Assalamualaikum pembaca semua..
Ibu bapa pastinya menyedari betapa pentingnya pendidikan berkualiti untuk masa depan anak-anak. Justeru, ia sememangnya dititik beratkan sekalipun melibatkan kos yang besar, terutamanya di peringkat tinggi. Namun begitu, ini dapat ditangani dengan menyertai pelan takaful pendidikan anak-anak sedari awal.
Pelan takaful ini berfungsi sebagai suatu dana pendidikan bagi membiayai perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak, selain menyediakan perlindungan. Anak yang dilindungi akan menerima manfaat kewangan sekiranya sesuatu musibah berlaku kepada peserta dengan syarat musibah dilindungi di bawah pelan berkenaan.
Terdapat dua jenis pelan takaful pendidikan anak-anak. Takaful pendidikan anak biasa membenarkan peserta dan anak menerima manfaat kewangan berikutan kematian atau hilang upaya kekal, serta simpanan jangka panjang dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan apabila berlaku tuntutan, kematangan pelan atau penyerahan awal.
Takaful pendidikan anak berkaitan pelaburan pula pula membenarkan peserta dan anak menerima manfaat kewangan berikutan kematian atau hilang upaya kekal, namun menggunakan sebahagian daripada caruman peserta untuk pembelian saham ekuiti berpendapatan tetap. Unit-unit pelaburan kemudiannya dijual apabila apabila berlaku tuntutan, kematangan pelan atau penyerahan awal.
Penyertaan adalah terbuka kepada kepada semua individu berumur 18 hingga 55 tahun dan anak-anak berumur 15 hari hingga 17 tahun. Terdapat juga rider takaful keluarga atau tambahan kepada perlindungan asas untuk peserta dan anak yang memberikan perlindungan kemalangan diri dan hilang upaya, manfaat masuk hospital, belanja pengebumian dan penyakit kritikal.
Selain itu, peserta pelan takaful berhak mendapat pelepasan cukai maksimum RM3,000 setahun sekiranya melanggan kedua-dua pelan pendidikan dan perubatan.
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436