rahsia membina kerjaya di takaful TERBONGKAR.

Assalamualaikum.
Hari ini sangat sangat teruja dengan pencapaian setakat ini. Alhamdulillah tahun ini akan berusaha lebih keras lagi untuk membantu anak bangsa di luar sana membina kerjaya sebagai perunding takaful khususnya di GREAT EASTERN TAKAFUL.

Terima kasih.

GREAT EASTERN TAKAFUL dan  management team sangat sangat membantu kami semua. Saya ingin kongsikan peluang ini kepada anda semua.

image

Ini barisan final year Unit Manager yang akan beraksi pada tahun ini untuk ke tahap lebih tinggi iaitu Group Manager bagi kawasan selatan.

Apa bezanya saya?

Apa yang paling saya banggakan saya merupakan insan yang paling muda bukan sahaja pada usia malah masih muda di dalam industri ini. Untuk pengetahun anda pada 5hb 4 ini barulah saya genap 4 tahun di GREAT EASTERN TAKAFUL.

image

Kalau saya boleh mengapa tidak anda. Apa bezanya saya dengan anda.? Tolong jangan beralasan dengan saya..kerana alasan tiada di dalam kamus hidup saya.

Terlalu banyak sangat perkara yang telah berlaku dan merubah kehidupan saya..

Saya akan bongkarkan rahsianya..

Jumpa saya untuk keterngn lanjut. JANGAN BERTANGGUH..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Great Eastern Takaful Leader convention 2015

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dipilih menyertai leader konvention Great Eastern Takaful 2015 di Lexis, Port Dickson.

image

Banyak perkara baru diberikan di sini. Sangat sangat gembira. Terima kasih Great Eastern Takaful atas majlis  yang sangat gempak ini.

image

Rasa sangat bertuah berada di dalam syarikat Great Eastern Takaful  ini. Pastinya saya akan melahirkan lebih ramai lagi pemimpin. Jom sertai keluarga besar kami. Banyak insentif yang syarikat berikan khusus untuk anda.

Jangan bertangguh dan bertindaklah sekarang.

image

Hubungi saya untuk keterangan  lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

sedihya aku rasa..

Assalamualaikum..

Hari ini saya rasa sangat sedih dengan segelintir sikap sesetengah perunding takaful. Mungkin bukan rezeki saya, pelanggan yang telah membuat sumbangan selama 2 tahun telah di sailang. Lebih sedih lagi kalau maklumat yang di berikan itu betul saya tak kisahla juga. Masalahnya jauh meleset sama sekali.

1. Menurut perunding takaful tersebut di Malaysia ini hanya ada 3 sahaja pengendali takaful iaitu TM, TI dan ET. Yang lain-lain bukan takaful.. yang ni saya rasa tak boleh blah. Ni maklumat dari bank Negara Malaysia list pengendali takaful di Malaysia.

Takaful Operators
No.  Name  Ownership
1 AIA PUBLIC Takaful Bhd F
2 AmMetLife Takaful Berhad L
3 Etiqa Takaful Berhad L
4 Great Eastern Takaful Berhad F
5 HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad L
6 Hong Leong MSIG Takaful Berhad L
7 MAA Takaful Berhad L
8 Prudential BSN Takaful Berhad L
9 Sun Life Malaysia Takaful Berhad L
10 Syarikat Takaful Malaysia Berhad L
11 Takaful Ikhlas Berhad L

sumber http://www.bnm.gov.my/

Last Updated Date : 22 August 2014

2. Plan perlindungan takaful beliau lagi murah dengan RM 70 Setahun beliau mendapat perlindungan sehingga RM 100,000. Setelah melihat kepada web pengendali takaful tersebut ini maklumat yang saya perolehi. Plan takaful yang di maksudkan adalah PA (personal accident) dan bukan life polisi.(takaful hayat)

Personal Accident

RM 70 setahun jumlah perlindungan yang saya lihat hanya RM 50,000 bukan RM 100,000 seperti yang di perkatakan.. Tak kisahla cuma apa yang ingin saya kongsikan pampasan ini (kematian/lumpuh) hanya di bayar jika terlibat dengan kemalangan. selain daripada itu tiada sebarang pampasan akan di buat. Sila rujuk kisah saya sebelum ini

https://razmanget.com/2013/03/03/fahami-apakah-plan-insuran-atau-takaful-yang-anda-ambil/

3. Plan Takaful yang ditawar adalah plan haji beserta dengan kad perubatan. jumlah carumah keseluruhan RM (2160+472+70) Tujuan masukkan PA kerana jumlah perlindungan pada plan haji cuma RM 13,500. jadi dengan adanya PA jumlah pampasan menjadi RM 113,500.

Berikit adalah manfaat yang saya berikan kepada beliau.

coverage

Jumlah Sumbangan tahuanan RM2,400. Kalau nak tahu detail manfaat panjang pulak nanti entry saya. Lebih ralat lagi pelanggan ini sudah mencarum dengan saya selama 2 tahun.

Apa apa pun saya berharap yang terbaik untuk beliau dan jangan menyesal di kemudian hari.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

 

Pencapaian terbaik. No 1 di msia

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas nikmat yang dipinjamkan kepada saya dan kumpulan. Pada bulan lepas kumpulan kami berjaya menjadi top unit manager untuk 1 malaysia..

image

Semoga dengan pencapaian ini kami tidak lupa malah sebaliknya semakin bersemangat untuk berjuang dan terus berjuang memartabatkan ekonomi umat islam melalui sistem takaful.

Pada yang berminat atau sedang mencari-cari agency yang ingin di sertai anda bolehlah menghubungi saa atau ahli kumpulan saya..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436

images

Head Start Melaka 27/01/2014

Assalamualaikum..

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya di pemurahkah rezeki di dalam bidang Takaful ini. Lebih-lebih lagi pada tahun 2014 ini.

Terima kasih buat Isteri Masrinie Salim kerana kini berusaha bersama-sama dengan saya membantu mengembangkan An Nur The Great Agency. terima kasih sayang.

Alhamdulillah pada quater petama ini sahaja saya telah menerima 5 undang oleh pihak syarikat untuk mengadakan perkongsian untuk semenanjung Malaysia.

Undangan pertama akan bermula pada 27/1/2014 di Melaka. Menjadi speaker untuk Head Start.

head start melakaDi ikuti dengan undangan TBOSS yang bermula di Batu Pahat pada 12/2/2014,  Alor Star 25/2/2014, Melaka 24/3/2014 dan Ipoh 28/3/2014.

Terima kasih Great Eastern Takaful Berhad kerana memberikan peluang ini.

Dengan ini saya mempelawa kepada anda jika berminat menyertai saya sebagai Perunding Kewangan Islam Takaful anda bolehlah berjumpa saya di lokasi yang saya sebutkan tadi. Atau anda boleh menghubungi saya secara terus di talian.

Sekian terima kasih.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436

 images