Kerjaya yang Indah di takaful.. Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat kesihatan kepada saya, dengan itu saya dapat menjalankan segala usaha saya ini dengan lancar.

Pada tahun lepas diberikan penganugerahan di genting sebagai Smart Leo F1 dan kelmarin 18/9/2012 diberikan penganugerahan  buat kali kedua oleh Great Eastern sebagai F1 Pro-Crown Leo dan F1 Pro-Smart Leo.

Terima Kasih Allah, dan kepada anda semua yang menyokong saya di dalam industri ini.

Pastinya pencapaian ini bukanlah noktah bahkan ianya merupakan titik permulaan untuk saya melangkh lebih jauh lagi InsyaAllah..

Semua ini tidak akan datang melayang dan bergolek dengan sendirinya jika tidak kena dengan caranya.

Matlamat saya untuk tahun hadapan untuk membawa seberapa ramai yang mungkin qualifier di bawah seliaan saya untuk turut serta mencapai award Great Leo ini.

Oleh itu saya mempelawa anda di luar sana untuk turut serta bersama-sama saya di bawah An-Nur Group sebagai perunding kewangan takaful  mewakili Great Eastern Takaful.

Segala tunjuk ajar dan bimbingan akan saya sediakan

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Takaful / Insuran VS MLM..

Assalamualaikum..

Sebelum saya ingin berkongsi pengalaman hari ini, saya minta kepada yang suka copy and paste pengalaman saya ini, saya mohon agar anda minta izin terlebih dahulu. Tak salahkan..

Kisah hari ini saya rasa kita boleh jadikan teladan. Ambik yang baik buang jauh-jauh yang buruk.

Takaful/Insuran VS MLM (Multi Level Marketing)

Petang tadi dalam jam 6:30 petang saya mendapat penggilan daripada x-client bertanyakan certificate takafulnya yang sudah luput. Bagaimana untuk dihidupkan kembali.. Alhamdulillah.. Mungkin sudah ada kesedaran kembali agaknya.. Rupa – rupanya ada udang di sebalik batu… (baca seterusnya)

x-client saya ini pada mulanya memang tiada masalah melakukan sumbangan takafulnya, setiap bulan akan dipotong melalui autodebit Maybank. Tapi apabila dia menyertai salah satu MLM, pendapatnya mula berubah sedikit demi sedikit. Sehinggakan saya pun hendak di sekolahkannya.. Saya masih teringat apa yang di perkatakan.

x-client: Razman saya nak stop takaful sayalah, saya dah tak boleh nak teruskan,

saya: Boleh, Tapi boleh saya tahu kenapa?

x-client: Saya ambik takaful ni saya rasa mcm mintak saya sakit pulak, mana taknya kalau sakit jer baru boleh guna. Kalau boleh kita taknak sakit, baik kita kawal pemakanan kita. Tingkatkan imiunisasi dalam badan kita. Itu  lebih baik. Penyakit ni bermula dari perut. Bla Bla Bla Bla…..

(keluar jer perkataan imiunisasi saya dah dapat agak benda apa)

saya: Betul tu. Tapi takaful bukan sahaja untuk penyakit, musibah yang kita tak jangka seperti kemalangan pula bagai mana?

x-client: Tu tak per kereta saya ada insuran, boleh claim.

saya: Okaylah kalau mcm tu..

(saya malas dah nak counter.. taknak teruskan takper..)

Berbalik kepada cerita di atas kenapa dia nak hidupkan takafulnya kembali. x-client saya ini masuk hospital semalam rupa-rupanya. Kena batu karang. Patutla beria-ria nak hidupkan balik takafulnya. Sayang sungguh certificate dah luput kalau hidupkan balik sekalipun ianya seperti certificate baru. Nak tanya apa cerita dengan produk yang dia makan pun saya tak sampai hati.. Kawan2 janganla jadi macam ni..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum semua.

Dikesempatan ini saya ingin ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri untuk pembaca blog saya.

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf jika ada artikal yang saya tulis ada menginggung perasaan anda sama ada secara sedar ataupun tidak, Sengaja atau tidak sengaja.

Bagi mereka yang pulang ke desa mahupun kota berhati-hati dengan setiap pergerakkan anda. Saya doakan semoga anda selamat sampai dan pulang ke destinasi yang anda mahukan.

Mungkin ini sedikit maklumat yang dapat membantu anda melancarkan perjalanan.

Rancanglah perjalanan anda sepertimana anda merancang kewangan anda. Tanpa perancagan yang betul akan mendatangkan masalah..

salam

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Ni sebab kenapa anda perlukan Takaful

Assalamualaikum semua..

Saya Tahu mungkin anda ramai duitnya.. so tak perlulah takaful ni.. Ada orang kata takaful ini untuk orang kaya yer ker? apa pendapat anda?

Bagi saya takaful ini untuk orang miskin sebab tu dia kena kumpul sikit, kalau tak kumpul dari sekarang mungkin akan jadi nasib seperti ini..

sumber daripada AKPK.. ramai yang berhutang kerana belanja perubatan.. kalau kita beringat mungkin masalah ni tak timbul.. contohnya kita ambil plan perubatan dari Great Eastern Takaful Sdn Bhd. serendah RM3.33 sehari jer.. Settel..

Apa tunggu lagi.. Hubungi saya untuk mendapatkan penerangan medical card atau untuk mendapatkan quatation secara percuma

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

jujurlah dalam penerangan takaful anda..

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda beberapa perkara yang sangat penting  berkenaan takaful.

Pertama:

Jujurlah dalam penerangan anda, bukan sahaja kekuatan dan kelebihan produk anda sahaja yang di ceritakan malah kelemahannya dan kekurangan  sepatutnya anda ceritakan juga..  Jika kenalan anda (prospek) sanggup menerima kekurangan itu barulah boleh on deal.

Kedua:

Buatlah kerja kerana ibadah dan bukan kerana komisien semata-mata. Iklaskan hati dalam melakukan kerja, Berikan  servis yang terbaik dan produk mengikut keperluan dan kemampuan pelanggan.

Ketiga:

Jadilah agen yang beretika, jangan kerana sales anda sanggup menerima perkara yang tak sepatutnya. Halalkan perkara yang tak halal (nak tahu lanjut kn PM facebook saya)

Kerana sebahagian agent yang tidak beretika ini sedikit sebanyak merosakkan industri takaful yang mulia ini. Saya sungguh sedih. Banyak sangat cerita-cerita negetif daripada prospek berkenaan agent.

Yang Benar

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation