Sebaik sedar dua kaki sudah tiada

Disunting daripada harian metro.

KUALA LUMPUR: “Sebaik tersedar, saya terkejut apabila mendapati kedua-dua kaki saya sudah tiada,” kata Mohd Adib Ramli, 20, mangsa kemalangan bas berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak di sini, Jumaat lalu.

Menurutnya, dia tidak mengetahui siapa yang menandatangani surat keizinan memotong kakinya dan hanya mengetahui sudah kudung selepas tersedar pagi tadi (semalam).
“Saya terima takdir ini dan reda dengan setiap ketentuan Tuhan, walaupun kehilangan kedua-dua kaki, saya akan teruskan hidup,” katanya dengan linangan air mata. Difahamkan, kaki Mohd Adib terpaksa dipotong selepas tulang serta lututnya hancur teruk.

Beliau berkata, sekali pun akan cacat kekal dia bersyukur kerana adik perempuannya berusia 17 tahun yang sepatutnya menyertai rombongan itu tidak ikut serta. “Sepatutnya adik perempuan saya turut menyertai rombongan ini, malah saya sudah daftarkan namanya, tetapi tiba-tiba saya tidak sedap hati dan terus potong nama dia, saya tidak nyatakan padanya cuma memberi alasan dia harus belajar untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba,” katanya.
Menceritakan detik cemas itu, Mohd Adib berkata, ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands, mereka sepatutnya berhenti di sebuah masjid berdekatan untuk solat Maghrib. “Tetapi apabila bas tiba di sebuah masjid berhampiran kawasan Genting itu, semua kawasan tempat letak kereta penuh, pemandu bas berkenaan mendakwa akan membawa kami ke sebuah masjid di Gombak,” katanya.
Dalam perjalanan itu, dia yang terlelap seketika tiba-tiba terkejut selepas terdengar suara orang menjerit dan laungkan azan, sebelum semua penumpang berkumpul di bahagian belakang bas persiaran itu.

p/s: malang tak berbau.

MUngkin masalah dan beban anda dapat di kuragkan jika anda bersedia dengan mengambil plan simpanan ini

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

This entry was posted in berita, info, Malang tak berbau, pentingnya Takaful. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s