Persoalan yang sering di tanya berkenaan plan Takaful..

Assalamualaikum..

Baru baru ini banyak sangat persoalan yang saya dapat daripada orang yang saya jumpai. Kadang-kadang rasa nak tergelak jugak dengan pertanyaan itu.. Ada sebahagiannya memang tak betul langsung… Jika anda seorang agen mungkin anda menggunakan idea ini. Dan jika anda seorang tengah mencari manfaat takaful pernah bertemu dengan jawapan sebegini. Antaranya..

1- Bolehkan kita stop (berhenti membuat sumbangan) takaful kita bila2 masa?

Jawapan agen A: sebenarnya boleh sebab itu hak anda. Cuma apabila certificated anda luput (lapes) sebarang tuntutan tidak untuk di tuntutan. Jawapan agent B:Kita hanya boleh stop setelah melebihi 1 tahun. jika tidak penalti akan di kenakan..

2- Bolehkah kita kecikkan nilai sumbangan.. Contoh dari 300 ke 200 sebulan?

Jawapan agen A: Boleh anda berhak mengecilkan atau membesarkan nilai sumbangan anda. mengikut keperluan anda. Jawapan agen B: Kita hanya boleh mengecilkan nilai sumbangan setelah 2 or 3 tahun..

3- Bilakah kad perubatan ini boleh di gunakan?

Jawapan agen A: Penggunaan kad perubatan mengikut tepoh menunggu yang telah di tetapkan. Contohnya kemalangan dalam masa 24 jam, demam 30 hari dan sebangainya.. Jawapan agen B: Untuk lebih senang selepas setahun baru boleh guna.

Anda renung-renungkan…..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

B The Best OOOo Yes..

Tidak perlu miliki handphone mahal untuk membuat panggilan
Tidak perlu berfalsafah berhujah untuk menyakinkan rakan
Tidak perlu berpura-pura untuk menunjukkan kehebatan
Apa yang penting
Satu panggilan menghasilkan ribuan
Satu perbincangan membuka minda pelanggan
Satu kerjasama memberi kesan yang berpanjangan

Risiko hidupan ada di mana2 sahaja (Hadapi risiko hilang upaya)

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
24/4/2012
KESAL...Mohammad Fauzi menunjukkan tangan dan laporan perubatannya.
KESAL…Mohammad Fauzi menunjukkan tangan dan laporan perubatannya.

PUTRAJAYA: Seorang lelaki mendakwa Hospital Putrajaya tidak memberikan rawatan sepatutnya selepas dia terbabit kemalangan, sekali gus menanggung risiko hilang upaya terhadap kecuaian itu.

Kakitangan swasta, Mohammad Fauzi Abdul Halim, 41, mendakwa kejadian itu berlaku pada 28 Ogos tahun lalu selepas dia mengalami kemalangan disebabkan motosikalnya melanggar besi di kawasan Lebuhraya Maju Expressway Putrajaya-Kuala Lumpur.

Menurutnya, ketika itu dia bersama anak sulungnya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan beberapa urusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Saya tak perasan ada besi di jalan dan melanggarnya menyebabkan saya dan anak perempuan jatuh di jalan. Kejadian itu menyebabkan tangan kiri saya luka dan berdarah dan menelefon ambulans untuk menghantar kami ke Hospital Putrajaya.

“Ketika rawatan, doktor meminta saya menjalani X-ray serta diberikan ubat tanpa memberitahu apa-apa masalah yang dihadapi. Saya dibenarkan pulang ke rumah pada hari sama,” katanya yang mengadu perkara itu kepada Harian Metro di sini.

Mohammad Fauzi mendakwa, sebaik pulang ke rumah dia berasa sakit dan pedih pada bahagian luka berkenaan dan disebabkan tidak berpuas hati dia mendapatkan rawatan di dua klinik panel sebulan selepas kejadian.

“Bagaimanapun, saya dinasihatkan merujuk ke hospital untuk mengetahui lebih lanjut masalah dihadapi. Seterusnya, saya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Januari lalu untuk rawatan susulan.

“Selepas menjalani X-ray, doktor mengesahkan saya menghadapi masalah pada tangan kiri. Saya tidak berpuas hati dengan pihak Hospital Putrajaya kerana tidak memaklumkan masalah itu lebih awal ketika menerima rawatan di sana,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr Mohd Anis Haron ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima aduan Mohammad Fauzi dan membuat siasatan lanjut mengenai perkara itu.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Sumbangan Organ? 11,000 pesakit di ambang maut..

Assalamualaikum..

Beginilah nasib jika kita mengharapkan sumbangan..Kalau umur panjang n ada CABLE okla dapat cepat.. kalau tak…

Bak kata pepatah,

untung serabut timbul, kalau batu tenggelam

Mungkin jika anda berwang masalah ini tak kan timbul.. Atas dasar itulah selalunya saya sangat-sangat mencadangkan agar anda mendapatkan manfaat penyakit peringkat awal.. Persoalan nya kenapa?

Tahukah anda?

Orang-orang yang kaya kebiasaannya akan ke China untuk mendapatkan organ, Di sana ada orang yang menjualnya. (bukan barang tiruan made in china yer) ni ori punya… mungkin anda ada terdengar berita gadis china sanggup menjual organnya untuk mendapatkan ipad? ni link dia

Jika anda tiada wang satu perkara yang mustahil untuk anda mendapatkannya..

Sekadar berkongsi pengalaman saya

Pada bulan lepas saya ada berjumpa seorang Manager, mengambil plan simpanan beserta medical card untuk putrinya dengan saya. saya bertanya dengannya, dia memegang medical card dari company mana? dia menjawab Syarikat bagi medical card Dari compny I.. personal dia ambil dengan BSN. Bagus jawapan saya..

Terus saya membuka satu plan yang pastinya tiada di syarikat Takaful lain.. iaitu I-EPCC (penyakit peringkat awal) dengan cover sebanyak 300k. manfaat lain2 saya tak masukan, ini sebagai tambahan manfaat sahaja.

Dia bertanya apakah tujuan saya memberikan manfaat itu?

Simple sahaja jawapan saya, Hari ini penyakit bukan di warisi, tetapi dari apa yang kita makan. Katakan 1 buah pinggang anda gagal berfungsi, Apa yang anda akan lakukan? Dengan manfaat yang saya masukkan ini, 1 buah pinggang anda gagal berfungsi anda akan dapat cash sebanyak 50% daripada apa yang anda cover. Iaitu RM150,000. Dengan wang yang sebanyak itu anda dapat untuk membeli sebiji buah pinggang di China dengan harga RM100,000. (lebih kurang mcm tulah ayat saya)

Paham kan apa yang saya maksudkan?

Tak paham takper… untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Kenapa hospital swasta mahal? Pesakit Tunai vs Pesakit Insuran / Takaful

Assalamualikum…

Pagi ni masa ingin saya ke Agency sempatla mendengar radio kegemaranku.. IKIM.FM.. Topik pagi ini agak menarik bagi ku..

Pesakit tunai dan pesakit Insuran/Takaful. Oleh sebab tajuk yang menarik itu macamlah komen dan pendapat orang ramai. Terutamanya tidak berpuas hati kerana bayaran yang di kenakan oleh hospital swasta terlalu mahal.

Oleh sebab itu ramai jugalah yang mencadangkan jika tiada duit pergilah ke hospital kerajaan… Hahaha

Pemanggil pertama yang di terima daripada seorang doktor dari hospital swasta Rawang kalau tak silap.. Beliau menjelaskan…

1-Kenapa caj yang dikenakan oleh hospital swasta mahal kerana harga yang  di kenakan mengikut standart MAA ( Malaysia Assurance Associate) Dan bayaran yang di terima oleh hospital daripada syarikat insura n mengambil masa sehingga 6 bulan.

2- Jika menggunakan tunai pengurangan boleh di berikan sehingga 20%..

Cadangan beliau.. Jika kita ingin menggunakan Insuran… pilihlah takaful… ini kerana secara tidak langsung mereka tidak terlibat sama di dalam perkara yang tidak sepatutnya…

Nota Razman Get: Pada saya orang yang berduit tidak kisah jika tidak memiliki Insuran or Takaful, Mereka yang tidak berduit sahaja yang akan menabung sikit di  Insuran or Takaful sebagai persediaan terhadap sebarang risiko kehidupan… Renungkan..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Great Eastern Takaful pemain utama dalam industri

Oleh ANI AWANG
bisnes.utusan@gmail.com

Mohammad Salihuddin Ahmad (kanan sekali) meninjau Stesen Sinergi Agensi Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GASS) Butterworth yang berkonsepkan ceria dan kontemporari bagi kemudahan pelanggan yang berurusan di Butterworth, semalam.

BUTTERWORTH 10 April – Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB) berhasrat menjadi pemain utama dalam insurans takaful dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan perlindungan kepada rakyat di negara ini.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GETSB, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, ini kerana kesedaran masyarakat terutama masyarakat Islam terhadap tahap pengambilan insurans takaful di negara ini masih rendah iaitu 11 peratus berbanding 43 peratus bagi insurans konvensional.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan membuka tiga lagi pejabat Stesen Sinergi Agensi Great Eastern Sdn. Bhd., (GASS) tahun ini dalam memperkenalkan produk yang ditawarkan oleh GETSB.

Antara pejabat tersebut ialah di Wangsa Maju (Kuala Lumpur) yang akan dibuka Mei depan, Jitra (Kedah) dan Kota Kinabalu di Sabah.

“Pejabat GASS yang dibuka di sini akan membolehkan pihaknya meneroka pasaran baru di negeri sebelah utara dan sekali gus menjadi pengendali insurans takaful yang terbaik di antara 12 takaful yang beroperasi di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Pelancaran GASS di Taman Selat di sini hari ini.

Setakat ini, cawangan GASS yang baru beroperasi ialah di Kota Bharu pada 13 Mac lalu.

Mohamad Salihuddin berkata, pihaknya akan melantik 8,000 ejen GASS di seluruh negara bagi membolehkan masyarakat sedar terhadap kepentingan insurans takaful yang berkonsepkan syariah Islam yang mudah.

Beliau berkata, antara produk takaful yang ditawarkan oleh GETSB ialah i-Great Amal, i-Great Iqra, i-Great Abadi dan I-Great Damai.

TakafulGE: Untuk mendapatkan sebarang penjelasan lebih detail anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Medical card Great Eastern…(plan perubatan)

Assalamualaikum semua..

Contoh satu email yang diterima pagi ini...
salam

sayer cadng nak ambil medical card sahaja...
boleh x encik explain sedikit utk medical card...
saya umr 26,kerja swasta,
saye bajet sedikit sahaja coz sayer dah ader pa.
gaji saye kecil sahaja hnya rm1300...
jadi tolng tgok layak x saye mohon

tq,
redzuan

Jawapan saya..

saya cuba membantu..
1st tahniah kerana encik memiliki kesedaran terhadap pentingnya
kad perubatan.
Salam encik disini ada 2 pilihan yang boleh saya tawarkan. 
setiap tawaran ada kelebihan masing masing

1- Medical card single. Harga RM521 setahun
  Manfaat
     - Bilik rawatan yang berharga RM150 sehari (3 katil)
     - Had tahunan RM90,000 setahun
     - Had seumur hidup RM360,000 
     - RM3,000 untuk pesakit luar (akibat kemalangan)
     - Co insuran minimum 10% dan max RM500

 Kelebihan
     - Murah
     - Had tahunan tinggi
     - Bilik lbih selesa
     - Had tahunan tinggi
 Kelemahan
     - Bayaran hanya secara tahunan.
     - setiap 5 tahun harga akan naik (
       1-5, 6-10, 11-15, 16-20 dan seterusnya)
     - Tiada simpanan
     - Had Keseluruhan rendah

2- Medical card beserta simpanan  Harga RM100/ month
  Manfaat
      - Bilik rawatan yang berharga RM100 sehari (4 katil)
      - Had tahunan RM60,000 setahun
      - Had seumur hidup RM480,000 
      - RM2,000 untuk pesakit luar (akibat kemalangan)
      - Co insuran minimum 10% dan max RM500
      - Elaun hospital kerajaan RM50 sehari
      - Manfaat PA percuma RM10,000
      - Car Assiatance percuma (perkhidmatan towing percma)
      - Peningkatan terhadap had tahunan 
        setiap 3 tahun sebanyak 10% = RM6,000 
        (jika   tak guna medical card)

Kelebihan 
      - Beserta simpanan
      - Had keselurhan tinggi RM480,000
      - Harga sama RM100/bulan sehingga berusia 99 tahun
      - Ada peningkatan terhadap had tahunan setiap 3 tahun
      - Ada khdmat car assistant
      - Ada pampasan Khairat kematian RM2,000
      - Ada pampasan kematian RM20,000
      - Ada pampasan  tambahan jika kematian kemalangan RM10,000
      - Ada manfaat simpanan percuma jika lumpuh/penyakit kritikal 
        jadi free sehingga umur 99 tahun 
      - Ada simpanan RM25,000 (anggaran peaburan dalam 20 tahun)
      - Bayaran boleh di buat secara bulanan, suku tahun, 
        setengah tahun atau tahunan.

 Kelemahan
      - Had tahunan kecil RM60,000.(Bilik RM100, 4 katil)
      - Bayaran lebih mahal sedikit

encik layak untuk mendapatkan manfaat ini.. kerana orang yang 
bijak akan membelanjakan 10% daripada pendapatannya untuk
persediaan perubatan.
Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya
Rosazaman Sarifdin
O19-2699436

buatkan saya quotation

Tanda barah prostat?

Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2011/02/27

Lelaki botak usia 20-an dikatakan petunjuk awal risiko kanser


MASALAH rambut gugur sememangnya merunsingkan. Lebih mencemaskan lagi apabila masalah yang dianggap alah bisa tegal biasa dalam kalangan lelaki ini sebaliknya turut dikaitkan dengan penyakit lebih serius iaitu kanser prostat.

Inilah hasil kajian terbaru sekumpulan penyelidik Perancis diketuai Dr Philippe Giraud, penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris. Kajian sejak 2004 dengan proses analisisnya memakan masa dua tahun, mendakwa lelaki yang mengidap kanser prostat, adalah dua kali ganda berkemungkinan menunjukkan tanda-tanda keguguran rambut atau botak seawal usia 20-an berbanding mereka yang tidak mengidap masalah itu.

“Kajian mendapati, lelaki yang mula gugur rambutnya pada usia 30-an atau 40-an, tidak berdepan risiko kanser prostat sebaliknya mereka yang mula keguguran rambut pada usia 20-an mengalami risiko lebih tinggi mengidap kanser pada awal usia atau mengalami tumor yang lebih agresif.

“Rambut gugur yang dikaitkan dengan masalah androgen juga ada kena mengena dengan kanser prostat,” katanya dalam kenyataan media yang dipetik Persatuan Perubatan Onkologi Eropah, baru-baru ini.

Dr Giraud berkata, biarpun sehingga kini tiada bukti kukuh menunjukkan manfaat proses saringan terhadap orang awam bagi mengesan kanser prostat, penyelidik perlukan cara berkesan bagi mengenal pasti lelaki yang berisiko tinggi menghidap penyakit barah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau dan rakan penyelidik akan membuat lebih banyak kajian lanjut bagi melihat sama ada campur tangan kaedah rawatan mungkin bersesuaian bagi lelaki yang mengalami botak pada usia muda.
“Pakar perubatan perlu tahu siapa sasaran saringan dan dipertimbangkan untuk pencegahan kemoterapi.

“Botak pada usia 20-an mungkin boleh jadi faktor risiko paling mudah untuk mengesan masalah ini, begitupun banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini,” katanya yang juga Profesor bidang radiasi onkologi Universiti Descartes Paris.

Menerusi kajian itu, kumpulan penyelidik itu menyedari corak botak lelaki (androgenic alopecia) sangat biasa berlaku dan dialami separuh dari keseluruhan lelaki pada satu peringkat dalam kehidupan mereka. Sebelum ini, pencetus penyakit ini dikaitkan dengan perubahan testosterone kepada hormon androgenic.

Bagi memeriksa dengan teliti kemungkinan hubungan antara corak rambut botak dengan kanser prostat, pasukan penyelidik Perancis mengambil masa dua tahun menganalisa perkembangan penyakit dan corak keguguran rambut terhadap 388 lelaki yang mengalami kanser prostat berusia antara 46 hingga 84 tahun.

Bermula pada 2004, penyelidik meminta mereka menunjukkan sama ada pernah mengalami masalah botak sebelum ini, bila masalah rambut gugur bermula dan secara khusus jenis rambut gugur yang berlaku ketika berusia 20, 30 dan 40 tahun.

Kajian mendapati 37 pesakit kanser prostat (dan 14 lelaki sihat) mengalami beberapa bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun, seperti penyusutan rambut di dahi kepada botak bertompok di atas kepala atau kombinasi kedua-duanya. Dalam kajian itu sebarang bentuk keguguran rambut pada usia 20 tahun dikaitkan dengan bergandanya risiko kanser prostat, yang mana tanpa corak khusus keguguran rambut menjadikannya risiko yang lebih mudah dijangka berbanding risiko lain.

Biarpun pasukan penyelidik enggan membuat kesimpulan bahawa masalah botak dan kanser prostat saling berkaitan, seorang lagi pakar Amerika Syarikat iaitu Dr Nelson Neal Stone, Profesor Klinikal Urologi dan Radiasi Oncology di Mount Sinai School of Medicine, New York City bersetuju bahawa hasil kajian berkenaan boleh dipertimbangkan.

“Kita juga sedar wujudnya faktor genetik yang menjadikan kanser prostat lebih tersebar luas. Sebagai contoh, lelaki yang ada kaitan persaudaraan seperti bapa saudara, bapa atau abang yang disahkan kanser prostat adalah 2.5 hingga tiga kali lebih berisiko alami barah prostat berbanding lelaki tanpa sejarah keturunan. Genetik juga memainkan peranan kepada lelaki yang mengalami rambut gugur pada usia muda,” katanya.

INFO: Barah prostat

  • Turut digelar penyakit orang tua kerana lambat merebak
  • Kira-kira 90 peratus dari sel barah ini merebak ke tulang selain kawasan lain termasuk pundi kencing.
  • Isi padu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
  • Penduduk di California, Amerika Syarikat adalah 100 kali lebih ramai dijangkiti barah ini berbanding penduduk Cina di Shanghai.
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Dirempuh ketika tukar tayar pancit

Disunting daripada harian metro

PETALING JAYA: Seorang isteri hanya mampu meraung apabila suaminya dirempuh di hadapannya ketika menukar tayar kereta yang pancit berhampiran Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ibu negara di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi di kilometer 17.8 lebuh raya itu, Tan Tong Jin, 44, menukar tayar hadapan sebelah kiri kereta Proton Iswara yang pancit sebelum dirempuh dari belakang sebaik melepasi Tol di PJS 2, di sini.

Jurucakap polis berkata, keadaan sekeliling yang gelap dipercayai punca mangsa dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi warna perak yang baru melepasi tol berkenaan.

“Ekoran rempuhan itu, Tan tercampak 20 meter dari kenderaannya.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah. Sehingga petang ini (semalam), pemandu terbabit belum membuat laporan polis,” katanya.

Nota Takafulge: Apakah nasib kepada keluarga anda jika anda sebagai nadi hilang dalam sekelip mata, lebih-lebih lagi jika hanya anda sahaja yang mencari rezeki untuk keluarga anda. Isteri yang sebelum ini hanya membesarkan anak2 terpaksa bekerja menggantikan tempat anda. Kalau anak anda ramai, upah menjaga anak belum tentu dapat di tampung dengan gaji yang sedikit.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Sebaik sedar dua kaki sudah tiada

Disunting daripada harian metro.

KUALA LUMPUR: “Sebaik tersedar, saya terkejut apabila mendapati kedua-dua kaki saya sudah tiada,” kata Mohd Adib Ramli, 20, mangsa kemalangan bas berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, Jumaat lalu.

Menurutnya, dia tidak mengetahui siapa yang menandatangani surat keizinan memotong kakinya dan hanya mengetahui sudah kudung selepas tersedar pagi tadi (semalam).
“Saya terima takdir ini dan reda dengan setiap ketentuan Tuhan, walaupun kehilangan kedua-dua kaki, saya akan teruskan hidup,” katanya dengan linangan air mata. Difahamkan, kaki Mohd Adib terpaksa dipotong selepas tulang serta lututnya hancur teruk.

Beliau berkata, sekali pun akan cacat kekal dia bersyukur kerana adik perempuannya berusia 17 tahun yang sepatutnya menyertai rombongan itu tidak ikut serta. “Sepatutnya adik perempuan saya turut menyertai rombongan ini, malah saya sudah daftarkan namanya, tetapi tiba-tiba saya tidak sedap hati dan terus potong nama dia, saya tidak nyatakan padanya cuma memberi alasan dia harus belajar untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba,” katanya.
Menceritakan detik cemas itu, Mohd Adib berkata, ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands, mereka sepatutnya berhenti di sebuah masjid berdekatan untuk solat Maghrib. “Tetapi apabila bas tiba di sebuah masjid berhampiran kawasan Genting itu, semua kawasan tempat letak kereta penuh, pemandu bas berkenaan mendakwa akan membawa kami ke sebuah masjid di Gombak,” katanya.
Dalam perjalanan itu, dia yang terlelap seketika tiba-tiba terkejut selepas terdengar suara orang menjerit dan laungkan azan, sebelum semua penumpang berkumpul di bahagian belakang bas persiaran itu.

p/s: malang tak berbau.

MUngkin masalah dan beban anda dapat di kuragkan jika anda bersedia dengan mengambil plan simpanan ini

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

kekalkan semangat menyebarkan takaful..

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda khususnya pada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini (sebagai agen takaful)..

Daripada pengalaman saya ramai mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini tidak nampak dengan jelas apa yang sepatutnya mereka lakukan jika ingin dan terus berjaya. Kebanyakkannya hanya melakukan bidang ini sekadar suka2 atau memenuhi masa terluang.. (side income). Saya berharap anda tidak tergolong di dalam golongan tersebut.

Jadi, berbincanglah dengan orang atasan anda bagai mana dan apakah yang perlu anda lakukan untuk terus dan terus berjaya.. Setiap leader atau pemimpin mempunyai strtgy yg berbeza. Pilih strtgy yang bersesuaian dengan kemampuan anda.. Jangan over dari kemampuan anda. Biasanya agent ni kadang2 poyo gak… buatnya tak gak..

Nak tahu cara saya kenalah hubungi saya

Make it simple n easy…

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation