Disunting daripada harian metro
PETALING JAYA: Seorang isteri hanya mampu meraung apabila suaminya dirempuh di hadapannya ketika menukar tayar kereta yang pancit berhampiran Lebuhraya Pantai Baru (NPE) menghala ibu negara di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi di kilometer 17.8 lebuh raya itu, Tan Tong Jin, 44, menukar tayar hadapan sebelah kiri kereta Proton Iswara yang pancit sebelum dirempuh dari belakang sebaik melepasi Tol di PJS 2, di sini.
Jurucakap polis berkata, keadaan sekeliling yang gelap dipercayai punca mangsa dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi warna perak yang baru melepasi tol berkenaan.
“Ekoran rempuhan itu, Tan tercampak 20 meter dari kenderaannya.
“Mangsa mati di tempat kejadian akibat parah. Sehingga petang ini (semalam), pemandu terbabit belum membuat laporan polis,” katanya.
Nota Takafulge: Apakah nasib kepada keluarga anda jika anda sebagai nadi hilang dalam sekelip mata, lebih-lebih lagi jika hanya anda sahaja yang mencari rezeki untuk keluarga anda. Isteri yang sebelum ini hanya membesarkan anak2 terpaksa bekerja menggantikan tempat anda. Kalau anak anda ramai, upah menjaga anak belum tentu dapat di tampung dengan gaji yang sedikit.
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436