Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian yang berlaku hari ini… Semua ini adalah datangnya daripada pendapat saya sahaja.
Penerangan berkenaan plan simpanan haji. Salah seorang Ustazah yang datangnya dari blog ini tinggal di Terengganu.
- Conversation started today
-
Noor Azrina
salam…
-
Razman Get
waalaikumussalam
-
Noor Azrina
kenapa suami saya wang saku haji rm500 je
-
Razman Get
typing error tu
-
Noor Azrina
tu lah pelik tadi. takpela. nak tanya. kalau dah cukup tempoh matang 20 tahun, tapi lum g haji lagi, g haji lepas 5 tahun lepas matang, takaful cover lagi tak? bayaran bulanan kan sbb dah stop masa tarikh matang?
-
Razman Get
kalau sudah sampai tempoh matang secara automatik kita kena keluarkan saving kita. kalau tidak ambik pun boleh tetapi pada masa tersebut sudah tiada coverage
-
Noor Azrina
macamana kalau kita nak sambung lepas tu boleh ke? atau kena ikut perjanjian dari awal kalau kontrak 20 tahun, 20 tahun aja.
-
Razman Get
jadi kebiasaannya apa yang saya cadangkan buka 2 akaun. satu tempohnya sepertimana yang kita hendak pergi lagi satu tempohnya panjang sikit. yang tempoh panjang itu panjang cuma ambil seminima bayaran iaitu rm50
-
Noor Azrina
maksimum panjang mana?
-
Razman Get
terpulang pada puan maxsimum sehingga usia kita 70 tahun
-
Noor Azrina
macamana pulak kalau terawal, cadang nak g masa matang 20 tahun, tapi 15 tahun saving bole kuarkan ke
maksudnye kuarkan untuk g haji sebelum tempoh matang
-
Razman Get
contohnya saya bercadang nak pergi pada 15 tahun akan datang dan saya membuat simpanan rm150 untuk akaun 1 dengan tempoh 15 tahun dan satu akaun lagi rm50 untuk jangkamasa 25tahun.
kita boleh membuat pengeluaran awal tetapi terpaksa tutup akaun tersebut.
-
Noor Azrina
saya masih tak faham. maknanya bole g haji lepas tempoh matang ke?
saya sebelum ni tak faham. ingatkan lepas 20 tahun matang, kuarkan saving untuk haji, tapi takaful cover masa g haji sampai umur kita 70 tahun.
jadi, kalau saya dan suami start saving tahun ni, tempoh matang masa 20 tahun akan datang. sebelum matang, tak bole kuarkan saving untuk belanja haji. dah amik saving, takaful tak cover pulak.
-
Razman Get
mcm ni cikgu.
ni pendapat saya tentang plan haji ni.
ramai yang salah anggap mungkin seperti sangkaan puantujuan orang ambil plan haji ni sebenarnya inginkan manfaat badal haji. Di Great Eastern Takaful kita telah melantik tabung haji untuk urusan ini.
bagi saya menggunakan medium ini buakanlah medium yang terbaik untuk membuat simpanan.
cadangan saya
-
Noor Azrina
maknanya bukan lah untuk tabungan g haji. tapi pelengkap. perlindungan.
-
Razman Get
katakan puan bercadang ingin menyimpan untuk simpanan haji 200 sebulan
saya mencadangkan puan hanya mengambil plan ini dengan sumbangan rm50 sahajabagi saya lebih baik puan simpan di tabung haji.
-
Noor Azrina
maknanya still kita kumpul duit kat tabung haji lah.
-
Razman Get
ini kerana manfaat yang puan akan dapat dengan 50 sebulan adalah sama jika dengan jumlah yang lebh besar cuma pampasan kematian danlumpuh sahaja yang berbeza.
dan rm50 ni puan boleh ikat tempoh panjang contohnya 30thn
kalau puan nak pergi pun bukan menggunakan duit tabungan rm50 itu. sebab kalau kita guna bermakna tiada coverage
ini saya bercakap sebab bukan sebab tidak mahukan komision tetapi saya ingin memberikan yang terbaik untuk puan
-
Noor Azrina
barulah saya faham… tapi saya masih berminat. tapi rm50 pun stil saving gak kan
-
Razman Get
yap
dan kebiasaanya client saya yang dah ada plan saving (medical card+saving) saya tak suruh ambil plan ni. Ini sebab pada plan mereka sudah ada pampasan kematian/lumpuh. jadi waris boleh gunakan wang itu untuk melakukan badal haji
melainkan client saya memang tak boleh bak commit lebih dari RM100 sebulan barulah saya cadangkan plan haji ini. sekurang2nya ada protection untuknya.
-
Noor Azrina
betul2 saya salah faham sebelum ni. saya dan suami dah ada medical card.
-
Razman Get
dan keluarganya walaupun tak banyak.
ini sekadar pendapat saya sahaja puan
-
Noor Azrina
ada tak org lain yang masih keliru macam saya ni?
-
Razman Get
ramai.
sangat ramai
sebab tu awal2 lagi saya dah suruh daftar haji dulu
-
Noor Azrina
haha. saya ingatkan simpan macam tabung haji tu. kalau macam tu, saya tak perlu ambillah. terima kasih banyak2 sbb jujur terangkan. ape pun, saya dan suami tetap akan g daftar haji.
-
Razman Get
sama2 puan.
-
Noor Azrina
ok lah. nanti kalau ada produk yg terbaru sesuai dgn kami suami isteri, emel lah ye. terima kasih byk2 man sehari layan kami.
-
Razman Get
Dah menjadi tanggungjawab saya puan
-
Noor Azrina
semoga man Allah murahkan rezki sbb jujur kami doakan.
-
Razman Get
Terima kasih puan, begitu juga dengan puan saya doakan menjadi agar puan menjadi bidadari untuk suami di surga nanti.. amin
-
Noor Azrina
moga man akan jadi manager top 3 plak lepas ni ok.
ok man. selamat malam. bye…..
-
Razman Get
Terima Kasih sekali lagi puan
——————————————————————Pekongsian yang berlaku sebentar tadi. Mungkin ada sesetengah orang berpendapat saya tolak rezeki. Bagi saya rezeki Allah itu maha luas..Rosazaman Sarifdin Agency manager Great Eastern Takaful 019-2699436
Pertanyaan mengenai Amal haji, great Eastern takaful, kebarangkalian esok kita akan mati kita tak tahu, saya amat respek dgn produk tersebut, banyak tak pasti dalam kehidupan ini, apa yang pasti jika hajat saya tak sampai pergi haji, yang penting BADAL HAJI akan uruskan haji saya, . KONSEP YANG sedemikian harus disemat di minda para peserta GET. jika makna nya dah faham dari awal, KONSEP PERLINDUNGAN, perkara ini jadi mudah, apa yang jelas simpana di tabung haji tiada perlindungan takaful..
Tuan Razman
Soalan yang ke 2
Jika saya membuat simpanan melalui amal haji di GET, contoh 30. 9. 2013.selepas tahun pertama, pada 31.10. 2014. boleh tak saya mengambil simpanan tersebut, , tujuan nya untuk kegunaan peribadi
A. adakah saya dikena kan bayaran faedah
B. Adakah saya perlu membayar balik pinjaman tersebut
C, Jika saya boleh ambik balik simpanan satu tahun , saya amat teruja dengan Plan GET ini
sila jawab
Hamirudin
Skudai
salam
soalan 1
saya tak tahu nak jawab soalan pertama, saya tak jumpa
soalan 2
jawapannya boleh, tak dikenakan faedah. tetapi sijil kena terus tutup