Seloka takaful

Berakit2 kehulu…
Berenang2 ketepian…
Nak tunggu sakit dahulu….
Baru nak mohon takaful, so lupakan…

Pulau pandan jauh ke tengah..
Gunung daik bercabang tiga..
Takaful membantu ketika susah..
Juga simpanan di hari tua..

Sorong papan tarik papan..
Buah keranji dalam perahu..
Suruh makan dia makan…
Suruh ambil takaful dia buat tak tahu….

Dua tiga kucing belari…
Manakan sama si kucing belang..
Jumpa agen takperlula lari…
Sebab kami nak bantu orang…

Ikan kekek mak iloi2..
Ikan gelama mak ilai2..
Ambil dengan GETB memang berbaloi..
Memberi pulangan yang cukup bernilai…

hasil karya razmanGEt

Selamat datang 2015

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kerana hari ini saya masih diberikan nikmat kehidupan, nikmat kesihatan tubuh badan. Terima kasih Allah atas nikmat dan anugerah-MU ini. 2014 telah menutup tirainya kini bermula lembaran baru, bermakna bermulah perjuangan baru dengan azam dan iktikat yang lebih baik pada tahun ini. in sya Allah.

2015_2

Pelbagai kejayaan 2014 telah diraih saya berdoa agak segala pencapaian dan kekuatan ini dapat di tingkatkan lagi ketahap yang lebih baik. Saya bersyukur kerana di anugerahkan dengan rakan rakan niaga yang begitu komited dan bersatu hati untuk kami membesarkan empayar An Nur The Great Agency ini. Terima kasih kepada semua.

Segala stratergy telah di rancang dengan rapi untuk tahun ini, Saya berharap segala urusan dipermudahkan olehnya. Insya Allah pada tahun ini An Nur The Great Agency akan melahirkan lebih ramai lagi pemimpin yang bergelar Agency Manager.

Di kesempatan ini juga saya ingin mempelawa kepada anda yang berada di luar sana yang ingin turut berjaya bersama-sama kami sebagai perunding takaful Great Eastern anda bolehlah menghubungi insan insan dibawah ini.

  • Tuan Sahir Sarifdin (Shah Alam/Klang) 012-22770302/010-2200134
  • Puan Siti Norkamalia Khalil (Kuala Lumpur/Terengganu) 014-5168642/019-2332305
  • Puan Masrinie Salim (Johor) 012-7499436
  • Encik Rahmat Kaderi (Johor/Kuala Lumpur) 011-15007080/019-2902102
  • Cik Nur Hayati Shahar (Kuala Lumpur) 017-3130317/012-6224457
  • Cikgu Saiful Fadzli Mohamad (Melaka) 019-6611565

takper ada hospital kerajaan…

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri khususnya yang selalu apa bila agen takaful datang jawapan yang di berikan.

Takper kan ada hospital kerajaan.

Bagi saya, orang yang sering memberikan jawapan sebegini adalah disebabkan beliau..

  1. Tak pernah sakit dan masuk di hospital kerajaan.
  2. Tak pernah melawat pesakit di hospital kerajaan.
  3. Tak pernah melawat pesakit di hospital swasta

Rasanya tak perlulah saya nak masukkan gambar bagaimana suasana di sana. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja akan faham.

fraktur trochanter

kebiasaan yang terjadi seperti ini. tulang kaki yang patah.

Saya pernah terlantar hampir 2 bulan di HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 1/3/2003 di Serdang. Kemalangan itu mengakibatkan tulang pelvis (tulang punggung) patah dan mangkuknya pecah. Akibat kecederaan itu saya terpaksa dimasukkan besi kekal.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini, saya merasakan seperti menjadi tikus makmal. Apabila banyak sangat doktor praktikal. Katanya kes saya agak pelik sebab tulang kaki saya tidak patah tetapi tulang pelvis teruk. Apa operasi yang di lakukan kepada saya?. saya kemalangan pada jal 11 pagi, dalam jam 1130 saya di hantar ke pusat kesihatan UPM (sebab saya pelajar sana masa itu) dalam jam 1 saya sampai ke HUKM.

Masa dalam ambulan boleh juga berangan, best juga kalau dapat lepak kat wad sehari dua ni. al maklumla dah biasa jatuh motor, ingatkan disloket /terseliuh jer. sekali berkampung daaa..

Saya terpaksa menunggu lama di bahagian kecemasan, hasil x-ray juru x-ra tu kata patah teruk ni dik.. masa tu mengalir air mata jantan aku ni. hiiihi. Selepas doktor pula, doktor suspek ada pendarahan dalam perut, hasil ujian dari air kencing. Kemudian saya terus di bawa ke wad kecemasan lebih kurang dalam jam 4 petang. Masa kat sana saya memang cuak sebab pada pukul 5 lebih kurang pesakit sebelah saya meninggal dunia. Dalam jam 7 malam pula orang di depan saya nazak, anaknya membacakan yasin dan turut mensekadar hiasaninggal juga dalam jam 8 malam. Dalam hati Teruk sangat ker aku ni?

Dalam jam 830 malam saya di masukkan ke bilik operation, dia nak masukkan besi pada tulang kaki. Macam ni la gayanya, cuma saya di tulang peha. katanya untuk tarik tulang kaki saya yang telah masuk ke mangkuk tulang pelvis yang pecah. Hari pertama boleh tersnyum kerana pemberat yang di letakkan hanya 10% dari berat badan iaitu 6.5kg. Tetapi dalam masa seminggu sebab tulang kaki masih tak terkeluar pemberat di tambah. dari 6.5kg kepada 18kg. masa itu kesakitan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Saya memang tak boleh tidur. Cara terbaik untuk tidur pada ketika itu dengan di suntik dengan ubat penahan sakit. Badan kebah jer cepat2la tidur. Sampai lebam-lebam tangan saya di suntik. Seminggu juga saya pemberatmenahanya sehinggakan saya terpaksa merayu minta di kurangkan beratnya. doktor menurunkan berat kepada 15kg. okla sikit.  Dalam masa 2 minggu selepas itu masih tiada perubahan juga barulah saya di buat operation. Hampeh betul. Saya di operation memasukkan besi kekal setelah berada di HUKM selama 45 hari. Dapatla 268 jahitan dari bawah pusat hingga ke pinggang. Lepas operation dalam 4 hari saya keluar hospital. Punyala lama kena tunggu.

Apa apa pun tobat dah aku taknak masuk lagi.. bila teringat balik seram tu.. hampir 45 hari di wad patah HUKM. macam macam ragam dan karenah orang aku tengok.

Masa tu aku pun tak tahu apa itu takaful… hahah..

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager

Great Eastern Takaful

019-2699436

Kenapa anda harus memiliki takaful?

Assalamualaikum semua.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kenapa anda perlu memiliki takaful.
Rata rata orang yang saya jumpa di luar sana masih kurang paham kepentingan takaful ini. Malah ada satu ketika tu (kisah seorang guru yang patah kaki) yang guling guling nak ambil takaful selepas di timpa musibah. Yang mana beliau sedia maklum kos rawatan yang di perlukan menelan belanja hampir RM20,000 dan terpaksa mengeluarkan duit poket.

Kini beliau dah keluar dan beransur pulih. Bila ditanya adakah mahu ambil takaful setelah musibah itu jawapannya masih sama. Tak mahu ambil.. mungkin ingin tunggu lagi sekali musibah menimpa baru nak ambil kot.. entahlah…

image

Keretan akhbar ini mungkin kita jadikan ia sebagai iktibar kepada kita semua. Bila sudah sakit berkemungkinan kita juga boleh kehilangan pekerjaan. Tetapi apakah persediaan kita? Siapa pula yang ingin kita persalahkan?

Sikap manusia suka menyalahkan orang lain.. sebagai contoh
Katakanla kita terlibat dengan kemalangan. Si A telah melanggar kita dan menyebabkan kita mengalami hilang upaya kekal. Berapakah tuntutan yang kita ingin buat dengan si A atas musibah itu? 10k, 50k, 100k, 500k, 1j?

Tetapi..

Bagaimana pula jika kita sendiri yang cuai mengakibatkan kita terlibat dengan kemalangan dan berlaku hilang upaya kepada kita. Kepada siapa yang ingin buat tuntutan? Cer cita cer cita…

Jadi jangan menyalahkan orang lain jika anda sendiri tidak beringat menyimpan dari sekarang..

Jadi bukalah akaun takaful anda sekarang bersama saya di Great Eastern Takaful Berhad.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

LIAM percepat proses tuntutan

Assalamualaikum..
Tahniah LIAM kerana meminta semua syarikat insuran membayar semua tuntutan Walaupun menjadi mangsa peperangan.

Sesungguhnya kita sangat berduka dengan berita ini. Tiada siapa yang inginkan perkara ini berlaku.

image

Cuma apa yang saya lihat disini boleh dikatakan setiap penumpang dan krew memiliki sekurang kurangnya 2 polisi insuran.. dengan 95 polisi keseluluruhan dengan jumlah  tuntutan sebanyak RM13.7 juta.

Memang saya paham kematian itu sesuatu yang pasti.  Bukan soal yang baik buat masa ini untuk berbicara tentang soal pampasan. Tetapi sebenarnya tujuan  di sebaliknya jauh lebih besar dan bermakna…

Jadi renung renungkanlah jika anda rasa dan anda tahu bahawa anda sebenarnya belum memiliki mana mana polisi atau sijil takaful cepat cepatla hububgi saya untuk mendapatkan penerangan lanjut.

Salam

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

award

Pesawat MH17 terhempas

Assalamualaikum semua

Selamat berpuasa semua. banyak perkara yang sangat menyedikhan berlaku akhir-akhir ini antaranya kekejaman zionis di Gaza yang mana menyerang dan membunuh kanak-kanak tanpa belas kasihan.. hati kecil ini sangat tak mampu melihat semua itu. Cuma apa yang aku mampu lakukan hanya berdoa agar bumi Gaza di lindungi oleh Allah S.W.T.

Hari ini pula kita di kejutkan dengan berita yang menyedihkan, yang mana berita tentang MH370 belum pun reda kini Malaysia di tambah lagi dengan berita kemusnahan pesawatnya. Kali ini MH17.

Melihat kepada video-video  mayat yang bergelimpangan sayu rasa hati.. Semoga semua umat islam yang terlibat di tempatkan di kalangan ahli surga..

Lebih mengejutkan saya lagi ada list crew yang berada di dalam pesawat seakan-akan nama pelanggan takaful saya.

firdausAlhamdulillah bukan beliau yang berada di dalam pesawat tersebut… banyak juga saya melihat pertanyaan-peratanyaan di FB beliau dan dan gambar ini daripada FB beliau..

Apa apa pun saya nak ucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat..

Assalamualaikum..

mh17

Takaful cara baru didik anak muda.

Assalamualaikum

Salam ramadhan untuk semua.. pada hari ini saya ingin kongsikan satu keratan akhbar yang bertajuk “Takaful didik anak muda urus kewangan”

image

Saya bersetuju dengan kenyataan Afyan yang mana anak muda harus membuat simpanan 30% daripada simpanan beliau untuk persiapan jangka pangjang.. Malangnya daripada pengalaman saya memang terlalu sukar untuk berjumpa dengan golongan ini.

Malahan jika menghabiskan ke tempat lain terlalu mudah.

Malas saya ingin huraikan keratan akhbar ini. sememangnya apa yang di perkatakan saya sokong 100%.

Jika anda merasakan anda generasi yang moden. Anda harus berbuat sesuatu..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

Group meeting

Assalamualaikum semua..
Alhamdulillah syukur saya kehadrat illahi pada malam tadi ramai yang menghadirkan diri ke agency meeting. Tahniah saya ucapkan kepada yang datang dari jauh khususnya dari terengganu, pahang dan johor untuk bersama sama kami memeriahkan perjumpaan mingguan agency.

image

Berikut merupakan insan yang dari terenganu yang saya maksudkan. Saudara Roselanyus, dikesempatan yang ada saya dapat memberikan peluang kepada beliau untuk berkongsikan kepada rakan rakan yang lain pengalaman beliau dan bagaimana beliau boleh mencapai Ses5 (trip free ke Phuket). Kata tak pandai bercakap tetapi bila dah ada di depat tak reti berhenti.. Macam kereta api.. hihihi
Saya juga ingin mempelawa anda untuk menyertai agency kami untuk bersama sama membina kerjaya dan berjaya. Berikut adalah gambar yang sempat saya ambil untuk anda.

image

image

image

Jangan lepaskan peluang hubungi saya untuk keterangan lanjut bagaimana membina kerjaya di Great Eastern Takaful.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Bertindak sebelum terlambat

Assalamualaikum.
Hari ini saya ingin kongsikan satu keratan akhbar yang mana saya rasa kita semua harus mengambil pengajaran daripadanya..

image

Dalam keadaan terdesak kita akan melakukan apa sahaja. Termasuklah sesuatu perkara yang tak mungkin kita lakukan jika dalam keadaan sedar. Apa yang kita nak tahu masalah itu selesai..  adakah masalah itu hanya berhenti di situ sahaja?

Bertindaklah sekarang.. Lakukan sesuatu untuk diri anda dan yang lebih penting untuk keluarga anda.
Dapatkan medical card anda sekarang.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

 

Mengapa harus menunggu terlalu lama?

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin kongsikan satu perkara yang sudah biasa kita dengar. Iaitu pesakit terpaksa menunggu masa yang terlalu lama untuk di bedah..

image

Lebih malang lagi bila giliran dah sampai orang yang hendak di bedah sudah tiada. Ada yang lebih bertambah malang lagi dah rasa sakit berbulan bulan tetapi masih tak tahu apa punca dan sebab. Apa yang di beri hanya ubat tahan sakit. Di sebabkan tak tahan terus ke hospital pakar. Dalam masa kurang dari 1 hari dah boleh dapat tahu punca. Pengalaan ini kalau menjadi agen anda akan biasa dengar.
Sepatutnya perkara ini anda boleh atasi. Janganlah terlalu berkira sangat untuk perkara yang baik untuk anda. Memang jimat hanya rm1 jer dah boleh dapat rawatan. Tetapi kalau jadi macam.ini andala yang mendapat..

Apa lagi cerah sebelum terlambat. Hubungi saya untuk mendapatkan plan perubatan untuk anda.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

Pekerja swasta di saran membeli insuran

Assalamualaikum semua..
Sekadar ingin berkongsi…

image

Bagi saya bukan sahaja pekerja swasta yang harus memiliki insuran atau takaful malahan pekerja kerajaan juga harus memilikinya..

Adakah dengan bekerja disektor kerajaan merupakan tiket kepada anda untuk tidak memiliki insuran atau takaful?

Renung renungkanlah. Buatlah perancangan yang baik untuk anda, dan keluarga anda..

Inginkan penerangan plan yang bersesuaian dengan anda, anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

Claim GETB cepat dan pantas.

Assalamualaikum..
Ramai yang bertanya dengan saya bagaimana servis getb dalam bab urusan tuntutan. Jawapan saya mudah dan pantas jika semua dokument lengkap.

Masalah yang biasa berlaku adalah disebabkan kekurangan dokument penting untuk urusan tuntutan. Jadi kerjasama dari pelanggan juga sangat penting.

image

Gambar di atas adalah tuntutan yang saya buat pada tahun lepas. Pelanggan masuk ke hospital kerajaan. Proses untuk mendapatkan medical report di hospital kerajaan mengambil masa hampir 3 bulan. Setelah medical report dapat saya terus membuat tuntutan. Alhamdulillah claim lulus dalam masa 1 hari sahaja.

image

Berikut juga contoh tuntutan claim yang saya lakukan juga mengambil masa 1 hari sahaja untuk lulus.. dengan ini terbukti urusan tuntutan getb cepat dan pantas.

image

image

Apa yang anda ragukan lagi dengan getb? Lebih-lebih lagi berkenaan urusan tuntutan..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

Subsidi di tarik balik ..

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi, Lumrah kehidupan semua nak yang free, yang murah, Kerajaan ada dan  sebagainya..

kos rawatan buah pinggangPada yang mengharapkan subsidi apakah tindakan anda sekarang.. janganlah terlalu berharap dengan orang lain untuk kehidupan anda sebaliknya berusahalah sendiri..

Paling penting jangan sesekali melenting nak salahkan orang lain jika anda sendiri taknak beringat sebelum terkena..

Cegah sebelum parah. Jangan sampai berdarah dan bernanah…

Untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang medical card Great Eastern takaful Anda bolehlah mengubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation

Akibat tukar sijil takaful

Assalamualaikum semua.

Berakhir sudah syawal meninggalkan kita tapi masih banyak lagi jemputan open house.. Hahaha hanya di Malaysia..

Hari ini saya ingin kongsikan suatu kejadian yang saya rasa patut di jadikan pengajaran untuk kita semua. Ianya sangat penting bagi saya untuk di kongsikan dengan semua..

Beginilah apabila mempunyai ramai pelanggan maka secara automatiknya berbagailah pengalaman yang bakal kita terima.

Kisah ini berlaku kepada pelangan saya. Saya namakan beliau B, dan suaminya C.

B merupakan pelanggan saya yang datangnya daripada referal pelanggan sedia ada. Semasa berjumpa dengan saya B datang bersama suaminya C,  dipendekkan cerita B dan C mengambil sijil Great Eastern Takaful dengan saya. ( 24/7/2011). Pada (7/4/2012) B dan C mengambil pula sijil untuk anak pertama beliau D.

Pada (Ogos – 2012) B di masukkan ke hospital kerana doktor mendapati ada ketumbuhan pada rahimnya. Alhamdulillah.. Kos rawatan sebanyak hampir RM6,000 di tanggung oleh Great Eastern Takaful.

Pada (Dis – 2012) B memberitahu saya bahawa beliau ingin mematikan sijil takaful B, C dan D. Saya kata ok cuma saya meminta agar kalau boleh sijil B di teruskan kerana bimbang masalah yang sama berulang kembali. Beliau bertekat hendak mematikannya.

So saya uruskanlah penutupan sijil tersebut pada (Jan- 2013). jauh di sudut hati saya merasakan B, C  dan D berhijrah ke sijil takaful lain. Namun apa boleh saya buat mungkin dah di takdirkan rezeki saya hanya sampai di situ sahaja.

Rupa-rupanya apa yang saya bimbangkan dan apa yang saya jangkakan menjadi kenyataan. B sekali lagi di masukkan ke hospital pada (April 2013) komplikasi pada rahimnya. B bukan sahaja tak boleh claim pada Great Eastern Takaful malah B juga tak dapat claim pada sijil takaful barunya. Kos hampir RM5,000 terpaksa di tanggung sendiri.

Nasib baiklah kos cuma RM5,000. Bagaimanakah agaknya jika kos tersebut RM 50,000.

B menyesali tindakan yang kurang bijak telah di lakukannya dan termakan dengan kata-kata new agentnya. Akibatnya dia yang terpaksa tanggung sendiri.

Pada (3/9/2013) B, C dan D ingin bertukar kembali ke Great Eastern Takaful. Jawapan saya, teruskanlah pada polisi yang ada sekarang tak perlu untuk bertukar. Yang penting ianya Takaful..

Salam..

Untuk keterangan lanjut Tentang Great Eastern Takaful

Sila Hubungi saya

 
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Selagi kita SIHAT…

Assalamualaikum semua…

Adakah anda sihat hari ini? jika ya Al hamdulillah…

Tajuk entry saya hari ini adalah selagi kita sihat, Ini kerana orang kita (melayu) terlalu banyak sangat alasannya jika ingin berbicara tentang takaful.

Jika ditanya pasti jawapan yang di berikan seolah-olah cuba untuk mengelak..

Ini adalah yang alasan yang paling biasa sangat saya terima

  1. Syarikat dah ada bagi

persoalannya sekarang

  1. Adakah anda yakin anda akan bekerja sehingga pencen di syarikat tersebut?
  2. Katakanlah sehingga pencen, selepas pencen adakah majikan anda tetap akan menanggung kos rawatan anda?
  3. Katakanlah anda betukar kerja, adakah majikan lama anda akan tetap menanggung kos rawatan anda?
  4. katakanlah anda pekerja yang setia, Adakah anda pasti selepas anda di timpa musibah majikan akan tetap menggaji serta menanggung bil rawatan anda?

cukupla saya bagi yang ini sahaja sebagai renungan anda.. bukalah minda dan fikir-fikirkanlah…

ni petikan akhbar sebagai renungan

majikan yang baik hati

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Plan Takaful Terbaik. Bukan pada harganya.

Assalamualaikum..

Bercerita tentang plan terkaful terbaik adalah sesuatu yang sukar di tentukan. Ada yang menilainya kebaikannya daripada harganya/sumbangannya, ada pula yang menilainya daripada manfaat yang di perolehi dan ada juga yang langsung tak ambil peduli tentang hal ini atas sebab percaya dan serah bulat-bulat pada agent. Bagaimana pula dengan anda?

Kenapa saya berkata begini kerana ianya berdasarkan daripada pengalaman berhadapan dengan bakal pelanggan. Rata perkara utama yang di lihat terlebih dahulu adalah harganya/sumbangannya tanpa membuat perbandingan “apple to apple”

Lebih teruk lagi nak bandingkan takaful dengan konvensional. Itu terang-terang tak sepatutnya.

takaful bukan pilihan

antara kenyataan yang biasa saya terima

“kenapa syarikat A punya murah jer yang Great Eastern Takaful mahal”

Untuk makluman kalau nak buat serendah badjet anda saya boleh buatkan, TETAPI saya melihat kepada apa yang sepatutnya anda miliki dan yang paling penting saya ingin memastikan manfaat yang anda perolehi mencukupi dan bukan hanya sekadar ada-ada sahaja.

Sebagai contoh; Saya ingin ke Johor menaiki kereta, saya boleh menaiki pelbagai jenis kereta samaada kancil, pesona civic, BMW dan sebagainya. Jika kereta tiada masalah pastinya saya akan sampai dengan selamat. Tetapi jika terlibat dengan musibah kemalangan misalnya, pastinya kecederaan lebih teruk jika saya menaiki kancil berbanding saya menaiki kereta-kerata yang lebih berkualiti. Mungkin anda pernah dengar orang berkata begini.

“Nasib baik naik kereta xxx kalau naik kereta yyy rasanya dah arwah dah”

Apakah maksud yang cuba di sampaikan di situ? Cuba renungkan.. Kesimpulannya yang murah tak semestinya yang terbaik.. Hubungi saya untuk mendepatkan penerangan lanjut tentang Great Eastern Takaful.

Tingkat nilai wang anda dengan mendapatkan manfaat yang sepatutnya dan bukan sekadar ada-ada sahaja. Tak rugi bertanya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

nak tunggu cukup duit baru ambil takaful, pasti tak ambil

Assalamualaikum.

Hari ini saya just nak kongsi satu komen daripada seorang cikgu daripada Terengganu. Cikgu ini sebelum ini pernah bertanyakan tentang plan haji dengan saya sebelum ini. Sila lihat sini

perkongsianSaya sangat-sangat setuju dengan statement beliau yang ini.

“kalu pk tak cukup bajet, sampai mati pun tak cukup bajet walau duit byk mana pun.”

Orang kita rela menghabiskan wang daripada perkara yang tak berfaedah seperti membelanjakan wang RM10 sehari untuk sekotak rokok, walaupun ia tahu itu adalah racun pembunuh secara perlahan..

Renung-renungkan..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Agent Jangan pentingkan Komisien….

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan kisah yang sepatutnya  saya rasakan tidak sepatutnya berlaku.. Kesiah kat pelanggan. Tolonglah jangan hanya mengejar komisen kita mengabaikan perkara yang sepatutnya kita ambil berat..

Kisahnya begini..

Pagi tadi seperti biasa saya membuat Cold Call untuk set apoiment, berkongsikan tentang kepentingan takaful. List nama yang di perolehi daripada pelanggan sedia ada. Alhamdulillah diantara panggilan yang saya buat adalah beberapa apoiment yang dapat saya aturkan.

Salah satu daripada apoiment yang dapat meminta saya berjumpa dengannya pada petang ini juga. Lebih suspend beliau meminta saya berjumpa dengannya di salah sebuah hospital pakar di Pasir Gudang. Setelah di selidik serba sedikit beliau ada mengalami masalah berkenaan dengan tuntutan takaful suaminya..

Semasa sampai di sana saya terus ke bilik ICU, Suami orang yang saya call tadi mengalami serangan jantung. Kini sudah 3 hari berada di ICU. Antara keluhan yang di dengar kenapa tidak boleh di tuntut sedangkan beliau ada medical card.

Oleh disebabkan orang tersebut daripada syarikat takaful lain saya  tidak boleh nak komen lebih-lebih.. cuma apa yang saya rasakan tempoh menunggunya sama dengan takaful lain.

Cuma apa yang saya ralat.

1- Pelanggan ini sebelum ini sudah memiliki medical card daripada syarikat takaful lain (dah hampir 3 tahun), Si agent minta suruhnya bertukar kepada syarikat takafulnya.

2- Kenapa tidak dapatkan GL (guaranty letter) terlebih dahulu sebelum minta pelanggan masuk ke wad.

3- Boleh pulak si agent kata pelanggan masuk wad hari sabtu so customer service tutup hari sabtu dan ahad. sebab tu GL lambat (sedangkan di belakang medical card kata 24jam). bila hari isnin baru tahu GL decline. pada waktu itu bil dah mencecah RM10,000.

4- Kata agent medical card ni untuk penyakit lain-lain boleh tetapi untuk jantung hanya boleh dituntut selepas polisi 3 tahun.. (yang ni saya suruh pelanggan refer buku polisi). yang ni saya rasa, serius lawak…

ini antara yang saya ingat..

saya sebagai agent rasa tidak puas hati dengan apa yang di sampaikan.. Cuma apa yang dapat saya bantu pada waktu itu, saya terus call customer services bertanyakan masalah pelanggan ini. Kes ini akan di siasat dam pelanggan harus membuat pembayaran terlebih dahulu.. Claim kemudian. Untuk khidmat claim itu saya overkan diri jika memerlukan khidmat saya, saya sudi menghulurkan bantuan..

Moral dari perkongsian ini jika anda agent terangkan betul-betul berkenaan tempoh penggunaan manakala jika anda pelanggan cuba untuk fahami betul-betul apa manfaat yang anda ambil. Cara terbaik jangan percaya bulat-bulat apa  yang agent kata tetapi bacalah buku takaful anda kerana maklumatnya lebih tepat..

Sekian

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

sebab sang suami tidak mahukan takaful…

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang mungkin menjadi faktor sebab si suami tidak mahu mengambil takaful.. mungkin..

keratan akhbarAgaknya dia takut duit pampasan yang dia dapat si isteri gunakan untuk berfoya-foya..

KER

Ni sebab si suami yang tiada takaful yer.. boleh jadi juga… sebab isteri cuba mencari sumber di luar sebab suami dah tak mampu nak tanggung.. dah la lumpuh duit takder pulak tu… kesian..

Apapun alasanya tepuk dada tanya diri sendiri..

Untuk mengetahui tentang plan dari Great Eastern Takaful?

sila hubungi saya

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Salah Faham berkenaan plan simpanan Haji

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian yang berlaku hari ini… Semua ini adalah datangnya daripada pendapat saya sahaja.

Penerangan berkenaan plan simpanan haji. Salah seorang Ustazah yang datangnya dari blog ini tinggal di Terengganu.

  • Conversation started today
  • Noor Azrina

salam…

  • Razman Get

    waalaikumussalam

  • Noor Azrina

    kenapa suami saya wang saku haji rm500 je

  • Razman Get

    typing error tu

  • Razman Get

    ni yang betul

  • Noor Azrina

    tu lah pelik tadi. takpela. nak tanya. kalau dah cukup tempoh matang 20 tahun, tapi lum g haji lagi, g haji lepas 5 tahun lepas matang, takaful cover lagi tak? bayaran bulanan kan sbb dah stop masa tarikh matang?

  • Razman Get

    kalau sudah sampai tempoh matang secara automatik kita kena keluarkan saving kita. kalau tidak ambik pun boleh tetapi pada masa tersebut sudah tiada coverage

  • Noor Azrina

    macamana kalau kita nak sambung lepas tu boleh ke? atau kena ikut perjanjian dari awal kalau kontrak 20 tahun, 20 tahun aja.

  • Razman Get

    jadi kebiasaannya apa yang saya cadangkan buka 2 akaun. satu tempohnya sepertimana yang kita hendak pergi lagi satu tempohnya panjang sikit. yang tempoh panjang itu panjang cuma ambil seminima bayaran iaitu rm50

  • Noor Azrina

    maksimum panjang mana?

  • Razman Get

    terpulang pada puan maxsimum sehingga usia kita 70 tahun

  • Noor Azrina

    macamana pulak kalau terawal, cadang nak g masa matang 20 tahun, tapi 15 tahun saving bole kuarkan ke

    maksudnye kuarkan untuk g haji sebelum tempoh matang

  • Razman Get

    contohnya saya bercadang nak pergi pada 15 tahun akan datang dan saya membuat simpanan rm150 untuk akaun 1 dengan tempoh 15 tahun dan satu akaun lagi rm50 untuk jangkamasa 25tahun.

    kita boleh membuat pengeluaran awal tetapi terpaksa tutup akaun tersebut.

  • Noor Azrina

    saya masih tak faham. maknanya bole g haji lepas tempoh matang ke?

    saya sebelum ni tak faham. ingatkan lepas 20 tahun matang, kuarkan saving untuk haji, tapi takaful cover masa g haji sampai umur kita 70 tahun.

    jadi, kalau saya dan suami start saving tahun ni, tempoh matang masa 20 tahun akan datang. sebelum matang, tak bole kuarkan saving untuk belanja haji. dah amik saving, takaful tak cover pulak.

  • Razman Get

    mcm ni cikgu.
    ni pendapat saya tentang plan haji ni.
    ramai yang salah anggap mungkin seperti sangkaan puan

    tujuan orang ambil plan haji ni sebenarnya inginkan manfaat badal haji. Di Great Eastern Takaful kita telah melantik tabung haji untuk urusan ini.

    bagi saya menggunakan medium ini buakanlah medium yang terbaik untuk membuat simpanan.

    cadangan saya

  • Noor Azrina

    maknanya bukan lah untuk tabungan g haji. tapi pelengkap. perlindungan.

  • Razman Get

    katakan puan bercadang ingin menyimpan untuk simpanan haji 200 sebulan
    saya mencadangkan puan hanya mengambil plan ini dengan sumbangan rm50 sahaja

    bagi saya lebih baik puan simpan di tabung haji.

  • Noor Azrina

    maknanya still kita kumpul duit kat tabung haji lah.

  • Razman Get

    ini kerana manfaat yang puan akan dapat dengan 50 sebulan adalah sama jika dengan jumlah yang lebh besar cuma pampasan kematian danlumpuh sahaja yang berbeza.

    dan rm50 ni puan boleh ikat tempoh panjang contohnya 30thn

    kalau puan nak pergi pun bukan menggunakan duit tabungan rm50 itu. sebab kalau kita guna bermakna tiada coverage

    ini saya bercakap sebab bukan sebab tidak mahukan komision tetapi saya ingin memberikan yang terbaik untuk puan

  • Noor Azrina

    barulah saya faham… tapi saya masih berminat. tapi rm50 pun stil saving gak kan

  • Razman Get

    yap

    dan kebiasaanya client saya yang dah ada plan saving (medical card+saving) saya tak suruh ambil plan ni. Ini sebab pada plan mereka sudah ada pampasan kematian/lumpuh. jadi waris boleh gunakan wang itu untuk melakukan badal haji

    melainkan client saya memang tak boleh bak commit lebih dari RM100 sebulan barulah saya cadangkan plan haji ini. sekurang2nya ada protection untuknya.

  • Noor Azrina

    betul2 saya salah faham sebelum ni. saya dan suami dah ada medical card.

  • Razman Get

    dan keluarganya walaupun tak banyak.

    ini sekadar pendapat saya sahaja puan

  • Noor Azrina

    ada tak org lain yang masih keliru macam saya ni?

  • Razman Get

    ramai.

    sangat ramai

    sebab tu awal2 lagi saya dah suruh daftar haji dulu

  • Noor Azrina

    haha. saya ingatkan simpan macam tabung haji tu. kalau macam tu, saya tak perlu ambillah. terima kasih banyak2 sbb jujur terangkan. ape pun, saya dan suami tetap akan g daftar haji.

  • Razman Get

    sama2 puan.

  • Noor Azrina

    ok lah. nanti kalau ada produk yg terbaru sesuai dgn kami suami isteri, emel lah ye. terima kasih byk2 man sehari layan kami.

  • Razman Get

    Dah menjadi tanggungjawab saya puan

  • Noor Azrina

    semoga man Allah murahkan rezki sbb jujur kami doakan.

  • Razman Get

    Terima kasih puan, begitu juga dengan puan saya doakan menjadi agar puan menjadi bidadari untuk suami di surga nanti.. amin

  • Noor Azrina

    moga man akan jadi manager top 3 plak lepas ni ok.

    ok man. selamat malam. bye…..

  • Razman Get

    Terima Kasih sekali lagi puan

    ——————————————————————
    Pekongsian yang berlaku sebentar tadi. Mungkin ada sesetengah orang berpendapat saya tolak rezeki. Bagi saya rezeki Allah itu maha luas..
    Rosazaman Sarifdin
    Agency manager
    Great Eastern Takaful
    019-2699436