malang tak di duga, datang tak kenal usia..

Assalamualaikum,

Hari ini saya dengan wife melawat rakan sekelasnya yang yang baru pulang membawa balik anaknyapulang dari hospital Sultan Ismail Johor. Anaknya yang berusia 5 tahun disahkan mengidap lukemia tahap 4, saya sungguh berasa sedih apabila menurut kata ibunya anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia mengidap penyakit tersebut, malah lebih mengejutkan lagi penyakit tersebut berada di tahap kritikal.

Malah di siang harinya sebelum kejadian anaknya sempat main air di depan rumah dengan rakan-rakannya. Pada malam tersebut anaknya dimasukkan ke ICU. Jiran jiran tertangga turut terkejut dengan kejadian itu.

Kini anaknya yang sebelum ini agak agresif dan aktif menjadi sangat pasif. Malah buat masa ini tidak mampu untuk berjalan. Salur paip di hidung(untuk makanan dah ubat ) terpaksa digunakan.

Anaknya sekarang dalam proses kimo. Dan air tulang belakang sudah diambik sebanyak 3 kali, menurut ibunya perlu ambil dalam 14 kali. Bayangkan penderitaan anak kecil ini. Emaknya terpaksa cuti tanpa gaji. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Marilah kita bersama sama mendoakan kesihatan adik ini, adam namanya. Semoga dia lekas sembuh seperti sediakala. Aminn

p:s/ Ibu saya menginggal dunia kerana penyakit ini semasa saya berusia 5 tahun.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

Tiada yang mustahil, Yes or No sahaja..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana meminjamkan nikmat kesihatan kepada saya dan rakan seperjuangan saya..

Siang tadi saya menerima panggilan daripada salah seorang rakan seperjuangan berkata.

” bang tadi Great Eastern ada call, dia minta gambar saya, katanya gambar saya akan masuk newspaper. Saya  antara top agen baru yang layak. Contest Olympic. contest apa tu abang? abang takder cerita pun”  saya tergelak besor, itulah hasilnya jika buat apa yang di suruh.. pernghargaan datang kemudian…

Tahniah Ustaq Musyrif  nama berada di dalam Top 3 Takaful Rookie (agen baru) bagi kategori GE Olympic Great Achievers Advertisment

Malah bukan itu sahaja turut menempatkan nama di Velocity Magazine Recogntion. Top 10 Takaful agen..

Tahniah juga buat Masrinie Salim, Turut menempatkan nama juga di Top 10 takaful Rookie agen.. Tak sia-sia saya menurunkan ilmu…

Tiada perkara yang mustahil jika kita berkehendakan…

Jika anda ingin bersama sama saya membina kerjaya yang indah di Great Eastern Takaful anda bolehlah menhubungi saya..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Agent Fulltime vs Agent Partime Takaful..

cerita di petik daripada luahan bakal pelanggan yang di temui di jalan reko kajang.

Assalamualaikum semua… Salam ramadhan dari saya.

Tajuk yang ingin saya kongsikan hari ini, Agent Fulltime vs Agent Partime Takaful.. yang mana satukah pilihan anda?

Boleh dikatakan semua orang mahukan agent fulltime, ini kerana faktor servis yang dapat mereka berikan dengan waktu yang flexsible. Atas dasar tersebutlah ada dikalangan agent yang kurang beretika terpaksa menyamar sebagai agent Fulltime untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan agar pelanggan tersebut mengambil takaful dengannya.

Ada juga sesetengah orang berpendapat mengambil takaful dengan agent parttime  di ibaratkan seperti tikus makmal yang dijadikan bahan ujikaji dan mereka juga ibarat meletakkan telor di hujung tanduk, sebelum mereka melangkah lebih jauh samaada menjadikan takaful ini sebagai kerjaya ataupun tidak. Kesan dan akibatnya terpaksalah di tanggung oleh pelanggan kerana sebahagian besar agen parttime ini hanya melakukan takaful ini hanya suku jalan.

Oleh sebab itu, banyak orang yang saya jumpa kata Agentnya MIA lah (missing in action), call tak dapat lah, call tak angkatlah, nombor tiada dalam perkhidmatanlah dan sebagainya. Mungkin anda, atau rakan-rakan anda pernah mengalami situasi sebegini.. sedih bukan..

Sungguhpun begitu bukan semua agent parttime tak bagus. Ada juga agent parttime yang memberikan perkhidmatan yang outstanding. Bertanggungjawab dengan apa yang dijanjikan. Janji ditepati hehehe…

Dan mungkin sebab itu jugalah ramai orang yang saja jumpa antara soalan yang terlalu farmiliar ditanya, Adakah anda fulltime?.

Rosazaman Sarifdin

Fulltime Agent Great Eastern Takaful

019-2699436

Beza Simpan di Takaful berbanding Simpan di Bank

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk di jadikan rujukan untuk semua. Saya tahu, anda pastinya tahu apakah perbezaan jika kita simpan di takaful berbanding di bank. Sudah tentulah dari segi protection kan? itu merupakan salah satu faktor. Apakah selain daripada itu?

Simpan di bank kita menyimpan  dan baru boleh mencipta matlamat manakala menyimpan di takaful, matlamat dicipta dahulu baru kita menyimpan.

Contoh 1.. Kita ingin membuat tabungan RM50,000 untuk pendidikan anak dalam masa 20 tahun. Jika kita simpan di bank, 200 x 12(setahun) x 20 tahun baru kita dapat kumpul dalam RM50,000. dengan andaian kita kekal sihat. Tetapi di takaful kita terus cipta RM50,000(Tabarru) kemudian baru kita mula menyimpan. Kalau kita kekal sihat pun kita dapat, tak sihat pun tetap dapat.

Dan perkara penting yang ingin saya kongsikan di sini adalah menyimpan di takaful ada cover kepada contributior (penyimpan) atau pemilik, konsep yang hampir sama dengan loan rumah.

Contoh 2.. Jika kita menyimpan di bank, katakan sesuatu musibah berlaku dan menyebabkan kita tidak dapat meneruskan simpanan. Maka matlamat kita akan terhenti setakat itu sahaja. Berbeza dengan takaful simpanan tetap diteruskan selama mana yang kita cover.

Ini adalah salah satu Rider (manfaat) yang terdapat di Great Eastern Takaful. Manfaat ini melindungi Lumpuh dan penyakit kritikal, untuk pembayar turut cover kematian.

Apakah kepentingan  Rider (manfaat) ini?. Baca betul2 yer..

Baru – baru ni saya banyak terjumpa dengan certificated (polisi) yang hanya cover manfaat ini hanya untuk tempoh yang singkat. 15-20 tahun sahaja.

Bayangkan jika anda berusia 35 tahun anda  ambil plan simpanan, medical card n lain-lain manfaat, agent anda hanya cover untuk 20 tahun sahaja untuk manfaat caruman percuma ni. Bermakna pada usia anda 55 tahun manfaat ini anda sudah tidak dapat. Sedangkan selepas usia tersebut anda lebih terdedah kepada penyakit. katakanlah pada usia 56 penyakit kritikal bercinta dengan anda, dan anda pulak dah pencen masa tu. Untuk mendapatkan manfaat yang anda ambik sebelum ni nak tak nak anda tetap kena teruskan pembayaran lah  macam biasa. Memang kesan tu kita tak nampak sekarang.  15 ke 20 tahun bukan satu jangkamasa yang lama. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang anda ambil. Kalau nak menyesal or marah pada waktu tu dah tak guna, Jadi Fahamkan sebaik-baiknya. Jangan percaya bulat bulat, cuba dapatkan maklumat dari sumbar lain juga..

Selamat membaca…

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Pencapaian kami An-Nur Group.. Half Year 2012. Great Eastern Takaful.

Salam ramadan untuk semua..

Julung julung kalinya Great Eastern Takaful buat pengiktrafan untuk setiap region. 2012 Half Year Takaful Performance Recognition dan majlis berbuka puasa di The Zone, JB.

Alhamdulillah An-Nur Group banyak membawa pulang hadiah yang boleh dikatakan Champion untuk setiap katogeri. Ini membuktikan team kami begitu komited terhadap apa yang kami lakukan.

Tiada jalan singkat dan mudah untuk capai ketahap ini, kerjasama dan semangat berpasukan sangatlah di utamakan untuk membentuk sebuah pasukan atau group yang kuat.

Dengan kaedah, stratergi dan bimbingan yang betul, pastinya akan memudahkan kerja serta membuahkan hasilnya.

Industri ini begitu indah bagi kami. sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang berada di dalah industri ini sahaja yang tahu keindahannya..

Ingin bersama-sama dengan kami membina kerjaya anda di Great Eastern Takaful dibawah pimpinan An-Nur Group? anda bolehlah menghubungi kami.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Aku tak mampu nak ambil takaful.. komitment banyak…

Salam Ramadan al mubarak kepada semua..

Malam ni tajuk simple je.. “Aku tak mampu nak ambil takaful.. komitment banyak…”

Seorang Hamba Allah yang saya ketemui jam 1030 malam tadi berkata sedemikian. Katanya komitmentnya banyak, so dia tak boleh nak ambil takaful ni. Ini kerana hanya dia seorang sahaja yang bekerja dan anaknya seramai 5 orang.  Bekerja dengan pukul rata sebulan RM3,000 dan bayaran rumah sebulan RM 850 dan belanja lain dia tak mampu..

Jawapan saya. Anda seharusnya ambil takaful ini sebab sekarang anda boleh kerja, Bagaimana jika dah tak mampu nak kerja (kena penyakit kritikal)? Siapa yang nak menyara anda dan anak bini anda? mungkin orang umah boleh kerja tapi dengan anak 5 orang tu agak2 berapa upah penjaga? dan berapa gaji yang bakal orang umah bawa pulang?.

Bagaimana pula jika terus tak pulang2 balik kerja? (meninggal). Apa akan jadi pada nasib anak bina anda?

Tu hanya sebahagian yang saya kongsikan… ada lagi… hehehe…

Salam..

Great Leo Award, Great Eastern Takaful

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hasil kerja keras tahun lepas dapat dirasa tahun ini, semua atas sokongan rakan-rakan, keluarga serta pengunjung blog saya ini. Kini satu lagi pengAnugerahan daripada syarikat yang dapat saya terima pada bulan september 2012 nanti di genting,

Saya layak menerima 2 pengAnugerahan Great Leo Award pada tahun 2012 ini,

  1. F1 Great Pro Crown Leo
  2. F1 Great Pro  Smart Leo

Betullah kata orang jika kita meminati dan mencintai apa yang kita lakukan segala ganjaran dan imbuhan akan datang dengan sendirinya..

Ps: Jika anda berminat untuk bersama-sama dengan saya membina kerjaya di Great Esatern Takaful bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

 

 

 

SATURDAY, 28 JULY 2012 : 2012 GREAT EASTERN BUKA PUASA & HALF YEAR TAKAFUL RECOGNITION (SOUTHERN REGION)

Alhamdulillah…

Saya hanya menjalankan tugas saya tak sangka mendapat penghargaan daripada syarikat.

Memang tak sangka mendapat Top 1 untuk second quater, Dan alhamdulillah di jemput untuk majlis berbuka puasa.

Malah bukan itu sahaja turut diminta untuk menjadi pengurusi majlis, satu penghargaan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh syarikat kepada insan kerdil ini.

Terima Kasih Great Eastern Takaful.

Kerjaya di Great Eastern Takaful

Assalamualaikum..

Hari ini saya ungin mempelawa anda semua yang berminat untuk bersama-sama saya di Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

Mari bersama- sama membina kekayayaan bukan sahaja di dunia malah lebih penting kekayaan di akhirat.. InsyaAllah..

Sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi saya

Kenapa anda perlu sertai saya?

Ini sebabnya KLIK

Saya akan bongkarkan rahsia disebalik keindahan industri takaful ini.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436