Sertai kami di An- Nur Group Agency

Assalamualaikum pembaca semua..

saya di sini ingin mempelawa anda untuk bersama-sama kami meberikan sinar dan cahaya kehidupan kepada insan di luar sana melalui perancangan kewangan Islam Takaful.

Sebaik-baik manusia adalah yang menbela nasib balu-balu dan anak-anak yatim..

InsyaAllah niat suci ini diberkati..

Hubungi saya Rosazaman Sarifdin  0192699436  untuk keterangan lanjut.

Ambil iktibar dari cerita pisang ini..

Assalamualaikum..

Baik lah kali ni saya akan kongsi sebuah cerita yang simple tapi rasa nya dapat memberi pengajaran yang banyak dan sesuai kepada semua orang tak kira tua atau muda atau kanak-kanak.

Pisang bukan sahaja boleh dimakan kerana enak tapi kalau anda faham cerita ini, mungkin anda kan faham apa yang perlu di buat selepas ini.

Hayati kisah ini:

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis

Siapa kata Hospital kerajaan tak bagus..

Assalamualaikum pembaca semua..

Marah betul bila ada orang yang mengeluh dan kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan.. HUh..

Tapi bagus juga masuk paper sekurangnya ada kesedaran dari pihak kerajaan..

Mungkin pengajaran yang boleh kita ambil, beringatlah sebelum terkena pada batang hidung kita.

Dapatkanlah medical card (kad perubatan pakar). Manfaat ini anda boleh dapatkan ianya secara percuma sebenarnya.. Cuma kita sahaja yang tak tahu..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Takaful WAJIB atau HARUS?

Assalamualaikum pembaca semua…

Adakah memiliki Takaful ini satu kewajiban ataupun Harus anda yang tentukan..

Bayangkan bukannya 4000 nisbah 1, atau 400 nisbah 1.. tetapi daripada  4 orang, seorang yang menghidapi kanser… dan katakan yang seorang itu anda, adakah anda bersedia dengan kos rawatannya???

Atau adakah anda sekadar bertawakal kepada Allah?. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan denga takawal?..

Sebenarnya orang kita dulu2 lagi (melayu) sudah pun berbicara pasal takaful… cuma kita sahaja yang tidak sedar… Mungkin juga buat2 tak sedar siap buat pepatah lagi

Antaranya:-

Malang tak berbau

Sediakan payung sebelum hujan

Sudah terhantuk baru tengadah

Sudah jatuh di timpa tangga

Sesal dulu pendapatan, Sesal kemudian tidah berguna..

Betuk kan?

Daripada pengalaman saya.. orang kita (melayu) hanya mencari agen takaful apabila musibah ini sudah mendampingnya..

Sedih bukan.. Sesal kemudian tidak berguna…

So Renung-renungkan

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Adakah memiliki Takaful Satu KEWAJIPAN?

Assalamualaikum pembaca semua..

Pada hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda berkenaan Pentingnya takaful.

Daripada pengamatan dan pengalaman saya ramai dikalangan orang kita (bumiputra) tidak menggemari apabila dihampiri oleh agen Takaful Mahupun Konvensional.

Antara sebab utama adalah, Agen tersebut menjatuhkan hukum wajib untuk setiap orang memiliki Perlindungan Takaful atau Konvensional.

Pada pendapat saya pula ianya bukanlah sesuatu yang wajib tetapi HARUS dimiliki bagi mereka yang berkemampuan..

“Amanah Allah”

TAFSIR AL-BAQARAH AYAT : 240 (Wasiat Bagi Seorang Istri Untuk Tinggal Selama Setahun di Rumah Suaminya yang Meninggal)

Dalam ayat berikut Allah Ta’ala masih menjelaskan apa-apa yang berhubungan dengan hak-hak wanita yang suaminya meninggal dunia, dan apa yang harus dilakukan bagi seorang suami dan ahli warisnya, serta apa yang harus dilakukan bagi seorang istri sepeninggal suaminya, setelah dijelaskan berkenaan dengan perintah agar mereka senantiasa menjaga shalat dan tidak melalaikannya akibat masalah-masalah kekeluargaan yang menimpa mereka. Allah Ta’ala berfirman:…..

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لأَزْوَاجِهِم مَّتَاعًا إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ وَاللهُ عَزِيزُُ حَكِيمُُ {240}

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan istri, hendaklah berwasiat untuk istri-istrinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.”

(Al-Baqarah: 240).

Renungkan.. InsyaAllah Takaful merupakan salah satu alternatif

Rosazaman sarifdin

0132626876


Medical Card Percuma? Ketahui rahsianya..

Assalamualaikum semua..

Bila berbicara tentang perkara yang percuma semua orang pasti mahukannya. Lebih-lebih lagi pemberian itu memberikan manfaat yang besar kepada kehidupan seharian kita.

Tahukan anda, Orang yang bijak selalu melihat kepada peluang, Saya percaya anda adalah orang itu.

Anda boleh pilih mana satukah bilik yang anda mahukan. Ianya boleh menjadi percuma untuk anda.

Untuk keterangan lanjut tentang rahsia ini anda perlulah menghubungi saya.

Jika anda rasa anda tak perlukan manfaat ini tidak mengapa, mungkin anda telah bersedia lebih awal tentang kos rawatan anda. Tahniah kepada anda saya ucapkan. Mungkin simpanan anda mencukupi untuk menampung kos rawatan anda.

Dari pengalaman saya orang yang banyak duitlah paling pandai, kerana dia taknak gunakan duitnya malah pihak lain yang tolong bayarkan bagi pihaknya.

Renung-renungkan

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Jawatan kosong Perunding Kewangan Islam Takaful

Assalamualaikum Pencari peluang di luar sana,

Tawaran ini hanya dibuka untuk kawasan KL, Selangor  dan Johor sahaja.

Kami membuka peluang kepada sesiapa untuk menjadi usahawan Great Eastern Takaful  (Ful Time / Part Time) untuk menyertai agensi kami.

Saya tidak ingin menjanjikan apa-apa kekayaan mahupun kemewahan. Ini kerana ianya bergantung pada niat dan usaha anda. Cuma apa yang boleh janjikan adalah dengan memberikan latihan dan bimbingan yang berterusan..

Kreteria yang utama yang saya kehendaki adalah mempunyai keinginan yang tinggi untuk memajukan diri, agama dan bangsa.

Untuk keterengan lebih lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

lembaran 2012 bermula..

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah syukur kepada Allah, Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang telah anda berikan kepada saya. Tanpa bantuan dari Allah dan anda pastinya saya tidak akan mencapainya, Antara pencapaian saya pada tahun 2011
  1. Top 5 Producer Takaful Star Award
  2. Insentif melancong ke Phuket
  3. Qualified 1st year running USM
  4. Great Leo Award
Semua kejayaan ini bukanlah di harungi dengan mudah. Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa di tempuh. Atas dasar kepayahan dan keperitan inilah yang akan saya simenkan menjadi satu konkrek yang kuat untuk saya terus berjaya. insyaAllah..
Untuk Tahun 2012 ini pastinya usaha dan semangat ini akan saya gandakan disamping membantu rakan-rakan saya untuk turut berjaya bersama. Mungkin anda juga akan tergolong di dalam golongan itu.
Tiada yang mustahil jika kita terus berusaha. Saya percaya dan yakin Allah ada bersama dengan orang yang tidah pernah menyerah kalah.
Amin..
salam
Rosazaman sarifdin
(Rosazaman Recources)
0132626876

KWSP tambah senarai penyakit kritikal termasuk AIDS

KWSP tambah senarai penyakit kritikal termasuk AIDS

14/07/2011 6:43pm

KUALA LUMPUR 14 Julai — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.

“Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit.

Azlan berkata, pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.

Beliau berkata, bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan.

“Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman web myEPF di http://www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.

Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan. – Bernama

95,955 pencarum KWSP keluarkan RM690 juta biayai rawatan penyakit kritikal

KUALA LUMPUR: Seramai 95,955 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka yang berjumlah RM690 juta melalui skim Pengeluaran Kesihatan sejak 16 tahun lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, skim Pengeluaran Kesihatan bertujuan membantu pencarum KWSP menanggung kos rawatan perubatan bagi penyakit kritikal yang dihidapi pencarum dan keluarga mereka.

Beliau berkata, mulai 15 Jun lalu, KWSP memperluaskan senarai penyakit kritikal yang diluluskan bagi pengeluaran ini daripada 13 jenis penyakit kepada 36 jenis penyakit dan tiga penyakit untuk remaja bawah 16 tahun, sama seperti yang diamal syarikat insurans.

“Antara penyakit itu ialah kanser, penyakit hati kronik, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, asma dan leukemia,” katanya ketika menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon pada persidangan Dewan Negara di sini.

Awang Adek berkata, skim yang diperkenalkan pada 1994 itu banyak meringankan beban kewangan pencarum untuk menanggung kos rawatan perubatan kritikal dan mempercepatkan rawatan yang diterima.

“Di bawah pengeluaran ini, ahli dibenar mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 bagi tujuan membiayai kos rawatan penyakit kritikal yang diluluskan yang dihidapi oleh pencarum dan anggota keluarganya.

“Mereka termasuk suami atau isteri pencarum, anak-anak, ibu bapa, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat yang sah, ibu bapa mertua, anak angkat yang sah dan adik-beradik. Kos rawatan yang dibenarkan adalah kos yang tidak dibiayai oleh majikan,” katanya. – BERNAMA

Memandangkan kos rawatan penyakit kritikal di hospital pakar semakin meningkat setiap hari, adalah dicadangkan lebih baik anda mengambil langkah yang bijak dengan melanggan Plan Simpanan Beserta Perlindungan dengan hanya RM160 sebulan.

Anda tidak perlu lagi risau memikirkan pembayaran bil rawatan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini seperti kemalangan dan juga jatuh sakit.  Pihak Great Eastern akan menguruskan bil rawatan anda

Hubungi saya segera

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

Kelebihan simpanan takaful untuk anak.

Assalamualaikum pembaca semua..

Ibu bapa pastinya menyedari betapa pentingnya pendidikan berkualiti untuk masa depan anak-anak. Justeru, ia sememangnya dititik beratkan sekalipun melibatkan kos yang besar, terutamanya di peringkat tinggi. Namun begitu, ini dapat ditangani dengan menyertai pelan takaful pendidikan anak-anak sedari awal.

Pelan takaful ini berfungsi sebagai suatu dana pendidikan bagi membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak, selain menyediakan perlindungan. Anak yang dilindungi akan menerima manfaat kewangan sekiranya sesuatu musibah berlaku kepada peserta dengan syarat musibah dilindungi di bawah pelan berkenaan.

Terdapat dua jenis pelan takaful pendidikan anak-anak. Takaful pendidikan anak biasa membenarkan peserta dan anak menerima manfaat kewangan berikutan kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan apabila berlaku tuntutan, kematangan pelan atau penyerahan awal.

Takaful pendidikan anak berkaitan pelaburan pula pula membenarkan peserta dan anak menerima manfaat kewangan berikutan kematian atau hilang upaya kekal, namun menggunakan sebahagian daripada caruman peserta untuk pembelian saham ekuiti berpendapatan tetap. Unit-unit pelaburan kemudiannya dijual apabila apabila berlaku tuntutan, kematangan pelan atau penyerahan awal.

Penyertaan adalah terbuka kepada kepada semua individu berumur 18 hingga 55 tahun dan anak-anak berumur 15 hari hingga 17 tahun. Terdapat juga rider takaful keluarga atau tambahan kepada perlindungan asas untuk peserta dan anak yang memberikan perlindungan kemalangan diri dan hilang upaya, manfaat masuk hospital, belanja pengebumian dan penyakit kritikal.

Selain itu, peserta pelan takaful berhak mendapat pelepasan cukai maksimum RM3,000 setahun sekiranya melanggan kedua-dua pelan pendidikan dan perubatan.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

Inilah sebab pentingnya ada medical card

Perkara-perkara yang kita tidak sangka boleh berlaku. Contoh macam kes ini, seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro (7 Mei 2011).

‘Saya bukan penjenayah’

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my

KESAL…Hasim luah rasa tidak puas hati kepada wartawan Harian Metro.

KUANTAN: “Saya bukannya penjenayah. Kenapa mereka (pengurusan hospital) mengarahkan tiga pengawal keselamatan berkawal di pintu bilik saya, malah tidak memberi makanan kepada saya,” kata Hasim Halid, 59, yang mendakwa dilarang keluar dari wad sebuah hospital swasta di sini dengan alasan dia gagal menjelaskan baki bil perubatan.

Dia yang bekerja sebagai kontraktor dan tinggal di Jalan Beserah di sini, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 26 April lalu akibat serangan strok dan pulih selepas menerima rawatan.

“Saya sepatutnya sudah boleh keluar dari wad semalam (kelmarin), tetapi dilarang kerana hospital menuntut baki bil rawatan. Sepanjang ditahan di wad (kelmarin), saya tidak diberi rawatan dan makanan dari jam 9 pagi hingga hampir jam 11 malam.

“Malah, mereka bertindak keterlaluan dengan menghantar tiga pengawal keselamatan berjaga di pintu wad saya. Mereka melayan saya seperti orang salah,” katanya di sini, semalam.

Hasim berkata, dia hanya dibenarkan keluar selepas polis dihubunginya datang ke hospital berkenaan.

Situasi di atas boleh dielakkan daripada terjadi sekiranya kita mengambil langkah bijak dengan memiliki medical card yang boleh menampung bil rawatan di hospital pakar.

Tanda-tanda awal penyakit kronik

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my

HARI ini pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan sangat penting bagi setiap individu agar sentiasa peka terhadap perkembangan tubuh badan sendiri dan tidak mengambil mudah mengenai isu kesihatan.

Tambahan pula pelbagai penyakit mudah menyerang mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes).

Kesemua penyakit yang disenaraikan di atas adalah kombinasi masalah perubatan yang menjurus kepada sindrom metabolik dan ia secara tidak langsung merupakan ancaman kesihatan yang membimbangkan.

Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir, lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik.

Ini kerana, katanya, sindrom ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus melainkan dengan kehadiran pelbagai penyakit kronik yang dihidapi oleh penghidap yang menyebabkan kepada kewujudan sindrom tersebut.

“Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai tiga daripada lima komponen penyakit yang dinyatakan, mereka ini akan dilabelkan sebagai penghidap sindrom metabolik.

“Selalunya, sama ada seseorang itu mempunyai sindrom metabolik atau tidak, beberapa persoalan perlu ditanya kepada diri sendiri,” katanya ketika ditemui sempena Minggu Kesihatan, di hospital berkenaan baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.

Kebiasaannya penghidap sindrom ini mempunyai gaya hidup yang tidak sihat akibat kurang atau tiada masa melakukan senaman.

Faktor lain yang menyumbang kepada sindrom tersebut adalah peningkatan umur, berat badan berlebihan, sejarah keluarga, perokok, pemakanan yang tidak sihat serta cara hidup yang tidak sihat.

Mengulas lanjut mengenai sindrom ini, menurut Dr. Shaharuddin, kajian kesihatan yang dilakukan pada tahun 2006 mendapati dua daripada lima orang dewasa ataupun 43 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Bagi kategori remaja yang berumur antara 12 hingga 18 tahun pula, sebanyak 38 peratus mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Ulas beliau lagi, semua individu yang mempunyai masalah sindrom metabolik memerlukan motivasi bagi mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

Beliau turut menasihatkan individu yang mempunyai sejarah keluarga seperti masalah jantung, hipertensi dan diabetes supaya segera mendapatkan rawatan kerana mereka berisiko tinggi untuk mewarisi sindrom tersebut.

“Jika ada individu yang menghidap sindrom ini, segeralah jalani pemeriksaan doktor dan sentiasa awasi kesihatan secara berterusan.

“Bagaimanapun, sindrom metabolik ini tidak semestinya dihidapi oleh mereka yang obes dan ada kebarangkalian mereka yang bertubuh kurus turut menghidap sindrom ini,” tambahnya lagi.

Justeru, katanya, bagi mengelak masalah lebih parah, pesakit digalakkan mengambil makanan yang sihat dan tingkatkan aktiviti fizikal mereka.

sumber: utusan malaysia

Anda tidak perlu risau lagi kerana di Great Eastern Takaful, kami menawarkan pelan di mana perlindungan penyakit kritikal di peringkat awal lagi. Pampasan akan dibayar bagi membuat rawatan penyakit dan tentunya peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi.

Kenapa pentingnya medical card

Assalamualaikum..

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu memiliki Medical Card:

1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kredit kad, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta.

2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya.Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memilikinya, saya bernasib baik jika saya masih sihat. Itupun, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi.

3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya munkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.

Ramai hutang kad kredit, personal loan untuk jelas kos perubatan swasta tinggi. Renungkan…

Penggunaan kad kredit atau personal loan untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Berita baiknya buat anda yang masih mencari-cari medical card daripada syarikat takaful manakah yang terbaik, maka dengan rendah diri saya cadangkan medical card dari Great Eastern Takaful yang mempunyai banyak keistimewaan berbanding syarikat lain.

Jadilah orang yang bijak

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

Kenapa pentingnya perlindungan takaful buat anda

 Secara ringkas, dalam ilmu perancangan kewangan, kita tidak digalakkan menyimpan telur di dalam satu bekas, kerana kalau terjatuh, semuanya akan pecah (hilang). Jadi, terdapat 3 cara yang berbeza untuk menyimpan iaitu:

1) Bank: Ini sebenarnya dipanggil “parking” duit sebab biasanya simpan di bank tak membolehkan kita menyimpan, yerlah, asyik nak keluarkan je betul tak?

2) ASB/Unit Trust: Bagus, ini untuk “medium term” dan “long term”; maksudnya kita menyimpan untuk bayaran muka membeli rumah, bercuti atau mungkin untuk persiapan perkahwinan.

3) Great Eastern Takaful: Menyimpan dengan Takaful sebenarnya adalah secara “long term” kerana tarikh matang selepas 15 tahun dan ke atas, justeru simpanan kita selamat kerana simpanan tidak boleh dikeluarkan sebelum tarikh matang. Kebaikan menyimpan di Great Eastern Takaful ialah kerana anda akan dilindungi dengan pakej perlindungan dari takaful yang ditawarkan; sebagai contoh, sekiranya anda ditimpa kemalangan sehingga berlaku kecatatan kekal (TPD) atau sekiranya berlaku penyakit kronik seperti Jantung, Kanser, Stroke dan lain-lain (36 jenis Penyakit kronik) anda akan dilindungi dengan medical card yg bernilai dari RM720K – RM1.6 Juta!.

Melalui medical card ini, anda tidak perlu lagi mengeluarkan simpanan anda di Bank atau di Unit Trust/ASB.

Tahukah anda bahawa kos rawatan di hospital pakar boleh mencecah puluhan malahan ratusan ribu ringgit!!

Dan sekiranya berlalu TPD (Kecatatan Kekal) atau CI (36 jenis penyakit kronik) simpanan anda (Takaful Plan) secara automatiknya akan ditanggung oleh Great Eastern Takaful sehingga anda berumur 99 tahun. Dan dengan ini, simpanan anda akan berterusan dan tidak terusik, begitu juga simpanan-simpanan anda di ASB/Unit Trust dapat disimpan dan tidak perlu dikeluarkan untuk menampung kos perubatan anda.

Sebaliknya jika anda tidak mempunyai pakej simpanan takaful ini, anda mungkin terpaksa mengeluarkan semua simpanan yang telah lama anda simpan dan sekiranya tidak mencukupi, anda terpaksa meminta belas ihsan orang lain. Adakah anda ingin mengharapkan ihsan orang?

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Great Eastern takaful Sbn Bhd

Assalamualaikum,

Ramai antara kita yang masih belum mempunyai polisi Takaful walaupun masing-masing mengetahui tentang kepetingan Perancangan Kewangan melalui prinsip Takaful sekiranya berlaku kecelekaan, kematian dan kecacatan kekal terhadap diri kita. Ramai yang masih mencari-cari produk Takaful Terbaik , dan saya ingin share satu maklumat yang amat berguna untuk anda semua.

Great Eastern sentiasa menawarkan produk Terbaik di Malaysia. Produk terbaru daripada Great Eastern Takaful Sdn Bhd. Great Eastern Takaful baru-baru ini telah memenangi anguerah Best New Takaful Operator 2011.

Great Eastern TakafulBest New Takaful Operator 2011

Jika anda mementingkan PRODUK DAN SERVIS perkhidmatan yang berkualiti, Great Eastern Takaful tampil mewarisi ciri ini. Kini anda boleh mendapatkan plan takaful daripada penyedia insurans paling berprestij dalam sejarah, Great Eastern yg sudah 102 tahun di Malaysia. Faedah yang sama juga dinikmati oleh pelanggan Great Eastern Takaful

Ramai yang memilih plan Great Eastern utk perlindungan kerana;

  1. Pengalamannya yang mengukir sejarah dalam menguruskan insurans di Malaysia menjangkau 104 tahun pada 2012.
  2. Memperolehi kenaikan tambahan had tahunan Medical Card percuma 10% pada setiap 3 tahun tanpa sebarang kenaikan pada premium (jika tiada claim)
  3. ifetime limit untuk medical card antara yang tertinggi (cth: utk Room and Board RM400, Lifetime limit adalah RM1.6 juta)
  4. Co-Insurance terendah di pasaran iaitu 10% dengan maximum hanya RM500.
  5. Tidak seperti plan dari syarikat insurans/takaful lain, hanya di Great Eastern sahaja anda boleh membuat tuntutan bagi Penyakit Kritikal walaupun masih diperingkat permulaan, satu-satunya plan sepertinya di Malaysia.
  6. Dan beberapa anugerah berkaitan yang menjadikan Great Eastern jenama yang anda boleh yakini kualitinya ;
  7. Pemenang Reader’s Digest Trusted Brand Gold Award utk 7 tahun berturut2.
  8. Brandlaureate Best Brands Awards 2009-2010
  9. Malaysia™s 100 Leading Graduate Employers 2009
  10. Brandlaureate SMEs Chapters Award 2009
  11. lagi senarai anugerah; http://www.lifeisgreat.com.my

Ternyata, syarikat Greast Eastern Takaful yang berada di bawah naungan Great Eastern menawarkan produk takaful terbaik untuk anda semua.

Bagi yang ingin memulakan perniagaan Takaful secara part-time atau sepenuh masa, boleh sertai Agensi kami di Great Eastern Takaful, kerana saya menggunakan medium Internet Marketing untuk pemasaran produk takaful. Gunakan peluang information techonology untuk menerokai dunia takaful dengan efektif, efisyen dan yang pastinya..anda berjihad untuk membantu umat Islam juga.

Salam Ceria,

Cinta itu buta..

Assalamualaikum Semua.

Pernah anda bercinta dan mencintai? pastinya indah saat-saat itu. Tetapi pernahkan anda dicintai oleh insan sememangnya anda tidak ingin sama sekali kepadanya apatah lagi untuk menerima cintanya?

Dengan kata nama lain ibarat anda sudah di bomohkan untuk menerimanya. “terpaksa rela”.

Dan bagaimana jika yang mencintai anda itu bernama Siti Lumpuh, Mohd Alzheimer, Syarifah Kanser,  Abdul Strok, dengan kata nama lain penyakit-penyakit kritikal.. Adakah anda sudah bersedia?

berikut adalah nama-nama penyakit kritikal

Bukan itu sahaja ini pula kos hantaran yang perlu anda sediakan mengikut marker 2011..Menarik bukan..

RM10,000 – RM30,000

  • Heart Attack
  • Poliomyelitis

RM15,000 – RM60,000

  • Coronary Artery Disease

RM30,000 – RM75,000

  • Stroke
  • Paralysis
  • Multiple Sclerosis
  • Alzheimer’s Disease
  • Blindness
  • Loss of Hearing
  • Loss of Speech

RM75,000 – RM120,000

  • Parkinson’s Disease
  • Coma
  • Benign Brain Tumor
  • Chronic Liver Disease
  • Major Head Trauma
  • Brain Surgery
  • Fulminant Viral Hepatitis
  • Motor Neurone Disease
  • Muscular Dystrophy
  • Bacterial Meningitis
  • Apallic Syndrome
  • AIDS due to Blood Transfusion

RM3,000 – RM150,000

  • Cancer

RM150,000 and above

  • Full Blown AIDS
  • Kidney Failure

Jangan bertangguh. Miliki kad perubatan pakar anda sekarang. Dan ketahui rahsia bagaimana ianya boleh menjadi percuma untuk anda.

Keterangan lanjut Hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

Hidup ini penuh dengan warna warni.

Assalamualaikum pembaca semua…

Hidup ini penuh dengan warna . Warna itu penuh dengan rentak-rentak kehidupan . Kehidupan itu pula menentukan masa hadapan . Tetapi adakah masa hadapan itu di beri pilihan ?

Ya….Pilihan adalah datang dari diri kita sendiri . Kita menentukan apa yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita di masa hadapan . ..

Tetapi adakah kedatangan warna-warna kegelapan di dalam hidup itu membawa terus kepada kesuraman ?

Tentu sekali tidak . Cuba kenagkan kembali peribahasa “bagai lilin yang membakar dirinya di waktu gelap” . Lilin itu hanya lampu yang kecil . Tetapi ia mampu membawa seribu juta warna kehidupan kepada orang ramai ….

Begitulah yang perlu kita lakukan. apakah peninggalan kita untuk orang-orang tersayang? Konsep tabarru di dalam takaful insyaAllah dapat meringankan beban orang -orang tersayang kita. Jadi janganlah kita takut dengan warna-warna kegelapan yang kadangkala menyinggah di dalam hidup kita jikalau kita benar-benar sudah bersedia.

Nescaya , warna kegelapan itulah membawa satu permulaan kepada warna – warni kehidupan yang lagi menyenangkan ! Janganlah kita terlalu bersedih . Terlalu mengikut perasaan . Sesungguhnya itu adalah salah satu dugaan dari Tuhan.

Kita hanya merangcang Allah yang menentukannya

Ketahui rahsia Takaful

Rosazaman sarifdin

013-2626876

plan takaful yang komprehensif

Assalamualaikum pembaca semua..(begantung pada usia)

Memperkenalkan 1 plan takaful yang komprehensif, memenuhi keperluan anda.

1-protect income (pencen ilat) manfaat yang dapat dipelolehi jika berlaku TPD disebabkan kemalangan. kita akan mendapat pampasan sehingga kita berusia 70 tahun. untuk manfaat ini anda boleh cover max 500,000x 10%=RM50,000 setahun

2- khairat kematian RM2000 secara percuma. manfaat ini anda akan dapat secara automatik jika anda mengambil plan takaful GE. ini bukanlah Rider

3- elaun hospital. elaun hospital sehari max yang anda boleh mohon adalah RM500 sehari. tetapi kelulusan bergantung pada pekerjaan anda.. manfaat ini anda boleh nikmati sehingga 500hari (120 hari setahun).. jika client masuk hospital (ICU) manfaat ini akan di gandakan.

4-penyakit peringkat awal (satu2nya syarikat takaful yang ada manfaat ini).. manfaat ini anda boleh nikmati apabila penyakit kritikal anda berada serendah tahap 10%.(tahap 1 dan 2)

5- penyakit peringkat akhir. semua syarikat takaful ada manfaat ini. yang mana manfaat ini dapat dinikmati apabila penyakit berada pada tahap 3-4. keistimewaan manfaat ini di takaful GE ianya di cover sehingga anda berusia 99 tahun.

6- kemalangan (conprenensif) manfaat ini akan meningkat sebangak 5% setahun secara percuma sehingga 10 tahun. bermaksud (daripada contoh) pada tahun ke2 manfaat kemalangan RM21,000 dah tahun ke 10 manfaat ini RM30,000. selain daripada itu anda juka boleh claim untuk pesakit luar RM25/1000 ( dari contoh RM25/20,000)=RM500 selain tu manfaat MC juga anda akan peroleh RM150 (MC seminggu)

7- carumam percuma sehingga anda berusia 99 tahun (semua syarikat ada)

8- simpanan (simpanan bergantung pada kelas pekerjaan dan usia anda) contoh yang saya berikan untuk pekerja kelas 1 umur 20 tahun.

9-Tabarru (sum assured)

perbezaan di sini apa yang saya tahu adalah penyakit peringkat awak dan protect income..

plan yang saya berikan ini tidak termasuk dengan kad perubatan pakar.

manfaat yang ada pada medical card Great Eastern takaful Sdn Bhd.

GETSB
1- had tahunan RM60,000 -200,000
2- had seumur hidup RM480,000- 1.6juta
3- room and bord 180 hari
4 -icu 180 hari
5- PA percuma RM10,000-20,000
6- Car Asst Program (towing percuma 60km)
7-Peningkatan dalam had tahunan 10% setiap 3 tahun (tanpa claim)
8- Co takaful (perkongsian bil) min 10% max RM500
9-Pesakit luar RM2,000-4,000
10- elaun hospital kerajaan RM50 sehari (max 120 hari)

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Masih ramai yang tiada perlindungan takaful

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

.

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Kadar penembusan industri takaful di negara ini masih berada di tahap rendah iaitu sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, angka itu menunjukkan masih terdapat ramai penduduk negara ini yang tidak memiliki perlindungan takaful.

Tambahnya, ia juga menunjukkan terdapat ruang yang luas lagi untuk industri takaful berkembang di negara ini dengan menggerakkan usaha menggalakkan rakyat memilihnya sebagai perkhidmatan perlindungan utama.

‘‘Satu kajian juga perlu dijalankan sama ada perkhidmatan perlindungan takaful sudah tepu sehingga kadar penembusan berada di tahap rendah.

‘‘Namun, saya mengharapkan agar takaful terus maju untuk meletakkan ia menjadi satu industri tempatan dan global yang berimpak besar serta membuahkan hasil.

‘‘Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina modal insan yang sejahtera dan menyemarakkan usaha bagi menjadikan negara sebagai hab industri perbankan dan kewangan Islam dalam mencapai sasaran negara maju berpendapatan tinggi,’’ katanya ketika berucap merasmikan Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Great Capital Holdings Sdn. Bhd., Fang Ai Lian; Pengerusi Koperasi Angkatan Tentera (M) Bhd., Leftenan Kolonel Hamisan Mian dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (Inceif), Datuk Md. Agil Mohd. Natt.

Great Eastern Takaful merupakan syarikat usahasama antara I Great Capital Holdings Sdn. Bhd. dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Bhd. yang menawarkan produk takaful kepada umat Islam dan juga bukan Islam.

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, takaful merupakan satu medium kewangan Islam yang fleksibel dengan semua agama dan bangsa boleh menyertainya.

Takaful, ujarnya, berteraskan pada konsep tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya ketika musibah menimpa.

Oleh yang demikian, menurut beliau, antara langkah strategik yang difikirkan sesuai untuk dilaksanakan oleh pihak industri terbabit seperti Great Eastern Takaful bagi meningkatkan kadar pemilikan insurans atau sistem takaful adalah dengan mengeluarkan produk-produk yang inovatif serta sesuai bagi rakyat Malaysia keseluruhannya.

‘‘Saya percaya, Great Eastern Takaful antaranya mempunyai visi yang amat murni untuk membuka minda kita bagi memperluaskan lagi penerimaan ke atas konsep takaful tanpa mengambil kira agama atau bangsa,’’ katanya.

Terdahulu pada majlis sama, Great Eastern Takaful mengumumkan penajaan sebanyak RM1 juta kepada Inceif bagi melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan terhadap industri takaful di negara ini.

sumber: Utusan Malaysia Online