Beza Simpan di Takaful berbanding Simpan di Bank

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk di jadikan rujukan untuk semua. Saya tahu, anda pastinya tahu apakah perbezaan jika kita simpan di takaful berbanding di bank. Sudah tentulah dari segi protection kan? itu merupakan salah satu faktor. Apakah selain daripada itu?

Simpan di bank kita menyimpan  dan baru boleh mencipta matlamat manakala menyimpan di takaful, matlamat dicipta dahulu baru kita menyimpan.

Contoh 1.. Kita ingin membuat tabungan RM50,000 untuk pendidikan anak dalam masa 20 tahun. Jika kita simpan di bank, 200 x 12(setahun) x 20 tahun baru kita dapat kumpul dalam RM50,000. dengan andaian kita kekal sihat. Tetapi di takaful kita terus cipta RM50,000(Tabarru) kemudian baru kita mula menyimpan. Kalau kita kekal sihat pun kita dapat, tak sihat pun tetap dapat.

Dan perkara penting yang ingin saya kongsikan di sini adalah menyimpan di takaful ada cover kepada contributior (penyimpan) atau pemilik, konsep yang hampir sama dengan loan rumah.

Contoh 2.. Jika kita menyimpan di bank, katakan sesuatu musibah berlaku dan menyebabkan kita tidak dapat meneruskan simpanan. Maka matlamat kita akan terhenti setakat itu sahaja. Berbeza dengan takaful simpanan tetap diteruskan selama mana yang kita cover.

Ini adalah salah satu Rider (manfaat) yang terdapat di Great Eastern Takaful. Manfaat ini melindungi Lumpuh dan penyakit kritikal, untuk pembayar turut cover kematian.

Apakah kepentingan  Rider (manfaat) ini?. Baca betul2 yer..

Baru – baru ni saya banyak terjumpa dengan certificated (polisi) yang hanya cover manfaat ini hanya untuk tempoh yang singkat. 15-20 tahun sahaja.

Bayangkan jika anda berusia 35 tahun anda  ambil plan simpanan, medical card n lain-lain manfaat, agent anda hanya cover untuk 20 tahun sahaja untuk manfaat caruman percuma ni. Bermakna pada usia anda 55 tahun manfaat ini anda sudah tidak dapat. Sedangkan selepas usia tersebut anda lebih terdedah kepada penyakit. katakanlah pada usia 56 penyakit kritikal bercinta dengan anda, dan anda pulak dah pencen masa tu. Untuk mendapatkan manfaat yang anda ambik sebelum ni nak tak nak anda tetap kena teruskan pembayaran lah  macam biasa. Memang kesan tu kita tak nampak sekarang.  15 ke 20 tahun bukan satu jangkamasa yang lama. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang anda ambil. Kalau nak menyesal or marah pada waktu tu dah tak guna, Jadi Fahamkan sebaik-baiknya. Jangan percaya bulat bulat, cuba dapatkan maklumat dari sumbar lain juga..

Selamat membaca…

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Group presentation di UiTM Lendu Melaka 20/7/2012 Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah semalam saya bersama partner Ustaq Musyrif Khalil dapat membuat sesi taklimat tentang pentingnya takaful di UiTM Lendu. Sesi bermula jam 10:00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12:00 tengah hari.

Segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan khususnya pada pensyarah-pensyarah muda di sana kerana memberi kami peluang dan ruang untuk kami mengembangkan dakwah Takaful ini.

Perkara yang lebih membanggakan saya semasa sesi taklimat ada seorang penyarah (Puan Mastura) mengatakan GET yang terbaik sedangkan dia memilili Takaful dari syarikat lain. Ini kerana dia pernah di kongsikan dengan plan dari Great Eastern ini, pada masa tersebut dia masih tiada perkerjaan.

Bak kata orang langkah kanan, kami di jamu dengan makanan Poklak (betul kot bunyinya). Almaklumlah esoknya dah nak puasa. Terima kasih sekali lagi pada anda semua.

Balik daripada Melaka kami sempat singgah di Branch Seremban untuk membuat e submission.

Jika anda ingin juga memanggil kami untuk memberikan penerangan tentang pentingnya Takaful di tempat anda, anda bolehlah menghubungi saya untuk temujanji.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Ni sebab kenapa anda perlukan Takaful

Assalamualaikum semua..

Saya Tahu mungkin anda ramai duitnya.. so tak perlulah takaful ni.. Ada orang kata takaful ini untuk orang kaya yer ker? apa pendapat anda?

Bagi saya takaful ini untuk orang miskin sebab tu dia kena kumpul sikit, kalau tak kumpul dari sekarang mungkin akan jadi nasib seperti ini..

sumber daripada AKPK.. ramai yang berhutang kerana belanja perubatan.. kalau kita beringat mungkin masalah ni tak timbul.. contohnya kita ambil plan perubatan dari Great Eastern Takaful Sdn Bhd. serendah RM3.33 sehari jer.. Settel..

Apa tunggu lagi.. Hubungi saya untuk mendapatkan penerangan medical card atau untuk mendapatkan quatation secara percuma

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Masih ada sayang.. Pentingnya takaful

Assalamualaikum semua..

Saya yakin anda semua biasa dengan dengan petikan ini

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua

kaya sebelum miskin

lapang sebelum sempit

dan hidup sebelum mati.

Begitu juga dengan takaful ini… Takaful hanya boleh di ambil apabila anda sihat, malangnya orang kita bumiputra gelabah nak ambik bila dah tahu ada sakit. Masa itu berapa sumbangan yang anda sanggup keluarkan sekalipun sudah tak diterima.. Sedihkan..

Masa muda-muda dan tengah murah sombong taknak dan bila dah separuh abad dan dah mahal baru terhegeh2 nak ambik.

Bila dah meninggal barula sibuk2 kalaulah kalaulah dah tak guna masa tu

Jadi Renung2kanla sahabat sekalian..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

janganla sombong sangat.. dengar dan fahami apa kepenting takaful ini..

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kisah benar yang baru  sangat berlaku baru-baru ini.. Mungkin boleh di jadikan ikhtibar atau tauladan.

Ini daripada pengalaman sendiri yang masih sangat terasa kehangatannya.. Saya percaya bdang ini bukan mudah, Jika anda berada lama dalam bidang ini anda akan lalui perkara yang sama saya lalui, di ketawaka, di perlekehkan, di gelakkan, di kutuk, dan sebagainya. Semua itu saya anggap sebagai batu-bata yang akan saya gunakan untuk membina istana..

Saya masih teringat satu pengalaman saya tahun lepas 2011 apabila ingin berkongsi dengan rakan sekampung melalui lawan sosial (facebook), Baru sahaja memberi salam terus dia menjawap

kalau kau nak tegur aku sebab nak cerita pasal insuran aku mintak maaf, jangan sampai aku blok ko

Nauzubillah. Saya hanya ingin berkongsi, tak sempat pun nak berkata apa2. Daripada maklumat yang saya perolehi rakan ini tidak bekerja, hanya menjaga 2 orang anaknya dan hanya suaminya sahaja yang bekerja maklumlah mungkin sudah agak selesa saya rasa, (ni sebab suaminya memandu toyota wish, kurang2 gaji saya rasa 5k sebulan). Mungkin sebab itu juga dia rasa tidak perlunya takaful ini.

Pada bulan 5/2012 saya terlihat pada wallnya (facebook) ramai yang mengucapkan takziah di atas pemergian suaminya yang meninggal lemas ketika memancing.

Saya rasa bersalah pada diri sendiri sebab tidak dapat berkongsi tentang pentingnya takaful ini.

Marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah…

Kepada sesiapa yang nak sambung bayar kereta arwah bolehlah mengubungi saya Razman 019-2699436. Buat masa ini kereta tiada tunggakan, Isteri sudah tak mampu untuk teruskan pembayaran.

Salam Takziah dari saya