Kerjaya yang Indah di takaful.. Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat kesihatan kepada saya, dengan itu saya dapat menjalankan segala usaha saya ini dengan lancar.

Pada tahun lepas diberikan penganugerahan di genting sebagai Smart Leo F1 dan kelmarin 18/9/2012 diberikan penganugerahan  buat kali kedua oleh Great Eastern sebagai F1 Pro-Crown Leo dan F1 Pro-Smart Leo.

Terima Kasih Allah, dan kepada anda semua yang menyokong saya di dalam industri ini.

Pastinya pencapaian ini bukanlah noktah bahkan ianya merupakan titik permulaan untuk saya melangkh lebih jauh lagi InsyaAllah..

Semua ini tidak akan datang melayang dan bergolek dengan sendirinya jika tidak kena dengan caranya.

Matlamat saya untuk tahun hadapan untuk membawa seberapa ramai yang mungkin qualifier di bawah seliaan saya untuk turut serta mencapai award Great Leo ini.

Oleh itu saya mempelawa anda di luar sana untuk turut serta bersama-sama saya di bawah An-Nur Group sebagai perunding kewangan takaful  mewakili Great Eastern Takaful.

Segala tunjuk ajar dan bimbingan akan saya sediakan

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Takaful / Insuran VS MLM..

Assalamualaikum..

Sebelum saya ingin berkongsi pengalaman hari ini, saya minta kepada yang suka copy and paste pengalaman saya ini, saya mohon agar anda minta izin terlebih dahulu. Tak salahkan..

Kisah hari ini saya rasa kita boleh jadikan teladan. Ambik yang baik buang jauh-jauh yang buruk.

Takaful/Insuran VS MLM (Multi Level Marketing)

Petang tadi dalam jam 6:30 petang saya mendapat penggilan daripada x-client bertanyakan certificate takafulnya yang sudah luput. Bagaimana untuk dihidupkan kembali.. Alhamdulillah.. Mungkin sudah ada kesedaran kembali agaknya.. Rupa – rupanya ada udang di sebalik batu… (baca seterusnya)

x-client saya ini pada mulanya memang tiada masalah melakukan sumbangan takafulnya, setiap bulan akan dipotong melalui autodebit Maybank. Tapi apabila dia menyertai salah satu MLM, pendapatnya mula berubah sedikit demi sedikit. Sehinggakan saya pun hendak di sekolahkannya.. Saya masih teringat apa yang di perkatakan.

x-client: Razman saya nak stop takaful sayalah, saya dah tak boleh nak teruskan,

saya: Boleh, Tapi boleh saya tahu kenapa?

x-client: Saya ambik takaful ni saya rasa mcm mintak saya sakit pulak, mana taknya kalau sakit jer baru boleh guna. Kalau boleh kita taknak sakit, baik kita kawal pemakanan kita. Tingkatkan imiunisasi dalam badan kita. Itu  lebih baik. Penyakit ni bermula dari perut. Bla Bla Bla Bla…..

(keluar jer perkataan imiunisasi saya dah dapat agak benda apa)

saya: Betul tu. Tapi takaful bukan sahaja untuk penyakit, musibah yang kita tak jangka seperti kemalangan pula bagai mana?

x-client: Tu tak per kereta saya ada insuran, boleh claim.

saya: Okaylah kalau mcm tu..

(saya malas dah nak counter.. taknak teruskan takper..)

Berbalik kepada cerita di atas kenapa dia nak hidupkan takafulnya kembali. x-client saya ini masuk hospital semalam rupa-rupanya. Kena batu karang. Patutla beria-ria nak hidupkan balik takafulnya. Sayang sungguh certificate dah luput kalau hidupkan balik sekalipun ianya seperti certificate baru. Nak tanya apa cerita dengan produk yang dia makan pun saya tak sampai hati.. Kawan2 janganla jadi macam ni..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Medical card Great Eastern…(plan perubatan)

Assalamualaikum semua..

Contoh satu email yang diterima pagi ini...
salam

sayer cadng nak ambil medical card sahaja...
boleh x encik explain sedikit utk medical card...
saya umr 26,kerja swasta,
saye bajet sedikit sahaja coz sayer dah ader pa.
gaji saye kecil sahaja hnya rm1300...
jadi tolng tgok layak x saye mohon

tq,
redzuan

Jawapan saya..

saya cuba membantu..
1st tahniah kerana encik memiliki kesedaran terhadap pentingnya
kad perubatan.
Salam encik disini ada 2 pilihan yang boleh saya tawarkan. 
setiap tawaran ada kelebihan masing masing

1- Medical card single. Harga RM521 setahun
  Manfaat
     - Bilik rawatan yang berharga RM150 sehari (3 katil)
     - Had tahunan RM90,000 setahun
     - Had seumur hidup RM360,000 
     - RM3,000 untuk pesakit luar (akibat kemalangan)
     - Co insuran minimum 10% dan max RM500

 Kelebihan
     - Murah
     - Had tahunan tinggi
     - Bilik lbih selesa
     - Had tahunan tinggi
 Kelemahan
     - Bayaran hanya secara tahunan.
     - setiap 5 tahun harga akan naik (
       1-5, 6-10, 11-15, 16-20 dan seterusnya)
     - Tiada simpanan
     - Had Keseluruhan rendah

2- Medical card beserta simpanan  Harga RM100/ month
  Manfaat
      - Bilik rawatan yang berharga RM100 sehari (4 katil)
      - Had tahunan RM60,000 setahun
      - Had seumur hidup RM480,000 
      - RM2,000 untuk pesakit luar (akibat kemalangan)
      - Co insuran minimum 10% dan max RM500
      - Elaun hospital kerajaan RM50 sehari
      - Manfaat PA percuma RM10,000
      - Car Assiatance percuma (perkhidmatan towing percma)
      - Peningkatan terhadap had tahunan 
        setiap 3 tahun sebanyak 10% = RM6,000 
        (jika   tak guna medical card)

Kelebihan 
      - Beserta simpanan
      - Had keselurhan tinggi RM480,000
      - Harga sama RM100/bulan sehingga berusia 99 tahun
      - Ada peningkatan terhadap had tahunan setiap 3 tahun
      - Ada khdmat car assistant
      - Ada pampasan Khairat kematian RM2,000
      - Ada pampasan kematian RM20,000
      - Ada pampasan  tambahan jika kematian kemalangan RM10,000
      - Ada manfaat simpanan percuma jika lumpuh/penyakit kritikal 
        jadi free sehingga umur 99 tahun 
      - Ada simpanan RM25,000 (anggaran peaburan dalam 20 tahun)
      - Bayaran boleh di buat secara bulanan, suku tahun, 
        setengah tahun atau tahunan.

 Kelemahan
      - Had tahunan kecil RM60,000.(Bilik RM100, 4 katil)
      - Bayaran lebih mahal sedikit

encik layak untuk mendapatkan manfaat ini.. kerana orang yang 
bijak akan membelanjakan 10% daripada pendapatannya untuk
persediaan perubatan.
Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya
Rosazaman Sarifdin
O19-2699436

buatkan saya quotation